You are on page 1of 5

OBESITI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH SEMAKIN MENINGKAT DI

MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Pada masa kini, obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Dalam

senario rakyat Malaysia, obesiti meningkat dari tahun ke tahun. Obesiti dalam kalangan

murid merupakan satu masalah kesihatan yang agak serius di Malaysia. Kekerapan

terjadinya masalah obesiti dalam kalangan murid adalah sangat membimbangkan ibu

bapa dan masyarakat untuk tempoh sedekad.

Masalah kesihatan di dunia ini kini mengalami revolusi. Jika dahulunya

kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi

hakikatnya ada hari ini telah berubah di mana masyarakat banyak mengalami masalah

kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan

kolestrol, lebihan gula dan kegemukan. Kebiasaannya masalah obesiti ini berlaku terhadap

golongan dewasa melainkan salah seorang daripada ibu atau bapa mereka yang mengalami

masalah obesiti itu. Di samping itu, corak aktiviti fizikal murid juga dipengaruhi oleh

amalan atau gaya hidup ibu bapa dan persekitaran keluarga mereka.

2.0 Definisi Obesiti

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), “obesiti

berlaku akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh badan

sehingga menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk sesuatu

peringkat umur, jantina dan ketinggian”. Kadar pengumpulan lemak ini diukur mengikut
tahap umur dan BMI seseorang itu. Obesiti berpunca daripada amalan pemakanan yang

tidak seimbang dan pengambilan makanan berlemak serta berkolesterol secara berlebihan.

Lebihan makanan inilah yang membentuk lemak dan menyebabkan obesiti akhirnya.

Penyakit obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya

akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan

fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Menurut Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk

Profesor Mustaffa Embong, obesiti dalam kalangan kanak-kanak pada masa sekarang

semakin ketara dimana dalam satu kajian menunjukkan bahawa 15 peratus daripada kanak-

kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan.

3.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Obesiti

Faktor pemakanan dan gizi makanan menjadi faktor utama yang menyebabkan

masalah obesiti. Kanak-kanak pada masa sekarang sering makan makanan yang

mengandungi kandungan lemak yang tinggi, contohnya burger, ayam goreng, kentang

goreng dan sebagainya di samping komponen lain seperti karbohidrat dan protein.

Makanan seperti ini kebanyakannya dijual di kantin sekolah. Kanak-kanak juga senantiasa

disogokkan dan diberikan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi, contohnya

coklat, minuman ringan, kek dan lain-lain lagi. Selain itu, makanan segera juga

menyumbang kepada masalah obesiti kerana ia mengandungi garam, gula dan lemak yang

berlebihan.

Faktor kedua yang boleh mengakibatkan penyakit obesiti adalah pengambilan

makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang di hadapan televisyen. Pengambilan
makanan yang tidak sihat ini akan menyumbang kepada obesiti. Kebanyakan kanak-kanak

telah menukar tabiat makan mereka daripada makanan berkhasiat kepada makanan segera,

makanan snek yang diproses dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula.

Pengambilan makanan ini sering diambil ketika berada di hadapan televisyen. Contoh

makanan tersebut adalah seperti makanan segera dan juga minuman ringan ataupun bergas.

Obesiti disebabkan oleh pelbagai faktor dan amat tidak wajar menuding jari kepada

satu-satu jenis makanan yang menyumbang kepada masalah tersebut. Pengambilan

makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah

turut menjadi faktor kegemukan. Selain makanan segera, ada juga kalangan murid yang

membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang sememangnya tidak membawa

sebarang khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan pengambilan makanan berlebihan

dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

4.0 Cara Menangani Masalah Obesiti

Ibu bapa perlu menitikberatkan tentang rakan kanak-kanak. Ini kerana pengaruh

persekitaran seperti rakan sebaya memainkan peranan penting dalam menyumbang

kepada permasalahan obesiti kanak-kanak. Sebagai contoh, jika di sekolah, anak-anak

berada di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa. Oleh itu, kanak-kanak lebih cenderung

membeli makanan yang melebihi had disebabkan pengaruh rakan sebaya. Lebih-lebih

lagi di sekolah, pemilihan makanan yang seimbang adalah terhad. Apatah lagi jika

pembekal lebih gemar memilih untuk menjual makanan ringan berbanding makanan yang

berkhasiat. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan mereka lebih

cenderung menghabiskan wang belanja mereka dengan membeli makanan ringan.


Seharusnya, permasalahan yang penting sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa,

pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan

terhadap bekalan makanan ringan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus

dipertingkatkan dan makanan yang tidak berkhasiat perlulah dikurangkan. Oleh yang

demikian, ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi pemakanan anak-anak dengan memberi

anak-anak membawa bekal ke sekolah. Dengan ini ibu bapa boleh memantau aktiviti

pemakanan kanak-kanak.

Ceramah kesihatan juga boleh diadakan di sekolah dalam usaha mengatasi

masalah obesiti dalam kalangan murid. Ceramah kesihatan ini sedikit sebanyak dapat

membantu memberi bimbingan tentang cara mengatasi masalah obesiti. Melalui ceramah

ini, murid-murid lebih prihatin tentang tahap kesihatan mereka dan akan lebih berusaha

untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Hal ini kerana, melalui

ceramah kesihatan ini murid-murid didedahkan dengan keburukan mengambil makanan

yang tidak berkhasiat yang menyebabkan masalah obesiti. Murid-murid akan berasa

gerun apabila melihat kesannya. Justeru, pihak sekolah juga memainkan peranan yang

penting dalam mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid-murid. Bukan sahaja ibu

bapa , pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam memastikan hal ini tidak berlanjutan

pada masa akan datang.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mengambil berat status kesihatan anak-anak

dalam usaha mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bukan sahaja ibu-
bapa, malah pihak sekolah juga perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk

mengatasi masalah ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik minat kanak-

kanak untuk menjaga kesihatan. Kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik

daripada mengubati. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan

yang melampau dengan menerapkan gaya hidup sihat dalam diri kanak-kanak. Semuanya

bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak.

You might also like