You are on page 1of 4
UCAPAN ALU-ALUAN HARI KUALITI (HARI Q) OLEH PROF. DATO’ IR. DR. MASHKURI YAACOB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TENAGA NASIONAL * 9 MEI 2008 * MPH UNITEN * Bismillahirrahmanirrahim «Yang Berhormat Dato Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi Malaysia © Adven & Tekla Anli-ahli Lembaga Pengarah, Universiti Tenaga Nasional * Ahli Jemaah Pengurusan Universiti, anggota kerja dan Pelajar Universiti UNITEN yang dihormati sekalian. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi 1. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Khaleed Nordin Menteri Pengajian Tinggi atas kesudian beliau untuk menerima jemputan Universiti Tenaga Nasional hadir ke majlis menandatangi perjanjian persefahaman antara UNITEN dengan Avcen dan Tekla dan seterusnya memberi amanat beliau kepada anggota kerja dan pelajar Universiti Tenaga Nasional. 2. Saya juga mengucapkan selamat datang dan terima kasin kepada tetamu Jemputan dari industri atas Hadirin yang dihormati sekalian, 3. Pada tahun 2007-2008 Universiti Tenaga Nasional melalui Pusat Jaminan Kualiti telah _menggerakkan usaha yang lebih tersusun, sistematik dan aggresif untuk Mempromosi, merencana dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memberi Perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Pihak pengurusan universiti memandang serius usaha-usaha ini dan telah menubuhkan Majlis Kualiti di peringkat universiti yang berfungsi untuk mengkaji polisi-polisi berkaitan kualiti di peringkat universiti serta memantau perlaksanaan inisiatif yang berkaitan dengan kualiti di UNITEN. Kesemua inisiatif ini digerakkan melalui Quality Initiative Framework (QIF). Empat fokus utama QIF ialah * untuk memastikan UNITEN mendapat persijilan ISO bagi semua proses utama bagi sektor akademik dan sokongan untuk memastikan UNITEN mendapat persijilan 5S Penyertaan dalam Anugerah Kualifi Industri Perdana Menteri (AKIPM) dan Anugerah Kualiti Presiden TNB * penganjuran Anugerah Kualiti Canselor, jaitu pertandingan _peringkat Kolej/Jabatan/Pusat di UNITEN Hadirin yang dikasihi sekelian, 4. Sepanjang setahun yang lalu kita melaksanakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Saya sekadar ingin menyebut beberapa kejayaan utama kita iaitu: * penyediaan polisi kualiti, Code of Practice (COP ) dan memuatnaik (up load) proses ISO di peringkat Kolej/Jabatan/Pusat masing-masing ke dalam SO Data Control’ * Kita berjaya untuk dipersijilkan dengan persijilan 5S, iaitu selepas audit yang dijalankan oleh Malaysia Productiviti Council (MPC) pada 15 dan 16 April 2008 yang lalu. * Kejayaan mengadakan Pertandingan Anugerah Kualiti Canselor 5. Majlis yang diadakan pada petang ini adalah merupakan acara kemuncak sambutan Hari Q yang telah diadakan di peringkat Universiti. Pada hari ini kita akan menyaksikan tiga acara penting iaitu: * Penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (6S) * Penyampaian Anugerah Kualiti Canselor * Menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama (MoU) antara UNITEN dan MPC Hadirin-hadirat yang dikasihi, 6. Saya tidak berhajat untuk berucap panjang, pada kesempatan ini izinkan saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas jabatan yang menerima Anugerah Kualiti Canselor kerana telah membuktikan kecemerlangan dan dedikasi yang saya percaya boleh menjadi contoh kepada semua warga yang lain. Pemenang-pemenang ini akan diumumkan sebentar lagi.Kepada yang tidak berjaya saya sahabat-sahabat semua telah telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan yang terbaik ke atas semua usaha yang telah kita adakan. Sesungguhnya usaha dan komitmen yang sahabat berikan insyaAllah akan menyumbang kepada usaha pembaikan kualiti perkhidmatan di UNITEN. Mudah- mudahan semangat dan komitmen ini dapat diteruskan demi mencapai matlamat menjadi benchmark universiti di Malaysia menjelang 2010, di rantau Asia menjelang 2015 dan antara 50 terbaik di peringkat dunia menjelang 2020. 7. Sekali lagi saya ingin merakamkan ribuan kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie atas komitmen beliau untuk bersama-sama dengan kita pada petang ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya rakamkan kepada Malaysia Productiviti Council (MPC) atas tunjuk ajar dan kerjsama yang diberikan. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like