You are on page 1of 41

1.

0 Pengenalan

Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah
hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan
peningkatan jisam badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah
berat yang melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 ataupun lebih sebagai obes. Sementara BMI 25
kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di


dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-
tisu lemak menjadi keterlaluan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan
berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan
obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% . Manakala wanita pula di
katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan
penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks
pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. Formula adalah seperti tertera:

BMI = Weight (kg) / Height² (m) ² 

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di
kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan
satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom
metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10


tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak
12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara
di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes
apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain
pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Masalah obesiti kini semakin berleluasa dalam kalangan kanak-kanak. Obesiti


merupakan penyakit kedua paling umum di Malaysia selepas penyakit jantung. Kajian
menunjukkan bahawa 15% daripadakanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah
berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak
yang berasal daripada keluarga miskin kerana kurangnya kesedaran terhadap pentingnya
mempunyai berat badan yang ideal berbanding dengan keluarga kaya. Menurut beliau lagi,
perkara ini amat membimbangkan.

Semua kesan daripada obesiti ini juga boleh mengundang kepada maut jika tidak
dikawal dengan segera. Justeru itu pelbagai program akan dijalankan oleh Kementerian
Kesihatan untuk mengubah cara hidup dan corak pemakanan kalangan kanak-kanak dan rakyat
Malaysia.

2.0 Laporan latar belakang, tahap kesihatan, amalan pemakanan dan aktiviti fizikal.

Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar 40/35. Berat
badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn, jantina dan umurnya. Terdapat cara
untuk periksa bahawa kita di tahap mana, overweight, normal dan underweight. Rujuk cara
pengiraannya seperti di bawah.

BMI = Berat Badan (kg)        

   Tinggi X Tinggi (m2)

Interpretasi BMI  

Formula  BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian dalam Meter x ketinggian dalam
Meter) )

Formula BMI ialah :

Kurus Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2


Bahaya Lebih 45.3

Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan
yang ideal atau tidak,  bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI   =    berat(kg)

------------------------------

tinggi(m) x tinggi(m)

Antaranya ialah cara pemakanan yang tidak seimbang. Seimbang bermakna nilai
kalori dan tenaga yang diperolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah
tenaga yang dikeluarkan. Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan dan hanya
akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya. Remaja lazimnya
meminati makanan ringan seperti keropok, mi segera dan minuman berkarbonat serta
makanan yang tinggi dengan kandungan lemak. Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya
makanan-makanan ini mengandungi kandungan kalori yang tinggi. Berat badan seseorang
akan bertambah apabila mereka makan lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan
dan kalori yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak. Peningkatan berat badan dan
kegemukan serta obesiti yang berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak
akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu tetapi lemak dalam badan akan terkumpul
dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Bagi memastikan berat badan sentiasa
berada pada BMI atau berat normal yang ideal, seseorang perlulah memastikan bahawa nilai
tenaga yang ada di dalam tubuh berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Selain itu, tempoh tidur juga boleh menyumbangkan kepada masalah obesiti.
Sekiranya seseorang terlebih tidur, individu tersebut cenderung mendapat penyakit obesiti.
Sekiranya seseorang kurang tidur, masalah yang sama akan dihadapi iaitu risiko
pertambahan berat badan. Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa tidur akan
mengawal kadar selera makan dan kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh ketika
seseorang sedang tidur. Oleh itu, sekiranya seseorang kurang mendapat tidur, nilai
kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh hampir sama dengan penghidap
penyakit diabetes. Sekiranya remaja kurang mendapat tidur secara berterusan, mereka akan
memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin.
Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar
selera makan seseorang. Pada masa yang sama, apabila seseorang kurang mendapat tidur,
individu tersebut juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam
tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan.

4.1      Amalan pemakanan tidak sihat

Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang digunakan
merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat badan akan bertambah
apabila seseorang makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan . Kalori
yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti
akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari
atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan
tahun.Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan.
Segalanya berada di hujung jari. Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai
tanda kasih dan sayang. Tapi kalau mereka betul-betul sayangkan anak , janganlah masak atau
belikan anak-anak makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Kasihanilah mereka kerana
yang susah nanti mereka juga.Selain itu, makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan
dan dihantar terus ke rumah.Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah
mendorong anak-anak untuk mengunjunginya.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Shafie Ooyub
pengambilan minuman berkarbonat dan makanan segera yang berlebihan menjadi antara
penyumbang kepada masalah obesiti.

   4.2        Faktor genetik

Peranan faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status berat         telah menjadi
satu penemuan penting dalam kajian obesiti. Walau bagaimanapun,pengaruh genetik dan
kaitannya dengan berat badan masih sukar untuk dijelaskan. Faktor keturunan juga
mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat
membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai
10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang
daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.dan akan meningkat menjadi          70-80%
jika      kedua-duanya          menghidap    obesiti. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini,
beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan)
dan obesiti yang bermula dari     usia    kanak-kanak.  Kecacatan genetik merangkumi sindrom
obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom  Prader Willi, sindrom trisomi 21,
sindrom       Wiedemann  Beckwith        dan     lain-lain. Faktor    kecacatan genetik yang
menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti
gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin. Kesan genetik kepada kejadian obesiti
umumnya lebih banyak dipengaruhi oleh faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan
kurang aktiviti fizikal. Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan
kepada kejadian obesiti dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk
mengatasinya.   

Di samping itu,

4.3       Minuman manis antara punca utama obisiti dikalangan pelajar di Malaysia.

a.         Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas


(berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya
minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah.

b.         Sekali lagi di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan


penjualan ‘minuman-minuman manis’ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang
membezakan komposisi nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti
milo ais, sirap bandung, atau teh tarik?

c.         Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir berpunca
daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula ringkas semata-
mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata.
Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk
komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat =
Minuman ringan/bergas.

d.         Lebih gula, lebihlah dahaganya. Ini kerana gula yang terkandung dalam minuman
ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs).
Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar
kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas
tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.

e.         Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan
otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan ‘sumber makanannya’ – ini
mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi).
Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus
sebotol yang dibeli.

f.          Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan
mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi
glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glukosa,
dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita
kenali sebagai insulin.

g.         Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu
apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan
akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan
digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika
paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan
disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar,
seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).
00

Ini diperkukuhkan lagi apabila individu kurang bersenam dan tidak


mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti yang dinyatakan dalam kajian Larsen
pada tahun 2001 yang bertajuk “Obesity-Related Knowledge, Attitudes and
Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents”. Selain
daripada itu juga, responden juga ada yang memilih untuk makan makanan berat
sepeti nasi di hadapan televisyen. Pengambilan makanan seperti ini akan turut
menyumbang kepada obesiti. Ini kerana individu akan makan tanpa sedar had yang
diambil sudah melebihi sepatutnya dan juga kerana ingin mengikuti rancangan
kegemaran, jadi makanan yang dimakan akan berlebihan.

Selain itu, ketika menonton televisyen, individu ini kurang melakukan


gerakan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan pada badan. Ini turut
disokong oleh “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 yang
ditulis oleh Torgan. Artikel ini menyatakan bahawa kanak-kanak kini sudah tidak
gemar bermain di luar rumah ataupun taman permainan dan lebih cenderung untuk
berada di hadapan televisyen, komputer dan permainan video. Rata-rata yang
menghabiskan menonton televisyen, mereka hanya berbaring dan benar-benar berehat
tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya perkara ini berlanjutan hampir berjam-
jam, tidak mustahil mereka ini akan menghadapi masalah pertambahan berat badan
hingga mengundang obesiti. Tabiat suka menonton televisyen ini mungkin dirasakan
cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat, jadi memilih untuk berada di depan
televisyen untuk satu jangka masa yang lama adalah cara terbaik. Apabila
menghabiskan masa yang lama di hadapan televisyen, individu juga akan mudah
terpengaruh dengan iklan yang disiarkan di televisyen. Ada individu yang suka untuk
mencuba makanan yang disiarkan di televisyen termasuk juga makanan ringan. Selain
itu, ada juga individu yang cepat merasa lapar dengan hanya melihat masakan
ataupun makanan yang ditunjukkan dan memilih untuk turut sama makan. Kenyatan
ini disokong oleh artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang
bertajuk “Junk Food, TV Driving Kids to Obesity” yang disiarkan 25 September
2007. Menurut artikel ini, kebanyakan iklan yang ditayangkan di televisyen adalah
makanan terutama makanan segera, minuman berkarbonat dan juga gula-gula.

Perkaitan antara obesiti dengan menonton televisyen dan kurang melakukan


aktiviti fizikal dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya seseorang itu, menonton
televisyen untuk satu jangka masa yang lama, pasti individu terbabit kurang
melakukan aktiviti fizikal. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan boleh
menyebabkan obesiti. Kenyataan ini disokong oleh Berkowitz dan Stunkard di dalam
jurnal mereka bertajuk “ Developement of Childhood Obesity” yang telah diedit oleh
Wadden dan Stunkard di dalam buku Handbook of Obesity Treatment. Jurnal tersebut
ada mangkaji tentang aktiviti fizikal di mana mereka telah mengedarkan soalan soal
selidik kepada lebih 10 000 kanak-kanak berumur antara 9-14 tahun. Hasil daripada
soal selidik tersebut, nilai BMI yang tinggi dilaporkan adalah daripada mereka yang
mempunyai rendah tahap aktiviti fizikal dan tinggi tahap menonton televisyen. Selain
itu, aspek penting dalam kehidupan moden menyumbangkan kepada obesiti dalam
kalangan kanak-kanak. Ini kerana ramai kanak-kanak meluangkan masa menonton
televisyen dari masa mereka berada di sekolah. Mereka menghabiskan masa yang
lebih untuk menonton televisyen, video dan bermain permainan video daripada
melakukan aktiviti.

3.0 Cadangan menu makanan seimbang untuk seminggu dan jadual aktiviti fizikal

serta justifikasinya.

2.1 Pemakanan seimbang

Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan
diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada
nilai nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai
nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang
mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah
amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu. Oleh itu
pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan
piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Jenis makanan harus
dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan, pilihan terbaik dan perlu dimakan
paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar piramid, dan makanan dari aras
puncak piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2011). Piramid makanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
2.1.
Rajah 2.1: Piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)

Kebanyakan makanan mengandungi lebih dari satu nutrien, tetapi tidak ada satu
makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan dalam amaun
yang betul untuk mengekalkan kesihatan yang baik (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2011). Lebih kepelbagaian makanan, maka kurang kecenderungan
seseorang untuk mengalami kekurangan atau berlebihan nutrien.

2.2 Keperluan nutrisi

Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam
mineral, pelawas dan air. Masing-masing memainkan peranan yang amat penting
bagi tumbesaran dan kesihatan badan. Berikut merupakan keperluan nutrisi bagi
setiap kelas makanan.

2.2.1 Keperluan karbohidrat


Menurut Rajikin et al., (1997), karbohidrat terdiri daripada tiga jenis iaitu
monosakarida, disakarida dan polisakarida. Contoh monosakarida adalah glukosa,
fruktosa dan galaktosa. Disakarida pula mengandungi rantaian monosakarida yang
pendek misalnya maltosa, sukrosa dan laktosa. Manakala polisakarida pula terdiri
daripada ratusan atau ribuan unit monosakarida. Sumber karbohidrat misalnya roti,
nasi dan ubi kentang merupakan makanan yang banyak memberi tenaga kepada
badan kita.
Di samping itu, terdapat satu lagi kebaikannya adalah karbohidrat
mengandungi kandungan serat yang tinggi (Starr & Taggart, 2001). Serat ini boleh
membantu dalam pencernaan dan menjaga kesihatan kita (Bastable, 2002). Selain
daripada fungsi tersebut, karbohidrat kompleks adalah untuk menyelenggarakan
fungsi luar kawal badan, untuk pembaikan dan penyenggaraan tisu-tisu badan dan
untuk memperoleh simpanan tenaga ketika ketiadaan makanan (Derek, 1996).
2.2.2 Keperluan protein

Ikan dan susu merupakan sumber asas bagi protein. Protein adalah penting untuk
membaiki tisu-tisu yang rosak atau mati. Selain itu, protein juga merupakan
komponen penting kepada membran sel di tubuh manusia dan menghasilkan enzim
yang amat berguna (Camphell & Farrell, 2003). Kekurangan protein dalam makanan
boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit Kwosyiorkor yang jarang
-jarang ditemui di Malaysia (Rajikin et al., 1997).

2.2.3 Keperluan lemak

Sumber untuk mendapat kandungan lemak misalnya marjerin, minyak, kekacang dan
sebagainya. Berdasarkan piramid makanan, lemak merupakan makanan yang patut
dimakan dengan sedikit sahaja (Wardle, 2000). Ini adalah disebabkan kandungan
lemak yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan seseorang itu menghidapi
penyakit jantung. Pakar kardiologi bersetuju bahawa lemak tepu dalam diet dan aras
kolesterol tinggi dalam darah mempunyai kaitan rapat dengan penyakit jantung.

2.2.4 Keperluan vitamin

Sayur dan buah-buahan juga merupakan sumber utama untuk mendapatkan vitamin
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001). Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang
sedikit maka ia sering disebut sebagai mikronutrien (Rajikin et al., 1997). Vitamin
boleh diketegorikan kepada dua golongan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut
air. Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin-vitamin A, D, E dan K manakala
vitamin larut air pula ialah vitamin B (Rajikin et al., 1997). Misalnya vitamin A
memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan, pembiakan normal
dan pertumbuhan tisu (Kathleen & Escott-Stump, 1996). Walau bagaimanapun, jika
pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu senang
menghidapi osteoporosis (Kolata, 2004).

2.2.5 Keperluan mineral

Menurut Derek (1996), tubuh kita mengandungi pelbagai jenis mineral yang
mempunyai fungsi yang penting dan pelbagai. Misalnya kalsium, zat besi, fosforus,
kalium dan natrium. Seperti nutrisi yang lain, garam mineral juga diperlukan dalam
kuantiti yang tertentu untuk kesihatan tubuh manusia. Contohnya, kekurangan iodin
boleh menyebabkan goiter dan kekurangan kalsium dan magnesium boleh
menyebabkan sawan (Saat, 2004). Menurut mereka lagi, walaupun vitamin
diperlukan dalam kuantiti yang sedikit jika tanpanya tubuh kita tidak boleh berfungsi
dengan sempurna. Ini kerana setiap jenis vitamin mempunyai fungsi yang tertentu
dalam metabolisme tubuh badan manusia (Saat, 2004). Sebaliknya jika ia diambil
secara berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit. Menurut Kolata (2004), jika zat
besi diambil berlebihan akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit jantung.

2.2.6 Keperluan air

Air merupakan salah satu bahan yang amat penting (Chiras, 2003). Menurut Insel et
al., (2001) badan kita terdiri daripada kira-kira 65% air, 17% protein, 15% lemak dan
6% mineral dan glukogen. Manusia boleh hidup selama beberapa minggu tanpa
makanan tetapi boleh hidup untuk beberapa hari sahaja jika tanpa air. Ini
menunjukkan betapa pentingnya air. Fungsi air di antaranya adalah seperti
mengekalkan suhu dalam badan, menyingkirkan bahan toksik, mengekalkan pH
darah dan lain-lain lagi (Chiras, 2003).

2.3 Penyajian hidangan sihat


Pemakanan yang baik memastikan kita memperoleh tenaga dan nutrien yang kita
perlukan untuk berfungsi, melakukan aktiviti seharian dan mengurangkan risiko
masalah pemakanan, termasuk kekurangan pemakanan (contohnya kurang berat
badan, pertumbuhan terbantut, anemia) dan berlebihan zat makanan (contohnya
berlebihan berat badan dan obesiti). Kita perlu mengambil kelima-lima kumpulan
makanan mengikut jumlah bersesuaian yang ditunjukkan dalam Piramid Makanan
Malaysia. Pelbagaikan pilihan dalam setiap kumpulan makanan, kerana makanan
berlainan membekalkan kombinasi nutrien yang berbeza. Amalkan kesederhanaan
supaya kita tidak makan terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.

2.3.1 Hidangkan pelbagai jenis makanan

Panduan Diet Malaysia menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan


berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Pelbagai jenis makanan membekalkan
nutrien-nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun jenis makanan
dapat memberi kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang kita perlukan.
Oleh itu, sekiranya merancang, pastikan pemakanan terdiri daripada pelbagai jenis
makanan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan harian .

2.3.2 Hidangkan mengikut saiz sajian yang disarankan

Panduan saiz sajian di dalam panduan ini dapat membantu untuk membuat anggaran
apabila membuat tempahan makanan. Saranan saiz sajian ini dibuat berdasarkan
keperluan pemakanan seseorang. Ini akan membantu untuk mengelakkan pembaziran
dan menggalakkan kita mengambil makanan dalam sukatan yang bersesuaian.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh digunakan untuk menghidang makanan
dengan saiz sajian yang disarankan:
(i) Sediakan kuih-muih dengan saiz sajian yang lebih kecil daripada biasa iaitu
di antara 30-50 g bagi sekeping kuih. Sebagai contoh, seketul kuih seri muka
dengan berat 30 g membekalkan 60 kalori. Bagi kuih seri muka yang
beratnya 50 g pula akan mengandungi 100 kalori.
(ii) Potong ayam dalam saiz yang kecil iaitu di antara 80-120 g bagi setiap
hidangan. Sebagai contoh, seketul ayam goreng dengan berat 80 g
membekalkan 170 kalori. Tetapi bagi ayam goreng yang sama dengan berat
120 g pula membekalkan 250 kalori.
(iii) Hidang ikan yang bersaiz sederhana (80-120 g) atau potong mengikut saiz
yang bersesuaian untuk hidangan individu iaitu di antara 50-60 g bagi satu
potong. Sebagai contoh seekor ikan masak tiga rasa dengan berat 80 g
membekalkan 150 kalori manakala, ikan yang sama dengan berat 120 g pula
membekalkan 230 kalori. Bagi ikan yang dipotong pula, seketul ikan pari
masak asam dengan berat 50 g membekalkan 100 kalori. Manakala, ikan pari
yang sama dengan berat 60 g pula membekalkan 120 kalori.

2.3.3 Keperluan makanan mengikut kalori yang diperlukan badan

Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai
nilai kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada
kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Carta perbandingan kalori dan
penggunaan tenaga ditunjukkan seperti dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Carta perbandingan kalori dan penggunaan tenaga

00
Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang. Tadika

atau prasekolah memainkan peranan yang amat penting dalam penyediaan diet yang
mengandungi nutrient yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan makan yang
seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam
aktiviti seharian mereka. Tambahan pula , pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan
badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal
dan perkeembangan otak yang sihat. Lantaran itu, menu untuk kanak-kanak di tadika atau
prasekolah hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga kualiti makanan yang
disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makan atau pembantu pengurusan murid (PPM).

Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat


nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda
mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi
membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah
makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang
sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Berpandukan pengetahuan ini guru akan
dapat merancang dan menyediakan makanan yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak.   .
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan
dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu
mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang
betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijirin dan lain-lain.

4.0 Brosur panduan makanan seimbang dan aktiviti fizikal.

5.0 Kesimpulan.

Kesimpulannya, terdapat banyak sebab yang menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan
pelajar. Setiap pelajar haruslah bijak mengatur masa tidur, mengawal emosi dan mengamalkan
diet pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan agar menjadi seorang pelajar yang
holistik dan seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Dengan ini, barulah Malaysia
dapat mengurangkan kadar masalah obesiti yang semakin meningkat di negara kita. Bersama-
samalah kita hidup secara sihat. Badan cergas, otak cerdas.

Tugasan 2

1.0 Refleksi tentang perkara yang boleh dilakukan oleh keluarga untuk mengelakkan

masalah obesiti kanak-kanak.

Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat membimbangkan pada masa
sekarang. Ia berpunca daripada pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang dan
menyebabkan kenaikan berat badan secara tidak sihat. Mempunyai berat yang berlebihan ataupun
obesiti dapat memberi kesan yang kurang baik terhadap fizikal dan mental seorang kanak-kanak.
Obesiti meningkatkan risiko untuk menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, diabetes
dan lain-lain. Dalam usaha untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan individu di negara ini,
pemilihan makanan yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap individu.
Menurut Wan Nudri & Aminah (1996), “pemakanan ini penting bagi menjamin kesihatan umum”
(hlm. 13). Hal ini demikian kerana pemilihan makanan yang kurang baik dan tidak seimbang akan
menyumbang kepada risiko menghidapi penyakit obesiti dan seterusnya akan menyumbang kepada
penyakit kronik lain.

Dalam usaha menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak, pemilihan makanan
yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat perlu diterapkan dalam diri individu terutamanya kanak-kanak. Ini kerana,
makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin dapat membantu
pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengetahui info berkenaan
bahan yang digunakan apabila menyediakan makanan untuk anak-anak. Makanan yang bergoreng
dan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, perlulah dikurangkan dalam usaha
menangani masalah obesiti ini.

Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita perlu makan lebih
banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Kita juga perlu mengelakkan
penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar
atau merebus.

Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa
seperti nasi, sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali
sekala sahaja. Contohnya,mereka hanya makan besar sekali sekala seperti ketika ada jemputan
kenduri. Inilah sebab ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu
makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-muih tidak patut dimakan
dengan banyak. Seperti yang dinyatakan, kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh
menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambilah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan
sebagainya.

Dengan itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik dalam mendidik dan
menerapkan amalan memakan makan yang seimbang dan berkhasiat dalam diri anak-anak. Ini
disebabkan kanak-kanak akan memerhati setiap tingkah laku ibu bapa. Dengan ini,ibu bapa
bertanggungjawab menerapkan amalan ini dalam kalangan kanak-kanak persis kata peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

00

Pada zaman kemodenan ini, masalah penyakit obesiti sering menghantui masyarakat di
negara kita pada masa kini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup
sihat. Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu. Sudah pasti dalam kehidupan era moden
yang begitu banyak tekanan ini. Kanak-kanak menghadapi tekanan dengan belajar di sekolah. Gaya
hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera supaya terhindar daripada penyakit
obesiti malahan penyakit yang lain juga dapat dielakkan.

Seterusnya, kesedaran dalam diri masyarakat tentang bahayanya obesiti dalam kalangan
kanak-kanak perlulah dititikberatkan oleh ibu bapa dan masyarakat. Malangnya masih ramai ibu
bapa yang mengendahkan saranan ini. Sikap ini secara tidak langsung akan membawa kanak-kanak
kepada menghidapi penyakit kronik. Ibu bapa harus membawa kanak-kanak melakukan
pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan secara berkala dapat membantu ibu bapa memantau
perkembangan dan tahap kesihatan anak-anak. Jika terdapat masalah kesihatan, langkah susulan dan
rawatan yang diperlukan hendaklah diambil dengan segera.

Selain itu, diet seimbang juga merupakan antara cara untuk menangani
masalah obesiti ini. Diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan.
Pemakanan yang seimbang amat penting demi memastikan kehidupan yang lebh sihat dan
mengurangkan risiko mendapat penyakit bahaya seperti obesiti. Pemakanan seimbang mengandungi
semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak dengan kadar yang betul.

Obesiti juga merupakan salah satu punca bagi penyakit kanser. Tambahan pula,
diet bukan sahaja dapat mengatasi masalah obesiti tetapi dapat menangani masalah kanser. Menurut
Sam Gutterman (2011), “according to the American Cancer Society,”Except for quitting smoking,
the best way to cut your rise cancer is to achieve and mantain a healthy weight, to be physically
active on a regular basics and make healthy food choices” (hlm.31).Dengan ini, amalan diet
seimbang memberi implikasi yang positif terhadap seorang kanak-kanak dan membantu menjalani
kehidupan yang sihat. Diet seimbang adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan keluarga,
kanak-kanak dan seharusnya dipupuk dari rumah.

Di samping itu,ibu bapa juga perlu menitikberatkan tentang rakan kanak-kanak. Hal ini
kerana, pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya memainkan peranan penting dalam menyumbang
kepada permasalahan obesiti kanak-kanak. Hal ini dapat dilihat jika di sekolah, anak-anak berada di
luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, dengan itu kanak-kanak lebih cenderung membeli makanan
yang melebihi had disebabkan pengaruh rakan sebaya. Tambahan lagi, di sekolah, pemilihan
makanan yang seimbang adalah terhad. Jika pembekal lebih gemar memilih untuk menjual makanan
ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak
dan mereka lebih cenderung menghabiskan wang belanja mereka dengan membeli makanan ringan.
Sebenarnya, permasalah yang penting sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah
dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan ringan
dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan dan makanan yang tidak
berkhasiat perlulah dikurangkan. Jadi, ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi pemakanan anak-anak
dengan memberi anak-anak membawa bekal ke sekolah.

Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di rumah.
Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan daripada ibu bapa
turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak tentang
pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di situ, ibu bapa perlu
melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu apa yang mereka makan
dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan. Pandangan daripada orang di
sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah
obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat kerana
mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

            Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi.  Penyelidikan telah
menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai
berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal
dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat           
bayi. Ibu bapa juga sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka dalam memupuk cara
pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan serta gaya hidup yang
sihat sejak usia muda. 

Di zaman cyber dan teknologi canggih ini, amatlah penting untuk ‘mengerah’ anak anak
untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan,
bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60
minit setiap hari. Kawal masa untuk PS3, wii dan telefon bimbit. Kawal waktu dan penggunaan alat
permainan elektronik dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap malas.Pastikan
seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan
malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. 

 Selain itu, hadkan aktiviti sedentari dengan hadkan aktiviti sedentari kepada 2 jam dalam sehari.
Contohnya menggunakan komputer, menonton televisyen, duduk atau berbaring kecuali waktu tidur.
Selalu mencuba untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan, bangun tubi semasa menonton
televisyen atau menggunakan komputer. Peningkatan aktiviti fizikal adalah penting bagi mencegah
peningkatan berat  badan dan obesiti.                                                                        
Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu untuk memelihara kesihatan.
Memakan makanan yang sihat akan membantu otak yang sihat. Dengan memakan pelbagai
diperoleh. Pengambilan makanan perlu seimbang, iaitu makanan pada aras bawah jenis makanan
daripada lima kumpulan makanan , semua zat yang diperlukan badan dapat piramid perlu dimakan
sedikit setiap hari.

Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dimakan setiap hari kerana makanan ini kurang
mengandungi lemak dan dapat membekalkan vitamin , zat-zat dan serat yang sangat penting untuk
kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun penyakit kronik. Pelbagai jenis sayur-sayuran
seperti sayur berdaun hijau , berubi , dan berbuah boleh dimakan segar ataupun dimasak tidak terlalu
lama supaya zat dapat dikekalkan. Buah-buahan pula dapat dimakan segar sebagai pencuci mulut
ataupun diminum perahan atau jus tanpa gula. Buah-buahan tempatan seperti pisang , tembikai , dan
betik banyak mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Terlalu banyak lemak dapat meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin
ahmar, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain. Namun begitu, lemak adalah sumber tenaga
yang baik dan perlu bagi pencernaan vitamin larut lemak. Selain itu, lemak memberi rasa dan kualiti
tekstur yang menjadikan makanan berperisa. Antaranya ialah soya, kekacang, ikan, bijirin, sayur-
sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak
seperti ayam dan kentang goreng atau makanan segera perlu dikurangkan.

Ibu bapa harus pemilihan makanan yang direbus, dibakar atau dipanggang, dan kukus
tanpa menggunakan minyak amatlah digalakkan. Pemilihan makanan segera dan makanan yang
diproses perlu dikurangkan kerana makanan sedemikian mengandungi banyak gula dan garam.
Amalan pemakanan yang sihat adalah dengan memilih makanan daripada bahan semulajadi atau pun
disediakan segar dan bersih . Penggunaan gula dan garam dalam masakan perlulah secara berhemah
dan sederhana. Penggunaan bahan perisa pula tidak digalakkan. Contoh snek yang mudah dan
berkhasiat serta sihat adalah seperti buahan segar, bertih jagung tanpa gula, sandwich dan ubi rebus .

2.0 Refleksi tentang mengapakah sukar bagi sesebuah keluarga itu membuat perubahan.
Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan kanak-kanak dan akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Berat badan berlebihan berkait dengan risiko yang
tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Antaranya punca obesiti ialah cara pemakanan yang tidak seimbang. Seimbang bermaksud
nilai kalori dan tenaga yang diperolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga
yang dikeluarkan. Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan dan hanya akan
dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya. Kanak-kanak biasanya meminati
makanan ringan seperti keropok, mi segera dan minuman berkarbonat serta makanan yang tinggi
dengan kandungan lemak. Mereka tidak sedar bahawa makanan-makanan ini mengandungi
kandungan kalori yang tinggi. Berat badan seseorang akan bertambah apabila mereka makan lebih
daripada apa yang boleh dibakar oleh badan dan kalori yang berlebihan ini akan disimpan sebagai
lemak. Peningkatan berat badan dan kegemukan serta obesity yang berpunca daripada pengambilan
kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu tetapi lemak dalam
badan akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Bagi memastikan berat
badan sentiasa berada pada BMI atau berat normal yang ideal, ibu bapa perlulah memastikan
bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Selain itu, tempoh tidur juga boleh menyumbangkan kepada masalah obesiti. Sekiranya
seseorang terlebih tidur, individu tersebut cenderung mendapat penyakit obesiti. Sebaliknya apabila
seseorang kurang tidur, masalah yang sama akan dihadapi iaitu risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa tidur akan mengawal kadar selera makan dan kadar
penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh. Misalnya, hormon insulin akan mengawal kandungan
gula di dalam tubuh ketika seseorang sedang tidur. Jadi itu, sekiranya seseorang kurang mendapat
tidur,nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh hampir sama dengan penghidap
penyakit diabetes. Sekiranya kanak-kanak kurang mendapat tidur secara berterusan, mereka akan
memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon
ghrelin ini adalah hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan
seseorang.

Keturunan genetik juga merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan penyakit
obesiti. Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya.
Jadi itu, ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Ini adalah kerana
ketika ibu obesiti sedang hamil, maka sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal,
secara automatik akan diturunkan kepada bayi dalam kandungan.

Punca seterusnya yang menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak kini
ialah mereka tidak bersukan dan beriadah.Fenomena ini terjadi kerana mereka lebih suka dengan
hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur lagipun sikap mereka
sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Kanak-kanak yang malas juga tidak suka bersukan
mahupun bersosial dengan masyarakat luar. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung
tidak mendatangkan faedah.  Hal ini dibuktikan, kita sering melihat kanak-kanak kini lebih
cenderung melepak, merokok, merayau-rayau dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke sana dan ke
sini seperti tiada arah tujuan.  Sikap ini tentulah tidak mendatangkan kesedaran kepada mereka
untuk menjaga kesihatan diri. Dengan pendek kata, kanak-kanak yang kurang gemar bersukan dan
beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

Sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka juga satu
punca obesiti. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga
mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak mereka hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan
memberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran
anak-anak mereka. Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan segera seperti
yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain lagi. Menurut Unit Kesihatan dari
Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam
tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang mengundang
sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain.  Pendek kata,
kegemukan dalam kalangan kanak-kanak bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang
menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Di samping itu, pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.Makanan yang


mengandungi kandungan gula tinggi dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon
insulin di dalam darah. Contoh makanan manis seperti minuman bergas,ais krim, kuih muih dan
sebagainya. Sekiranya kanak-kanak lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin
akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak
stabil. Seseorang kanak-kanak itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin
makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya
obesiti yang membawa pelbagai penyakit.

Sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka juga satu punca
obesiti. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga
mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak mereka hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan
memberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran
anak-anak mereka. Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan segera seperti
yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain lagi. Menurut Unit Kesihatan dari
Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam
tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang mengundang
sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain.  Pendek kata,
kegemukan dalam kalangan kanak-kanak bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang
menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara hidup yang


sedentari (Poh et al. 2008) berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan
peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia.Kurang aktiviti fizikal atau cara hidup
sedentari boleh didefinisikan sebagai    pergerakan anggota badan yang minima yang bersamaan
dengan kadar metabolisme rehat. Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan
lif berbanding tangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada penggunaan tenaga
yang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.Teknologi masa kini menyebabkan
pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan meminimumkan
penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk menyebabkan kekangan masa untuk
bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak mencukupi
untuk bersukan atau  berekreasi dan seterusnya menggalakkan kehidupan sedentari. Ianya juga
merujuk kepada amalan tingkah laku fizikal yang pasif seperti menonton televisyen, membaca,
menggunakan komputer, berbual melalui telefon, memandu kereta, bermeditasi dan makan.

Masa kini, teknologi canggih menjadikan kanak-kanak menghabiskan masa di hadapan


televisyen dan bermain games.Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada
teknologi multi media dan dipaksa turun beriadah atau bersenam.     
Faktor psikososial (seperti tekanan perasaan, rendah keyakinan diri, diskriminasi
pekerjaan dan beberapa bentuk stigma sosial) merupakan faktor yang perlu diambil kira di dalam
pencegahan obesiti kerana berbanding faktor genetik. Faktor psikososial merupakan faktor yang
boleh diubah. Faktor psikososial dipengaruhi oleh aspek psikologi individu dan ianya dipelajari
melalui pelbagai pengalaman hidup.  Rasa lapar dan selera Rasa lapar adalah maklum balas
psikologi kepada keperluan mengambil makanan yang dihasilkan oleh rangsangan otak. Ianya boleh
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti saiz dan komposisi hidangan yang diambil sebelumnya,
corak pengambilan makanan individu, status fizikal dan mental individu. Faktor psikologi seperti
bau serta interaksi persekitaran amat mempengaruhi pengambilan makanan individu. Individu yang
mengehadkan pengambilan makanan pada setiap hidangan akan merasa kelaparan yang lebih tinggi
untuk beberapa hari tetapi ianya semakin lama akan semakin hilang dari hari ke hari. Pada peringkat
tertentu, kelaparan tidak terkawal akan menyebabkan pengambilan makanan berlebihan melebihi
kekurangan kalori yang dihadapi. Kapasiti perut juga boleh beradaptasi kepada kuantiti yang lebih
besar sehinggakan kuantiti hidangan biasa tidak lagi menyebabkan rasa kenyang. Selera juga boleh
menyebabkan individu mula mengambil makanan walaupun tanpa rasa lapar. Tidak seperti
kelaparan, selera adalah merupakan sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman. Selera
meningkatkan kelaparan dan individu boleh berselera tanpa rasa lapar. Salah satu contoh adalah dari
pemerhatian dan bau makanan, selera boleh meningkat dan seterusnya menggalakkan individu
menikmati hidangan atau menambah saiz makanan. Bau dan penglihatan boleh meningkatkan lagi
selera walaupun pada masa tersebut kelaparan individu tersebut telah diatasi. Pemilihan makanan
juga mempengaruhi rasa kenyang. Sesetengah makanan menyebabkan rasa kenyang yang
berpanjangan berbanding makanan yang lain. Secara umumnya makanan serat yang tinggi
mengekalkan rasa kenyang yang   lebih berpanjangan berbanding nutrien yang lain.

Personaliti juga menyumbang kepada tingkah laku pengawalan berat badan iaitu
individu yang tidak percaya kepada keupayaan diri dalam mengawal berat badan akan berhadapan
dengan masalah tersebut. Kawalan diri dan keupayaan individu menguruskan hidup juga
mempengaruhi tingkah laku pengawalan berat badan. Sesetengah individu mengambil makanan
sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan dan menenangkan diri. Masalah lain seperti makan
dengan terlalu banyak juga berkaitan dengan masalah personaliti seperti kemurungan, tekanan dan
lain-lain yang jelas menunjukkan ianya berkaitan dengan pengambilan makanan.     
Tabiat masyarakat yang suka makan mengikut selera tanpa memikirkan kesan kepada
kesihatan adalah satu masalah yang perlu diambil berat. Kadang-kala, tabiat ini diamalkan di dalam
institusi kekeluargaan yang mana, anak-anak turut sama menjamu selera pada waktu yang tidak
sepatutnya. Ia lebih ketara berlaku di bandar- bandar besar memandangkan kekangan masa ibu
bapa di dalam penyediaan makanan. Apabila masa yang singkat menjadi pengukur, penjaga
mencari jalan mudah dengan memilih makan makanan segera sebagai menu makanan terutamanya
untuk hidangan makan malam. Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang
tepat akan menyebabkan badan kita tidak letih dan lebih bertenaga. Sekiranya keadaan ini tidak
diikuti ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat dihadam dengan baik terutamanya
kepada kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran fizikal.

Selain itu, cara hidup pelajar-pelajar hari ini yang terlalu senang dan boleh dikatakan
‘membosankan’. Perbezaan yang ketara yang dapat digambarkan adalah hari ini dan hari semalam.
Kenangkan kembali cara hidup atuk nenek mahupun ibu bapa pada dekad yang lepas, kehidupan
yang penuh dengan erti keseronokan sebenar sebagai seorang kanak-kanak. Hari ini kemudahan
teknologi contohnya permainan komputer, internet, astro, menyebabkan kanak-kanak lebih selesa
berada di rumah. Segala permainan dan hiburan yang ada seakan-akan menjadikan anak-anak statik
di satu tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif yang dapat dilakukan mereka. Jika dahulu, tiada
masalah obesiti diperkatakan dikalangan kanak-kanak. Ini kerana pada ketika itu, kanak-kanak
sibuk bermain permainan yang bukan sahaja memerlukan pergerakan fizikal yang aktif malah
bercampur gaul dengan rakan-rakan, berfikir mencambah minda kreatif dan bergerak aktif dimana
kebanyakkan aktiviti yang dilakukan adalah selepas waktu sekolah mahupun sewaktu cuti sekolah.
Apabila gaya hidup yang tidak berkualiti ini diamalkan secara terus menerus adalah tidak mustahil
akan menyebabkan gejala obesiti ini meningkat dari hari ke sehari.

Pemakanan merupakan salah satu punca berlakunya masalah obesiti dikalangan kanak-
kanak. Keadaan ini berlaku bukan kerana mereka tidak mengetahui tentang pemakanan sihat tetapi
mereka sebenarnya tidak mengambil kisah tentang apa yang mereka makan dan minum. Dewasa ini
tabiat membeli makanan di luar merupakan suatu sutuasi yang biasa dikalangan ibu bapa dan
kanak-kanak pada masa kini
terutamanya bagi yang ibu bapa mereka sibuk bekerja. Seperti yang kita semua sedia maklum
makanan yang dibeli di luar ini mengandungi gula, garam dan bahan perisa tambahan yang
berlebihan berbanding dengan makanan yang dimasak di rumah. Pengambilan gula,garam dan
bahan perisa yang berlebihan dalam makanan ini akan menyumbang kepada masalah obesiti
terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Pengambilan makanan segera dengan kerap juga turut menyumbang kepada faktor
gelaja obesiti ini. Perkara ini dilihat sebagai satu budaya kepada pelajar-pelajar apabila berkumpul
beramai-ramai mahupun ketika pulang dari sekolah. Pelajar lebih gemar untuk menjamu diri
dengan makanan segera mahupun makanan ringan. Seperti yang kita ketahui, kumpulan makanan
inilah yang paling banyak mengandungi lemak yang menyumbang kepada obesiti. Oleh itu,
peranan dari pihak sekeliling adalah perlu untuk menekan aspek pemakanan yang sihat kepada
pelajar mahupun murid berkenaan.

Apabila kurang pengambilan makanan akan menyebabkan perut menjadi lapar dan
badan akan menjadi kurang bertenaga. Apabila tenaga yang diperlukan kurang, sistem badan secara
automatik akan mengambil kalori daripada sumber lain untuk ditukarkan menjadi tenaga iaitu sel-
sel otot dan sel-sel lemak. Kebiasaannya, apabila perkara ini berlaku, sel-sel otot lebih banyak
dibakar berbanding dengan sel-sel lemak. Ini akan menyebabkan berat badan menurun, tetapi
penurunan dalam jisim otot dan kandungan air di dalam badan sahaja manakala kandungan lemak
masih kekal di dalam badan. Bila sel-sel otot ini berkurangan, kadar metabolism badan akan
menurun. Bagi setiap 1 kilogram otot, badan berupaya membakar kalori 200 – 300 kalori sehari. Ini
bermakna, jika sel-sel otot sudah berkurangan di dalam badan, secara tidak langsung kadar kalori
juga turut menurun. Apabila situasi ini berlaku, sekiranya pelajar-pelajar ini makan pada kadar
yang sedikit, tetapi sistem badan tidak berupaya lagi untuk membakar kalori yang banyak
memandangkan sel-sel otot yang berberkurangan dan kadar metabolism juga menurun. Hal ini
dapat dilihat di mana,
kebanyakkan murid-murid mahupun pelajar-pelajar pada masa ini yang sering hadir ke
sekolah dalam keadaan perut kosong. Walaupun remeh untuk dipandang, tetapi ia turut
menyumbang ke arah gejala obesiti.

Faktor persekitaran ternyata turut menyumbang kepada gejala obesiti ini.


Perkara ini dapat mempengaruhi seseorang itu untuk menjadi gemuk. Jika dilihat, apabila
seorang kanak-kanak itu dibesarkan di dalam persekitaran yang menganggap gemuk sebagai
satu simbol kemakmuran dan keindahan, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut
cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor
luaran, maka anak-anak yang obesiti ini tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi
berkaitan dengan kegemukan.

Dalam zaman teknologi ini kita terutamanya kanak-kanak banyak disogokkan


dengan pelbagai jenis iklan makanan yang tidak sihat. Selain itu keadaan persekitaran kanak-
kanak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tidak berkhasiat juga semakin bersepah-
sepah dimana-mana sahaja bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan mendedahkan mereka
untuk mendapatkan makanan tersebut dengan mudah.

3.0 Refleksi respons tentang bagaimana sekolah boleh membantu kanak-kanak

membuat perubahan.

Guru Besar atau Pentabdir harus memainkan peranan utama dalam menerapkan
kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti sekitar. Program-
program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya
melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.

Pihak sekolah bolehlah sentiasa memastikan makanan yang disediakan di


sekolah adalah makanan yang bersesuaian dengan diet pelajar. Guru juga penting
dalam menyampaikan maklumat tentang tabiat pemakanan yang betul, pengambilan
diet yang sesuai dan sebagainya. Pendedahan tentang bahaya obesiti juga perlu agar
pelajar tahu apa kesannya. Bimbingan yang betul dapat membantu pelajar
memahami dengan lebih baik dan ini boleh menghindari masalah obesiti.

Ceramah kesihatan juga boleh diadakan di sekolah dalam usaha


mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Ceramah kesihatan ini dapat
membantu memberi bimbingan tentang cara mengatasi masalah obesiti. Melalui ceramah
ini, kanak-kanak lebih prihatin tentang tahap kesihatan mereka dan akan lebih berusaha
untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Melalui ceramah
kesihatan ini kanak-kanak didedahkan dengan keburukan mengambil makanan yang tidak
berkhasiat yang menyebabkan masalah obesiti. Kanak-kanak akan berasa gerun apabila
melihat kesannya. Maka, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bukan sahaja ibu bapa , pihak
sekolah juga bertanggungjawab dalam memastikan hal ini tidak berlanjutan pada masa
akan datang.

Pihak sekolah harus menubuhkan jawatankuasa khas untuk memastikan


pemasak kantin mengikut panduan semasa menyediakan makanan. Antara panduan
merangkumi aspek seperti:

a.  Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan

b.         Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar,


rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.

c.         Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, daging


dikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba,
jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.

d.         Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.

e.         Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Ia mempunyai rasa yang murni dan
mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai sebahagian
daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama
f.          Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber
garam mineral terutama kalium dan kalsium.  Sama sekali tidak mengandungi kolestrol
dan amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium.  Kebaikan boleh menjadi snek
yang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskan
sistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistem
penghadaman dan beerapa jenis kanser.

6.2    Peranan Agensi Kerajaan dan Sekolah           

  Kementerian kesihatan dan Kementerian Pelajaran telah mengambil    langkah untuk


menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan
menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin
layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan
pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar. . Selain daripada  minuman berkarbonat,
makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi,
gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam
kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap
sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula
yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.

Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut


dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak
berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak
berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik.  Garis panduan yang
disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu  kawasan luar sekolah dalam
jarak yang tertentu dilarang menjual berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama
dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut.  Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat
menikmati manfaat bersukan bagi melahirkan insan yang sihat dan cergas. Justeru,
pelbagai aktiviti sukan telah diperkenalkan bagi menarik minat murid untuk melibatkan
diri secara aktif dalam bidang sukan. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan
Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan dimulakan           
di            peringkat       sekolah.
Laporan oleh Unites States Health and Human Service (2001) menyatakan
bahawa sekolah adalah lokasi utama strategi pencegahan dan penurunan kewujudan
sindrom kegemukan dan obesiti di kalangan pelajar. Sekolah menyediakan pelbagai
peluang untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan tabiat
pemakanan yang sihat / baik serta mengukuhkan kefahaman berkaitan diet sihat dan
faedah aktiviti fizikal. Guru sebagai role model disarankan untuk meningkatkan
kesedaran diri mengenai kepentingan nutrisi yang baik dan sihat serta gaya hidup yang
aktif demi kesejahteraan hidup; bersama ibu bapa dan masyarakat untuk menekankan
kepentingan program dan polisi aktiviti fizikal dan nutrisi yang dikendalikan oleh pihak
sekolah; menekankan kepentingan penerimaan saiz badan dan amalan kawalan berat
badan yang tidak sihat dan meningkatkan sensitiviti guru untuk menangani masalah        
yang   dihadapi        oleh    pelajar            gemuk. Guru sebagai role model perlu
menampilkan diri sebagai individu yang mempunyai bentuk badan yang ideal di kaca
mata pelajar dan mampu mempengaruhi serta mengubah sikap di samping
memotivasikan pelajar ke arah yang lebih positif. Ke arah itu, guru perlu mengamalkan
diet yang seimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang baik supaya imej diri
mereka dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi dengan lebih            baik.

Matlamat utama pendidikan pemakanan untuk kanak-kanak sekolah adalah


supaya mereka belajar berkaitan makanan yang berkhasiat dan seimbang dengan
menggalakkan mereka mencuba makanan yang pelbagai jenis. Walaubagaimanapun guru
sekolah perlu membantu memilih makanan supaya kanak-kanak lebih bijak memilih
makanan pada masa hadapan.

Selain itu kanak-kanak ini datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan
budaya. Ada keluarga yang menekankan pemakanan yang berkhasiat, sihat dan
seimbang. Manakala ada pula keluarga yang tidak mengambil kisah sama ada anak-anak
mereka makan makanan yang berkhasiat atau tidak kerana yang penting kanak-kanak itu
cukup makan dan kenyang. Oleh kerana keadaan tersebut, maka peranan guru sekolah
bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat sangat penting supaya pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak tidak terjejas dan menanam tabiat makan yang baik dan
semulajadi yang akan kekal sehingga kanak-kanak itu dewasa.

Guru sekolah boleh membawa kanak-kanak untuk makan diluar. Contohnya


dikantin atau taman permainan serta ditepi pantai (berkelah). Kanak-kanak juga diberi
snek yang berkhasiat dan digemari contohnya : susu, buah atau sandwich. Elakkan
memberi snek kepada kanak-kanak terlalu dekat dengan waktu makan utamanya untuk
mengelakkan dia hilang selera makan.

00

Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di
masa akan datang juga turut dicadangkan.

Keseluruhannya, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang tegas kepada


pengusaha kantin supaya makanan yang seimbang dapat di jual di kantin sekolah. AJK
pengurusan kantin perlu memantau penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang
disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran . Makanan diproses seperti nuget, sosej tidak
seharusnya menjadikan pilihan makanan pelajar kerana mengandungi kandungan garam
yang tinggi. Kaunselor perlu memainkan peranan untuk mengadakan program/kempen
untuk menarik minat pelajar.Contohnya mengadakan demo masakan berasaskan sayuran
dan menjemput chef-chef bertaraf selebriti seperti Chef Ismail. Pihak kantin perlu
mempelbagaikan pilihan makanan berasaskan sayuran.Setiap hidangan makanan perlu
ada hidangan sayuran hijau.Selain itu,buah-buahan perlu dijual sebagai pencuci
mulut.Bagi menarik minat pelajar untuk membeli, buah-buahan tersebut digantikan
dengan salad. Kueh-muih pula ditambah dengan sayur seperti popiah dan cucur sayur.

4.0 Refleksi respons tentang bagaimana komuniti boleh membantu kanak-kanak


membuat perubahan.

Kekurangan kesedaran dalam diri setiap individu tentang


bahayanya penyakit obesiti juga merupakan satu faktor yang tidak diambil peduli oleh
masyarakat. Sikap ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan jumlah
penghidap penyakit kronik. Menurut Rahmatika (2008), senaman adalah salah satu cara
yang dapat dilakukan untuk menangani masalah obesiti, senaman yang dianjurkan adalah
senaman yang bersifat aerobik iaitu senaman yang menggunakan oksigen dalam sistem
pembentukan tenaganya. Seseorang tidak melakukan senaman, peningkatan untuk
mendapatkan serangan penyakit jantung akan lebih banyak. Malahnya, kanak-kanak pada
masa kini hanya suka berdepan dengan komputer.

Pihak komuniti perlu mengadakan Ceramah Kesihatan yang bertemakan


Pemakanan Seimbang, dan menjemput orang yang berpengalaman seperti Pegawai
Kesihatan untuk menyampaikan ceramah tersebut. Dengan ceramah ini, orang ramai akan
lebih mendapat banyak input tentang penjagaan kesihatan diri. Bagi menjayakan
Pemeriksaan Kesihatan I-Care, pihak sekolah perlu bekerjasama dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam menganjurkan program pemeriksaan kesihatan dua kali
setahun. Pemeriksaan Kesihatan I-Care ini penting kerana ia memastikan BMI para
pelajar kekal pada tahap yang baik bermula dari usia muda.

Semasa ceramah, penceramah perlulah berbincang pemakanan yang seimbang


bagi mengurangkan obes. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat
mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis
pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu
pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan
kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan
buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus
dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu
mengandungi kandungan gula yang amat tinggi.
Selain itu, komuniti kena mensyorkan slogan “kurangkan kandungan gula dalam
minuman dan kuih-muih”. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake
cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan
elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana
kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan.
Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal
Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk
yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga
disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama.
Rancangan yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak
mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang
bergerak dan mudah menjadi gemuk.

Di samping itu, juga boleh mengadakan kempen “Makan Lebih Sayur-sayuran


dan Buah-buahan”.Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dimakan setiap hari kerana
makanan ini kurang mengandungi lemak dan dapat membekalkan vitamin , zat-zat dan
serat yang sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun
penyakit kronik. Pelbagai jenis sayur-sayuran seperti sayur berdaun hijau , berubi , dan
berbuah boleh dimakan segar ataupun dimasak tidak terlalu lama supaya zat dapat
dikekalkan. Buah-buahan pula dapat dimakan segar sebagai pencuci mulut ataupun
diminum perahan atau jus tanpa gula. Buah-buahan tempatan seperti pisang , tembikai ,
dan betik banyak mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Persatuan-persatuan tertentu atau kelab boleh mengadakan kempen senaman


aerobik beramai-ramai pada setiap hari Sabtu. Dengan ini akan menarik penduduk sekitar
untuk menyertai kempen ini dan juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
atau dengan jiran tetangga. Senaman beramai-ramai dapat mengurangkan masa anak-
anak berada di rumah menonton rancangan televisyen atau beimain games.

5.0 Refleksi syor anda sebagai Pegawai Daerah untuk mengurangkan obesiti dalam

komuniti anda.
Selaku seorang pegawai daerah ,saya akan merancang Program Get
Active, Let’s Move (PRO-GATE). Program Get Active, Let’s Move merupakan satu
usaha untuk membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan murid-murid
sekolah rendah bagi mengekang masalah obesiti. Program ini mempunyai tema yang
spesifik dan nyata iaitu “Murid Sihat Tanpa Obes”. Selain itu, aktiviti-aktiviti Program
ini adalah menfokuskan kepada 3 elemen cara hidup sihat iaitu lakukan aktiviti fizikal,
makan secara sihat serta pupuk minda sihat. Perenggan di bawah akan menerangkan
contoh-contoh aktiviti yang dirancang dengan jelas dan nyata.

Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sempena program ini seperti Jom
Berjalan 1000 Langkah Sehari, persembahan U-Robik, pameran kesihatan cara hidup
sihat, permainan berasaskan aktiviti rekreasi U-Game, Kaunselor Pemakanan,
Pemeriksaan Kesihatan I-Care, Kafe Sihat, ceramah dan sebagainya.

Persembahan U-Robik sempena pelancaran Program PRO-GATE adalah untuk


melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai
amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Aktiviti senamrobik ini boleh
dilaksanakan setiap hari pagi Rabu berikutan hari tersebut merupakan hari kokurikulum
bagi murid-murid. Aktiviti senam robik ini mudah dijalankan dan ia boleh dijalankan di
tapak yang sesuai seperti di gelanggang, stadium atau di padang sekolah. Aktviti U-Robik
ini bermula dengan iringan pelbagai lagu seperti lagu Inggeris, lagu Melayu, zapin, joget,
tarian Sumazau serta tarian tradisi rakyat lain. Bersenam dengan iringan lagu adalah amat
menarik kerana gabungan pelbagai rentak lagu dapat menghiburkan hati dan membuatkan
murid tidak sedar menghayunkan langkah dan juga berpeluh.

Senaman dapat menyihatkan badan sekaligus dapat mengatasi masalah


obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti senaman ini telah diakui oleh pakar
perubatan kerana mempunyai banyak faedah seperti membina kekuatan otot, jantung
dapat bekerja dengan baik, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal dan
menguatkan tulang serta meningkatkan imbangan. Dengan melakukan aktiviti senaman
yang berkala mampu menjadikan kehidupan seseorang lebih ceria dan sihat. Kanak-
kanak harus melibatkan diri dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman
berpasukan, yoga, berenang, berbasikal, menari ataupun berjalan-jalan pada waktu petang
dan selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya senaman yang
terlalu berat ataupun memenatkan. Senaman yang baik ialah senaman yang melibatkan
pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Bagi kanak-
kanak yang masih kecil perlu digalakkan dengan bermain di taman permainan atau
melakukan aktiviti di luar rumah. Sekiranya amalan bersenam diamalkan oleh kanak-
kanak, masalah obesiti dapat dikurangkan sekaligus dapat mengelakkan diri kanak-kanak
daripada penyakit berbahaya.

Selain daripada aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang seimbang


juga penting dalam mengekalkan berat badan yang ideal. Dengan ini, saya akan memberi
arahan kepada pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pengusaha kantin sekolah untuk
menganjurkan program kesedaran pemakanan yang seimbang iaitu Minggu Kafe Sihat.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Kafe Sihat adalah Pertandingan
Menyediakan Hidangan Minum Petang dan Demonstrasi Masakan Sihat. Pelancaran
Minggu Kantin bermulanya dengan demontrasi masakan sihat oleh chef selebriti yang
menunjukkan cara mudah menyediakan tiga jenis makanan berkhasiat iaitu salad segar,
jus tembikai susu dan sayur-sayuran. Chef selebriti akan membimbing murid-murid
memilih makanan yang sihat serta menggalakkan mereka makan buah-buahan dan sayur-
sayuran setiap hari.

Seterusnya, saya akan memberi arahan kepada guru besar sekolah supaya
mengadakan Pertandingan Menyediakan Hidangan Minum Petang mempunyai 2 kategori
iaitu secara individu atau berkumpulan. Murid-murid dikehendaki menggunakan bahan
makanan sendiri untuk menyediakan satu hidangan minum petang yang berkhasiat serta
mudah disediakan. Pemenang akan mendapat hadiah dan sijil pada akhir pertandingan.
Pengusaha kantin juga boleh meletakkan poster dan banner yang berkaitan dengan
‘pemakanan seimbang tanpa obes’ di kantin supaya murid mempunyai kesedaran untuk
makan secara sihat.

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan seharusnya bertindak


dengan lebih tegas dengan menguatkuasakan garis panduan bagi memastikan pihak
kantin sekolah menyediakan hidangan sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak dan
mengenakan hukuman yang tegas ke atas pengusaha kantin yang enggan untuk
bekerjasama. Menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat merupakan cara mendidik
kanak-kanak mengenai makanan yang sihat dan makanan yang perlu dielakkan di luar
sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah bekerjasama untuk
menyokong pendekatan menyeluruh untuk menerapkan budaya di mana pelajar sekolah
rendah dan menengah secara aktif memilih makanan berkhasiat dan gaya hidup yang
lebih sihat.

6.0 Kesimpulan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mengambil berat status kesihatan anak-anak


dalam usaha mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bukan sahaja ibu-
bapa, malah pihak sekolah juga turut bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik minat kanak-
kanak untuk menjaga kesihatan. Dengan kata lain, kita perlu mengamalkan sikap
mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal
timbul akibat keberkesanan yang melampau dengan menerapkan gaya hidup sihat dalam
diri kanak-kanak. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam
pendidikan pemakanan anak-anak. Kanak-kanak adalah masa hadapan sesebuah negara
yang maju seperti Malaysia.

Sokongan dari semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk


mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah. Di samping itu,
maklumat mengenai pemakanan yang seimbang, informasi mengenai sumbangan aktiviti
fizikal dalam mengekalkan berat badan dan pengekalan tahap kesihatan serta amalan
tingkahlaku yang baik dan positif dapat membantu pihak kerajaan membendung masalah
obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja yang kritikal di Malaysia ketika ini.        
Negara akan cemerlang dan gemilang jika ditadbir oleh masyarakat yang cergas
memiliki minda yang cerdas, cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan
2020. Aakhiri dengan serungkap pantun:

                Makanan perlu bernutrisi,

                Makanlah makanan dengan berwaspada.

                Elakkanlah masalah obesiti,

                Badan sihat hidup sejahtera.

    8.0   Bibliografi

Denise walker (2006) Makanan, Darah dan Tulang . Institut Terjemahan   Negara
Malaysia Berhad : Kuala Lumpur  

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (2011).Modul Program Promosi Kesihatan


:Pencegahan Obesiti

Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal kegemukan cara mudah dan murah.
Utusan Malaysia Online.

You might also like