You are on page 1of 1

Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya

obesiti tetapi masalah obesiti tetap wujud. Terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi masalah obesiti
dan punca masalah obesiti wujud.

Antara langkah bagi mengatasi masalah obesiti ialah kerajaan haruslah menyebarkan
maklumatdi media massa. Kerajaan perlu memberitahu masyarakat tentang bahaya obesiti serta
kesannya. Selain itu, kerajaan juga perlu memberitahu langkah untuk mengatasi masalah obesiti
supaya masyarakat boleh mengikuti langkah-langkah tersebut dan masalah obesiti dapat
dikurangkan. Kerajaan haruslah menyedarkan masyarakat supaya mengubah cara pemakanan kerana
badan yang sentiasa sihat dapat menghindari pelbagai penyakit.

Langkah bagi mengatasi masalah obesiti seterusnya ialah mengamalkan pemakanan seimbang.
Masyarakat haruslah elakkan makan makanan yang tinggi kalori dan berlemak. Hal ini dikatakan
demikian kerana lemak akan terkumpul dalam badan dan menyebabkan individu gemuk. Masyarakat
haruslah makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan tenusu seperti produk susu, mentega serta
keju. Masyarakat juga perlu elakkan makan makanan yang bergoreng dan makan makanan yang
direbus, kukus atau bakar seperti ayam rebus. Masyarakat haruslah makan makanan seimbang yang
mempunyai vitamin, protein dan lemak yang seimbang untuk menjaga badan sentiasa sihat.

Langkah terakhir bagi mengatasi masalah obesiti ialah masyarakat haruslah menggalakkan
senaman. Masyarakat haruslah bersenaman secara berterusan 15 minit sehari dan secara berkala 20
hingga 30 minit 3 kali seminggu. Masyarakat boleh bersenaman pada hujung minggu seperti
berjogging, aerobik, berenang dan sebagainya. Bersenam dapat mengeluarkan peluh serta
membakar lemak dan kalori. Bersenam juga dapat mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
Hal ini dapat mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan masyarakat. Rakyat juga boleh
menyertai program yang ditubuh oleh kerajaan seperti program 10000 langkah dan Hari Sukan
Negara.

Antara punca masalah obesiti wujud ialah trend hidup bersenang lenang. Ibu bapa yang
berkerjaya tiada masa untuk memasak makanan yang sihat kepada anaknya. Hal ini menyebabkan
anaknya sentiasa membeli makanan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Grab Food atau
Foodpanda. Mereka juga akan membeli makan segera seperti Pizza Hut, Mc Donald, KFC dan
sebagainya. Makanan-makanan tersebut mempunyai kadar kalori dan lemak yang tinggi.

Punca masalah obesiti wujud seterusnya ialah masyarakat tidak mempunyai jadual makan yang
tertentu. Masyarakat kerap makan dengan kuantiti yang banyak. Masyarakat juga kerap makan
malam. Hal ini menyebabkan makanan tidak dapat dihadam, lemak akan terkumpul di dalam badan
dan tidak dibakar. Situasi ini akan menyebabkan individu gemuk. Masyarakat juga mempunyai sikap
makan tidak ikut masa. Kebanyakkan orang tidak ambil sarapan sebab bangun lewat. Kesannya, perut
akan berasa lapar dan hal ini menyebabkan individu akan makan dengan banyak dan tidak dapat
mengawal pemakanan.

Kesimpulannya, masalah obesiti haruslah ditangani supaya kes obesiti tidak terus berkembang
lagi.

You might also like