You are on page 1of 2

Salam sejahtera murid-murid,

Bulan ini merupakan bulan kesihatan sekolah. Cikgu ingin memberikan satu ceramah
yang bertajuk "Gejala obesiti dalam kalangan pelajar sekolah: faktor-faktor
penyumbang".
Terlebih dahulu, kita perlu memahami apakah maksud obesiti.
Obesiti membawa maksud lebihan lemak tubuh badan yang boleh menyebabkan masalah
kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila bilangan sel lemak di dalam tubuh badan
meningkat.
Kita boleh menggunakan Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) untuk
mengetahui data asas tahap kegemukan badan kita.
Formula BMI ialah:
Berat badan (dalam kilogram) dibahagikan kepada tinggi (dalam unit meter) sebanyak
dua kali.
Keputusannya membawa makna:
kurang 20.6 = Kurus
20.7-26.4 = Normal
26.5-30.9 = Gemuk
31.0-45.2 = Obesiti
Lebih 45.3 = Bahaya

Setelah mengetahui ciri-ciri berat badan sendiri, seterusnya kita akan melihat faktorfaktor yang mengakibatkan obesiti.
Faktor yang pertama ialah pengambilan makanan yang tinggi kalori, iaitu makanan yang
tinggi kandungan gula dan lemak, seperti biskut, mee goreng, keropok, gula-gula, burger,
roti canai, ais krim dan lain-lain. Selain makanan, minuman bergas juga mengandungi
kandungan gula yang tinggi. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan gula
tinggi juga akan meningkatkan risiko jangkitan penyakit kronik seperti serangan jantung
koronari, diabetes, darah tinggi, angin ahmar dan penyakit-penyakit lain.
Bagi mengelakkan masalah obesiti, amalkanlah gaya pemakanan yang seimbang,
pastikan anda kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori, seperti makanan

berlemak, elakkan minuman bergas. Anda boleh mengambil buah-buahan dan sayursayuran yang lebih banyak. Anda juga perlu minum air yang secukupnya.
Senaman yang tidak mencukupi juga merupakan faktor yang membawa obesiti. Muridmurid, cuba anda imbas kembali, adakah anda sering duduk dalam jangka yang panjang,
seperti menonton televisyen, menggunakan komputer dan membaca buku. Gaya hidup
yang sedentari ini menyebabkan lemak badan terkumpul.
Anda boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan-jalan, mengoyang-goyangkan
badan dan tangan untuk merehatkan badan setelah duduk seberapa ketika.
Anda dicadangkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu.
Pelbagai senaman yang boleh dilakukan termasuklah jogging, bermain bola sepak,
badminton, berbasikal, berenang dan sebagainya.
Tabiat makan yang kurang sihat juga boleh menyebabkan masalah obesiti, seperti tabiat
makan terlalu cepat, biasanya orang yang makan cepat akan makan secara berlebihan
kerana otak tidak bertindak begitu pantas untuk memberitahu kita bahawa makanan yang
kita ambil telah mencukupi. Dengan ini, cubalah makan dengan perlahan-lahan, kunyah
makan kepada cebisan yang kecil sebelum telan supaya mudah dihadam.
Adakah anda suka mengambil makanan sampingan selepas makan tengahari atau makan
malam? Makanan sampingan yang diambil juga boleh menyebabkan lebihan berat badan.
Dengan ini, anda dicadangkan supaya mengosok gigi selepas makan supaya tidak
beringinan untuk mengambil makanan sampingan.
Mungkin murid-murid tidak sedar juga, waktu rehat yang tidak mencukupi juga boleh
mendatangkan masalah obesiti. Hal ini adalah disebabkan oleh waktu rehat yang tidak
mencukupi boleh mengganggu fungsi sistem metabolisme badan kita, dengan ini, badan
tidak dapat menggunakan dan menghabiskan lemak dalam badan dengan berkesan.
Lemak berlebihan yang terkumpul bentukkanlah masalah obesiti.
Akan tetapi, murid-murid jangan pula merehat atau tidur terlalu banyak, kekurangan
aktiviti fizikal juga menyumbang kepada obesiti. Dengan ini, murid-murid juga perlulah
mengetahui waktu rehat yang sesuai, iaitu lebih kurang 8 jam setiap hari.
Dalam usaha mengamalkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat, nescaya muridmurid dapat hidup dengan lebih sihat, bebas dari penyakit tanpa masalah obesiti.
Sekian, terima kasih.

You might also like