You are on page 1of 8

MODUL

TULIS TEPAT
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN
(TEKNIK MOTUPA)

BAHASA MELAYU
KERTAS 1 (910/1) STPM
BAHAGIAN C : PENULISAN KARANGAN

“SENANGKAN YANG SUSAH”


TEKNIK MENJAWAB SOALAN
“Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan …”
Soalan
Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak
sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Petua Cikgu Zul


Soalan “Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?” boleh dijawab dengan
menggunakan tiga pendekatan, iaitu:

Calon BERSETUJU sepenuhnya pernyataan bahawa “Gejala obesiti atau


kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak
sihat”. Calon akan memberikan 5 atau 6 isi yang hanya berkaitan dengan
Pendekatan “amalan pemakanan yang tidak sihat penyebab utama masalah kegemukan”.
Penegasan pendirian calon harus dinyatakan dengan jelas dalam

1 pendahuluan karangan.
Teknik ini boleh digunakan kalau calon boleh memberikan isi yang bernas
dan tepat untuk menyokong pernyataan yang berbunyi, “Gejala obesiti atau
kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak
sihat”. Risiko yang mungkin akan berlaku ialah calon boleh memberikan isi
yang berulang kerana kebarangkalian isi yang diberikan adalah sama agak
tinggi.

Calon TIDAK BERSETUJU dengan pernyataan bahawa “Gejala obesiti atau


kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak
sihat”. Calon akan memberikan 5 atau 6 isi yang TIDAK berkaitan dengan
“amalan pemakanan yang tidak sihat penyebab utama masalah kegemukan”.
Pendekatan Ini bermakna calon akan memberikan faktor-faktor lain selain amalan
pemakanan yang tidak sihat sebagai penyebab utama masalah kegemukan.

2 Penegasan pendirian calon harus dinyatakan dengan jelas dalam


pendahuluan karangan.
Teknik ini boleh digunakan kalau calon boleh memberikan isi yang bernas
dan tepat untuk TIDAK BERSETUJU dengan pernyataan yang berbunyi,
“Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan
pemakanan yang tidak sihat”. Risiko yang mungkin akan berlaku ialah calon
boleh memberikan isi yang berulang kerana kebarangkalian isi yang
diberikan adalah sama agak tinggi.
Calon memilih untuk berada di atas pagar iaitu BERSETUJU DAN TIDAK
BERSETUJU. Calon ini akan BERSETUJU dengan pernyataan bahawa
“Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan
pemakanan yang tidak sihat”. Kemudian, calon ini akan memberikan
FAKTOR-FAKTOR LAIN yang menyebabkan masalah kegemukan selain
amalan pemakanan yang tidak sihat.

Isi karangan tidak semestinya seimbang tetapi jika calon memilih untuk
Pendekatan menjawab menggunakan pendekatan 3, calon harus memberikan isi
bersetuju dan isi tidak bersetuju. (Rujuk Jadual 1) Penegasan pendirian

3 calon harus dinyatakan dengan jelas dalam pendahuluan karangan.

Pendekatan Pembahagian Jumlah Isi


Bersetuju 1 4 2 3 3 2 4
Tidak bersetuju 4 1 3 2 3 4 2
JUMLAH ISI 5 6

Jadual 1 : Pembahagian Jumlah Isi


Pendekatan 3 ini biasanya menjadi pilihan calon semasa menjawab soalan
jenis ini. Kebanyakan guru juga mencadangkan agar calon menggunakan
pendekatan ini untuk menjawab. Walaupun risiko calon boleh memberikan
isi yang berulang tetapi kebarangkalian agak rendah.

Soalan ini
memerlukan calon menulis
pendahuluan dan penutup
yang jelas menggambarkan
pendirian calon.
TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN
“Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan …”
Soalan
Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan
yang tidak sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Gejala obesiti atau kegemukan bermaksud berat badan yang


melampau dan melebihi kadar berat badan unggul (BMI). Secara
amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti diklasifikasikan
Pendekatan dengan berat badan melebihi 20%daripada berat badan ideal
berdasarkan ketinggian seseorang. Penyakit obesiti boleh
1 mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek. Gejala obesiti memang
berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Saya amat
bersetuju dengan pernyataan ini.
(86 patah perkataan)
Gejala obesiti atau kegemukan bermaksud berat badan yang
melampau dan melebihi kadar berat badan unggul (BMI). Secara
amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti diklasifikasikan
dengan berat badan melebihi 20%daripada berat badan ideal
berdasarkan ketinggian seseorang. Penyakit obesiti boleh
Pendekatan mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan

2
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek. Gejala obesiti dikatakan
berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Saya tidak
bersetuju dengan pernyataan ini kerana terdapat faktor-faktor lain
yang lebih utama dalam menyebabkan gejala obesiti atau
kegemukan.
(99 patah perkataan)
Gejala obesiti atau kegemukan bermaksud berat badan yang
melampau dan melebihi kadar berat badan unggul (BMI). Secara
amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti diklasifikasikan
dengan berat badan melebihi 20%daripada berat badan ideal
berdasarkan ketinggian seseorang. Penyakit obesiti boleh
Pendekatan
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan

3 seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.


Selain mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek. Gejala obesiti dikatakan
berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Walau
bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh
menyebabkan gejala obesiti atau kegemukan. Perkara ini akan
dibincangkan dengan lebih terperinci.
(100 patah perkataan)
ISI KARANGAN IKUT PENDEKATAN
“Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan …”
Soalan
Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan
yang tidak sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

1 Pada pendapat saya, pengambilan makanan yang mengandungi banyak


lemak, karbohidrat, dan gula memang penyebab utama masalah obesiti.
Pendekatan 2 Gejala obesiti juga disebabkan oleh tabiat suka makan secara berlebihan.
3 Tabiat suka makan lewat juga boleh menyebabkan masalah obesiti.

1 4 Tabiat suka makan makanan segera dan makanan ringan turut menjadi
penyebab berlakunya gejala obesiti atau kegemukan.
5 Orang yang suka makan dengan gelojoh atau tidak mengunyah makanan
mudah mengalami gejala obesiti atau kegemukan.
1. Gejala obesiti atau kegemukan disebabkan sikap malas bersenam dan
bersukan.
Pendekatan 2. Gejala ini juga berpunca daripada kegagalan seseorang mengawal

2
tekanan yang dihadapi.
3. Punca lain ialah genetik. Jikalau ada keturunan kita yang mempunyai
penyakit obesiti, kita mesti berhati-hati kerana berkemungkinan besar kita
boleh dapat penyakit ini.
4. Ramai orang kurang pengetahuan tentang cara-cara untuk mengelakkan
obesiti kerana kurang membaca.
5. Obesiti atau kegemukan berlaku kerana tabiat suka tidur selepas makan.

1. Pada pendapat saya, pengambilan makanan yang mengandungi banyak


lemak, karbohidrat, dan gula memang penyebab utama masalah obesiti.
2. Gejala obesiti juga disebabkan oleh tabiat suka makan secara berlebihan.
3. Tabiat suka makan lewat juga boleh menyebabkan masalah obesiti.
Pendekatan
4. Gejala obesiti atau kegemukan disebabkan sikap malas bersenam dan

3 bersukan.
5. Gejala ini juga berpunca daripada kegagalan seseorang mengawal
tekanan yang dihadapi.
6. Punca lain ialah genetik. Jikalau ada keturunan kita yang mempunyai
penyakit obesiti, kita mesti berhati-hati kerana berkemungkinan besar kita
boleh dapat penyakit ini.
TEKNIK MENULIS PENUTUP
“Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan …”
Soalan
Gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan
yang tidak sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Kesimpulannya, gejala obesiti atau kegemukan memang berpunca daripada


amalan pemakanan yang tidak sihat. Oleh sebab itu, orang ramai
dinasihatkan supaya mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang.
Pendekatan Amalan pemakanan yang seimbang menjamin kehidupan yang lebih sihat

1
dan sejahtera. Kita harus ingat bahawa kebanyakan penyakit berbahaya
berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, kita harus
bersederhana dalam soal makan dan minum kerana kesihatan diri lebih
berharga daripada segala-galanya. Kita harus bijaksana dalam mengawal
nafsu makan kerana proses membuang lemak dalam badan bukan perkara
yang mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan
kesungguhan.
Kesimpulannya, gejala obesiti atau kegemukan bukan berpunca daripada
amalan pemakanan yang tidak sihat. Oleh sebab itu, orang ramai
dinasihatkan supaya mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang.
Pendekatan Amalan pemakanan yang seimbang menjamin kehidupan yang lebih sihat

2
dan sejahtera. Kita harus ingat bahawa kebanyakan penyakit berbahaya
berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, kita harus
bersederhana dalam soal makan dan minum kerana kesihatan diri lebih
berharga daripada segala-galanya. Kita harus bijaksana dalam mengawal
nafsu makan kerana proses membuang lemak dalam badan bukan perkara
yang mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan
kesungguhan.
Kesimpulannya, gejala obesiti atau kegemukan memang berpunca daripada
amalan pemakanan yang tidak sihat tetapi faktor-faktor lain juga penting.
Oleh sebab itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan budaya
pemakanan yang seimbang. Amalan pemakanan yang seimbang menjamin
kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Kita harus ingat bahawa
kebanyakan penyakit berbahaya berpunca daripada amalan pemakanan yang
tidak sihat. Oleh itu, kita harus bersederhana dalam soal makan dan minum
Pendekatan kerana kesihatan diri lebih berharga daripada segala-galanya. Kita harus

3
bijaksana dalam mengawal nafsu makan kerana proses membuang lemak
dalam badan bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Usaha ini
memerlukan kesabaran dan kesungguhan.
Sekian.
Semoga perkongsian ini
bermanfaat. Jika ada kesilapan,
saya dengan rendah hati
memohon keampunan. Yang
baik itu datang daripada Allah,
yang kurang itu berpunca
daripada kekhilafan saya insan
yang hina.
Ikhlas daripada:
Cikgu Zulkarnain Farihin
Abdullah

You might also like