You are on page 1of 18

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2018

HBHE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Ulasan Artikel 2
2.1 Punca-punca Obesiti 2
2.1.1 Pengambilan makanan yang mengandungi banyak 2-3
lemak dan kolestrol.
2.1.2 Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam 3
2.1.3 Tabiat makan yang tidak sihat 3-4
2.1.4 Faktor genetik 4
2.1.5 Tidak cukup rehat dan tidur 4-5
2.1.6 Stres 5
2.2 Cara-cara Mengatasi Obesiti 5
2.2.1 Mengamalkan tabiat pemakanan yang 5-6
sihat dan seimbang
2.2.2 Melakukan senaman 6-7
2.2.3 Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 7
2.2.4 Rehat dan tidur yang cukup 7-8
2.2.5 Mengawal stres 8
3.0 Tip gaya hidup sihat 9
3.1 Pemakanan sihat 9
3.2 Senaman 9
3.3 Rekreasi 10
3.4 Rehat dan tidur yang berkualiti 10
3.5 Pembentukan imej kendiri 10
3.6 Makan Makanan Seimbang 11
3.7 Minum Air Banyak 11
3.8 Tangani stres 11
3.9 Keluarga Yang Bebas Daripada Merokok 11
4.0 Jumpa doktor secara berkala 12
4.0 Rumusan 12
5.0 Bahan Edaran 13
6.0 Bibliografi 14-16
HBHE1103
1.0 Pengenalan
Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat serius di Malaysia. Berdasarkan
laporan Economist Intel-ligence Unit 2017 bertajuk Tackling Obesity in Asean, Malaysia
merupakan salah satu negara yang mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia. Masalah
obesiti semakin membimbangkan kerana berdasarkan Soal Selidik Pemakanan
Kebangsaan (2017) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, mendapati isu obesiti
bukan sahaja berlaku pada orang dewasa tetapi juga kanak-kanak lima tahun hingga
sembilan tahun. Terdapat sesetengah ibu bapa mengatakan kanak-kanak yang bertubuh
gemuk adalah anak yang comel. Keadaan ini telah memburukkan lagi masalah obesiti
anak kerana kanak-kanak yang masih mentah pasti tidak memahami obesiti boleh
menyebabkan berbagai-bagai kesan negatif pada kesihatan.
Obesiti boleh ditakrifkan sebagai kehadiran tisu adipos yang berlebihan di dalam
tubuh. Obesiti merupakan suatu keadaan akut dan berlaku disebabkan kesan langsung
daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup sedentari. Obesiti ini bukan
sahaja tidak elok dipandang mata, tetapi merupakan dilema kesihatan yang mengerikan.
Penyakit yang boleh timbul adalah penyakit seperti penyakit diabetes, penyakit jantung
atau darah tinggi.
Kanak-kanak yang obesiti boleh mengalami masalah terganggu pertumbuhannya dan
masalah sukar bergerak kerana pengumpulan lemak yang berlebihan pada organ tubuh.
Di samping itu, kanak-kanak obesiti akan menghadapi kesan psikologi misalnya ejekan
dari kawan-kawan sekelas di sekolahnya. Menurut Dr.Wan Mansor Hamzah Pemangku
Pengarah Kesihatan, peningkatan kanak-kanak obesiti perlu dikawal dengan segera
kerana mereka berisiko untuk menghidap penyakit tidak berjangkit. Untuk
mengurangkan obesiti yang melibatkan kanak-kanak, pihak sekolah sering menganding
bahu dengan pejabat kesihatan mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah misalnya Doktor
Muda. Selain itu, pendidikan kesihatan menerusi gaya hidup sihat adalah langkah
pertama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.
Tugasan ini disediakan membantu murid sekolah rendah mengenal pasti punca-punca
yang mendorong kepada obesiti dan memberi kesedaran serta membantu murid-murid
yang obesiti mengawal berat badan dengan memberi tip gaya hidup yang sihat. Brosur
disediakan supaya murid-murid dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk
mengelakkan diri daripada penyakit obesiti.

1
HBHE1103
2.0 Ulasan Artikel
Masalah obesiti kanak-kanak di negara Malaysia semakin semakin membimbangkan
kerana obesiti ketika kanak-kanak dapat berterusan sehingga dewasa. Menurut Pi-Sunver
dalam Moderm Nutrition in Health and Disease, bayi atau kanak-kanak akan tetap obesiti
pada 20 tahun berikutnya dan menjadi dewasa obesiti. Apakah puncanya?
Gambar 2.0 menunjukkan Kanak-kanak Obesiti

(Sumber dari Astro Awani , 2018)

2.1 Punca-punca Obesiti


Berdasarkan artikel-artikel obesiti, terdapat beberapa punca yang menyebabkan
obesiti kanak-kanak. Antaranya ialah:

2.1.1 Pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kolestrol.


Pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kolestrol
merupakan salah satu gaya hidup yang tidak sihat dan merupakan salah satu
punca obesiti di kalangan kanak-kanak. Menurut Pakar Perunding Pediatrik,
Datuk Dr Zulkifli Ismail, masalah obesiti kalangan kanak-kanak semakin
serius disebabkan gaya hidup ibu bapa yang suka membawa keluarga makan
di luar demi kerjaya masing-masing. Keadaan semakin membimbangkan
kerana ibu bapa tidak mempunyai idea sebenar mengenai penyakit obesiti.
Mereka lebih cenderung membawa anaknya menikmati makanan segera
seperti KFC supaya dapat memenuhi selera anak semata-mata. Saintis di
seluruh dunia mendapati bahawa makanan tersebut tidak dapat menampung
keperluan zat yang diperlukan oleh badan. Makanan segera bukan sahaja
mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi, tetapi juga mengandungi gula
dan garam yang tinggi. Makanan yang tinggi kandungan gula akan menjadi
seseorang lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makan makanan manis
untuk meningkatkan tenaga. Lama-kelamaan, berat badan seseorang akan naik

2
HBHE1103
dan terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit. Kenyataan ini
disokong oleh artikel “Retik Dalam Risalah Iklan Makanan Segera” pada
tahun 2016.

Rajah 2.1.1 Logo KFC

(Sumber dari Retorik Dalam Risalah Iklan Makanan Segera, 2016)

2.1.2 Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam


Senaman merupakan pergerakan struktur oleh badan bertujuan meningkatkan
tahap kecergasan dan kesihatan. Menerusi Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan 2015, masalah obesiti meningkat kerana kanak-kanak tidak
melakukan senaman. Menurut Steven Chin Pengurus Besar Herbalife
Nutrition Malaysia 2018, punca obesiti di Malaysia ialah kurangnya
pembabitan dalam aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak
bersenam merupakan gaya hidup yang kurang aktif. Persekitaran moden dan
kemudahan yang canggih ini telah menjadikan kanak-kanak tidak aktif dan
bersikap malas. Mereka menghabiskan masa duduk, melayari internet dan
bermain permainan komputer telah meningkat risiko obesiti kerana mereka
kurang menggunakan tenaga. Tanpa bersenam, lemak berlebihan akan
berkumpul di tubuh, lama-kelamaan berat badan akan meningkat dan
terjadinya obesiti. Kenyataan ini disokong oleh artikel “Obesiti Di Malaysia
Meningkat” oleh Nurulhuda Che Soh pada 9 Mei 2018.

2.1.3 Tabiat makan yang tidak sihat


Tabiat makan yang tidak sihat seperti tidak bersarapan turut menyumbang
kepada obesiti. Artikel “Otak Lebih Segar Jika Bersarapan” yang ditulis oleh
Siti Zarinah Sahib disiarkan pada 25 Januari 2018 menyatakan International
Food Information Council 2013, sarapan boleh meningkatkan metabolisme.
Sarapan pagi yang sihat membolehkan badan mula membakar kalori dari awal
pagi dan membantu pengawalan berat badan. Seseorang yang tidak bersarapan

3
HBHE1103
cenderung untuk mengalami masalah obesiti. Artikel “Manfaat Sarapan” yang
disiarkan pada 29 Mei 2017 menyatakan bahawa meninggalkan sarapan boleh
membawa kepada satu atau lebih risiko mendapat penyakit obesiti.
Kebanyakan ibu bapa menganggap pengambilan sarapan tidak penting, maka
mereka tidak menyediakan sarapan untuk anak-anaknya. Kanak-kanak yang
tidak mengambil sarapan perutnya yang kosong akan menyebabkan kadar
glukosa menjadi rendah seterusnya mereka cenderung untuk mengambil
makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak
berkhasiat serta tinggi kalori untuk menghilangkan kelaparan.

2.1.4 Faktor genetik


Genetik turun temurun merupakan salah satu punca obesiti kanak-kanak. Ini
kerana ibu bapa yang obesiti akan mempengaruhi pertumbuhan anak. Menurut
Dr Zahara dalam artikel “Bukan Faktor Genetik Semata-mata” pada 15
Desember 2017, menunjukkan obesiti pada ibu bapa akan memberi risiko 70
peratus kepada anaknya. Sekiranya ibu bapa mengalami masalah obesiti,
peluang untuk anak-anaknya mengalami obesiti adalah tinggi. Kegemukan
boleh diturunkan dari generasi sebelumnya ke generasi berikutnya. Hal ini
berlaku kerana sel lemak ibu obesiti yang sedang hamil akan secara automatik
diturun kepada si bayi. Maka bayi yang dilahir akan memiliki unsur lemak
tubuh yang relatif sama besar.

2.1.5 Tidak cukup rehat dan tidur


Tidur dan rehat yang tidak cukup merupakan salah satu punca obesiti.
Masyarakat kini yang hidup dalam era kemajuan ini menyebabkan seseorang
kanak-kanak kurang tidur dan rehat. Terdapat beberapa sebab kanak-kanak
kurang rehat, antaranya ialah kesibukan ibu bapa membiarkan anak-anaknya
melayari internet sehingga larut malam, guru memberi latihan yang banyak
sehingga anak muridnya terpaksa menyiapkan kerja rumah sehingga lewat
malam. Sekiranya kanak-kanak tidak dapat berehat dan tidur dengan cukup,
maka kesihatan dan mental akan terjejas. Mereka akan berasa letih,
mengantuk dan tidak bermaya. Mereka akan hilang mood untuk melakukan
aktiviti seperti menyiram pokok bunga, berjoging, mendengar muzik, bersiar-
siar di taman bunga. Selain itu, menurut Norlaila Hamima Jamaluddin 2007,
4
HBHE1103
kekurangan tidur akan menghasilkan hormon leptin yang boleh mengawal
selera dan rasa lapar. Leptin yang semakin kurang akan menyebabkan kanak-
kanak makan berlebihan. Sekiranya kanak-kanak tidak dapat mengawal
kuantiti makanannya, maka masalah obesiti akan berlaku .

2.1.6 Stres
Stres menyumbang kepada obesiti kerana stres dapat menyebabkan seseorang
itu makan secara berlebihan. Menurut Pakar Perunding Psikologi Klinikal,
Hospital Pakar (2016), tekanan membuat seseorang itu makan makanan yang
mengandungi lemak dan gula yang tinggi sehingga menyebabkan obesiti.
Kanak-kanak boleh menghadapi stres kerana mereka keliru dan gagal
mengatasi masalah yang dihadapi. Contohnya, ibu bapa yang bercerai boleh
mengganggu emosi anaknya, guru memberi terlalu banyak latihan kepada
murid-murid, ketakutan yang berpanjangan juga menyebabkan seseorang
menghadapi tekanan. Kenyataan ini disokong oleh artikel sinar harian
“Tekanan Penyebab Obesiti” 2016 menyatakan tekanan yang berpanjangan
adalah bahaya dan boleh menyebabkan penyakit obesiti.

2.2 Cara-cara Mengatasi Obesiti


Masalah obesiti kanak-kanak perlu dikawal dengan segera supaya mereka tidak
menghidap penyakit tidak berjangkit. Menurut Norhuda & Dzurizah( 2015), kanak-
kanak merupakan generasi yang mencorakkan masa depan sesebuah negara. Oleh itu,
semua pihak bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak
tentang cara mengatasi obesiti. Berdasarkan artikel, terdapat beberapa cara mengatasi
obesiti kanak-kanak. Antaranya ialah:

2.2.1 Mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang


Untuk mengatasi masalah obesiti kanak-kanak, pemberian makanan kepada
kanak-kanak seharusnya sihat dan seimbang. Berdasarkan artikel “Pemakanan
Sihat Untuk Remaja” pada tahun 2018, pemakanan yang seimbang
mempunyai fungsi yang penting dalam pertumbuhan dan tumbesaran yang
optimum bagi kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang adalah kombinasi
makanan yang membekalkan nutrien yang seimbang. Piramid makanan
5
HBHE1103
Malaysia merupakan panduan pemakanan yang terdiri daripada 4 aras yang
mewakili kumpulan makanan yang berlainan. Aras 1 merupakan sumber
utama karbohidrat yang membekalkan tenaga. Karbohidrat terdiri daripada
bijirin, nasi, mee dan sebagainya. Kanak-kanak mengambil makanan yang
mempunyai serat dapat membantu menurunkan paras glukosa dan kolesterol
darah. Aras 2 merupakan sumber baik untuk vitamin yang membantu
menguatkan ketahanan terhadap penyakit. Sayur-sayuran dan buah-buahan
mempunyai vitamin. Oleh itu, kanak-kanak perlu makan banyak buah-buahan
dan sayur-sayuran untuk mencegah penyakit obesiti. Aras 3 pula terdiri
daripada sumber protein yang diperlukan untuk membina tubuh. Kekacang
dan ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik yang perlu diambil
setiap hari oleh kanak-kanak. Aras 4 terletak di puncak makanan yang perlu
diambil dengan kuantiti sedikit sahaja. Aras ini terdiri daripada garam, gula,
minyak. Pengambilan berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak mengalami
penyakit kronik. Dengan ini, ibu bapa boleh merujuk piramid makanan
Malaysia bagi memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang
seimbang untuk mencegah penyakit obesiti.
Rajah 2.2.1 Piramid Makanan

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2018)

2.2.2 Melakukan senaman


Senaman merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah obesiti.
Pembakaran lemak perlu dilakukan melalui senaman pada kadar yang sihat
dan selamat. Terdapat beberapa contoh senaman misalnya senaman aerobik,
senaman anaerobik dan yoga. Senaman aerobik seperti berjalan, menunggang
basikal, berenang dan berlari sesuai dilakukan oleh kanak-kanak untuk
meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Senaman perlu dilakukan
secara berterusan setiap hari selama 20 minit hingga 30 minit. Untuk
memastikan kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal,

6
HBHE1103
pihak sekolah boleh memupuk kanak-kanak melakukan senaman semasa
pendidikan jasmani. Selain itu, ibu bapa haruslah menggalak anak-anaknya
melibatkan diri dalam aktiviti sukan selepas waktu sekolah. Dengan kerjasama
pelbagai pihak, masalah obesiti kanak-kanak dapat dikurangkan. Kenyataan
ini disokong oleh artikel MyHealth yang bertajuk “Aktiviti Fizikal” pada Mac
2018.

2.2.3 Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan salah satu cara
untuk mencegah obesiti. Berdasarkan artikel Nadi Kesihatan (2015),
Pemeriksaan kesihatan ialah pemeriksaan yang dilakukan secara berterusan
untuk mengesan tanda-tanda penyakit pada peringkat awal. Program
pemeriksaan merupakan salah satu strategi kementerian kesihatan untuk
mengurangkan kadar penyakit kronik. Menurut  Menteri Pendidikan Dato’
Seri Mahdzir Khalid 2018, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat
Kesihatan Daerah boleh bekerjasama membuat pemeriksaan beramai-ramai di
sekolah tanpa memerlukan sebarang bayaran. Oleh itu, kanak-kanak dapat
membuat pemeriksaan kesihatan. Sekiranya murid tersebut menghadapi
obesiti, doktor akan menulis sepucuk surat kepada ibu bapa dan menyuruh ibu
bapa membawa anaknya membuat pemeriksaan di hospital kerajaan. Selain
itu, ibu bapa juga boleh merancang jadual pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk anak-anaknya dan membuat pemeriksaan kesihatan di mana-
mana klinik kesihatan yang terdekat dengan rumah. Ibu bapa juga boleh
melakukan pemantauan di rumah dengan mengukur tinggi dan berat badan
anak-anaknya supaya dalam keadaan normal.

2.2.4 Rehat dan tidur yang cukup


Rehat dan tidur yang cukup merupakan salah satu cara untuk mencegah
obesiti. Rehat dan tidur penting dalam kehidupan kerana rehat dan tidur
merupakan salah satu komponen gaya hidup yang sihat. Rehat dan tidur yang
cukup dapat membuat seseorang itu bersedia untuk melakukan pelbagai
aktiviti dengan cerdas dan cergas. Sekiranya kanak-kanak mempunyai rehat
dan tidur yang cukup, mereka akan melakukan aktiviti harian dengan
7
HBHE1103
bersemangat. Menurut Norlaila Hamima Jamaluddin 2006, tidur merupakan
satu fasa dimana manusia tidak sedar diri dan menurun tekanan darah serta
menurun denyutan jantung. Keperluan oksigen menjadi rendah. Oleh itu,
oksigen digunakan untuk menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan
metabolisme dalam badan. Ini jelas menunjukkan sekiranya kanak-kanak
mempunyai masa tidur yang cukup berkualiti dapat mencegah obesiti. Ibu
bapa juga memainkan peranan yang penting, mereka perlu memastikan
anaknya tidur dengan selesa dan tempoh tidur adalah cukup. Misalnya, kanak-
kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun, tempoh tidur yang disyorkan ialah 10
hingga 11 jam. Kesedaran tentang pentingnya mempunyai rehat dan tidur
yang cukup amatlah dititikberatkan kerana ia menjamin kehidupan fizikal dan
mental yang sihat.

2.2.5 Mengawal stres


Mengawal stres dapat mengatasi obesiti. Kanak-kanak perlu mengatasi segala
tekanan. Menurut Hans Selye 1956, stres bukanlah sesuatu yang buruk, stres
hanya bergantung kepada seseorang itu mengatasinya. Setiap masalah ada
penyelesaiannya. Terdapat beberapa cara untuk mengawal stres. Ibu bapa
perlu memastikan anaknya minum banyak air kosong bagi mengurangkan
tekanan dan mengelakkan kekurangan air dalam badan. Selain itu, ibu bapa
juga perlu menyediakan makanan yang seimbang untuk anaknya supaya
anaknya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan aktiviti harian
tanpa stres. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar anaknya menarik nafas
yang panjang apabila menghadapi ketakutan. Di samping itu, teknik relaksasi
otot juga dapat membantu kanak-kanak meredakan stres. Di sekolah, guru juga
boleh merujuk kanak-kanak yang mempunyai masalah konflik kepada
kaunselor. Sekiranya masalah dapat diselesai, kanak-kanak akan merasa
cergas, bertenaga dan hidup sihat.

8
HBHE1103
3.0 Tip gaya hidup sihat
Untuk mengatasi masalah obesiti, pihak sekolah telah berganding bahu dengan
pejabat kesihatan untuk menyediakan brosur yang mengandungi tip gaya hidup sihat
untuk murid sekolah rendah. Tip-tip gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh
mereka terdiri daripada aspek seperti amalan pemakanan, senaman, rehat, rekreasi,
imej kendiri dan sebagainya. Dengan menyampaikan maklumat mengenai obesiti
kepada murid-murid sekolah rendah, secara tidak langsung ibu bapa juga dapat
menerima informasi yang penting ini daripada anak-anaknya berdasarkan bahan
edaran tersebut. Pengetahuan ini dapat membantu ibu bapa melindungi anak mereka
daripada menghadapi masalah obesiti.

3.1 Pemakanan sihat


Tabiat pemakanan yang sihat harus diamalkan setiap hari kerana pemakanan
yang sihat dapat memberi tenaga kepada kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti harian. Ibu bapa wajib membaca dan memahami maklumat pemakanan
pada label makanan. Ibu bapa boleh menyediakan makanan ringan seperti
sandwic, bebola ikan, jagung rebus untuk kanak-kanak, tetapi kandungan
garam dan gula perlulah rendah. Selain itu, ibu bapa harus memastikan
anaknya mengambil makanan mengikut waktu yang teratur seperti sarapan,
makan tengah hari dan makan malam. Kurang makan makanan segera seperti
KFC.

3.2 Senaman
Senaman dapat mengekalkan tahap kecergasan diri. Terdapat banyak jenis
senaman. Berjalan kaki merupakan senaman paling selamat dan amat
menyenangkan. Ketika berjalan, semua tubuh badan akan bergerak dan akan
membakar lemak dan menurunkan berat badan. Berjalan kaki selama 40 minit
adalah cara terbaik untuk menurun berat badan. Selain itu, lakukan aktiviti
fizikal 30 minit 5 kali seminggu.

9
HBHE1103
3.3 Rekreasi
Rekreasi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
Rekreasi pasif ialah menonton televisyen, mendengar radio, membaca buku
dan sebagainya. Rekreasi aktif ialah bersiar-siar di pantai, berkelah dan
melancong. Ibu bapa seharusnya melakukan aktiviti rekreasi bersama anaknya.
Contohnya, ibu bapa boleh bercerita kepada anaknya pada waktu lapang.
Selain itu, ibu bapa boleh membawa anaknya bersiar-siar di pantai pada cuti
sekolah. Kanak-kanak bukan sahaja perlu menjaga pemakanan yang sihat,
tetapi mereka juga perlu menjaga mental dan emosinya supaya hidup menjadi
sihat, ceria dan cergas.

3.4 Rehat dan tidur yang berkualiti


Menurut Dr Rajini Sarvananthan 2015, tidur dan rehat penting bagi
perkembangan otak kanak-kanak. Tidur dan rehat yang cukup dapat
membantu otak dan tubuh kanak-kanak membesar dengan baik. Kanak-kanak
mempunyai waktu tidur yang berbeza mengikut umur. Contohnya, kanak-
kanak yang berumur 3 hingga 6 perlu tidur 12 jam sehari. Manakala kanak-
kanak yang berumur 7 hingga 12 perlu tidur 11 jam sehari. Ibu bapa perlu
tetapkan waktu tidur setiap hari. Biar anak tidur pada pukul 9 malam. Selain
itu, biarlah anak rehat. Ibu bapa boleh membawa anak berjalan-jalan di taman
bunga. Ini bukan sahaja merapatkan hubungan dengan ahli keluarga malah ia
juga melibatkan proses regangan.

3.5 Pembentukan imej kendiri


Imej tubuh ialah penampilan diri. Kanak-kanak obesiti akan sentiasa
merendahkan keyakinan dirinya dan meningkatkan tekanan perasaan kerana
saiz badan yang besar. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti
fizikal yang tinggi dapat mengekalkan tubuh badan dan meningkatkan
keyakinan diri. Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan kepada anaknya
supaya anaknya membentuk berat badan yang ideal.

10
HBHE1103
3.6 Makan Makanan Seimbang
Kanak-kanak yang berusia 1 hingga 6 tahun perlu mengambil makanan
seimbang berasaskan Piramid Makanan. Misalnya, kanak-kanak perlu makan
nasi untuk membekal tenaga. Kanak-kanak digalakkan mengambil sayur-
sayuran dan buah-buahan yang banyak kerana sumber ini kaya dengan
vitamin. Kanak-kanak juga wajib makan makanan yang membekal protein
seperti ikan. Kanak-kanak perlu mengambil makanan yang kurang gula, garam
dan lemak supaya tidak mengalami obesiti.

3.7 Minum Air Banyak


Kesan kekurangan air mempengaruhi aktiviti harian atau sukan. Pertunjuk
kehilangan air adalah seperti membuang air kencing yang berwarna perang.
Oleh itu, kanak-kanak digalakkan minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8
gelas air sehari bagi mengelakkan kekurangan air. Kanak-kanak juga
dikehendaki minum air sebelum, semasa dan selepas latihan.

3.8 Tangani stres


Jadilah kanak-kanak yang bijak menangai stres. Berikut merupakan beberapa
tip untuk menangani stres. Antaranya ialah bijak mengawal kemarahan , bijak
menyelesai masalah, sentiasa berfikiran positif, meningkatkan sokongan sosial
dan bijak mengurus masa. Sekiranya masalah yang dihadapi tidak dapat
diselesai, ibu bapa, guru atau doktor sedia membantu.

3.9 Keluarga Yang Bebas Daripada Merokok


Jadilah keluarga yang bebas daripada rokok. Laporan kesihatan dari artikel
“Wanita Kanak-kanak Menderita Kesan Asap Rokok ” 2018, didapati
pencemaran asap rokok meningkatkan risiko penyakit. Menurut pegawai
perubatan Dr Takdir Singh 2018, kanak-kanak bukan perokok tetapi terdedah
kepada perokok dalam kalangan ahli keluarga. Oleh itu, sayangilah ahli
keluarga. Jauhi rokok daripada kanak-kanak. Contoh tip berhenti merokok
iaitu melengahkan kemahuan untuk merokok. Sebagai ibu bapa, jika terasa
teringin merokok, cuba menyibukkan diri dengan menjalankan aktiviti
kegemaran seperti berbasikal. Selain itu, cuba menjauhkan diri daripada orang
yang merokok. Biarlah anak-anak hidup sihat tanpa pencemaran asap rokok.
11
HBHE1103
4.0 Jumpa doktor secara berkala
Ibu bapa harus membawa anak jumpa doktor secara berkala. Biar doktor
memantau kesihatan dan pertumbuhan anak. Sebelum jumpa doktor, catat
maklumat penting seperti masa dan tarikh mula menyedari masalah kesihatan.
Berterus terang dengan doktor, biarlah doktor memberi nasihat tentang
rawatan yang terbaik. Doktor akan memeriksa suhu badan, berat dan
ketinggian kanak-kanak. Doktor akan memberi penerangan dengan teliti
selepas pemeriksaan.  

4.0 Rumusan
Sebagai rumusan, obesiti kanak-kanak adalah isu kesihatan yang kritikal di Malaysia.
Obesiti membawa kepada kesan buruk yang boleh menyebabkan penyakit. Tiada ubat
khusus untuk obesiti. Hanya gaya hidup yang sihat sahaja dapat memgekalkan berat
badan yang ideal di samping dapat meningkatkan keyakinan diri. Oleh itu, ibu bapa,
pihak sekolah dan pihak kesihatan memainkan peranan penting dalam mengatasi obesiti
sebelum terlambat. Ibu bapa wajib menanamkan tabiat makan yang sihat dalam kalangan
anaknya sejak kecil. Guru dan pihak kesihatan juga perlu meningkat kesedaran dan
mendidik kanak-kanak tentang kepentingan gaya hidup sihat. Dengan mengamalkan
tabiat pemakanan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil, kanak-kanak pasti akan
membesar dengan sihat.

(2982 PATAH PERKATAAN)

12
HBHE1103
5.0 Bahan Edaran

13
HBHE1103
APENDIKS

6.0 RUJUKAN / REFERENSI

Abas, P. N. (25. Februari 2015). Lemak Dan Kolesterol. Von My Health Kementerian
Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/lemak-dan-kolesterol/ abgerufen
Abdullah, I. (16. Februari 2018). Tanggungjawab mengawal Makan. Von Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tanggungjawab-mengawal-makan-
1.610085 abgerufen
Amirulhadi, M. A. (2018). Kelaziman Lebihan Berat Badan dan Obesiti. Fakulti Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1-6.
Arora, A. (2016). 5 Langkah Untuk Alam Kanak-kanak yang Sihat dan Positif. Kuala
Lumpur: Penerbit UTM Press.
Arora, A. (2016). 5 Langkah Untuk Mengurus Obesiti. Kuala Lumpur: Penerbit UTM Press.
Bakar, A. R. (2016). Obesiti Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia. Selangor: Golden
Books Distributors.
Bernama. (2. Oktober 2015). Tabiat pemakanan kurang sihat punca utama obesiti rakyat
Malaysia. Von Astro Awani: http://www.astroawani.com/gaya-hidup/tabiat-
pemakanan-kurang-sihat-punca-utama-obesiti-rakyat-malaysia-75124 abgerufen
Bernama. (3. Mei 2016). Makin Ramai Kanak-kanak Gemuk Di Malaysia. Von Malaysia
Kini: https://www.malaysiakini.com/news/340101 abgerufen
Bt. Taher, D. S. (9. 10 2018). Kegemukan (Obesiti). Von My Health Kementerian Kesihatan
Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/ abgerufen
Institute Of Public Health. (2015). Non-Communicable Diseases,Risk Factors & Other
Health Problem Volume 2. National Health &Morbidity Survey, pg 53-pg 82. Von
http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/nhmsreport2015vol2.pdf
abgerufen
Ishak, M. (25. April 2017). Masalah Obesiti Membimbangkan. Von Press Reader:
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-
harian5831/20170425/282441348975749 abgerufen
Jabatan Penerangan Malaysia. (10. Oktober 2018). Obesiti dan Pemakanan. Von 1 Klik
Tepat Dan Bermaklumat: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/dasar-
privasi/1452-ingin-tahu-sosial-kesihatan/tip-sihat-dan-cergas/6359-obesiti-dan-
pemakanan abgerufen
Jaludin, D. H. (Mei 2015). Program Pemeriksaan Kesihatan . Nadi Kesihatan, 1-2.

14
HBHE1103
Jamsari, A. (15. August 2018). 7 Fakta Mengejutkan Tentang Obesiti Kanak-kanak Di Msia.
Von Soscili. My: https://soscili.my/budak-budak-flat-lebih-ramai-obesiti-dari-yang-
kaya/ abgerufen
JL, W. S. (20. April 2018). Childhood Overweight and Obesity: Affecting Factors, Education
and Intervention. Von Journal Of Childhood Obesiti: http://childhood-
obesity.imedpub.com/childhood-overweight-and-obesity-affecting-factors-education-
and-intervention.php?aid=22485 abgerufen
Kementerian Kesihatan. (14. Oktober 2018). Kegemukan Obesiti. Von My Health:
http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/ abgerufen
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Pelan Strategik KKM Malaysia. Malaysia: Unit
Perancangan Dasar Dan Pelan Kesihatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018). Aktiviti Fizikal. My Health, 1-12.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (9. Oktober 2018). Amalkan Cara Hidup Sihat. Von My
Health : http://www.myhealth.gov.my/amalkan-cara-hidup-sihat/ abgerufen
Kementerian Kesihatan Malaysia. (14. Oktober 2018). Berlebihan Berat Badan & Obesiti.
Von My Health : http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-berlebihan-
berat-badan/ abgerufen
Kementerian Kesihatan Malaysia. (13. 10 2018). Pemakanan Kanak-kanak Berlebihan Berat
Badan. Von My Health: http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-
berlebihan-berat-badan/ abgerufen
Khan, S. A. (2016). Obesiti Kanak-kanak Semakin Serius. Kuala Lumpur: Utusan Online.
Kong, L. Y. (26. September 2017). Makan Lewat Malam, Kurang Bersenam Punca Penyakit
Kronik. Von Malaysia Gazette: http://malaysiagazette.com/blog/2017/09/26/makan-
lewat-malam-kurang-bersenam-punca-penyakit-kronik/ abgerufen
Ministry Of Health Malaysia. (2016-2020). Nutrition Research Priopities In Malaysia. Putra
Jaya: Nutrision Division.
Nasorludin, N. A. (23. Mac 2016). Amalan pemakanan punca obesiti. Von Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/amalan-pemakanan-punca-obesiti-
1.203611 abgerufen
Nizam, S. (2016). Retorik Dalam Risalah Iklan Makanan Segera Di Seksyen 7. Journal Of
Kesidang, 102-127.

15
HBHE1103
P, M. B. (9. April 2018). Factors Influencing Healthy Childhood in a Big City Family (Polish
Studies). Von Journal Of Chidhood Obesity: http://childhood-
obesity.imedpub.com/factors-influencing-healthy-childhood-in-a-big-city-family-
polish-studies.php?aid=22302 abgerufen
Sahib, S. Z. (15. Disember 2017). Bukan faktor genetik semata-mata. Von My Metro:
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/12/293817/bukan-faktor-genetik-semata-mata
abgerufen
Sahib, S. Z. (25. Januari 2018). Otak lebih segar jika bersarapan. Von Metro:
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/307021/otak-lebih-segar-jika-bersarapan
abgerufen
Sarvananthan, D. R. (27. Disember 2015). Kanak-kanak & Tidur. Von Positive Parenting:
https://mypositiveparenting.org/ms/2015/12/27/kanak-kanak-dan-tidur/ abgerufen
Sinar Harian. (26. Mei 2016). Bilangan Kanak-Kanak Obesdi Asean Meningkat. Von Sinar
Online: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bilangan-kanak-kanak-obes-di-
asean-meningkat-1.525347 abgerufen
Sinar Harian. (22. November 2016). Tekanan Penyebab Obesiti. Von Sinar Harian Online:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/tekanan-penyebab-obesiti-1.589424
abgerufen
Siong, D. T. (15. Februari 2015). Tabiat Makan Tidak Baik VS Baik dalam Kalangan Kanak-
Kanak. Von Positive Parenting: https://mypositiveparenting.org/ms/2015/02/15/tabiat-
makan-tidak-baik-vs-baik-dalam-kalangan-kanak-kanak/ abgerufen
Soh, N. C. (9. Mei 2018). Obesiti Di Malaysia Meningkat. Von Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/obesiti-di-malaysia-meningkat-1.669069
abgerufen
Sumanti, V. (24. Oktober 2018). Obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
membimbangkan. Von Astro Awani: http://www.astroawani.com/gaya-hidup/obesiti-
dalam-kalangan-kanak-kanak-di-malaysia-membimbangkan-189106 abgerufen
Tarmudi, H. (29. Mei 2017). Manfaat Sarapan. Von Metro:
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/05/233212/manfaat-sarapan abgerufen
White Paper. (12. Jun 2017). Health Care. Von Tackling Obesity in asean:
http://www.eiu.com/industry/article/605525844/white-paper---tackling-obesity-in-
asean/2017-06-12 abgerufen

16

You might also like