You are on page 1of 26

HBHE2103 640802135958001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SEMESTER MEI 2015

NAMA : HELEN AK JACK SUNGUL


NO.KAD PENGENALAN : 640802135958
NO.MATRIK : 640802135958001
NO.TELEFON : 0198778560
E-MAIL : hlenjay@yahoo.com.my
TUTOR : SITI NORAYA HJ MARIKAN

PUSAT : SARAWAK LEARNING CENTRE


KURSUS : SMP ( ambilan September 2013)

1
HBHE2103 640802135958001

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Pengenalan 3

1.1 Penyakit Denggi 3


1.2 Kes Rotavirus 8
1.3 Wabak Influenza A H1N1 11
1.4 Keracunan Makanan 14

2 RANCANGAN AKTIVITI DI SEKOLAH 19

2.1 Gotong-royong 19
2.2 Ceramah 21
2.3 Pertandingan melukis poster 22
2.4 Membuat Buku Skrap 24

3 Kesimpulan 25

4 Rujukan 26

1.0 PENGENALAN

2
HBHE2103 640802135958001

Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak perlu diberikan secara


menyeluruh dari segi jasmani, mental, social dan rohani. Perkembangan yang
menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada
peringkat optimum supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia,
bertaqnggungjawab, mahir berfikir dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. (Falsafah Pendidikan
Kebangsaan) . HBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat.

Pendidikan Kesihatan Diri dan Keluarga adalah merupakan aspek yang


penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit serta dalam mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Ia juga akan dapat mewujudkan persekitaran yang
menyokong kepada penjagaan kesihatan.
Justeru itu, pendidikan kesihatan diri dan keluarga amatlah penting untuk
memberikan pendedahan dan kesedaran kepada individu dan keluarga serta
masyarakat umum tentang penyakit, tanda-tanda, kemahiran mengenalpasti faktor
risiko dan tanda-tanda amaran serta kepentingan melakukan saringan dan pengesanan
awal. Disamping itu, memandangkan kebanyakkan faktor risiko adalah berkaitan
dengan tingkahlaku, maka pendidikan kesihatan adalah amat penting.
Oleh yang demikian, maka kerajaan terus menekankan perkhidmatan kesihatan
dan pencegahan penyakit sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan
kesihatan . Program-program berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan
akan diberi keutamaan bagi menyebarkan maklumat kepada penduduk.
Media massa dan internet juga digunakan untuk menyebarkan maklumat terkini
mengenai taraf kesihatan penduduk dan aktiviti berkaitan kesihatan. Pengawalan
pencemaran, penyelanggaraan kualiti udara, faktor alam sekitar, persekitaraan
perkerjaan, struktur bangunan, dan keadaan sosioekonomi diberi penekanan dalam
memilih tema tahunan bagi kempen gaya hidup yang sihat.

1.1 Penyakit Denggi

3
HBHE2103 640802135958001

Tajuk : Kes denggi terus meningkat


Tarikh Berita : 5 Mac 2015
Akhbar : Sinar Harian

Rajah 1 : Keratan Akhbar

Berita kes denggi di atas memberitahu berkenaan dengan peningkatan kes


denggi di tiga tempat iaitu di Juasseh Pekan, Taman Desa Permai dan Rumah Rakyat
Juasseh Pekan. Lima orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh juga
turut dijangkiti . Antara punca kes ini masih terus meningkat adalah kerana sikap
masyarakat sendiri yang tidak peka kepada tempat pembiakan aedes, serta tidak
memberi kerjasama ketika melakukan gotong-royong bersama agensi kerajaan, dan
tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dalam longkang.
Menurut infosihat, Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus
yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat jenis Virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN
2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap
virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka
boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5 – 6 hari gigitan
nyamuk seperti :
 Demam Panas

4
HBHE2103 640802135958001

 Sakit Kepala
 Sakit Tulang belakang
 Sakit Sendi-sendi
 Loya dan muntah-muntah
 Sakit biji mata
 Ruam

Rawatan :
 Segera berjumpa dengan doctor kerana tiada ubat yang khusus untuk
merawat demam denggi.
 Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh
diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
 Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Faktor Penyumbang
Intravena :
 Pembangunan yang pesat di Bandar-bandar terutama di Negara Tropika
menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang
banyak.
 Peningkatan penggunaan bahan plastic dan pembuangan tayar lama
boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
 Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan
penularan berlaku dengan cepat.
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
 Membuang bekas yang boleh menakung air
 Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
 Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-
kurangnya seminggu sekali.
 Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
 Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

5
HBHE2103 640802135958001

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk


3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk
seperti:
 Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
 Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan
nyamuk
 Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang
sewaktu keluar rumah
 Pasangkan ubat lingkiran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan
tertutup. (menurut Myhealth dan infosihat )

Semua pihak perlu turut terlibat perangi wabak Denggi , Berdasarkan


mesyuarat pasukan petugas khas denggi pada peringkat Kementerian pada 1 Julai 2015
yang lepas, “Pemantauan KKM menunjukkan bahawa tren kes denggi di seluruh negara
terus meningkat setiap minggu sejak enam minggu kebelakangan ini, iaitu bermula pada
pertengahan bulan Mei 2015. Pada minggu lepas iaitu bagi tempoh 21 hingga 27 Jun
2015, sebanyak 2,710 kes telah dilaporkan iaitu terus menunjukkan peningkatan 15%
berbanding dengan minggu sebelumnya (2,348 kes).

Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 27 Jun,
adalah56,533 kes berbanding 42,229 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, iaitu
peningkatan sebanyak 34% (14,304 kes). Manakala sebanyak 162 kematiandilaporkan
berbanding 82 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 98%
atau 80 kematian.”

6
HBHE2103 640802135958001

Rajah 2 : Situasi Denggi semasa

Rajah 3: Perbandingan kematian Denggi Rajah 4 : Tren Kes Denggi di Malaysia

Rajah 5 : Peratus sumbangan jenis Bekas Rajah 6 : Indeks pembiakan mengikut jenis
Positif pembiakan Aedes pada premis pada tahun 2015
Tahun 2015

7
HBHE2103 640802135958001

Rajah 7 : Lokaliti wabak dan Hotspot Denggi


Posted on July 1, 2015 by DG of Health
Sumber di ambil dari Pasukan Petugas Khas Denggi KKM.

1.2 Kes Rotavirus

Tajuk : Kes Rotavirus di catat di Pahang


Tarikh Berita : 19 Mac 2013
Akhbar : Sinar Harian

Rajah 8 : Keratan Sinar Harian yang melaporkan jangkitan Rotavirus di Taman Sri
Desa dekat Felda New Zealand.
Menurut keratan akhbar diatas berkaitan dengan kes Rotavirus, seorang lagi
kanak-kanak berusia 6 tahun dikhuatiri dijangkiti Rotavirus apabila mengalami
symptom muntah, cirit-birit dan demam menjadikan kes meningkat kepada 19 orang.
Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Norhizn Ismail berkata, Walaupun terdapat
peningkatan kes, namun 18 kes terdahulu termasuk 11 kanak-kanak di taman Sri Desa
dekat Felda New Zealand yang dipercayai dijangkiti virus itu beransur pulih dan dalam
keadan baik.
Jangkitan Rotavirus

Rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang
berusia kurang daripada 3 tahun . Ia merebak melalui pencemaran najis. Gejala-gejala
jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan

8
HBHE2103 640802135958001

disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gentian cecair tidak
diberi dengan segera.

Tanda-tanda Penyakit Rotavirus

Rajah 9 : Tanda-tanda penyakit Rotavirus

 Demam
 cirit-birit air
 muntah tanpa henti
 Dehydration
 Otot-otot sakit dan cram
 mata cengkung
 kulit kasar/kering
 bibir kering/pecah-pecah
 air kencing kurang, jadi lihat pada diapers anak

Bagaimana Rotavirus tersebar

9
HBHE2103 640802135958001

Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek
dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. Kanak-kanak atau
bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang tercemar dengan rotavirus ke dalam
mulut jadi mulalah penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit

Bayi diberikan Vaccine, Vaksin Rotavirus diambil seawal 8 minggu sehingga 8


bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak. Jaga kebersihan kawasan
rumah terutamanya kalau ada bayi yang kecil. Selain itu kita juga perlu :
 Jaga kebersihan makanan agar tak dicemari
 Jangan kutip semula makanan yang dah terjatuh.
 Basuh tangan sebelum menyediakan dan menyentuh makanan
 Masak makanan dengan kepanasan atau haba yang sempurna
 Didih atau rebus air minuman sehingga benar-benar panas.
 Bersihkan peralatan makanan dan minuman sebelum digunakan.
 Pilih premis makanan yang bersih.

1.3 Wabak Influenza A H1N1


Tajuk : Kejadian Wabak Influenza A H1N1 di India & Langkah-Langkah Pencegahan –
KKM
Tarikh Berita : 3 Mac 2015
Akhbar / Risalah :MINISTRY OF HEALTH/KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian


Wabak ‘ Swine Flu ‘ atau influenza A (H1N1) yang dilaporkan berlaku di India pada
masa ini. Merujuk kepada kenyataan oleh pihak Kementerian Kesihatan India, Kes-
kes yang dilaporkan pada masa ini adalah disahkan Influenza A (H1N1) iaitu virus
jenis yang sama dengan pandemic H1N1 yang berlaku pada tahun 2009.
10
HBHE2103 640802135958001

Seperti yang diumunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada


Ogos 2010, dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemic (post pandemic) H1N1 di
mana pihak WHO tidak lagi memantau jangkitan virus influenza H1N1 secara khusus.
Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan, risiko untuk mendapat jangkitan
dan komplikasi akibat influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim
(seasonal influenza) yang lain.
Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk influenza A (H1N1) di dalam
komuniti adalah secara sebaran melalui cecair (droplet) batuk atau bersin mereka
yang dijangkiti.
Sebagai langkah-langkah kesiapsiagaan, KKM melakukan pemantauan situasi
influenza di Negara ini bagi mengesan kejadian luar biasa melalui Malaysian Influenza
Surveillance System (MISS) termasuk Influenza-Like Illness (ILI), pesakit yang
dimasukkan ke hospital dengan severe acute respiratory infection (sARI) dan juga pesakit
dengan jangkitan saluran pernafasan yang teruk yang dirawat di Unit Rawatan Rapi
(ICU). Makmal kesihatan Awam kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan
Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau jenis virus influenza di
Malaysia.

11
HBHE2103 640802135958001

Rajah 10 : Virus Influenza

Sumber: guardianlv.com

Rajah 11 : Risalah –risalah yang di keluarkan oleh KKM berkaitan dengan


pencegahan penyebaran Influenza H1N1

12
HBHE2103 640802135958001

Rajah 12 : Risalah –risalah yang di keluarkan oleh KKM berkaitan dengan


pencegahan penyebaran Influenza H1N1

1.4 Keracunan Makanan


Tajuk : Kes Keracunan Makanan
Tarikh Berita : 11 Januari 2014
Akhbar : Sinar Harian

13
HBHE2103 640802135958001

Rajah 13 : Keratan Akhbar

14
HBHE2103 640802135958001

Rajah 14 : Keratan Akhbar

15
HBHE2103 640802135958001

Kes seterusnya adalah berkenaan dengan keracunan makanan yang berlaku di


Gemencheh, Tampin . Seramai 127 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang
terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima mengalami
keracunan makanan selepas menikmati hidangan mee goreng di dewan makan asrama
kira-kira jam 11 malam. Mereka mengalami sakit perut , muntah-muntah dan cirit
birit kira-kira jam 1 pagi. 47 orang pelajar terdiri daripada 26 orang pelajar perempuan
dan 21 orang pelajar lelaki dirawat sebagai pesakit luar setelah diberi rawatan,
Menurut Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia ,semasa
membuat kenyataan akhbar sempena Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat
Peringkat Kebangsaan 2014, beliau mengatakan , “ Pada tahun 2014, sehingga bulan
Ogos sebanyak 12,122 kes kejadian keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 peratus yang melibatkan 5,256 kes disyaki akibat
makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Kementerian Kesihatan
memandang serius perkara ini kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran pelajar sekolah.

Semenjak tahun 2010, kejadian kes keracunan makanan disebabkan penyediaan


makanan di kantin dan dapur asrama seluruh negara semakin meningkat. Bilangan kes
keracunan makanan berpunca daripada makanan yang dijual di kantin dan dapur asrama
pada tahun 2010 adalah sebanyak 3,822 kes dan telah meningkat kepada 3,959 kes pada
tahun 2011, 4,305 kes pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 5,017 kes pada tahun
2013.

Kejadian keracunan makanan sering dikaitkan dengan pengendalian makanan


yang tidak bersih. Pada tahun 2013, sebanyak 16,399 kantin dan dapur asrama diperiksa
dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 246 telah diarah tutup kerana tahap kebersihan
yang tidak memuaskan. Manakala sehingga Julai 2014, sebanyak 9,780 kantin dan dapur
asrama diperiksa di mana sebanyak 98 telah ditutup atas kesalahan yang sama”.

Keracunan Makanan (Food Poisoning)

Penyakit-penyakit bawaan makanan berpunca daripada pengambilan makanan


atau minuman yang tercemar. Ia termasuk keracunan makanan dan jangkitan bawaan
16
HBHE2103 640802135958001

makanan (foodborne intoxication). Ciri-ciri klinikal keracunan makanan adalah berbeza


bergantung kepada jenis agen mikrobiologi atau toksin. Antara punca utamanya ialah:
1. Jangkitan bakteria, virus dan parasit seperti Escherrichia coli, Norwalk virus
dan Toxoplasmosis

2. Toksin yang dibawa oleh pembiakan bakteria dalam makanan seperti Clostridium


perfringens, Clostridium botulinum, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus
3. Toksin yang dihasilkan oleh tumbuhan ataupun haiwan seperti alga dan ikan yang
tertentu.
Antara tanda-tanda dan gejala umumnya ialah:

 Sakit kepala yang kuat


 Sakit perut
 Loya dan muntah
 Cirit birit
 Demam panas dan berterusan selama 3 hingga 4 minggu
 Ruam di badan
 Tiada selera makan
 Kulit kering
 Mata layu dan cekung
 Letih lesu dan tidak tidak bermaya
 Tidak sedarkan diri dan meracau

Rajah 15 : Tanda-tanda keracunan makanan

17
HBHE2103 640802135958001

Rajah 16 : Bakteria penyebab keracunan makanan

Langkah-langkah pencegahan termasuk:

 Minum air yang telah dimasak


 Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan
 Basuh semua pinggan mangkuk dengan sabun dan air bersih
 Sediakan makanan di tempat yang tinggi dan bersih
 Makan makanan yang baru dimasak
 Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat
 Pilih penjual/gerai makanan yang bersih jika membeli/makan  di luar
 Gunakan penyepit/senduk untuk mengambil makanan
 Bina dan gunakan tandas yang sempurna dan bersih
 Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan,
sebelum makan dan selepas ke tandas
 Lupuskan sampah dan bersihkan kawasan rumah dengan sempurna supaya lalat,
lipas dan tikus tidak membiak

18
HBHE2103 640802135958001

Rajah 17 : Cuci tangan dengan sabun dan air

Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda ini, anda mungkin
telah dijangkiti oleh penyakit bawaan air dan makanan. Sila berjumpa dengan doktor
segera untuk pemeriksaan lanjut. Jangan dibiarkan penyakit anda berlarutan kerana ianya
boleh bertambah teruk, menjangkiti orang lain dan membawa maut.

2.0 RANCANGAN AKTIVITI DI SEKOLAH

Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang
dapat membantu memenuhi matlamat falsafah Pendidikan kebangsaan bagi
melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang
perlu dititikberatkan oleh sebuah institusi pendidikan.
Melalui beberapa aktiviti seperti gotong-royong , ceramah, pertandingan
kebersihan kelas, dan pertandingan melukis poster dan sebagainya boleh dirancang
untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri mereka.

2.1 Gotong-royong

Aktiviti gotong-royong boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bersama pihak


PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Aktiviti seperti ini diharap dapat memberikan pendedehan dan juga
amalan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan
sekolah .

19
HBHE2103 640802135958001

Antara aktiviti yang boleh dirangkakan meliputi aspek pembersihan kawasan


longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekolah serta dapat
menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

Rajah 18 : Aktiviti gotong-royong membersih kawasan sekolah

Aktiviti-Aktiviti
1. Membersihkan Longkang untuk melancarkan aliran air yang melalui
kawasan tersebut supaya tidak tersumbat serta dapat menghalang pembiakan
nyamuk aedes .
2. Membersihkan kawasan pengumpulan sampah untuk menghindari serangga
seperti lalat, lipas dan tikus datang.
3. Membersihkan dalam dan luar kelas untuk keceriaan sekitar bilik kelas.

Rajah 19 : Aktiviti membersih kelas


Objektif

20
HBHE2103 640802135958001

1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid sekolah mengenai


kebersihan alam sekitar dan penyakit-penyakit berjangkit.

Pelaksanaan
1. Penyediaan kertas kerja program :
 Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan.
 Mesyuarat kali pertama serta menetapkan tarikh .
 Perlantikan AJK program
 Menjalankan kerja-kerja penyediaan, pencetakan dan mengirim surat
menyurat.
2. Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk
gotong-royong.
3. Menyediakan hadiah dan cenderahati untuk YDP PIBG
4. Tempahan makanan untuk jamuan.
5. Menyediakan dewan untuk kegunaan ucapan perasmian dan pelancaran.
6. Kerja pembersihan tempat atau kawasan gotong-royong.

2.2 Ceramah

Aktiviti-Aktiviti 
1. Memberi ceramah kesihatan dan kebersihan kepada murid-murid sekolah
rendah mengenai 5 tajuk utama:

 Kebersihan Diri
 Keracunan Makanan
 Makanan seimbang
 Tabiat sihat
 Penyakit-penyakit Berjangkit

2. Menyediakan bahan-bahan ceramah dan pameran dari semasa ke semasa.


3. Menganjur pameran untuk murid-murid sekolah
4. Menganalisa dan membuat kajian maklum-balas daripada murid-murid sekolah
terhadap keberkesanan ceramah- ceramah yang telah diberi.
5. Menyediakan dan membincangkan soalan-soalan bertulis kepada murid-murid
sekolah mengenai 5 tajuk utama.

21
HBHE2103 640802135958001

Objektif

1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid sekolah rendah


mengenai kebersihan alam sekitar dan penyakit-penyakit berjangkit.
2. Berusaha mengubah sikap murid-murid sekolah rendah ke arah nilai-nilai
positif kesihatan awam supaya kehidupan masyarakat lebih ceria dan sihat.
3. Memupuk kesedaran di kalangan murid-murid sekolah rendah ke arah makanan
selamat.

Rajah 20 : Gambar murid-murid mendengar ceramah

2.3 Pertandingan Melukis Poster

Rajah 20 : Gambar murid-murid melukis poster

Pertandingan melukis dan mewarna poster Kempen Kebersihan 2015.


Kempen ini dilaksanakan untuk menanam sikap cintakan kebersihan serta
menghayatinya dalam kalangan murid-murid. Pertandingan serupa ini boleh diadakan
setiap tahun .

22
HBHE2103 640802135958001

Objektif

1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid sekolah mengenai


kebersihan alam sekitar dan penyakit-penyakit berjangkit.
2. Berusaha mengubah sikap murid-murid sekolah ke arah nilai-nilai positif
kesihatan awam supaya kehidupan masyarakat lebih ceria dan sihat

Pelaksanaan
1. Penyediaan kertas kerja program :
 Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan.
 Mesyuarat kali pertama serta menetapkan tarikh .
 Perlantikan AJK program
2. Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
untuk Pertandingan.
3. Menyediakan hadiah dan cenderahati untuk YDP PIBG
4. Tempahan makanan untuk jamuan.
5. Menyediakan dewan untuk kegunaan ucapan perasmian dan pelancaran.

2.4 Membuat Buku Skrap

Buku skrap atau folio biasanya disiapkan berdasarkan apa yang dikaji atau
objektifnya.

Objektif

23
HBHE2103 640802135958001

1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid sekolah mengenai


kebersihan alam sekitar dan penyakit-penyakit berjangkit.
2. Berusaha mengubah sikap murid-murid sekolah ke arah nilai-nilai positif
kesihatan awam supaya kehidupan masyarakat lebih ceria dan sihat

Pelaksanaan
1. Penyediaan kertas kerja program :
 Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan.
 Mesyuarat kali pertama serta menetapkan tarikh .
 Perlantikan AJK program
2. Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
untuk buku skrap
3. Menyediakan hadiah

Rajah 21 : Buku Skrap

3.0 KESIMPULAN

Taraf kesihatan ialah suatu keadaan di mana kesihatan adalah baik dan kadar
kematian rendah sekiranya dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain tetapi
murid-murid sekolah boleh dianggap sebagai satu kumpulan yang sihat. Akan tetapi
ramai kanak-kanak yang meninggal dunia setiap tahun terutamanya di Negara-negara

24
HBHE2103 640802135958001

yang sedang membangun akibat dari penyakit-penyakit yang berkaitan dengan


persekitaran mereka, seperti kes-kes keracunan makanan, kes cirit birit, kes demam
denggi dan kes-kes influenza H1N1 yang kerap keluar dalam dada-dada akhbar dari
masa ke semasa dan kes-kes ini semakin meningkat.
Oleh yang demikian, Sekolah merupakan suatu tempat yang diharapkan untuk
merubah sikap dan amalan kesihatan seperti yang diingini dapat diusahakan dalam
kalangan murid-murid seterusnya dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan
rakan sebaya melalui pergaulan yang positif dan juga diharapkan dapat
meningkatkan taraf kesihatan.
Melalui program-program yang dirancangkan seperti mengadakan pertandingan,
ceramah, gotong-royong dan aktiviti membuat buku skrap juga diharap dapat
memupuk semangat pentingkan kesihatan bagi menjamin kecerdesan dan kepintaran
seseorang murid itu.
Kerjasama antara pihak kerajaan, swasta, masyarakat dan komuniti adalah
penting untuk menghasilkan dan merealisasikan satu program kesihatan sekolah yang
komprehensif dan terperinci bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negara ini .

(2,992 patah perkataan)

4.0 RUJUKAN

Norazhan Che Lan. (2012).HBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat. OUM

HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan. OUM (2006).

HBHE2203 Kesihatan Diri dan Keluarga. OUM (2006).

http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi -
Diakses pada 22. 7. 2015 pada 1.30 am
25
HBHE2103 640802135958001

https://imedikkelantan.wordpress.com/2013/12/15/penyakit-bawaan-air-dan-makanan/ - Diakses
pada 19 .7.2015 pada 11.27 pm

www.myhealth.gov.my/index.php/jangkitan-rotavirus di akses pada 22 jul 2015 pada 3.06am

baca-blogspot.blogspot.com/.../apa-itu-rotavirus-simpt. Di akses pada 22 Jul 2015 pada 3.11am

http://www.mmgazette.com/kenyataan-akhbar-kejadian-wabak-influenza-a-h1n1-di-india-
langkah-langkah-pencegahan-kkm/ diakses pada 21 jul 2015 pada 12.21 am

http://ewarta.mara.gov.my/2014/01/13/pelajar-mrsm-keracunan-makanan/ di akses pada


19.7.2015 pada 11.45 pm

http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/itemlist/category/151-kenyataan-akhbar - di
akses pada 22 Jul 2015 pada 8.21 pm.

26

You might also like