You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Nama : MUHAMMAD FAHMI IZZAT BIN ZAKARIA


Angka Giliran : 2021182310013
No. K/P : 030325-03-0521
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
Kod & Nama : GKKO1062 KOKURIKULUM DAN KESIHATAN
Kursus DIRI
Nama Pensyarah : ENCIK IDRUS BIN ASHAARI
Tarikh Hantar : 12 NOVEMBER 2021
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh: 28 November 2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:


ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PUNCA-PUNCA MASALAH OBESITI
3.0 KESAN-KESAN DARIPADA MASALAH
OBESITI
4.0 CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH
OBESITI
5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini,isu obesiti di Malaysia sering kali menjadi topik perbualan yang
hangat di media sosial mahupun media cetak.Situasi ini jika berlaku secara berterusan ia
dapat mengundangkan pelbagai penyakit kesihatan yang lebih kronik kepada orang yang
mempunyai masalah obesiti.Perkara ini haruslah dibendung di peringkat awal supaya ia
tidak menjadi lebih serius.Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia menunjukkan Malaysia merupakan negara yang tinggi kadar obesiti di asia
tenggara.Maka dengan itu jelaslah bahawa tahap obesiti yang berlaku di dalam masyarakat
Malaysia sangat membimbangkan
2.0 PUNCA-PUNCA MASALAH OBESITI
Antara punca utama terjadinya masalah obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini ialah
disebabkan makanan dan minuman yang kaya dengan kandungan gula.Gula pasir atau
istilah saintifiknya dipanggil sukrosa digunakan dalam pelbagai jenis makanan samada
makanan yang diproses mahupun makanan moden kita hari ini.Gula pasir ini biasanya
banyak digunakan untuk membuat kuih-muih ,lauk-pauk,dan makanan yang biasa kita
makan.Minuman manis dapat menyumbang kepada kandungan gula tertinggi yang kita
ambil setiap hari tanpa kita sedar dan pada kebiasannya rakyat Malaysia memandang
remeh tentang isu ini menyebabkan mereka mengalami obesiti yang sangat teruk.

Selain itu,punca berlakunya masalah obesiti yang kedua ialah disebabkan promosi
dan pemasaran yang berkesan terhadap makanan yang tidak sihat telah menarik perhatian
rakyat Malaysia untuk mencuba makanan yang kurang khasiat itu.Implikasi daripada itu
rakyat di negara ini mudah terpengaruh dengan iklan yang mempromosikan makanan
seperti makanan ringan,makanan proses,makanan segera serta minuman yang
mengandungi gula yang sangat tinggi.Ahli pemasaran bagi setiap makanan yang ingin
dikeluarkan menggunakan teknik ini untuk melariskan jualan mereka tanpa memikirkan
masalah yang mungkin akan berlaku dalam jangkamasa panjang.Mereka ini lebih
mementingkan keuntungan semata-mata berbanding masalah kesihatan yang bakal
dihadapi oleh pengguna

Seterusnya,faktor genetik atau keturunan juga boleh menyebabkan terjadinya


obesiti.Kajian telah dilakukan dalam International Journal of Environmental Research and
Public Health pada tahun 2010 jelas menunjukkan obesiti adalah kesan genetik kanak-
kanak dengan ibubapa yang obes dan berbadan besar mempunyai risiko untuk anak-anak
menjadi obesiti seperti ibubapanya.Bagi membuktikan punca ini,menurut Perunding Kanan
Pediatrik dan Endokronologi Pusat Pakar UM (UMSC) Profesor Madya Dr Muhammad Yazid
Jalaludin beliau berkata jika ibu atau bapa mempunyai obesiti,maka ia akan memberi kesan
sebanyak empat atau lima kali ganda obesiti kepada kanak.Tetapi jika kedua-dua ibubapa
mempunyai obesiti,maka ia akan memberi kesan yang lebih buruk iaitu 13 kali ganda
kepada kanak-kanak.
Seteusnya,menurut portal My Health KKM mengatakan punca terjadinya obesiti
adalah disebabkan seseorang individu itu makan terlampau banyak melebihi tahap
pembakaran lemak dalam badan.Ini bermaksud badan kita tidak dapat membakar lebihan
kalori yang ada.Lebihan daripada kalori itu akan disimpan sebagai lemak badan.Jumlah
kenaikan berat badan yang menyebabkan obesiti tidak berlaku dalam jangka waktu pendek
iaitu hari atau minggu.Kebiasannya,ia terkumpul dalam beberapa bulan atau mengambil
masa bertahun-tahun.

Disamping itu,Individu yang mempunyai tabiat makan mengikut emosi juga boleh
menyebabkan obesiti.Keadaan emosi individu boleh mempengaruhi dan memberi kesan
kepada amalan pemakanan seseorang(Geliebter&Aversa,2003).Sebagai contoh jika
seseorang individu mengalami masalah tekanan emosi,maka individu itu akan makan
sehingga tekanan emosi mereka hilang.Tambahan pula mengikut kajian tesis yang dibuat
oleh Norfadilawati Alias 2016,mengatakan alasan tidak mahu membazir seseorang individu
terpaksa makan dengar kadar yang banyak.Ini berlaku kerana kisah silam mereka yang
susah.

3.0 KESAN-KESAN OBESITI


Kesan-kesan obesiti ialah boleh memberi kesan kepada otak.Menurut artikel yang
dikeluarkan oleh Dr Rizal Abu Bakar,Pakar Otak beliau mengatakan obesiti boleh memberi
impak kepada otak.Antaranya ialah struktur striatum dalam otak akan kurang sensitif yang
mana bahagian merupakan bahagian yang sensitif pada makanan manis.Disebabkan ia
kurang sensitif,maka seseorang individu akan makan makanan manis dengan begitu
banyak.
Menurutnya lagi,obesiti boleh memberi kesan kepada otak yang seterusnya
ialah,bagi kanak-kanak yang mempunyai obesiti,bahagian otak yang bernama
ORBITOFRONTAL CORTEX yang mana bahagian ini akan mengecil dan menyebabkan
kanak-kanak menjadi impulsif.Ini bermakna seseorang kanak-kanak itu akan bertindak
mengikut gerak hati tanpa memikirkan dahulu kesannya

Beliau berkata lagi,Obesiti boleh mengakibatkan seseorang individu menjadi susah


untuk mengingat sesuatu yang mereka nampak serta susah untuk memahami apa yang
mereka belajar.Ini kerana memori mereka terganggu dengan hormon yang dirembeskan
oleh tisu lemak menjadi punca terganggunya pembentukan memori.Kesan obesiti adalah
sangat membimbangkan.

Selain memberi kesan kepada otak,menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO)


yang diterbitkan pada 14 March 2013 mengatakan bahawa obesiti boleh memberi impak
yang serius kepada kesihatan seperti boleh dapat penyakit kardiovaskular(terutamanya
penyakit jantung dan strok),diabetes tahap 2 dan boleh juga dapat barah seperti
endometrium,payudara dan usus besar.Penyakit kronik ini sangat bahaya kerana ia boleh
membawa maut.

Disamping itu,Obesiti akan memberi kesan keatas psikososial seseorang individu


kerana ia boleh mengakibatkan individu itu akan mendapat ejekan dan buli daripada rakan-
rakan mereka.Ini akan menjejas kualiti sosial individu yang mengalami obesiti itu.Neumark-
Sztainer et al., (2002),dalam kajian beliau mengatakan ejekan berkaitan dengan berat badan
dalam kalangan 4747 remaja yang menyertai Projects Eating Among Teens.Hasil daripada
kajian beliau mendapati 58 peratus remaja lelaki obesiti dan 67 remaja perempuan obesiti
dilaporkan menjadi sasaran ejekan berkaitan berat berbanding dengan remaja lelaki dan
perempuan normal yang lain
4.0 CADANGAN BAGI MENANGANI ISU OBESITI

Bagi mengatasi masalah obesiti supaya ia tidak berlarutan dan tidak menjadi lebih parah
kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dengan mengadakan program masyarakat hidup
sihat dan bebas daripada penjara obesiti.Melalui program ini individu yang mempunyai
masalah ini dapat mengambil iktibar sekaligus akan merubah fikiran mereka untuk terus
hidup sihat yang mana program ini akan didedahkan dengan lebih terperinci tentang
masalah yang bakal dihadapi jika mempunyai obesiti.Kementerian Belia dan Sukan perlu
memperkenalkan inisiatif dengan mengajak orang ramai sentiasa bersenam dan melakukan
aktiviti fizikal yang lain.Antara aktiviti yang boleh dianjurkan ialah berjalan 10000 langkah
yang mana ia boleh membakar lebih kurang 385 kalori.Dengan itu rakyat akan kekal cergas
dan mengurangkan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu,cadangan bagi pengawalan berat badan dalam komuniti Malaysia ialah
Kementerian Belia dan Sukan perlu menyediakan satu tempat khas di setiap negeri dan
daerah dalam negeri yang mana ia bertujuan untuk menggalak rakyat Malaysia sentiasa
hidup sihat dan mengurangkan berat badan.Dalam setiap tempat itu,kerajaan juga perlu
sedia jurulatih yang berpengalaman untuk mengajar komuniti rakyat di negara ini bagaimana
untuk kekal sihat dan tidak ada obesiti.

5.0 KESIMPULAN
Penyakit obesiti adalah satu penyakit yang amat bahaya yang mana jika mempunyai
penyakit ia akan memberi kemudaratan kepada sistem kesihatan dalam badan
manusia.Sehubungan itu,semua rakyat di Malaysia hendaklah sentiasa mengambil berat
terhadap isu ini supaya tidak menjejaskan kesihatan anda di masa hadapan.Kesan daripada
obesiti tidak berlaku dalam masa beberapa hari tetapi ia mengambil masa berbulan-bulan
malah ada yang bertahun namun kita perlu memberi fokus daripada awal supaya hidup
sentiasa sihat dan sejahtera.Ini bertepatan dengan peribahasa “Mencegah lebih baik
daripada mengubati”.Oleh itu,marilah sama-sama kita amalkan budaya hidup sihat.
RUJUKAN

Dr Norman (2020).Punca-punca masalah berat badan dan obesiti.Capaian 6 November


2021,dari
https://www.facebook.com/DrNormanClinic/photos/a.1780922025308311/300811637925553
0/

Geliebter, A. & Aversa, A. (2003). Emotional eating in overweight, normal weight, and

underweight individuals. Eating Behaviors, 3, 341-347

Jenny Imanina Lanong Abdullah dan Murni Nasri (2010).Obesiti kanak-kanak semakin
serius di Malaysia.Capaian 6 November 2021 dari http://health.bernama.com/newsbm.php?
id=1743554

Kementerian Kesihatan Malaysia (2008).Overweight and obesity.Capaian 6 November


2021,dari http://www.myhealth.gov.my/en/overweight-a-obesity/

Norfadilawati, Alias (2016) Aspek psikososial dalam kalangan golongan obes: kajian kes di
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

Rizal Abu Bakar (2018) 5 kesan obesity terhadap otak yang harus anda ketahui.Capaian 6
November 2021 dari https://neuroversiti.com/5-kesan-obesiti-terhadap-otak-yang-anda-
mesti-tahu/
LAMPIRAN

Otak [imej] (n.d).Capaian 6 November 2021 dari https://neuroversiti.com/5-kesan-obesiti-


terhadap-otak-yang-anda-mesti-tahu/
Struktur otak [imej] (n.d).Capaian 6 November 2021 dari https://neuroversiti.com/5-kesan-
obesiti-terhadap-otak-yang-anda-mesti-tahu/

Statistik obesity di asia tenggara [imej] (n.d) capaian 6 November 2021, dari
https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/83-peningkatan-obesiti-di-malaysia

You might also like