You are on page 1of 10

ASSIGNMENT/ TUGASAN

_________________________________________________________________________
MPU3312_V2
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2
SEMESTER SEP 2021

NO. MATRIKULASI : 990502145839001


NO. KAD PENGENALAN : 990502-14-5839
NO. TELEFON : 011-23058361
NAMA : LUQMAN HAKIM BIN
BAHARUDDIN
E-MEL : lqhkm99@oum.edu.my
Soalan 1 (a) :
Nyatakan secara khusus nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang untuk kualiti
hidup yang lebih baik.

Kesihatan tubuh badan dan kualiti hidup kita bukan sahaja bergantung kepada gaya hidup
seseorang malah pemilihan makanan yang tepat serta digabungkan dengan aktiviti senaman
juga penting. Pemilihan pemakanan yang tepat dan seimbang turut perlu dijaga bagi
mengekalkan tubuh badan yang sihat. Namun, makanan segera juga yang menjadi pilihan
orang ramai disebabkan ia mudah dan cepat untuk dihidangkan. Hal ini dapat menjejaskan
kesihatan tubuh badan dan mudah untuk mendapat penyakit. Jadi, pembentukan makanan
seimbang perlu diambil untuk kualiti hidup yang lebih baik. Salah satu cara mudah untuk
membentuk pemakanan seimbang adalah dengan mengikut piramid makanan. Tubuh badan
kita amat memerlukan campuran nutrien yang kompleks untuk mencapai kesihatan yang
lebih baik. Oleh itu, terdapat nutrien-nutrien penting yang diperlukan dalam pemilihan
makanan seimbang.

Antara nutrient yang penting bagi tubuh badan ialah nutrien dalam bentuk protein. Hal
ini kerana protein adalah makronutrien terpenting bagi setiap sel dalam membina dan
membaiki tisu badan. Sebagai contoh, pengambilan protein shake berkhasiat dapat
memberikan nutrisi untuk menambah protein dalam pemakanan kita dengan menggantikan
makanan sedia ada. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien – RNI Malaysia, diet seharian
sesorang seharusnya membekalkan protein sebanyak 10% sehingga 15% daripada jumlah
kalori. Contoh makanan mengandungi protein ialah ikan, daging dan kekacang.

Selain itu, tubuh kita juga memerlukan makronutrien lain seperti karbohidrat yang
berfungsi dalam membakar kalori. Maka, pengambilan karbohidrat perlu diambil sehingga
mencukupi dalam 55% sehingga 65% daripada kalori. Antara makanan yang mengandungi
karbohidrat ialah nasi, mee, roti dan bijirin. Pengambilan makanan ini perlu diambil dengan
kuantiti yang mencukupi dan tidak terlalu berlebihan kerana jika berlebihan, ini dapat
menyumbang kepada obesiti. Terdapat juga sebilangan orang yang kesalahpahaman
mengenai lemak tidak diperlukan oleh tubuh badan. Sedangkan sejumlah kecil lemak baik
turut diperlukan oleh badan kita kerana lemak baik dapat membantu tubuh badan kita dalam
meningkatkan metabolisme tubuh badan. Namun pengambilan lemak tidak boleh berlebihan
dan diambil sekadar yang diperlukan seperti minyak, burger dan kek. Menurut Falsafah
Pemakanan Herbalife, ia turut mencadangkan supaya lemak dihadkan sehingga 30% atau
kurang daripada pengambilan kalori seharian. Sekiranya tidak, ia dapat menggemukkan tubuh
badan dan meningkatkan risiko penyakit membahayakan seperti serangan jantung, kolestrol
dan tekanan darah tinggi.

Tambahan itu, tubuh badan kita juga dapat memberi reaksi yang baik terhadap nutrien
vitamin dan mineral kerana setiap daripadanya mempunyai fungsi dalam struktur badan.
Vitamin berfungsi dalam mencegah kerosakan sel dan mineral berfungsi dalam menyokong
fungsi sistem saraf . Contoh makanan yang diperlukan untuk mendapatkan vitamin dan
mineral ialah buah-buahan dan ia senang untuk didapati terutama di negara kita. Pengambilan
makanan tambahan vitamin dan mineral setiap hari juga boleh diambil untuk memastikan kita
mendapat jumlah yang mencukupi. Seterusnya, fitonutrien juga dapat membentuk pemakanan
yang seimbang dimana ia boleh bertindak sebagai antioksidan dan membantu menyokong
kesihatan tubuh badan kita. Contohnya, mengambil buah-buahan dan juga sayur-sayuran
yang berwarna-warni dalam kuantiti yang mencukupi.

Pengambilan serat juga diperlukan untuk membentuk diet yang seimbang kerana ia
menyokong sistem pencernaan dimana mendorong pertumbuhan bakteria baik dalam sistem
tersebut. Antara contoh sumber serat terbaik adalah sayur-sayuran,kekacang dan juga buah-
buahan tetapi perlu diambil sehingga 25g setiap hari. Sekiranya tidak mencukupi,
pengambilan serat dari makanan tambahan amat disarankan. Akhir sekali, pengambilan
kuantiti air yang mencukupi. Kebanyakan manusia tidak menyedari tentang kepentingan hal
ini kerana tubuh manusia juga terdiri daripada 70% air, maka kita perlulah kekal terhidrasi
agar kekal sihat. Banyak kepentingan air kepada tubuh badan kita seperti tubuh badan
memerlukan air untuk mengangkut kesemuan nutrien ke sel dan menyingkirkan sisa buangan.
Pengambilan sekitar lapan gelas air amat diperlukan supaya dapat mengawal suhu badan kita.
Dalam rutin harian, air perlu menjadi pilihan utama, walaubagaimanapun teh atau kopi juga
dapat memenuhi keperluan cecair harian dan seseloknya mengelakkan diri daripada air
manis.

Justeru itu, tubuh badan yang sihat dan dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik
dapat terjamin dengan mengikut pembentukan makanan seimbang dan seiring dengan gaya
hidup yang sihat. Tubuh badan kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada mudah
mendapat penyakit. Kita juga dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah
sekiranya mengambil dan memilih makanan yang sesuai dan seimbang. Bukan itu sahaja, kita
juga perlu mengetahui kandungan makanan yang kita makan mempunyai nutrient atau tidak.
Seeloknya mengambil dan memimlih makanan yang mempunyai nutrient penting bagi
membentuk makanan seimbang bagi mengekalkan badan yang sihat. Terlalu berlebihan atau
berkurangan juga patut dielakkan kerana ia mudah untuk mendapat penyakit. Jika seseorang
itu tidak mendapat sejumlah nutrien yang mencukupi daripada pemakanan yang diambil,
proses metabolik badan mereka boleh menjadi perlahan atau berhenti. Jadi, Nutrien yang
boleh diperolehi daripada makanan tertentu boleh menghindarkan penyakit dan
meningkatkan kualiti kesihatan badan.

Soalan 1 (b) :
Gunakan sumber yang releven untuk membincangkan pemakanan terapeutik bagi En. Q
yang menghidapi diabetis dan kegagalan ginjal demi menjamin kehidupan yang lebih
bermakna.

Pemakanan terapeutik adalah pemakanan yang memerlukan modifikasi ke atas nutrien


untuk rawatan sesuatu penyakit. Pemakanan terapeutik ini melibatkan merendahkan satu atau
lebih makronutrien seperti protein, karbohidrat, lemak serta vitamin dan serat. Maka, ia amat
sesuai kepada seseorang yang menghidapi penyakit demi menjamin kehidupan yang lebih
bermakna. Pemakanan terapeutik ini juga turut membantu dalam proses penyembuhan
penyakit dan juga kawalan penyakit pada jangka masa panjang. Namun, terdapat banyak
pilihan pemakanan terapeutik dan ia perlu mengikut kesesuaian penyakit yang dihadapi oleh
pesakit tersebut. Bagi pesakit seperti En. Q yang menghidapi penyakit seperti diabetes dan
kegagalan ginjal, dia perlulah mengambil dan memilih pemakanan terapeutik yang sesuai
untuknya supaya dapat menjalankan kualiti hidup yang lebih baik. Penyakis diabetes
mempunyai dua jenis iaitu diabetes mellitus jenis 1 dan jenis 2. Perbezaan antara dua jenis
diabetes ini adalah dari segi keperluan insulin dimana diabetes mellitus jenis 1 memerlukan
suntikan insulin manakala jenis 2 tidak memerlukannya.
En Q merupakan pesakit diabetes melitus jenis 1 yang mempunyai masalah gangguan
endokrin kerana mempunyai masalah dalam pengeluaran insulin dan bergantung kepadanya.
Oleh itu, En. Q memerlukan insulin untuk menstabilkan kadar glukosa darahnya. Dia turut
telah menghadiri klinik diabetes untuk menerima pendidikan mengenai pengurusan diabetes
sendiri. Jadi, pelan diet terapeutik telah dicadangkan kepada En. Q dan pelan penjagaan
nutrisi terapeutik juga turut disediakan. Bagi penyakit diabetik yang dihidapi oleh En. Q, dia
perlulah mengambil dietdiabetik untuk mengawal aras gula dalam darah serta mengelakkan
dan melambatkan komplikasi.

Terdapat banyak cara penyediaan bagi diet terapeutik diabetis ini, terutamanya ialah
elakkan pengunaan gula dalam masakan atau minuman serta menggantikan penggunaan susu
pekat manis dengan susu tepung rendah lemak dalam minuman untuk mengawal paras
kandungan gula darah. En. Q juga perlu mengelakkan dari makan kuih atau biskut yang
manis dan seeloknya mengawal diri dari makan makanan manis. Selain itu, En. Q perlu
mengantikkan jem dan kaya kepada majerin kerana marjerin tinggi dengan kandungan lemak
tidak tepu yang merupakan lemak yang sihat. Bukan itu sahaja, En. Q juga perlu mengambil
buah-buahan yang segar sahaja dan bukan buah-buahan didalam tin. Seperti yang kita tahu,
buah-buahan segar bagus untuk kesihatan badan kerana ia mempunyai vitamin dan serat
namun elakkan makan buah-buahan didalam tin kerana kebanyakkan daripadanya ada
penambahan gula dan garam yang dapat menjejaskan kesihatan dan proses pengetinan
tersebut juga sukar mengekalkan vitamin C kerana ia mengunakan suhu yang tinggi. En. Q
juga boleh menghidangkan karbohidrat seperti nasi, mee atau roti tapi mestilah mengikut
kuantiti yang ditetapkan oleh Pegawai Dietetik. Ini kerana jika terlalu berlebihan ia dapat
memberi kesan buruk kepada kesihatan En.Q. Tambahan lagi, pemakanan terapeutik juga
perlukan komponen yang juga terdiri daripada nutrien lain antaranya ialah protein yang
kurang lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging kurang lemak yang perlu diambil
secara sederhana 2-3 hidangan sehari. Ini berperanan untuk membaiki tisu dan mengekalkan
tubuh badan. Pengambilan lemak terutamanya lemak tepu seperti munyak sapi, santan dan
krim seharusnya dikurangkan untuk mengelakkan peningkatan kalori.

Selain itu, En. Q juga turut menghidapi masalah kegagalan ginjal. Punca masalah
kegagalan ginjal kebiasaannya daripada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Jadi, En. Q perlu mengambil diet yang sesuai untuk mengawal aras natrium dalam darah serta
tekanan darahnya. Terdapat nutrien nutrien penting tentu yang seharusnya diambil kira.
Antaranya ialah natrium kerana apabial buah pinggang mula gagal berfungsi,natrium dapat
terbina.Walaupun natrium diperlukan oleh badan untuk berfungsi baik, namun apabila
berlebihan boleh menyebabkan edema dimana cecair berkumpul di dalam tisu. Jadi diet
rendah enema perlu menjadi garis pertahanan pertama iaitu dengan menghadkan sodium
kepada 1500-2300 mg untuk sehari seperti yang dicadangkan oleh beberapa organisasi
kesihatan. Mengelakkan makan makanan yang diproses merupakan satu jalan yang terbaik
untuk mengurangkan natrium. Selain itu, menghadkan makanan tinggi natrium atau garam
seperti ham, keju dan jeruk. Kalium merupakan mineral penting untuk fungsi otot dan
jantung namun apabila ia berlebihan akibat buah pinggang tidak dapat menyaring kalium
akan menyebabkan terlalu banyak beredar dalam darah. Hal ini boleh menyebabkan irama
jantung tidak teratur dan boleh menyebabkan jantung berhenti berfungsi. Oleh itu, dengan
mengehadkan makanan kalium yang tinggi boleh membantu menghalangnya daripada
berlaku. Pengambilan kalium boleh dihadkan sehingga ke 200mg untuk sehari.Contoh
makanan yang tinggi kalium ialah aprikot, pisang dan kacang. Tahap kalium ini boleh
dipantau oleh doktor melalui ujian darah dan seeloknya mendengar nasihat doktor. Bukan itu
sahaja, sekiranya buah pinggang gagal berfungsi boleh mengakibatkan fosforus mula
membina badan. Hal ini menyebabkan ketidakseimbangan dengan kalsium yang memaksa
badan menggunakan kalsium dari tulang. Jadi, mengurangkan jumlah makanan fosforus
tinggi dalam makanan merupakan salah satu cara untuk mengekalkan tahap fosforus supaya
dapat mengelakkan tulang daripada melemah. Fosforus boleh disekat sehingga 800 – 1000
mg untuk sehari. Mengurangkan pengambilan aditif fosfat adalah salah satu cara paling
penting untuk mengurangkan tahap fosforus. Sebagai contoh, makanan yang mengandungi
bahan-bahan seperti asid natrium pirofosfat atau monocalcium fosfat perlu dielakkan. Selain
itu, kurangkan makan makanan lain yang kaya dengan fosforus seperti koko, hati dan produk
susu.

Seterusnya, En Q yang juga menghidapi diabetes seharusnya memantau pemakanan


yang mengandungi karbohidrat juga terutama makanan yang paling banyak mempengaruhi
gula darah dan sama juga dengan pemantauan bagi penyakit ginjal. En. Q juga masih perlu
memasukkan sumber karbohidrat daripada sayur-sayuran,buah dan bijiran. Selain itu,
kawalan terhadap mengurangkan pengambilan kalium tinggi dan sumber fosforus karbohidrat
yang tinggi  juga perlu diambil. Sama seperti diet terapeutik bagi diabetes mellitus, En. Q
masih perlu memilih protein dan lemak yang sihat untuk menjaga kerosakan ginjal. Dengan
panduan perubatan daripada pakar ginjal dipanggil ahli nefrologi dan perubahan makanan,
gejala dapat dikurangkan, dan perkembangan penyakit dapat diperlambat.

Justeru itu, En. Q perlu mengambil berat tentang penyakit yang dihidapinya serta
mengikuti segala pelan pemakanan terapeutik yang telah dinyatakan. Hal ini dapat
membantunya dalam mengawal penyakitnya. Dengan menjaga pemakanan, dapat memberi
kesan kepada tubuh badan. Untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat En.Q perlu makan
makanan mengikut masanya tertentu walapun dia kurang berselera kerana pesakit
kebiasaannya hilang selera dan seharusnya memastikan untuk minum air. Elakkan makan
makanan yang mengandungi gula dan natrium agar dapat mengawal penyakitnya. Mengikut
nasihat doktor juga penting serta panduan perubatan juga perlu diikuti. Oleh itu, dengan
mengikuti segala langkah dan pelan pemakanan terapeutik ini dapat membantu En.Q
mengawal penyakitnya dan membentuk tubuh badan yang lebih sihat.
Soalan 2 :
Berdasarkan pengalaman, bina jurnal reflektif kesihatan mengenai pandangan anda
sendiri yang berkaitan dengan isu membentuk pemakanan seimbang dan intervensi anda
bagi mengelakkan penyakit di atas.

Tugasan jurnal reflektif kesihatan ini adalah mengenai isu membentuk pemakanan
seimbang serta intervensi bagi mengelakkan penyakit di atas. Melalui tugasan ini, saya
menyedari bahawa pemakanan amat penting untuk tubuh badan kita serta kualiti kehidupan
kita. Cara pemilihan pemakanan kita juga dapat mempengaruhi tubuh badan kita kerana
makanan yang kita makan itulah yang akan membenrtuk tubuh badan kita. Oleh itu,
pembentukan pemakanan seimbang amat penting dan perlu diamalkan dalam kehidupan
seharian. Cara yang paling mudah untuk membentuk pemakanan seimbang adalah dengan
mengikut piramid makanan. Semua orang pasti tahu mengenai piramid makanan dan ia dapat
membantu orang ramai lebih faham mengenai pemilihan makanan. Kandungan makanan
perlu diketahui terlebih dahulu sebelum makan sebagai langkah berjaga-jaga. Justeru itu,
banyak nutrien yang kita perlu ambil dalam pemakanan kita seperti, protein, karbohidrat,
lemak, vitamin dan mineral, fitonutrien dan juga serat. Setiap nutrien tersebut berfungsi dan
memberi kesan kepada tubuh badan. Terlalu berlebihan dan kekurangan nutrien juga dapat
menjadi satu masalah pada tubuh badan dan dapat mudah mendapat penyakit. Hal ini penting
kerana jika seseorang itu tidak mendapat sejumlah nutrien yang mencukupi daripada
pemakanan yang diambil, proses metabolik badan mereka boleh menjadi perlahan atau
berhenti. Hal ini kerana Nutrien boleh diibaratkan sebagai maklumat atau arahan bagi badan
kita. Tanpa arahan atau maklumat tersebut, badan tidak boleh berfungsi dengan baik.

Melalui tugasan ini juga saya dapat pengetahuan mengenai penyakit diabetes dan
kegagalan ginjal dengan lebih mendalam. Kedua-dua penyakit ini berkait rapat dan pelan
pemakanan terapeutik dapat disediakan dengan lebih jelas. Untuk membantu proses
penyembuhan penyakit atau untuk kawalan penyakit pada jangka masa panjang, diet atau
pemakanan terapeutik perlu disediakan. Oleh itu, saya dapat memahami perkara mengenai
pemakanan terapeutik yang memerlukan modifikasi ke atas nutrien untuk rawatan sesuatu
penyakit. Sebagai contoh, pemakanan terapeutik yang disediakan untuk penyakit diabetes
mellitus adalah bertujuan untuk mengawal aras gula dalam darah manakala pemakanan
terapeutik bagi penyakit kegagalan ginjal adalah bertujuan untuk mengawal aras natrium
dalam darah.
Bagi semua orang, saya berpendapat bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Hal ini kerana ia lebih mudah untuk mengawal dan mencegat penyakit daripada mendapat
penyakit dan mengubatinya. Mengambil langkah berjaga-jaga adalah salah satu tindakan
yang bijak. Sebagai contoh, menjaga dan memilih makanan yang seimbang, menjalani gaya
hidup yang sihat seperti berjoging dan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau
hospital. Dengan ketiga-tiga cara ini, kita dapat membentuk tubuh badan yang sihat dan
menjalani kehidupan dengan lebih baik. Sekiranya kita mengubati dan tidak mencegah
sebelumnya akan susah bagi kita kerana ketidakselesaan dan lebih susah daripada langkah
mencegah.
Rujukan
(Manzella, n.d.)
(Husin, n.d.) (MENU MASAKAN DIET TERAPUTIK, n.d.)
(Diet Tinggi Protein, Perlukah?, n.d.)
(Mardan, 2011)

You might also like