You are on page 1of 1

KUALA LUMPUR 24 Nov 2009 Kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia telah sampai ke

tahap amat membimbangkan dan negara akan terus mengalami kos ekonomi dan sosial yang tinggi
sekiranya penduduk tidak mengubah gaya hidup mereka, demikian amaran oleh ahli fisioterapi terkenal hari
ini.

Dr B.S.Bains berkata, kira-kira 14.5 peratus daripada 26 juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit
diabetes dengan bilangannya bertambah pada kadar yang tidak terkawal.

Dr Bains, yang juga presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian klinik
Bains, turut memberi amaran mengenai peningkatan penyakit strok atau angin ahmar.

Katanya, kandungan gula yang tinggi dalam banyak makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia
merupakan punca utama penyakit diabetes yang sebaliknya berkait rapat dengan penyakit strok.

Dalam temu bual dengan Bernama, Dr. Bains mengenal pasti minuman teh tarik sebagai musuh nombor satu
kadar tinggi pengambilan gula. - Bernama

UTUSAN

ubat kencing manis

ubat kencing manis

You might also like