You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KEDUA TAHUN 2014

Tarikh : 04 April 2014 (Jumaat)


Masa : 3.00 petang
Tempat : Makmal Komputer, SJK (C) Kg. Baru Petaling

Kehadiran : En. Choo Kim Choy Penasihat


En. Eu Hieng Mew Pengerusi / Setiausaha
Pn. Sum Siew Foong AJK
Pn. Evelyn Lee Yoong Hui AJK
Pn. Yong Lee Kian AJK
En. Chong Boon Wee AJK

Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama
3. Hal-hal Berbangkit
4. Aktiviti Tahunan
5. Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Guru Besar dan para guru kerana sudi
menghadiri mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi turut mengalu-alukan kehadiran En. Chong Boon Wee, guru baharu
sekolah kita untuk berkhidmat di sekolah kita.
1.3 Pengerusi berharap semua guru dapat mengambil bahagian secara aktif dalam
perbincangan.

Tindakan : Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama


2.1 Dicadang oleh : Pn. Evelyn Lee Yoong Hui
2.2 Disokong oleh : Pn. Sum Siew Foong

Tindakan : Makluman

1
3. Hal-hal Berbangkit
3.1 Perkara 6.1, 6.2 dan 6.5 dalam Minit Mesyuarat Pertama
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan SPPBS (Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Lembaga
Peperiksaan Bil. 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3.1.1 Guru DST Tahun 1 hingga Tahun 3 haruslah melaksanakan pentaksiran
berdasarkan DSK dan PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid) masing-masing.
Fail Showcase tidak perlu disediakan berkuatkuasa mulai 1 April 2014.
Pelaporan dibuat secara luar talian (offline) menerusi Modul Perekodan
PPM (Perkembangan Pembelajaran Murid) yang akan diberikan oleh SU
PBS sebaik sahaja modul tersebut dibekalkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM).
SPPBS tidak digunakan lagi mulai tahun ini.
3.1.2 Guru TMK Tahun 4 haruslah melaksanakan pentaksiran berdasarkan
DSKP TMK Tahun 4.
Fail Murid dan Fail Showcase tidak wajib disediakan.
Pelaporan dibuat secara luar talian (offline) menerusi perisian Microsoft
Office Excel yang dibekalkan semasa Kursus Penyebaran KSSR TMK
Tahun 4.
3.1.3 SPPBS tidak digunakan lagi mulai tahun ini.
3.2 Perkara 7.1 dalam Minit Mesyuarat Pertama
Guru Mata Pelajaran Tahun 2014
3.2.1 Guru baharu, En. Chong Boon Wee telah ditempatkan di sekolah kita
berkuatkuasa mulai 1 April 2014.
Beliau telah mengambil alih tugas Cik Lim Swee Yee [2 Januari 2014
hingga 26 Januari 2014] dan Cik Lai Mei Hui [3 Mac 2014 hingga 1 April
2014].
Maka, beliau merupakan guru mata pelajaran DST Tahun 3 mulai 2 April
2014.
3.3 Perkara 8.1 dalam Minit Mesyuarat Pertama
Peruntukan PCG Panitia TMK berdasarkan Panduan Penggunaan Peruntukan
Bantuan Geran Per Kapita Bagi Mata Pelajaran Baharu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2, No. Rujukan Surat :
KP(BKEW/BT)1910/PCG/A4 Jld.9 (51) bertarikh 3 Mac 2014
3.3.1 Panitia TMK akan berkongsi peruntukan PCG dengan panitia KT (Kajian
Tempatan).

Tindakan : Semua Guru Panitia

2
4. Aktiviti Tahunan
4.1 Pertandingan Kuiz Bertulis TMK dijangka diadakan pada bulan Oktober.
4.2 Sasaran pertandingan ini merupakan murid-murid KSSR [Tahun 1 hingga
Tahun 4.
4.3 Soalan kuiz akan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing.

Tindakan : Ketua Panitia, Guru TMK dan Semua Guru DST

5. Hal-hal Lain
5.1 Latihan amali perlu diberikan kepada murid-murid agar membantu murid-murid
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK.
5.2 Guru-guru panitia digalakkan untuk menggunakan Makmal Komputer
sepanjang PdP dilaksanakan.
Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer telah disediakan oleh Ketua
Panitia.
Komputer guru dalam Makmal Komputer telah dibekalkan dengan TP-Link
Wireless USB Adapter.
13 buah komputer murid dalam Makmal Komputer telah dibekalkan dengan D-
Link Wireless N 150 USB Adapter.
Wireless Adapter dibekalkan bagi tujuan menyambung dengan internet tanpa
wayar YES agar memenuhi keperluan PdP TMK.
Wireless Adapter akan berfungsi setelah mengemaskini perisian peranti secara
manual setiap kali menggunakan komputer.
5.3 Guru-guru panitia haruslah menyerahkan surat panggil tugas rasmi kepada SU
LDP untuk direkodkan.
5.4 Keharmonian dan komunikasi antara guru-guru panitia amat penting untuk
mewujudkan suasana kerja yang positif.

Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Guru Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ ____________________
En. Eu Hieng Mew En. Eu Hieng Mew
Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK

You might also like