You are on page 1of 14

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH,


ULU KINTA, PERAK

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 2 SEMESTER 2

CASE STUDY
(ANEMIA IN PREGNANCY)

NAMA : DAYANA ULFA BINTI KHOIRUNIZAT


NO. MATRIK : BPP2018-0084
NO. K/P : 980711-01-6700
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1. PENGENALAN 1
2. MAKLUMAT PESAKIT 2
3. SITUASI PERMASALAHAN 3
4. LITERATURE REVIEW 4-5
5. PENGKELASAN KETERUKAN ANEMIA 6
6. PERBINCANGAN 7-8
7. PENGURUSAN 9-10
8. RUMUSAN 11
9. RUJUKAN 12
PENGENALAN

Anemia dalam kalangan ibu mengandung merupakan salah satu masalah utama
di Malaysia dan negara membangun yang lain. Penyaringan awal berdasarkan faktor
risiko boleh membantu pihak kesihatan mengenalpasti kes yang berpotensi mendapat
masalah anemia semasa mengandung dan diteruskan untuk tujuan merawat. Ini
disebabkan Anemia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi seperti kerencatan
pertumbuhan janin, lahirmati dan kematian ibu semasa kelahiran.Anemia ketika
mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang
rendah semasa mengandung.

Bagi menganalisa anemia semasa mengandung definasi berdasarkan paras


hemoglobin mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selalu digunakan iaitu
paras hemoglobin kurang dari 11.0 g/dl. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen
dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu
seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk


mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan
pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun ibu tidak mengalami
masalah anemia pada lawatan pertama, ibu masih berpotensi untuk mengalami keadaan
ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Gejala yang paling biasa berlaku adalah kepada penghidap anemia semasa
hamil adalah cepat mengalami rasa letih, lemah anggota dan sering pengsan, kelihatan
pucat, mengalami kesukaran bernafas/sesak nafas, sentiasa merasa loya, mengalami
debaran (palpitasi) iaitu dengupan jantung yang cepat, sakit kepala dan pening.
Penyebab utama anemia semasa kehamilan adalah Kekurangan Zat besi (Iron), asid
folik dan Vitamin B1 juga berkemungkinan disebabkan oleh ibu mempunyai penyakit
kronik lain dan penyakit darah seperti thalasaemia.

1
MAKLUMAT PESAKIT

No Kad pengenalan : 9102xx-03-53xx

Nama Ibu : Nurashikin Bt Hamidi

Kumpulan Etnik : Melayu

Warganegara : Malaysia

Tahap Pendidikan : SPM

Tarikh Lahir : 27/02/1991

Umur : 28 Tahun

Pekerjaan : SRT

Status Kandungan : Gr02 P01

Faktor Risiko : H/O Anemia

HAID : Jumlah Hari : 6-7 hari

Pusingan : Biasa

Kumpulan Darah :B Rh: +ve

H/O Medikal : Hb 9.1 g/dl on TCA

H/O Obstetrik : Bersalin kaedah SVD

2
SITUASI PERMASALAHAN

Kampung Chemor merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Ipoh, Perak.
Kajian ini telah dijalankan selama 2 minggu dan populasi sasaran adalah semua wanita
mengandung yang datang ke Klinik Kesihatan Chemor bagi mengetahui faktor serta
punca-punca anemia semasa kehamilan. Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan
sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal telah dijalankan oleh doktor, selain ujian
darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid
folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid
folik.

Kajian perincian telah dilakukan terhadap seorang pesakit yang mengalami


anemia semasa kehamilannya. Berikut merupakan butir-butir kajian perincian pesakit;

• Nama :Nurashikin Bt Hamidi

• No. IC : 9102xx-03-52xx

Pn Nurashikin Bt Hamidi merupakan seorang surirumah tangga yang berasal


dari Kg Chemor berumur 28 tahun dan berbangsa Melayu. Beliau datang ke Klinik
Kesihatan Chemor setelah mendapati dirinya mengalami tanda- tanda kehamilan. Ujian
UPT telah dijalankan ke atas Pn Nurashikin dan didapati positif. Setelah temuh ramah
dijalankan ke atas klien, klien menyatakan bahawa beliau pernah mengalami ‘morning-
sickness’ yang teruk, letih lesu dan selera makan berkurangan. Pemeriksaan fizikal
yang dijalankan ke atas klien mendapati berat badan beliau adalah 45kg, konjuntiva
pucat dan bibir beliau kering. Ujian FBC yang dijalankan ke atas klien mendapati paras
Hb beliau adalah rendah iaitu 9.1 g/dL sahaja. Klien kemudiannya dirujuk kepada
doktor untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut

3
LITERATURE REVIEW

 Anemia adalah keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah atau keupayaan
membawa oksigen tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi yang
berbeza-beza mengikut umur, jantina, ketinggian, merokok, dan status
kehamilan. Kekurangan zat besi adalah dianggap sebagai punca anemia yang
paling biasa di peringkat global, walaupun melibatkan elemen lain, seperti folat,
kekurangan vitamin B12 dan vitamin A, keradangan yang kronik, jangkitan
parasit, dan faktor keturunan juga boleh menyebabkan anemia. Dalam keadaan
yang teruk, ia dikaitkan dengan keletihan, lemah, pening dan mengantuk
terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak. (World Health
Organization,WHO.2003)
 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan laporannya menyatakan
hampir 50% ibu mengandung di seluruh dunia mengalami anemia. Di negara
maju prevalen anemia dalam kalangan ibu mengandung adalah 18% dan di
negara membangun pula, prevalennya adalah 56%. WHO juga menyatakan
bahawa taburan anemia dikatakan paling tinggi di Asia Selatan di mana tiga
perempat daripada jumlah ibu mengandung mengalami masalah anemia.
 Sel darah merah membawa hemoglobin dan melekat kepada oksigen dalam
paru-paru dan membawa kepada tisu di seluruh badan. Anemia berlaku apabila
pesakit tidak mempunyai sel darah merah atau apabila sel-sel darah merah tidak
berfungsi dengan betul. Ia disahkan apabila ujian darah menunjukkan nilai
hemoglobin kurang daripada 13.5 gm / dl dalam seorang lelaki atau kurang
daripada 12.0 gm / dl dalam wanita. Nilai-nilai biasa untuk kanak-kanak
berbeza-beza dengan usia. (Jack Wilson,2001)
 Institut Kebangsaan Kesihatan dan Kecemerlangan Klinikal (NICE)
menyatakan bahawa wanita harus membuat saringan untuk anemia pada
minggu ke-28 kehamilan.Anaemia ditakrifkan sebagai tahap Hb <11.0 g/dL.
Dalam trimester kedua dan ketiga peringkat diagnostik untuk anemia adalah
tahap Hb daripada <10.5 g / dL. Selepas bersalin tahap diagnostik ialah 10.0 g
/ dL.Kekurangan ion 85% daripada semua kes-kes anemia yang dikenal pasti
dan dicirikan oleh rendah jumlah sel min (MCV).

4
Ia biasanya disebabkan oleh kekurangan pemakanan atau kehilangan darah
yang banyak semasa haid. (Zegwar smith,UK.2006)
 Terdapat beberapa kajian mengenai Anemia semasa kehamilan diseluruh
Malaysia disebabkan implikasi yang melibatkan dua individu iaitu bayi serta
ibu. Berdasarkan kajian “Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-
faktor mempengaruhi di Johor Bahru” menyimpulkan bahawa kekerapan
mengambil pil ferus merupakan risiko utama anemia semasa mengandung. Oleh
itu pihak kesihatan awam perlu menekankan kepatuhan pengambilan pil ferus
bagi mencegah dan merawat anemia semasa mengandung.
 Menurut buku (Oxford handbook of clinical specialties) bahagian obstetrics,
seorang wanita yang mengandung akan mula mengalami keadaan anemia
bermula minggu ke 20 dia mengandung .
 Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah
Anemia kekurangan iron ,pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh
mengelakkan daripada melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan
iron tambahan boleh juga mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh
matang iaitu ‘preterm labour’ (artikel “Impact of Anemia prophylaxis in
pregnancy on maternal and fetus”/Medline).
 Ibu hamil dengan keluhan lemah, pucat, mudah pingsan, dengan tekanan darah
dalam batas normal, perlu dicurigai anemia defisiensi besi. Dan secara
klinis dapat dilihat tubuh yang pucat dan tampak lemah (malnutrisi). Guna
memastikan seorang ibu menderita anemia atau tidak, maka dikerjakan
pemeriksaan kadar Hemoglobin dan pemeriksaan darah tepi. Pemeriksaan
Hemoglobin dengan spektrofotometri merupakan standar ( Wiknjosastro,
2005).
 Ibu hamil dikatakan anemia bila kadar hemoglobin atau darah merahnya
kurang dari 11,00 gr%. Menururt Word Health Organzsation (WHO)
anemia pada ibu hamil adalah kondisi ibu dengan kadar Hb < 11 % . Anemia
pada ibu hamil di Indonesia sangat bervariasi, yaitu: Tidak anemia : Hb >11
gr%, Anemia ringan : Hb 9-10.9 gr%, Anemia sedang : Hb 7-8.9 gr%, Anemia
berat : Hb < 7 gr% ( Depkes, 2009 ; Shafa, 2010 ; Kusumah, 2009 ).

5
PENGKELASAN KETERUKAN ANEMIA

Paras Hb (g/dl) Tahap Keterukan Anemia

< 6.9 Sangat Teruk

6.9 < 8.0 Teruk

8.0 < 9.5 Sederhana

9.5 < 10.5 Ringan

Melalui ujian darah ‘Full blood count’ yang dijalankan keatas klien, didapati beliau
menghidap anemia dan klien dinasihati berjumpa doktor untuk tindakan serta rawatan
lanjut. Ujian FBC ini terdiri daripada RBC, white blood cell count, haemoglobin, buse,
creatinine,LFT dan ESR.

Pemantauan: Pemeriksaan kandungan yang berkala serta pemantauan paras Hb yang


berterusan dilakukan setiap kali lawatan klien ke untuk sepanjang tempoh kehamilan.
Pemantauan terhadap gejala anemia ibu turut dititikberatkan bagi menilai serta
memastikan kesihatan ibu pada tahap yang memuaskan.

6
PERBINCANGAN
Keperluan zat besi semasa hamil akan meningkat dengan ketara. Zat besi adalah
penting untuk membina hemoglobin iaitu sejenis protein dalam sel-sel darah merah
yang membawa oksigen ke sel-sel lain . Semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan
meningkatkan sehingga hampir 50 peratus lebih daripada biasa,dan pesakit
memerlukan lebih banyak zat besi untuk membina lebih banyak hemoglobin untuk di
tampung ke seluruh badan. Pesakit juga memerlukan zat besi tambahan untuk bayi dan
plasenta.

Tetapi kebanyakan wanita apabila mula mengandung mengalami masalah


kekurangan zat besi dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan yang semakin
meningkat, terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Jika paras hemoglobin masih
lagi rendah di bawah paras normal dan tidak mampu di tingkatkan jumlahnya pesakit
akan mengalami keadaan anemia. Risiko adalah lebih tinggi jika pesakit mempunyai
demam pagi yang teruk menyebabkan muntah yang kerap, jarak kehamilan yang rapat,
mengandung anak kembar, pemakanan yang kurang zat besi, atau jika aliran haid pra-
kehamilan yang terlalu banyak.

Oleh itu setiap wanita mengandung perlu mengambil makanan tambahan zat
besi 18 hingga 27 miligram (mg ) bagi setiap hari kerana sukar untuk mendapatkan zat
besi yang cukup melalui diet sahaja.Kekurangan zat besi adalah punca yang paling
biasa mengakibatkan anemia semasa kehamilan, tetapi ia bukan satu-satunya sebab.
Pesakit juga boleh menghidapi anemia akibat kekurangan asid folik atau vitamin B12,
yang mengakibatkan kehilangan darah yang banyak, atau penyakit gangguan darah
yang diwarisi seperti thalassemia atau G6PD (glucose 6 phosphate deficiency)

Semasa ibu hamil yang menghidapi anemia datang untuk pemeriksaan


antenatal, tanda-tanda keterukan anemia boleh dilihat seperti pesakit dalam keadaan
letih dan tidak berdaya, susah bernafas ketika membuat sesuatu aktiviti, rasa pening
dan sakit kepala, orthopnea (keadaan pesakit susah bernafas dalam keadaan terlentang),
nadi pantas dan rasa gemuruh (palpitation), denyutan jantung lebih dari 100/minit,
bengkak atau sembab (oedema) terutama bahagian kaki dan juga pernafasan cepat >
20/minit.

7
Hasil pemeriksaan fizikal pula mendapati pesakit kelihatan pucat terutama
sekali selaput mukosa mata dan dibahagian tapak tangan. Periksa tanda-tanda lain
seperti, jaundice, angular stomatitis, lidah licin dan pucat (smooth tounge) dan
koilonychia (kuku berbentuk seperti sudu dan berkilat). Periksa sistem kardiovaskular
untuk memastikan pesakit tiada tanda-tanda kegagalan jantung( cardiac failure)
terutama kes anemia yang teruk.

Tanda-tanda dan gejala kegagalan ‘left ventricle’:

Sesak nafas

Basal crepitation

3rd/4th heart sound

Takikardia, HR > 100/minit

Denyutan jantung yang tak menentu

Orthopnea

Penyiasatan bagi anemia antaranya adalah dengan melakukan ujian Full blood
count (FBC) untuk mengukur kadar Hb dalam darah. Seterusnya ujian air kencing
(UFEME) untuk mengesan jangkitan salur air kencing. Boleh juga dilakukan ujian
terhadap najis untuk mengesan infestasi cacing.

Keadaan anemia ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi jika tidak dirawat
dengan sempurna. Komplikasinya boleh terbahagi kepada dua iaitu secara lansung dan
tidak lansung. Antara komplikasi secara lansung adalah keguguran, premature labour,
intrauterine growth retardation, kematian bayi dalam kandungan, jangkitan dan laktasi
tidak mencukupi. Manakala komplikasi tidak lansung adalah pendarahan postpartum,
septicaemia, septic shock, congestive cardiac failure,acute pulmonary oedema dan
akhir sekali pulmonary embolism.

8
PENGURUSAN
.

Antara cara yang digunakan oleh Klinik Kesihatan Chemor untuk ibu yang
mengalami masalah anemia semasa hamil adalah dengan memberikan pil hematinik
kepada ibu bagi menambah darah di dalam badan.Hematinik pula terbahagi kepada 4
jenis pil iaitu pil zat besi,pil asid folik,pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.Antara
sebab pil hematinik digunakan bagi mengatasi masalah anemia bagi ibu mengandung
adalah ia sangat penting kerana kandungan zat besi,B kompleks dan asid folik
diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.Selain itu pil vitamin C juga membantu
dalam meningkatkan penyerapan zat besi.Antara fakta penting yang mesti diketahui
oleh pesakit tertang pil hematinik adalah ia dapat membantu pesakit pulih dengan cepat
dan janin membesar dengan sihat.Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar.Berat lahir bayi
yang normal adalah di antara 2.5 – 4.0 kg.Selain itu pil hematinik seeloknya diambil
bersama air kosong atau jus buah buahan untuk penyerapan yang optimum.

Jika ibu hamil tidak mematuhi pengambilan pil hematinik ia akan menyebabkan
paras hemaglobin di dalam sel darah merah semakin berkurang dan keupayaan darah
mengangkut oksigen semakin menurun.Selain itu kesannya terhadap ibu adalah tumpah
darah semasa dan selepas bersalin,tekanan darah tinggi (eklampsia),keguguran dan juga
kematian dan kesannya terhadap bayi adalah kematian janin,kelahiran bayi tidak cukup
bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan.

Pesakit haruslah mengelakkan makan pil hematinik dengan air


kopi,teh,minuman berkola,minuman bercoklat dan susu kerana boleh menghalang
penyerapan zat besi. Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan
diambil sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas waktu makan utama atau selepas makan
pil hematinik.Namun begitu,pil hematinik dapat memberi kesan sampingan kepada ibu
hamil iaitu sesetengah ibu mengalami sembelit,rasa loya dan pening.Walau
bagaimanapun kesan sampingan ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

9
Selain itu,Klinik Kesihatan Chemor juga mengalakkan ibu hamil supaya makan
makanan yang kaya dengan zat besi bagi menambah darah.Antara makanan yang tinggi
dengan zat besi adalah makanan yang bersumberkan haiwan seperti
daging,hati,limpa,kerang,ikan,sotong dan ikan bilis manakala daripada sumber sayuran
hijau iaitu pegaga,pucuk paku,kangkung,bayam dan kalian.Untuk mengatasi masalah
anemia,ibu hamil haruslah makan sekurang kurangnya satu jenis makanan dari sumber
haiwan yang kaya zat besi setiap hari.Tetapi jika ibu itu seorang yang vegetarian,beliau
haruslah mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti
kacang soya dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan
vitamin C.Disamping meningkatkan lahi pengambilan sayur sayuran hijau,ibu juga
perlu makan pil hematinik mengikut arahan.

Sekiranya ibu hamil berlebihan berat badan, pilihlah makanan yang kurang
kandungan lemak seperti daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit. Kurangkan juga
pengambilan minyak dan lemak seperti santan, marjerin dan minyak sapi di dalam
masakan.

Bengkel nasihat mengenai “klinik” kehamilan sepanjang sembilan bulan harus


diberikan kepada ibu-ibu mengandung ataupun kepada wanita yang sudah berkahwin
bagi menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan ibu serta bayi
bagi mengelakkan sebarang implikasi serta gangguan tumbesaran bayi. Bahan-bahan
pendidikan yang berupa risalah mengenai anemia diedarkan dan ceramah-ceramah di
kelas keibubapaan oleh anggota kesihatan juga dilaksanakan untuk penyebaran
maklumat. Pendidikan kesihatan haruslah diperkasakan agar ibu-ibu mengandung ini
patuh kepada pengambilan ubat-ubatan sepanjang kehamilan.

Secara umumnya, pemindahan darah merupakan jalan yang terakhir untuk


mendapatkan zat besi. Hal ini kerana terdapat beberapa kes menunjukkan keadaan ibu
tersebut bertambah teruk dalam kaedah pemindahan darah. Oleh sebab itu, hanya ibu
yang betul-betul memerlukan pemindahan darah (transfusi darah) boleh mendapatkan
transfusi darah.

10
RUMUSAN

Kesimpulannya, anemia boleh terjadi pada setiap kehamilan. Oleh itu, langkah
berjaga-jaga haruslah diambil. Anemia yang terjadi semasa trimester pertama boleh
menyebabkan keguguran.

Kemudian, anemia yang terjadi pada trimester kedua menyebabkan kelahiran


pramatang, gangguan pertumbuhan janin dan jika teruk boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, setiap ibu mengandung haruslah datang ke klinik kesihatan secara berkala
untuk memantau tahap Hb dalam darah serta mengawasi dan mengesan tanda-tanda
anemia dengan lebih awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Anemia pada wanita hamil dapat dikawal dengan meningkatkan pengambilan


zat besi yang terdapat pada sesetengah makanan seperti makanan laut, daging, dan juga
sayuran hijau. Pangambilan makanan yang dapat membantu penyerapan zat besi seperti
buah – buahan segar ataupun jus buah – buahan juga perlu dipertingkatkan

Amat penting juga untuk pihak klinik mahupun hospital untuk mengenal pasti
punca anemia yang berlaku dan memberikan rawatan yang berkaitan.Pesakit juga
sendiri haruslah memakan tablet zat besi mengikut arahan yang telah ditetapkan serta
mengambil diet yang sempurna dan penuh dengan zat besi bagi mengelakkan keadaan
anemia tersebut terjadi dengan lebih teruk dan seterusnya membawa kepada komplikasi
yang tidak di ingini.

11
RUJUKAN

1. WHO. World health report. Geneva: World Health Organization, 2001.

2. Siti Khatijah AR., et al. Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor
mempengaruhi di Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2010.

3. Malaysian Journal of Public Health Medicine.2010.

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia

5. Dr.Suhazeli Abdullah. Anemia SemasaMengandung. (Slide show)

6. Dr. NiniShuhaida Mat Harun. Anemia kalangan ibu mengandung.


KlinikKesihatanSeberangTakir. (Slide show).

7. Defination of anemia (KKM)

8. Dr A.Baskaran, N Sivalingam; Guidebooks in obstetric and gynaecology for


medical officer; Anemia in pregnancy; Pg 52-57

9. Van Meter KW (2005). "A systematic review of the application of hyperbaric


oxygen in the treatment of severe anemia: an evidence-based approach
(pendekatan berdasarkan pembuktian)"

10. Vincent JL, Baron JF, Reinhart K, et al (2002). "Anemia and blood transfusion
in critically ill patients

12

You might also like