You are on page 1of 5

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN

AZLAN SHAH

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN 2 SEMESTER 2

KUMPULAN 42

TAJUK:

UBAT-UBATAN DAN KESAN SAMPINGAN

NAMA : MOHAMAD FARIS ZULHILMI BIN MOHD JUSOH


NO. MATRIK : BPP2018-0093
NO I/C : 950327-03-6371
PERBINCANGAN

Ubat-ubatan merupakan rawatan fizikal untuk pesakit psikiatrik bagi merawat


penyakit gangguan mental. Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan
sebagai ubat anti psikotik yang digunakan untuk rawatan seperti penyakit skizofrenia.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala
psikosis seperti delusi dan halusinasi. Pengambilan ubat secara teratur dapat
mengurangkan kemungkinan berlakunya penyakit berulang dan pesakit skizorfenia
mestilah menerima kenyataan bahawa dalam kebanyakan kes, ubat perlu diambil
dalam jangka waktu yang lama ataupun seumur hidup.

Klasifikasi ubatan psikotropik :

I. Anti-psikotik
II. Anti-depressants
III. Anti-anxiety

i. Antipsikotik

Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis iaitu
penyakit mental yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan
realiti. Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai ‘neuroleptik’. Ubat-ubatan ini memberi
kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-
sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal. Hasilnya, pesakit akan
dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula. Terdapat
dua jenis antipsikotik iaitu Antipsikotik Tipikal juga dikenali sebagai antipsikotik
generasi pertama dan Antipsikotik Atipikal juga dikenali sebagai antipsikotik generasi
kedua.Kedua-dua generasi ubat cenderung menghalang reseptor dalam laluan
dopamin otak, tetapi atipikal cenderung bertindak pada reseptor serotonin juga.

Contoh ubat :-

Antipsikotik Tipikal (First Generation)


 Phenothiazines (Chlorpromazine)
 Butyrophenones (Haloperidol)
 Benzamides
 Thioxanthenes (Flupenthixol, Zuclopenthixol)

Antipsikotik Atipikal (Second Generation)


 Clozapine
 Olanzapine
 Risperidone
 Quetiapine
 Aripiprazole
 Ziprasidone
 Sertindole
Kesan Sampingan

 Kesan sampingan Ekstrapiramidal


Berlaku kekejangan dan menggeletar seperti gejala Parkinson yang biasanya berlaku
secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua. Pergerakan muka dan
badan yang tidak normal yang biasanya berlaku pada kanak-kanak atau remaja.
Perasaan tidak selesa yang boleh berlaku berpunca daripada pengambilan dos yang
tinggi.

 Kesan sapingan sistem saraf pusat


Mengantuk, sedatif dan hipnosis berlaku. Kekeliruan, vertigo, kesakitan, tidur
terganggu, dementia, amnesia, dan kehilangan memori adalah beberapa kesan
buruk. Selain itu, kesan sampingan uabatan ini akan menyebabkan kegelisahan,
tingkah laku ganas, dan kemurungan.

 Kesan sampingan yang lain


Peningkatan selera makan, pertambahan berat badan, perubahan paras gula dalam
darah lalu meningkatkan risiko kencing manis, kehilangan sel darah putih yang
berfungsi melawan penyakit, mengantuk dan tekanan darah rendah.

ii- ANTI- DEPRESSANT

Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan


tanda-tanda kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis
ubat anti kemurungan iaitu:

Trisiklik (Tricyclic)
RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)
SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)

TINDAKAN UBAT

Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang
dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel
otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan
dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.

KESAN MUDARAT

Trisiklik

Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar,
peningkatan degupan jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di
kalangan warga emas, ubat ini mungkin menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk
membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak dari menggunakan trisiklik
sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka mungkin
mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.
RIMAs

Elakkan mengambil ubat RIMAs dengan makanan yang mengandungi Tyramine


(contoh: keju, minuman beralkohol, cokelat, dadih, sos soya) kerana ia boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi. Jika anda mengambil ubat RIMA, doktor atau ahli
farmasi akan memberikan anda senarai makanan yang perlu dielakkan.

SSRIs

Kesan sampingan pada perut adalah biasa dan ianya berkait rapat dengan dos ubat.
Ini termasuklah rasa mual, muntah, perut tidak selesa (dyspepsia), sakit perut, cirit
birit, sembelit, tiada selera makan dan kehilangan berat badan. Terdapat juga kesan
sampingan lain yang berkaitan dengan ubat ini.

Sekiranya anda rasa kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh SSRI yang anda
ambil, sila sahkan dengan doktor atau ahli farmasi.

SNRIs

Kesan sampingan ubat ini adalah serupa dengan SSRIs.

iii- ANTI- ANXIETY

Ubat antikeresahan ialah ubat preskripsi menenangkan pesakit yang mengalami


keresahan yang terlampau, dan untuk merangsang tidur (sedatif atau alat bantu tidur).
Jenis ubat yang selalu digunakan ialah benzodiazepine.
Melegakan keresahan yang terlampau jika digunakan untuk tempoh yang singkat.

Ubat Preskripsi

Benzodiazepines

Ubat benzodiazepine yang sering digunakan untuk rawatan keresahan ialah:-


Alprazolam (Xanax), Diazepam (Valium) and Lorazepam (Ativan).

Penggunaan benzodiazepine adalah lebih selamat berbanding barbiturat


memandangkan potensi penyalahgunaan, kesan sampingan dan masalah interaksi
benzodiazepine yang rendah. Kelebihan dos barbiturat adalah punca utama kematian.
Dos barbiturat yang berlebihan adalah punca utama kematian.

Jangkamasa tindakan

Benzodiazepine terbahagi kepada beberapa kumpulan bergantung kepada


jangkamasa tindakan.

Jangkamasa pendek
Bertindak kurang dari enam jam
Kesan ubat yang berpanjangan adalah sedikit sekiranya diambil sebelum tidur, tetapi
kesukaran tidur mungkin berulang dan menyebabkan keresahan di kala terjaga dari
tidur.
Berkesan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk tidur

Jangkamasa sederhana
Bertindak selama 6-10 jam
Kesan ubat yang berpanjangan adalah sedikit
Kesukaran tidur yang berulang jarang berlaku

Jangkamasa panjang (contohnya Lorazepam)


Kesan sedatif yang kuat dan berpanjangan
Pengumpulan ubat dalam badan boleh berlaku
Jangkamasa penyingkiran ubat berbeza di antara individu terutamanya warga emas
Lebih berkesan untuk membantu keresahan berbanding mengatasi masalah
kesukaran tidur.

Kesan sampingan

Mengantuk, koordinasi otot tidak seragam, kekeliruan, gayat, dan gangguan


pertimbangan adalah kesan sampingan yang biasa dialami.
Benzodiazepine mungkin mengganggu keupayaan untuk memandu dan
mengendalikan jentera. Kesan gangguan ini semakin buruk sekiranya diambil
bersama dengan minuman beralkohol memandangkan kedua-duanya bertindak pada
sistem saraf pusat.
Pengambilan benzodiazepin bersama alkohol boleh menyebabkan kematian.
Kesan ubat benzodiazepine jangkamasa panjang juga boleh berpanjangan sehingga
keesokan harinya.
Penggunaan benzodiazepine yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah
keresahan yang dialami lebih teruk samada orang itu mempunyai sejarah psikiatrik
atau tidak.

RUJUKAN

 Ainul Salhani bt. Abd Rahman, Rabi’ah bt. Mamat. Antipsikotik (20 April
2012) Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/en/antipsikotik/

 Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin,Rabi’ah bt. Mamat.


Antianxiety (20 April 2012). Retrieved from
http://www.myhealth.gov.my/en/antianxiety-drugs

 Dr. Nour Hanah bt. Othman, Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin. Ubat Anti-
Kemurungan (Antidrepresi). (12 April 2012). Retrieved from
http://www.myhealth.gov.my/ubat-anti-kemurungan-antidrepresi/

You might also like