You are on page 1of 5

TINGKAH laku bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan

seperti dilapor Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (KKMK).

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) turut merekodkan bunuh diri sebagai 10 penyebab kematian di
dunia.

Katanya, bunuh diri juga dua penyebab kematian dunia bagi mereka yang berusia 15 hingga
29 tahun, manakala di Malaysia, remaja berusia 13 hingga 17 tahun mempunyai keinginan
membunuh diri 10 peratus lebih tinggi berbanding, 7.9 peratus pada 2012.

“KKMK pada 2017 juga merekodkan perancangan untuk bunuh diri adalah 7.3 peratus lebih
tinggi berbanding 6.4 peratus pada 2012, manakala cubaan bunuh diri adalah 6.9 peratus.

“Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 ahli keluarga atau rakan akan mengalami
impak secara emosi, sosial dan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang bertemakan
‘Bersama Mencegah Bunuh Diri’, berharap semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan
bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk mencari penyelesaian bagi menangani isu
tingkah laku bunuh diri.

Katanya, memandangkan faktor menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri di luar
jangkauan kesihatan, sokongan semua pihak perlu untuk membantu mencegahnya terutama
apabila mangsa mempunyai krisis emosi, tanda kemurungan atau berniat untuk membunuh
diri.

“Langkah boleh diambil ialah mengambil serius mengenai masalah mereka, mengambil masa
untuk mendengar keluhan serta mengambil berat dan memberikan sokongan sosial.

“Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatkan rawatan pakar atau
hubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sedia ada.

“Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah


kesihatan mental di 60 hospital kerajaan, 1001 klinik kesihatan di peringkat kesihatan primer
dan 25 Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI),” katanya.

Individu yang mempunyai masalah kesihatan mental boleh juga mendapatkan bantuan
melalui talian bebas tol 24 jam 03-79568145 dikendalikan NGO The Befrienders.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 3:05 PM

Menurut Befrienders KL, sebuah NGO pencegahan bunuh diri, kecenderungan bunuh diri dalam kalangan belia
sedang meningkat. Terdapat pertambahan pemanggil yang mengaku terfikir untuk bunuh diri daripada 5,739 kes
(2015) ke 7,446 kes (2016). Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 juga melaporkan peningkatan
prevalens masalah mental dalam kalangan dewasa di Malaysia daripada 10.7% (1996) kepada 29.2% (2015)
serta 12.1% prevalens masalah mental dalam kalangan kanak-kanak berumur 5-15 tahun.

Rekod Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia melaporkan kadar kematian bunuh diri pada 2009 adalah 1.18 per
100,000 penduduk. Jumlah ini jauh lebih rendah daripada yang sebenar dan berbanding indeks global. Ini
disebabkan laporan punca kematian yang rendah dalam rekod hospital, mungkin kerana stigma dan undang-
undang di Malaysia. Gejala bunuh diri sememangnya masalah serius di Malaysia, terutamanya dalam kalangan
remaja dan belia. Kita harus berganding bahu menangani masalah ini.

5 langkah cegah bunuh diri

Apa yang anda boleh lakukan jika seseorang yang anda kenali berniat membunuh diri atau menunjukkan
kecenderungan bunuh diri? Berikut lima langkah yang anda boleh ambil.

 Tanya untuk pengesahan: Tanya mereka secara terus, “Anda rasa hendak bunuh diri?” Ini perlu agar
kita lebih jelas dengan niat mereka. Kemudian, dapatkan bantuan untuk mereka. Ini menunjukkan anda
ambil berat tentang mereka. Mereka mungkin menafikan niat bunuh diri, tetapi anda boleh terus
memerhatikan tanda-tanda lain.
 Pastikan mereka selamat: Satu cara mencegah bunuh diri adalah dengan mengehadkan akses mereka
kepada objek atau tempat berbahaya. Jangan biar mereka simpan objek tajam atau bahan beracun.
Jangan biarkan mereka ke tempat tinggi atau berdekatan air berseorangan. Tanya jika mereka
merancang untuk bunuh diri, lalu terus singkirkan alat atau kaedah bunuh diri berkenaan.
 Berada di sisi dan dengar: Sentiasa ada di sisi mereka dan tunjukkan yang anda sedia membantu.
Dengar kata-kata mereka dengan teliti untuk memahami perasaan mereka. Berbicara tentang perasaan
mereka dan memperakui keinginan bunuh diri mereka boleh mengawal kecenderungan bunuh diri.
 Dapatkan bantuan: Kebanyakan kes bunuh diri disebabkan kemurungan klinikal. Rujuk kes begini
kepada pakar kesihatan mental profesional. Kenalkan mereka dengan NGO seperti Befrienders,
penasihat spiritual atau individu lain yang dipercayai yang boleh membantu mereka. Simpan nombor
penting dalam telefon anda dan mereka agar mudah dihubungi apabila perlu.
 Sentiasa berhubung: Selepas sesuatu krisis atau rawatan, teruskan berhubung rapat dengan mereka.
Perhatikan kelakuan berulang yang menandakan keinginan bunuh diri. Hubungan rapat dengan mereka
yang berisiko bunuh diri boleh mencegah cubaan bunuh diri di masa depan.

Mengenal pasti individu cenderung bunuh diri


Langkah di atas boleh membantu, tetapi anda juga perlu tahu cara mengenali mereka. Ia mungkin lebih mudah
jika anda rapat dengan mereka, namun kadang-kala keluarga terdekat juga tidak sedar dengan masalah mereka.
Berikut ialah kelakuan yang sering ditunjukkan oleh seseorang yang cenderung bunuh diri.

 Bercakap tentang keinginan untuk mati atau membunuh diri


 Bercakap tentang rasa kosong, tiada harapan atau sebab untuk hidup
 Bercakap tentang rasa bersalah atau malu yang amat
 Bercakap tentang rasa terperangkap atau berasa seolah-olah tiada penyelesaian
 Bercakap tentang diri mereka yang membebankan orang lain
 Mengambil risiko besar yang boleh membawa maut seperti memandu dengan laju
 Menyingkirkan diri daripada keluarga dan rakan
 Memberikan barangan kepada orang lain atau menulis nota yang luarbiasa panjang
 Memuat naik mesej ‘selamat tinggal’ di media sosial

Individu berisiko

Terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk cuba membunuh diri, terutamanya dengan petanda di
atas. Apa pun, perbuatan bunuh diri tidak memilih dan boleh terjadi kepada sesiapa dari sebarang latar
belakang. Di bawah adalah beberapa faktor risiko untuk bunuh diri:

 Kemurungan klinikal, gangguan mental lain, atau penyalahgunaan dadah


 Kes gangguan mental, penyalahgunaan dadah, bunuh diri, atau penderaan dalam sejarah keluarga
 Terdedah dengan kes bunuh diri orang lain, seperti ahli keluarga, rakan, atau selebriti

Waktu remaja boleh menjadi tempoh sukar disebabkan tekanan rakan sebaya, perubahan hormon, tekanan
akibat harapan tidak realistik, dan pelbagai faktor lain. Ini boleh membawa kepada kemurungan dan keinginan
bunuh diri, lalu mendorong mereka untuk cuba membunuh diri. Panduan ini boleh membantu sebagai langkah
awal. Sentiasa berfikiran terbuka dan jangan cepat menghakimi mereka. Jika anda rasa seseorang memerlukan
sokongan emosi,

Mendengar' mampu cegah bunuh diri - pakar psikiatri


Tarikh kemaskini: 25/10/2019

ALOR SETAR, 25 Okt -- Menamatkan riwayat hidup atau bahasa ringkasnya membunuh diri, sering dikaitkan dengan individu yang menghadapi masalah
psikiatri, seperti kemurungan serius, antaranya akibat gagal menangani pelbagai krisis kehidupan.

Lebih mengecewakan apabila berlaku kes bunuh diri, kebanyakan orang di sekeliling 'pembunuh diri' itu memang menyedari bahawa individu berkenaan sedang
dilanda masalah dan tidak mencuba untuk 'mendengar' rintihan hati mereka.

Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu lepas diberitahu, sebanyak 356 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di seluruh negara dari 2014 hingga Jun 2019, dan
jumlah itu merupakan angka yang sangat mengejutkan, apatah lagi ia melibatkan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Kedah Medical Centre (KMC), Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata isu bunuh diri kini bukan lagi menjadi
kes terpencil, sebaliknya masyarakat perlu bercakap dengan lebih terbuka mengenai kesihatan mental dan bunuh diri.

"Didik diri sendiri dan orang lain mengenai punca bunuh diri, serta petanda awal gangguan, rasa simpati kepada mangsa dan belajarlah mendengar dengan lebih
baik... cukup dengan hanya mendengar, bukan berleter.

"Kebanyakan orang yang nak bunuh diri ini, mereka sebenarnya nak bercerita, tapi tidak ada yang mahu mendengar, jadi mereka pendam hingga akhirnya tak
mampu ditahan lagi, lalu mengambil tindakan bunuh diri," katanya di sini.

Dr Wan Mohd Rushidi berkata, kadang kala ada juga individu yang cuba membunuh diri, tapi sebenarnya mereka tidak berniat mahu mati, sebaliknya hanya
mahukan perhatian.

"Hari ini dia kelar sikit di perut, kemudian di tangan dan kelakuan ini berterusan beberapa kali. Jika anda terjumpa kes seperti ini tolonglah beri perhatian kerana
lama-lama tindakan ini memang akhirnya boleh menyebabkan kematian jika dia tersilap langkah," katanya.

Beliau berkata lebih membimbangkan trend membunuh diri kini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa, malah ada juga melibatkan kanak-kanak
yang masih di bangku sekolah rendah, yang kebanyakannya tertekan akibat pelajaran.
"Guru-guru kaunseling perlu memainkan peranan, kalau nampak pelajar ni lain macam, bertanya dan dengarlah masalah mereka, kerana tindakan mendengar ini
sebenarnya sangat berkesan dan jika nampak macam serius, terus rujuk pelajar bermasalah ini kepada pakar," katanya.

Dr Wan Mohd Rushidi berkata walaupun individu yang sah diagnosis mempunyai masalah psikiatri oleh pakar sudah selesai menjalani rawatan, ia tidak
menjamin bahawa mereka akan pulih sepenuhnya dalam tempoh singkat.

"Enam bulan pertama selepas selesai menjalani rawatan atau dibenarkan pulang ke rumah (jika dirawat di wad hospital), ia merupakan tempoh paling kritikal,
kerana pada masa inilah paling banyak kejadian bunuh diri berlaku.

"Keluarga dan rakan-rakan terdekat perlu memainkan peranan masing-masing, lebih peka dan jangan biarkan pesakit berasa mereka seperti keseorangan,
bantulah mereka untuk benar-benar bangkit dan bebas daripada keinginan untuk mati," katanya.

Beliau berkata, untuk membantu mereka yang bermasalah ini bercerita, ruang dan masa yang bersesuaian sangat penting, kerana mereka lebih cenderung
mendiamkan diri jika tidak selesa dengan persekitaran mereka.

“Pastikan ada ruang dan masa yang privasi ketika mahu mendengar masalah mereka, cuba bina suasana yang selamat, selesa dan tenang, biar mereka dan kita
sahaja yang berbicara tanpa melibatkan pihak orang lain,” katanya.

-- BERNAMA

TEMPO.CO, Jakarta - Sosiolog Emile Durkheim dalam bukunya Suicide mendefinisikan


bunuh diri sebagai kematian yang secara langsung atau tidak langsung merupakan hasil dari
tindakan positif atau negatif dari korban. Menurut Durkheim, ada empat tipe bunuh diri yang
didasarkan pada dua kekuatan sosial, yakni integrasi sosial berupa kemampuan individu
untuk terikat pada tatanan masyarakat dan regulasi moral berupa aturan-aturan atau norma-
norma yang mengatur kehidupan individu.

Ia melihat tipe pertama adalah bunuh diri egoistik akibat terlalu sedikitnya integrasi sosial
yang berhasil dilakukan sang individu dengan kelompok-kelompok social, seperti bergaul
dan berinteraksi. Tipe kedua disebut dengan bunuh diri altruistik akibat dari integrasi sosial
yang terlalu kuat sehingga individu mengorbankan dirinya untuk kepentingan-kepentingan
kelompoknya. Dalam hal ini aksi kamikaze para pilot Jepang yang menabrakan pesawat
tempur yang dikendarainya ke sejumlah kapal induk sekutu merupakan bentuk nyata bunuh
diri altruistik.

Tipe ketiga adalah bunuh diri anomik yang dilakukan ketika tatanan, hukum-hukum, serta
berbagai aturan moralitas sosial mengalami kekosongan. Terakhir bunuh diri fatalistik yang
terjadi ketika nilai dan norma yang berlaku di masyarakat meningkat, sehingga menyebabkan
individu ataupun kelompok tertekan oleh nilai dan norma tersebut.

Psikolog yang juga akademisi Fakultas Kedokteran Universitas Udayana Bali, Tience Debora
Valentina, M.A., mengemukakan perempuan tiga kali lebih rentan melakukan percobaan
bunuh diri dari laki-laki.
"Secara umum, baik laki-laki maupun perempuan sama-sama punya kecenderungan
berperilaku bunuh diri, hanya saja riset menunjukkan perempuan tiga kali lebih banyak
melakukan percobaan bunuh diri dan laki-laki yang meninggal karena bunuh diri empat kali
lebih banyak dibandingkan perempuan," katanya.

Menurutnya, laki-laki lebih cenderung melakukan tindakan bunuh diri fatal yang
berakibat pada kematian. Terkait dengan alasan mengapa seseorang mengakhiri
hidup dengan cara bunuh diri, ia menilai tidak ada faktor tunggal yang dapat
dirujuk karena ada banyak penyebab yang kemudian berakumulasi, yang
akhirnya membuat orang merasa tidak berdaya atau tidak punya tujuan hidup.

Ia memberi contoh seseorang yang merasa tidak mampu menyelesaikan tugas


dari guru atau dosen, atau seorang suami pengangguran dan merasa tidak mampu
menafkahi keluarga atau situasi lain yang membuat merasa tidak berdaya.

"Jadi, sebenarnya bukan situasinya yang menyebabkan bunuh diri namun respon
psikologis, yaitu apa yang dirasakan atau dipikirkan terhadap situasi yang
dihadapinya, yaitu ketidakberdayaan atau meaningless," kata mahasiswa Program
Doktor Ilmu Psikologi Universitas Gadjah Mada itu.

Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?


Minta bantuan segera:

 Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai

 Hubungi talian bantuan


o Seperti: BEFRIENDERS

 Dapatkan nasihat keagamaan

 Jumpa doktor

2. Kaunselor dan Pakar Psikatrik


Kalau nak lebih dari sekadar pendengar setia, korang boleh jumpa kaunselor kat tempat kerja, hospital kerajaan, sekolah dan universiti
masing-masing. Mereka sememangnya profesional terlatih dan bertauliah yang boleh bagi analisis perubatan yang lebih baik, kalau tu
yang korang nak dengar.

Berdasarkan kepada statistik Befrienders, remaja berumur lingkungan 21 hingga 29 tahun


mencatat peratus tertinggi untuk membunuh diri iaitu sebanyak 19.7 peratus.

Statistik juga menunjukkan masalah keluarga dan hubungan dengan rakan menyumbang
kepada faktor bunuh diri iaitu masing-masing sebanyak 13.9 peratus dan 16.3 peratus.

You might also like