You are on page 1of 5

TUGASAN 2 : PENULISAN TEKS

NAMA AHLI : AMIR ASHRAF BIN ABU BAKAR

: SARAH ADNI BINTI AHMAD FAHMY

: ZARITH NABILAH BINTI MOHAMAD KAMARULZAMAN

TAJUK : SAYANGI NYAWA HIDUPKAN HARAPAN

TUJUAN : MEMBERITAHU

JENIS PENGUCAPAN : CERAMAH

SUMBER : LAMAN SESAWANG KETUA PENGARAH KESIHATAN


MALAYSIA (https://kpkesihatan.com)

Yang Berusaha Dr. Chong Chee Kheong,

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia merangkap


Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar.

Yang Berusaha Dr. Toh Chin Lee,

Penasihat Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

Yang Berbahagia Dato’-Dato, Datin-Datin,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt, Selamat Pagi dan Salam Sihat 1Malaysia,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua para peserta ke
Seminar “Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan” sempena bulan Pencegahan Bunuh Diri

1
Sedunia 2020. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana sudi menjemput saya untuk hadir di upacara perasmian seminar ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Menurut Laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, “Preventing Suicide, A


Global Imperative”, dianggarkan lebih daripada 800,000 orang di seluruh dunia membunuh
diri setiap tahun iaitu lebih kurang satu kematian akibat bunuh diri dalam setiap 40 saat.
Bagi setiap kejadian bunuh diri, dianggarkan terdapat lebih daripada 20 kes cubaan bunuh
diri. Ini juga turut menyumbang kepada kecederaan fizikal serta emosi kepada individu yang
terlibat dan juga ahli kelurga. Di peringkat global juga, kejadian bunuh diri berada di antara
10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-2 kematian bagi mereka yang
berumur 15-29 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga melaporkan kadar bunuh diri di
kalangan lelaki adalah 15.0 bagi tiap 100,000 penduduk dan di kalangan wanita adalah 8.0
tiap 100,000 penduduk.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Negara kita, Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum
dan agama serta mempunyai pelbagai budaya. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian
kesemuanya tidak membenarkan sama sekali perbuatan bunuh diri di kalangan
penganutnya. Sungguhpun demikian, di Malaysia, kejadian bunuh diri masih berlaku dan
dianggarkan 1 – 2 kejadian bunuh diri setiap hari. Berdasarkan laporan daripada National
Suicide Registry Malaysia 2008-2010 sejumlah 1100 kes bunuh diri dilaporkan dengan
kadar 1.3 tiap 100,000 penduduk. Walau bagaimanapun, ini hanyalah berdasarkan kepada
kes bedah siasat (post mortem) dan statistik sebenar berkemungkinan lebih tinggi.

Tingkah laku bunuh diri meliputi spektrum idea bunuh diri, rancangan bunuh diri,
cubaan bunuh diri dan dan aksi bunuh diri. Tingkah laku bunuh diri boleh berlaku akibat
daripada berbagai faktor kompleks yang saling berkait. Antaranya termasuklah gangguan
mental terutama kemurungan; penyalahgunaan dadah dan substans; tragedi kehidupan
seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan, penceraian);
kemiskinan; penyakit fizikal; serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga. Antara
cara-cara bunuh diri yang dikenalpasti sering berlaku adalah menggantung diri, terjun

2
daripada bangunan tinggi dan meminum racun rumpai atau racun makhluk perosak
(pesticide poisoning). Walau bagaimanapun, keracunan dengan karbon monoksida makin
menjadi popular.

Para hadirin yang dihormati,

International Association For Suicide Prevention (IASP) dengan kerjasama


Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melancarkan Hari Cegah Bunuh Diri Sedunia pada 10
September setiap tahun semenjak 2003. Tema Cegah Bunuh Diri pada tahun ini adalah
“Reaching Out and Saving Lives”. Mesej yang ingin disampaikan adalah bahawa kita perlu
menghargai nyawa kita, nyawa ahli keluarga kita, nyawa sahabat handai kita dan nyawa ahli
masyarakat di mana sahaja mereka berada. Tema ini menggalakkan kita memainkan
peranan menghulurkan bantuan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri. Kita perlu hulurkan
bantuan dan membantu mereka yang kita sayangi mengharungi cabaran-cabaran hidup
agar mereka boleh hidup dalam kegembiraan dan harapan.

Walaupun sokongan daripada ahli keluarga dan rakan–rakan amat penting kepada
individu yang mepunyai risiko tingkah laku bunuh diri dan bagi mereka yang kehilangan ahli
keluarga akibat bunuh diri, ia mungkin tidak mencukupi. Kebiasaannya bantuan formal juga
diperlukan. Bagi membantu individu-individu yang mempunyai masalah kemurungan dan
niat untuk membunuh diri (suicidal ideation), Kementerian Kesihatan menyediakan 45 buah
hospital kerajaan di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan
mental dengan sejumlah 224 pakar psikiatri dan 12 pegawai psikologi (klinikal).

Berdasarkan kepada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kementerian Kesihatan


telah mengambil beberapa inisiatif termasuklah membentuk Pelan Tindakan Strategik
Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan 2012-2016 yang telah dilancarkan oleh YB Menteri
Kesihatan pada 5 Jun 2012. Pelan Tindakan ini menggariskan beberapa strategi dalam
mencegah tingkah laku bunuh diri antaranya:

 Promosi kesihatan mental : meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang cegah


bunuh diri
 Latihan kepada ‘frontliners’ tentang mengenalpasti risiko dan pengendalian
tingkahlaku bunuh diri
 Kerjasama dengan agensi kerjaan dan bukan kerajaan dalam mempromosikan
kesihatan mental

3
 Menggalakkan pelaporan media yang bertanggungjawab dalam isu-isu cegah bunuh
diri (promote reponsible media reporting)

Atas dasar ini juga, Kementerian telah pun membangunkan dokumen berkaitan iaitu
Training Module on Suicide Prevention dan Guidelines for Media on Suicide Prevention
untuk tujuan tersebut. Strategi-strategi ini amat memerlukan sokongan dan komitmen
daripada pentadbir dan kumpulan pelaksana iaitu Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah
Hospital, Ketua Program di peringkat negeri, Ketua Jabatan dan pemberi khidmat kesihatan
sama ada di hospital atau peringkat primer.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Tingkah laku bunuh diri adalah masalah kesihatan awam dan boleh dicegah. Tugas
cegah bunuh diri bukan sahaja terletak di bahu satu agensi atau satu pihak sahaja, malah
pada semua pihak termasuk ahli keluarga, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
ketua-ketua masyarakat, pertubuhan-pertubuhan agama dan sebagainya. Pertubuhan
bukan kerajaan seperti The Befrienders telah sekian lama melaksanakan aktiviti-aktiviti
cegah bunuh diri di peringkat komuniti yang meningkatkan kesedaran awam dan
mewujudkan talian hayat dan keinginan untuk bunuh diri dan sering bekerjasama dengan
pihak Kementerian dalam pelaksanaan aktiviti. Saya amat berharap aktiviti seperti ini dapat
diteruskan dan diperluaskan lagi.

Saya difahamkan seminar pada pagi ini tidak hanya melibatkan anggota daripada
Kementerian Kesihatan tetapi turut dihadiri oleh peserta daripada agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan yang lain yang kebanyakannya terdiri daripada ‘frontliners’ di agensi
masing-masing. Adalah menjadi harapan saya para peserta dapat memanafaatkan ilmu
yang diperolehi daripada seminar ini. Saya juga berharap agar pihak media dapat
memainkan peranan yang lebih penting apabila melaporkan berita yang melibatkan tingkah
laku bunuh diri di kalangan masyarakat, dengan tidak mensensasikan berita tetapi lebih
memberi maklumat tepat tentang kesihatan mental, faktor pelinding dan risiko bunuh diri,
serta apa yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk membantu.

Sebelum saya akhiri, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Penganjur yang telah berjaya menganjurkan Seminar ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat dalam menjayakan
seminar ini. Saya ingin memaklumkan para hadirin bahawa Hari Kesihatan Mental Sedunia
jatuh pada 10 Oktober setiap tahun dan pada tahun ini temanya adalah “Prihatin dan Bantu:

4
Martabatkan Kesihatan Mental”. Marilah kita bersama-sama memainkan peranan kita, Ambil
kisah, Hulurkan bantuan, promosikan kesihatan mental dan cegah bunuh diri.

Maka, dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirahim’, saya dengan ini merasmikan Seminar


“Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan”.

Sekian, terima kasih.

You might also like