You are on page 1of 2

Nama pelajar :

Tajuk Akhbar: Segera bertindak atasi tekanan, depresi


Tarikh: Januari 24, 2021 @ 6:00 petang
Sudutan : Rencana

Tekanan atau depresi sebenarnya penyakit mental biasa dihidapi dalam kalangan masyarakat kini.
Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 264 juta manusia daripada semua kategori
umur menghidap penyakit depresi yang majoritinya wanita.

Depresi juga penyebab utama kecacatan di seluruh dunia dan penyumbang utama punca penyakit
global. Sungguhpun penyakit ini tidak lagi ganjil dalam kalangan masyarakat, ia bukan boleh dipandang
remeh dan dijadikan norma.Tindakan dan rawatan perlu diambil supaya kejadian tidak diingini seperti
bunuh diri atau kecederaan fizikal dapat dicegah.

Persoalannya bagaimana? Bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara efektif, kita haruslah bermula
daripada akarnya. Terdapat pelbagai punca tekanan daripada pelbagai aspek seperti sosial dan
ekonomi.Interaksi sesama manusia sesuatu perkara pasti berlaku dalam kehidupan seseorang.
Bermula kelahiran, alam kanak-kanak, pembelajaran dan pekerjaan, kesemuanya memerlukan
interaksi manusia wujud daripada pelbagai personaliti dan latar belakang.

Perbezaan aspek itu boleh menjadi punca perselisihan faham dan pergaduhan, hingga boleh
membawa kepada depresi. Kadang-kala, insan dianggap paling rapat juga boleh menjadi punca
depresi.Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu mengongkong anak, pasangan cemburu buta atau
rakan-rakan tidak senang melihat kejayaan kita. Namun, ramai manusia takut untuk meninggalkan
orang yang akrab walaupun hakikatnya mereka tidak bahagia bersama individu terbabit.

Sifat ini boleh menjejaskan kesihatan mental kita dan menjadi punca kepada depresi jika tidak
diubah.Penyelesaian perlulah dilakukan secara matang dan profesional agar keadaan tidak semakin
keruh. Perbincangan dan sesi 'hati ke hati' ialah penyelesaian terbaik dan wajar.Jika perbincangan
tidak berhasil, kita boleh mengambil langkah seterusnya, iaitu menjauhkan diri daripada mereka.
Kadang-kala, kita perlu sedar kebahagiaan diri kita adalah paling penting dalam hidup kita.

Pada zaman kini, kos sara hidup semakin meningkat. Namun, persaingan pekerjaan semakin sengit
dan kadar pengangguran meningkat terutama pada tempoh pandemik COVID-19.Banyak syarikat
perniagaan dan perkhidmatan terutama pelancongan terjejas. Keadaan ini antara punca tekanan dan
depresi dalam masyarakat seperti lepasan universiti dan ketua keluarga.Kegagalan untuk menyara
hidup diri dan keluarga boleh mengakibatkan hilangnya keyakinan diri dan merasakan diri sendiri tidak
berguna serta boleh membawa kepada kejadian bunuh diri.

Peranan semua pihak Selain itu, kes perceraian dan penderaan fizikal juga semakin meningkat sejak
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Ramai maklum rawatan psikologi boleh membantu
untuk memulihkan penyakit mereka. Namun, tidak ramai mampu menanggung kos untuk
mendapatkan rawatan lebih-lebih lagi dalam situasi genting ini.Tindakan perlulah dilaksanakan kerana
keselamatan dan nyawa manusia sangatlah berharga.

Dalam kes ini, tindakan perlu diambil kerajaan dan ahli keluarga terdekat. Sokongan dan dorongan
ahli keluarga amatlah penting bagi mengelakkan tekanan perasaan dan dapat memberi kekuatan
kepada ahli keluarga lain untuk meneruskan usaha mereka bagi menangani kekangan ekonomi dalam
situasi pandemik ini.Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil langkah aktif dan menggembeling
tenaga dalam membantu pihak terjejas akibat pandemik ini.

Bantuan kewangan dan keperluan harian sememangnya amat diperlukan. Rawatan juga diperlukan
untuk penghidap penyakit mental. Kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan peruntukan
bagi rawatan untuk pesakit mental kerana ia memainkan peranan penting bagi menangani masalah
ini.Perkhidmatan psikososial perlu dijalankan secara meluas bagi mengesan mereka yang berisiko dari
peringkat awal dan dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
RUMUSAN

Tema: Tekanan / depresi


Fokus 1 : Punca tekanan
Fokus 2 : Cara mengatasi/penyelesaian oleh semua pihak

Total isi : 10 isi

Fokus 1: Punca tekanan

1)
2)
3)
4)
5)

Fokus 2 : Cara mengatasi/penyelesaian oleh semua pihak

1)
2)
3)
4)
5)

You might also like