You are on page 1of 1

KEMURUNGAN DI USIA REMAJA

Kemurungan ialah lebih daripada setakat berasa susah hati atau sedih – ia
merupakan keadaan serius yang menjadikan pengendalian kehidupan menjadi
teramat sukar. Bagi remaja, masalah sering dirasakan sebagai terlalu
membebankan dan kesakitan yang berkaitan diperbesarkan dan tidak dapat
tertahan sehingga menjurus kepada pemikiran negatif yang boleh merosakkan
diri.

Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam remaja lazimnya adalah yang


berkaitan dengan isu-isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah,
orientasi seksual dan juga pernah menjadi mangsa penganiayaan fizikal atau
seksual.

Kemurungan remaja boleh dicegah dengan menggalakkan kesihatan fizikal


yang baik melalui amalan diet sihat, mendapat senaman yang mencukupi dan
mempunyai interaksi sosial yang wajar. Para remaja mesti digalakkan untuk
meluahkan perasaan mereka kepada guru, ibu bapa dan pemimpin masyarakat.
Jika bantuan diperlukan, akses kepada kaunselor, pakar psikologi dan pakar
psikiatri juga mesti digalakkan walaupun terdapat stigma yang dikaitkan
dengannya. Ibu bapa juga harus lebih berhati-hati untuk mencegah anak
remaja mereka daripada salah guna alkohol dan dadah.

Teknik pengasuhan dan komunikasi yang berkesan boleh membantu


mengurangkan stres bagi remaja. Ibu bapa harus menggantikan hukuman
yang memalukan anak dengan pengukuhan positif (positive reinforcement)
kerana hukuman yang memalukan boleh membuat remaja rasa tidak berharga
dan serba kekurangan.

You might also like