You are on page 1of 38

Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau
lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah
memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat
diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai
kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak
stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.

Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor


intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara
ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh
seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.
Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan
seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia
persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini
menyebabkan stress kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid


Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan
emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi
dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,
pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah


yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada
masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid
untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan
oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul
Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud
kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada
fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal
yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung
akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami
tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang
besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin
bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang.
Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan,
kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung,


kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan
keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi
seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid
tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan
tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung,
sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan
akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak
stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku,
murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain.
Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala
ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara
satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak
akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat
dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,
ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit


berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun
begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan
daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan
merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea
yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan
berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan
sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu
mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri
hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak
menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang
perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid


Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang
dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life No one can
liveWithout experiencing some degree of stress at all. Tekanan boleh membawa
kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang
untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat
penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997).

Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya
mungkin mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan
cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara
sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya
dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan
lapar,
Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar
mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan
Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah
(Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku
delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan
Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan
bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif
kepada pelajar yang mengalaminya.

Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu


remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang
mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat
tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan
pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak

cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap
kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia
akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .
Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di
tangga. Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak
gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri
tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya
mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan


yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti
mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala
pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk
mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat
keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu atau sebahagian
daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut
berkernungkinan mengalami tekanan.

Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa


mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang
dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar
yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan
simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan
negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid


Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah
mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu
perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan
emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah
yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti
berikut:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,
mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan
murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya
atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi
di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan
menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid
menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan
pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid
untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan
berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid
untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai


Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah
kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua
hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh
menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.
Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian.
Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan
tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.
Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang
mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru
seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi
masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam
aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong
murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah
dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan
emosi.

4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan


program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam
pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang
mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik,
membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal
tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

5. Murid bersifat self-efficacy


Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang
boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan,
memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan
bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk
memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang
paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang
mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan
kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan
ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa
juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka.

Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga
cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.
Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak
yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar
tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku
yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang
merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah
laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku
yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut
wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu
tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu
mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu
diberi bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada

murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkahlangkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan
emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan
dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Sekian.

ARKIB : 22/09/2011
Gangguan emosi perlu ditangani
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.
KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam
kalangan murid sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah
emosi atau gangguan terhadap kesihatan mental individu terbabit.
Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak
berkaitan untuk meningkatkan usaha mempromosi kesihatan mental yang baik
kepada rakyat termasuk murid-murid dan warga sekolah.
Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang
prihatin bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang
menunjukkan kecenderungan membunuh diri atau pun yang mengalami
kemurungan.
Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat
ditangani adalah serius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti
kemurungan atau depression dan cubaan bunuh diri dapat dielakkan.
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah
kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan
ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996.
Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari
2011, Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang
dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis
Program Minda Sihat Menangani Stres dilaksanakan di enam buah sekolah
menengah di seluruh Malaysia.
Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status
kesihatan mental murid-murid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan
kemurungan. Mereka yang dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi
intervensi sewajarnya termasuk kaunseling dan kemahiran daya tindak kesihatan
mental (mental health coping skills).

Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah


termasuk mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti
sekolah melalui ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti
kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab sekolah.
Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran
untuk membimbing dan membantu pelajar untuk menguruskan stres.
Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan
telah menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak
menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.
Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut,
namun anak-anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal
memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka.
Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau
kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada
menjadikannya suatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan
mudah untuk keluar dari masalah tersebut.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz4GH3
oltM4
Utusan Melayu (M) Bhd
1.4 Langkah Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.

Program program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah


laku. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan
emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran
sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan
konsep kendiri.

Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan


daripada kaunseling.

Murid perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri
yang lebih positif

Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid
dari masa ke semasa.

Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid.


Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan
diberikan kepada tingkah laku negatif.

Murid mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan


kecerdasan emosi dengan lebih berkesan.

Guru mahir dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas
dengan peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru.

Murid perlu diberi peluang mengenai kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya
diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut
.3 Punca gangguan emosi

Mengiku Terri Mauro (2004), banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi
dalam kalangan kanak kanak. Namun begitu, antara faktor faktor yang ketara
ialah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.

Perbalahan keluarga mampu menyumbang murid mengalami masalah emosi kritikal

Berikut dinyatakan sebab dan akibat berlakunya masalah emosi murid

mosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam
kehidupan manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting
dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul
beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada
diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering
kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika berlarutan, gangguan

emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan
gangguan mental. Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis,
emotion, dan mouvoir yang bermaksud kegembiraan. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira,
takut dan lain-lain. Bruno (1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan
yang mampu mengganggu kitaran bendalir di dalam badan. Oleh itu, Beliau melihat
emosi daripada prespektif ini kerana apabila seseorang itu mengalami emosi,
hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai
perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya. Kadang- kala kesihatan individu
yang mengalami gangguan emosi juga semakin terjejas. Gangguan emosi pula
boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
perwatakan oleh murid-murid. Didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
gangguan emosi dieertikan sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan
tertentu. Sebagai seorang guru, tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah
dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan
bersedia untuk belajar. Pendidikan pada masa kini bukan sahaja mementingkan
pencapaian di dalam ujian dan peperiksaan, malah setiap aspek perlu diberi
perhatian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyeru para
pendidik untuk memperkembangkan potensi individu iaitu murid-murid secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi
intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Jenis Jenis Gangguan Emosi

Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu:

i.
ii.
iii.

gangguan emosi ringan


gangguan emosi sederhana
gangguan emosi berat.

Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan di mana gangguan tersebut boleh
ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya terlalu sedih sehingga
mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi, mampu
memberikan kesan negatif kepada pencapaian akademiknya. Hal ini mampu
menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaannya belajar.

Gangguan Emosi Ringan


Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar.
Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut.
Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini
kian terserlah kerana kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai
dengan tahap tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu
untuk mengatasinya dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka
secara mendalam. Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan
bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di
mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi
mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.

Gangguan Emosi Sederhana


Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan
gangguan emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak
badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih
dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang
normal bagi kanak-kanak lain.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah
lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan
mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis.
Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah
ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu
menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh
gurunya.

Gangguan Emosi Berat

Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat
dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan
emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku
sehariannya. Gngguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu mengundang
bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk mencederakan
rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak dapat mengawal
emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti menjerit-jerit dan

mengehntak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga mendatangkan


kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada
rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama
lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari
awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa
kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.

PENGENALAN

Gangguan emosi adalah satu masalah yang sering berlaku kepada para murid
disekolah. Masalah ini boleh menyebabkan prestasi murid terjejas dalam
pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Gangguan emosi ditakrifkan sebagai
satu situasi yang memperlihatkan satu atau lebih karakrestik oleh murid-murid.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah mentakrifkannya sebagai adalah akibat
konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada
melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Selain itu, merupakan kelakuan
mempamerkan ciri suka menyendiri daan memilih emosi yang tidak stabil.

1.1 PENGERTIAN
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (2007), emosi juga bermaksud perasaan jiwa
yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku
disebabkan beberapa perkara iaitu :
Sukar berhubung dengan orang lain.
Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
Memiliki dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
Gangguan emosi mempamerkan perasaan takut dan cemas (Achmanto
Mendatu, 2007). Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan
dalam bentuk kecemasan seperti takut kepada ketinggian (acrophobia), takut
kepada tempat terbuka (agoraphia), takut kepada cahaya kilat (hydrophobia), takut
makan (sitophobia), takut kepada orang asing (xenophobia), takut kepada
kegelapan (nytophobia) dan takut kepada kotor (mysophobia) .Kebiasaannya orang
yang fobia akan mengalami satu keadaan dimana dirinya akan berada di situasi
yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengaan kecemasan.

Murid yang mengalami gangguan emosi perlu dibantu

Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi. Muridmurid yang menghadapi masalah ini ada kalanya didapati mempunyai sifat kerap
mengamuk, liar , tidak berinteraksi secara formal, menyendiri dan tidak mengikut
tahap mereka.

JENIS-JENIS GANGGUAN EMOSI MURID

Hasil kajian mempamerkan bahawa emosi adalah salah satu tunjang yang penting
dalam kehidupan setiap individu. Gangguan emosi boleh menyebabkan pelbagai
perkara timbul dan memberikan kesan-kesan yang negatif khususnya kepada diri
sendiri dan tidak mempunyai kekuatan atau semangat dala melakukan apa jua
perkara. Seandainya situasi ini tidak dicegah ia akan menjadi serius dan boleh
menimbulkan punca tekanan emosi murid.
Gangguan emosi dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu seperti berikut :
1.

Gangguan emosi ringan.

2.

Gangguan emosi sederhana.

3.

Gangguan emosi berat.

Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan dimana gangguan tersebut boleh
ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya, terlalu sedih sehingga
mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi mampu
memberikan kesan negatif terutamanya kepada pencapaian akademiknya. Hal ini,
ternyata turut menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaan
belajar.
ENIS-JENIS GANGGUAN EMOSI MURID

Hasil kajian mempamerkan bahawa emosi adalah salah satu tunjang yang penting
dalam kehidupan setiap individu. Gangguan emosi boleh menyebabkan pelbagai
perkara timbul dan memberikan kesan-kesan yang negatif khususnya kepada diri
sendiri dan tidak mempunyai kekuatan atau semangat dala melakukan apa jua
perkara. Seandainya situasi ini tidak dicegah ia akan menjadi serius dan boleh
menimbulkan punca tekanan emosi murid.
Gangguan emosi dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu seperti berikut :
1.

Gangguan emosi ringan.

2.

Gangguan emosi sederhana.

3.

Gangguan emosi berat.

Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan dimana gangguan tersebut boleh
ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya, terlalu sedih sehingga
mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi mampu
memberikan kesan negatif terutamanya kepada pencapaian akademiknya. Hal ini,
ternyata turut menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaan
belajar.

EMOSI RINGAN

EMOSI SEDARHANA

EMOSI BERAT

PUNCA GANGGUAN EMOSI MURID

Mengikut Terri Manro (2004), banyak perkara yang berkait dengan gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, antara faktor-faktor yang ketara
ialah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan, dan masalah keluarga. Ini berlaku
di persekitaran sekolah, peristiwa dan keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan
sebaya, tindakan guru dan lain-lain. Selain itu, gangguan emosi juga berpunca
daripada persekitaran sekolah tidak kondusif contohnya masalah kesesakan dalam
kelas. Situasi ini mewujudkan murid cenderung melakukan kesalahan disiplin. Ini
selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling
& Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
(UPM), Prof Madya Dr.Rusnani Abd Kadir kecenderungan murid ke arah perlakuan
negatif berlaku kerana pengaruh unsur rangsangan di sekeliling mereka.

Ada menyatakan beberapa perkara orang mengalami gangguan emosi berpunca


daripada :

I.
Individu mengalami emosi seperti kekecawaan dan kemarahan yang
terlalu kuat.
II. Individu mengalami emosi terlalu lemah. Mereka tidak mampu menunjukkan
rasa sayang dan kepercayaan dari rakan.

Tekanan emosi atau gangguan boleh dilahirkan melalui dua situasi iaitu positif dan
negatif seterusnya inilah punca penyebab berlakunya tekanan emosi dikalangan
murid :

a. Pengaruh rakan sebaya


b.

Tindakan guru

c.

Persekitaran

d.

Peristiwa dan keluarga

e.

Sosial

f.

Keinginan melebihi kemampuan

g.

Ibu bapa

h.

Intrapersonal

3.1 Rakan Sebaya.

Rakan adalah insan yang paling rapat bagi seorang individu di sekolah mahupun
di rumah. Rakan merupakan faktor yang sangat berpengaruh di dalam kehidupan
seseorang contoh dari segi pergaulan, percakapan dan sikap. Bila bergaduh terasa
dirinya sunyi kerana rakannya tidak mahu berkawan, bermain dan bersama
dengannya. Seseorang yang mengalami masalah ini mudah murung dan sedih
apabila dipulaukan.

RAKAN SEBAYA

3.2 Tindakan guru.


Guru orang yang berpengaruh dalam perkembangan seorang kanak-kanak.
Sikap seorang guru akan menyebabkan pelbagai bentuk dan perubahan emosi
murid. Guru garang, tidak bersikap adil, tidak ambil berat akan menimbulkan murid
yang bermasalah tingkah laku kerana murid lebih bebas untuk berkelakuan tidak
sopan sama ada dengan rakan mahupun guru mereka sendiri.

SIKAP GURU HARUS ADIL DAN PENYAYANG


3.3

Persekitaran.

Gangguan emosi dalam kalangan murid yang berpunca daripada persekitaran


yang tidak kondusif contoh masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh
mendatangkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Keadaan
sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas. Ini boleh menyebabkan
situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dalam pembelajaran yang diberikan.

KEADAAN KELAS MESTILAH KONDUSIF

3.4 Peristiwa dan keluarga.


Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh
minat terhadap anak-anak, bercerai dan berpisah akan membawa punca gangguan
emosi kanak-kanak dan penyesuaian yang tidak stabil. Pengaruh keluarga faktor
utama penyebab punca keadaan tekanan emosi kanak-kanak atau murid.

FAKTOR KELUARGA KURANG MESRA

3.5 Sosial.
Persekitaran sosial seperti pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan
menyebabkan mereka mudah terjebak dalam gejala sosial. Mereka yang terlibat
akan mengalami tekanan dan tiada harapan untuk belajar contohnya pelajar
perempuan yang telah mengandung akan berasa tertekan kerana malu dan takut
kepada masyarakat sekeliling.

PERGAULAN BEBAS

3.6

Keinginan melebihi kemampuan.

Keinginan yang melebihi kemampuan akan juga punca tekanan emosi dalam
kalangan murid. Setiap murid inginkan yang terlalu tinggi mereka juga tidak bijak
menguruskan keperluan dengan betul. Ini menyebabkan berlakunya stress dan
tekanan emosi.

TEKANAN HIDUP

Langkah setiap detik gangguan boleh menimbulkan pelbagai reaksi dan pada yang
berpanjangan sehingga menganggu saat-saat penting dalam perkembangan kanakkanak atau murid. Jika pembentukan sahsiah terganggu dari awal lagi, maka
masalah mental dan sosial akan timbul dan khususnya saat melangkah ke alam
dewasa. Pada dasarnya, situasi ini amat penting. Pakar Psikiatri Kanak-kanak perlu
perhatian dan memastikan peranan orang lain atau ahli keluarga tidak boleh
membantu pencegahan penderaan emosi atau melindungi kanak-kanak daripada
peristiwa ynag traumatik. Tetapi boleh membantu secara pendidikan sekurangnya
memberi perlindungan dan atasi penderaan emosi.

Pihak perundangan akan memainkan peranan utama dengan


bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kanak-kanak penderaan. Mengikut kajian
kekerapan tekanan emosi ternyata kemerungan teruk dan sederhana adalah 2
hingga 4% manakala 10% kalangan remaja dan 15 hingga 20% orang dewasa.
Disamping itu, pakar mendapati 10.5% daripada kalangan pelajar sekolah rendah
mengalami tekanan emosi dan kemerungan.Faktor ini tidak boleh dibiarkan
berlarutan. Ia harus diberi perhatian segera. Setiap perbezaan kanak-kanak
mungkin akan mempamerkan emosi yang berbeza ketika mengalami tekanan
walaupun begitu sebahagian kanak-kanak jarang menerima tekanan emosi malah
sebaliknya memendam perasaan dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara
memberontak. Berikut ciri-ciri yang didapati dikalangan murid di sekolah tentang
tekanan emosi iaitu :

INDIVIDU GEMBIRA

DAPAT PERHATIAN GURU

BRAINSTORMING

BIMBINGAN KAUNSELING

HUKUMAN YANG ADIL

KESIMPULAN

Tekanan merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu berpotensi


untuk menghadapi rintangan dan tekanan. Kebanyakan orang akan berasa tertekan
pada masa tertentu. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan
yang buruk kepada seseorang individu. Walaubagaimanapun, tekanan boleh diatasi
menerusi pengurusan yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental,

emosi, rohani fizikal, motivasi, nilai sahsiah dan semangat seseorang individu
sebagaimana aliran yang dikehendaki oleh agama dan Negara. Oleh demikian,
yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah menhadapi
segala ujian.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


1.0

PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam usaha


membangunkan negara serta minda rakyat kelas pertama. Pendidikan yang
berkualiti menjadi tunjang kepada negara bagi melahirkan generasi yang mampu
bersaing dalam era globalisasi kini. Tambahan lagi dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK10), pendidikan telah digariskan sebagai salah satu daripada Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menjadi landasan dan titik permulaan
dalam usaha menambah baik prestasi pelajar. Oleh hal demikian, RMK10
menetapkan umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6
tahun ke atas kepada 5 tahun ke atas. Hal ini bagi membolehkan murid
memperoleh pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal (Rancangan
Malaysia Kesepuluh, 2010).

Namun bagitu, dunia pendidikan bukanlah suatu bidang yang mudah untuk
dikemudikan. Dunia pendidikan tidak lari daripada menghadapi pelbagai isu dan
cabaran sama ada secara nasional mahu pun global. Setiap isu yang mendatangi
dunia pendidikan pasti akan mencuri tumpuan segenap lapisan masyarakat.
Lantaran itu, individu yang paling terkesan dalam isu-isu yang timbul pastinya insan
yang bergelar guru. Saban hari, saban tahun, guru tidak pernah lekang daripada
menghadapi isu-isu yang timbul sama ada isu pendidikan yang dipolitikkan,
bebanan kerja guru serta bebanan tingkah laku murid, semuanya ditangani satu per
satu tanpa membelakangkan etika keprofesionalan keguruannya.

Tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan
emosi yang kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan
biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam
aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal (Abbas & Lida, 2013).
Dalam satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan
mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat
sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu, 2011). Ternyata dapatan
kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian dengan lebih serius.
Malahan tiada kajian lanjutan yang menunjukkan masalah ini mengalami
penurunan.

Tekanan juga disifatkan dapat menyebabkan beberapa perubahan tingkah


laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta
kemerosotan prestasi seseorang (Jerrold dlm. Mohamad Zaid et.al, 2009). Isu ini
mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun jika dibiarkan tanpa jalan
penyelesaian ia akan memberikan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Hal
ini disokong oleh Sapora (2001) dalam penulisannya menyatakan bahawa telah
banyak kajian yang dilakukan mendapati tekanan atau stres mempunyai hubungan
yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar. Menguatkan lagi
kenyataan ini, Campbell dan Svenson (dlm. Mastura et.al, 2007) menegaskan
apabila tekanan dilihat dari aspek negatif atau terlalu tinggi ianya boleh
mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik
seseorang lantas menjadikan ia suatu fenomena yang membimbangkan.
Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil
tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang
(Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih,
marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan
psikologi serta fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan
memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal
dengan baik. Rentetan daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia
yang dijalankan, didapati bahawa 11% golongan muda berusia 16 tahun hingga 24
tahun yang menghadapi tekanan emosi ini pernah terfikir untuk membunuh diri
(Dewan Siswa, 2012). Maka, dalam konteks penulisan ini tekanan emosi dalam
kalangan murid boleh dikatakan sebagai suatu situasi yang menyebabkan
seseorang tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman, atau bebanan
di luar kemampuan mereka. Akta Kanak-Kanak 2001 (2006) pula mencatatkan
bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan emosi jika wujud
kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan gangguan mental
dan tingkah laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan menunjukkan
tingkah laki permusuhan. Justeru, setiap isu yang membawa kepada tekanan emosi
murid perlu ditangani segera agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dapat dicapai.

2.0

ISU TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Tekanan emosi dalam kalangan murid boleh berlaku dalam pelbagai bentuk
antaranya kegelisahan, menunjukkan tingkah laku distruptif dan mengasingkan diri
daripada elemen-elemen di persekitarannya. Sebagai seorang guru pelatih, saya

telah pernah ditempatkan di beberapa buah sekolah bagi menjalani Program


Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Peluang mengenali empat buah sekolah
semasa PBS dan tiga buah sekolah semasa menjalani praktikum banyak memberi
pendedahan kepada saya isu-isu yang berlaku di sekolah sama ada melibatkan
pentadbir, guru mahu pun murid-murid. Isu tekanan emosi dalam kalangan murid
juga pernah dihadapi beberapa kali.
Menurut Haliza dan Joy (2009), terdapat
beberapa tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid bagi mendapatkan perhatian
guru, antaranya ialah murid sering membuat tingkah laku yang mengundang
kemarahan guru sama seperti kes ini. Sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab, guru tidak boleh menghukum murid dengan sewenangwenangnya. Hal ini akan mengakibatkan tekanan emosi yang dihadapi di rumah
akan bertambah teruk. Dari sudut negatifnya kepada murid, murid akan melihat
persekitaran sekolah sebagai satu ancaman baharu. Selanjutnya, ia akan
mengundang tingkah laku distruptif lain dan mungkin akan menimbulkan gejala lain
seperti ponteng dan pengambilan dadah untuk menenangkan diri sendiri.
Menurut Noriati et.al (2010), murid yang mengalami gangguan emosi akan
menunjukkan sikap-sikap seperti liar, ganas, tidak sabar, kerap mengamuk dan
berkecenderungan menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai dengan situasisituasi normal. Sikap-sikap yang dinyatakan sebegini sering ditunjukkan oleh
seseorang murid apabila beliau diganggu oleh rakan-rakan walaupun beliau seorang
yang pendiam dan pasif di dalam kelas. Sikap luar biasa murid sebegini
sememangnya amat bertentangan dengan penampilan luarannya. Menurut
Lailawati (2006), masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid kebanyakannya
adalah disebabkan oleh emosi. Tambahan lagi seseorang yang mempunyai emosi
yang tinggi dikatakan cenderung menunjukkan tingkah laku sosial yang rendah
(Eisenberg & Febes dlm. Lailawati, 2006).
Sapora (2001) menjelaskan bahawa tahap stres yang tinggi akan meninggalkan
kesan yang negatif ke atas proses pembelajaran seseorang berbanding kesan
positif. Menurut Chan dan Rodziah (2012) dalam kajian mereka turut mendapati
bahawa prestasi akademik murid yang dikaji yang mengalami gangguan emosi
daripada pelbagai faktor berada pada tahap yang rendah. Hal ini kerana
ketidakupayaan murid untuk menangani gangguan yang dihadapi menyebabkan
mereka terus mengabaikan pelajaran. See dan Lee (2005) pula telah mencatatkan
beberapa kajian oleh pengkaji-pengkaji barat dalam kajiannya antaranya ialah
Allchin (1975), Ghuman dan Sarles (1998) serta Weiner (1970) dan Adelson (1980)
yang menunjukkan gangguan emosi memberi kesan terhadap pencapaian akademik
pelajar. Selain itu, guru-guru perlu menangani konflik yang dihadapi oleh murid agar
ia tidak menular dalam kalangan rakan-rakannya. Murid-murid sememangnya amat
mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka terutamanya perkara-perkara yang
negatif. Menurut Haliza dan Joy (2009) pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal
boleh mendatangkan masalah disiplin lain dan seterusnya membentuk dinamika
kumpulan yang mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Sikap guru yang
hanya membiarkan tindakan murid-murid tanpa mengenakan sebarang tindakan
akan mempengaruhi murid lain untuk melakukan tindakan yang sama. Hal ini
kerana murid lain akan beranggapan bahawa tidak menjadi suatu kesalahan untuk

melakukan tindakan seperti murid yang bermasalah tersebut. Hukuman atau


dendaan perlu dikenakan kepada murid yang bermasalah bukan untuk
menghukumnya secara terus tetapi untuk membantunya menstabilkan emosinya.
Di samping itu, tindakan tersebut akan memberi gambaran kepada murid bahawa
setiap murid yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas dari sebarang hukuman
walaupun ibu atau ayah mereka merupakan guru di sekolah tersebut.

3.0

JENIS GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), murid yang mengalami gangguan
emosi ringan biasanya tidak terlalu kelihatan ciri-ciri dari luarannya dan masih
mampu untuk mengawal diri masing-masing. Malahan Tin (2000) pula menyifatkan
murid-murid yang mengalami gangguan emosi akan mempamerkan kehidupan
emosi yang tidak stabil, tidak mampu bertindak balas dengan tepat sukar
mengawal dirinya sendiri. Tambahan lagi Tin turut menggariskan beberapa tingkah
laku yang menunjukkan gangguan emosi ringan seperti pemalu, sering suka
menyendiri, mudah tersinggung, sering marah, tidak mahu mengalah, kurang
disenangi oleh rakan-rakan, sering bergaduh, menyerang dan memukul rakan atau
guru. Berikutan daripada gangguan emosi yang dialami oleh murid-murid yang
bermasalah, mereka telah menunjukkan tanda-tanda seperti selalu mengamuk,
cepat marah dan pencapaian akademik yang merosot. Menurut Sue et.al (dlm. Azizi
dan Tan, 2007), individu yang mengalami gangguan emosi boleh mendatangkan
ketidakselesaan yang subjektif atau mengganggu kebolehan seseorang untuk
berfungsi secara normal atau kedua-duanya sekali sehingga boleh menyebabkan
sindrom kemurungan dan mania. Tanda-tanda yang dialami oleh Ahmad dan Tuah
boleh membawa kepada gangguan emosi yang berat sekiranya tidak diatasi dengan
lebih cepat. Ahmad dan Tuah juga memerlukan sokongan dan bantuan daripada
persekitarannya untuk mengatasi gangguan tersebut memandangkan tahap kognitif
mereka yang masih rendah.
Azizi dan Tan (2007) melabelkan individu yang mempunyai tanda-tanda
seperti Ahmad dan Tuah sebagai individu yang menghidap sindrom mania. Hal ini
kerana menurut penulisannya, individu yang mengalami sindrom ini biasanya
berasa riang dan bertenaga tetapi mereka mudah melenting lebih-lebih lagi apabila
dikritik atau dihalang daripada melakukan sesuatu yang diingini. Tambahnya lagi,
individu tersebut mengalami masalah ketenangan perasaan yang tidak normal,
misalnya gagal untuk memberikan tindak balas yang sepatutnya apabila menerima
berita buruk. Menurut Mary (2001), sindrom mania merupakan penyakit yang
membawa kepada perubahan emosi, pemikiran, dan tingkah laku. Penyakit ini
dikatakan menyerang hampir dua juta penduduk Amerika Syarikat pada setiap
tahun.

4.0

FAKTOR GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Murid-murid yang bermasalah, didapati mengalami gangguan emosi disebabkan


faktor keluarga. Keluarga sememangnya sebuah institusi yang memainkan peranan
penting bagi setiap individu terutama anak-anak kecil. Syed Ismail dan Ahmad
Subki (2013) menyatakan ibu bapa merupakan pengaruh yang besar dalam
membentuk tingkah laku anak sejak dari kecil dan kecuaian ibu bapa untuk
memahami peranan mereka akan menjadikan anak-anak hilang panduan dan keliru
dalam menjalani hidupnya. Perhubungan negatif antara ibu bapa dengan anak-anak
boleh menimbulkan konflik yang tinggi dan memberi tekanan terhadap ibu bapa
dan anak-anak. Montemayor (dlm. Sapora, 2005) berpendapat bahawa satu
daripada konflik yang berlaku dalam keluarga akan menimbulkan emosi yang kuat
dan tidak sihat. Tambahan lagi menurut Kasmini Kassim, seorang Pakar Psikiatri
Kanak-kanak di Malaysia, gangguan emosi yang sering berlaku dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja kebanyakannya disebabkan reaksi terhadap tekanan yang
dialami oleh mereka (dlm. Fariza, 2005).
Kehidupan ibu bapa yang sibuk bekerja
dan tidak mempunyai masa untuk bersama-sama dengan anak mereka merupakan
punca utama kepada gangguan emosi yang dihadapi oleh murid tersebut. Sebagai
ibu bapa, mereka perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Tanggungjawab ibu bapa bukanlah sekadar zahiriahnya sahaja dengan
menyediakan tempat tinggal mahu pun kelengkapan peribadi. Perkara yang lebih
penting ialah belaian kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Shaffer et.al. (2011)
dalam dapatan kajiannya menulis bahawa risiko kontekstual apabila berada dalam
keluarga yang tidak menyokong antara satu sama lain atau unsupportive
parenting memberi kesan terhadap emosi negatif kanak-kanak. Oleh itu, kegagalan
ibu bapa dalam memenuhi keperluan emosi anak mereka menyebabkan emosi anak
itu akan terganggu dan mencari ruang untuk melempiaskan emosinya ketika berada
di sekolah. Lantaran itu, pelbagai salah laku dilakukan oleh murid tersebut.
Menurut Azizi dan Badrulzaman (2010), murid yang mengalami gangguan
emosi ini gagal melihat keluarga sebagai suatu persekitaran yang sihat dan boleh
memberikan kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka. Tinjauan terhadap
kajian-kajian lain seperti Sigurdsson (1996) dan Sokol-Katz (1997) (dlm. Azizi dan
Badrulzaman, 2010) mencatatkan bahawa perkembangan personaliti negatif dan
tingkah laku merupakan hasil daripada kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Fariza
(2005) dalam penulisannya juga menyatakan faktor keluarga turut menumbang
kepada tekanan emosi murid-murid. Emosi remaja dikatakan akan menjadi stabil
jika keluarga bahagia, sebaliknya jika berada dalam keluarga yang kucar-kacir maka
emosi murid akan terganggu. Azizi Yahaya, Nordin Yahaya dan Juriah Bachok (2010)
dalam kajiannya terhadap hubungan kekeluargaan dengan kecerdasan emosi
menunjukkan bahawa faktor keluarga memperlihatkan peningkatan kepada 17.9%
selepas jantina. Hal ini jelas menunjukkan keluarga merupakan institusi yang sangat
penting dalam mempengaruhi emosi murid-murid. Mengulas lebih lanjut faktor
gangguan emosi dalam kalangan murid ini, Kasmini Kassim (1998) dalam kajiannya

bertajuk Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung menyatakan


gangguan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak boleh berlaku disebabkan
tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak tersebut.
Dalam kajian tersebut, beliau mengambil pandangan Garbarino, Gatmann dan
Sealey et.al. (1986) yang menggariskan lima tingkah laku ibu bapa atau penjaga
yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan, pengasingan,
menakutkan, sikap tidak peduli, dan merasuah fikiran. Daripada kelima-lima tingkah
laku tersebut, tindakan menunjukkan sikap tidak peduli oleh penjaga boleh
dikaitkan dengan kes Ahmad. Tingkah laku sikap tidak peduli ini didefinisikan
sebagai menolak tindak balas emosi, yang mana tingkah laku ibu bapa atau
penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapatkan
kasih sayang daripada mereka.

Tambahan lagi, kenyataan tersebut menyebut ibu bapa golongan ini


melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Dalam kata lain mereka tidak
mempunyai perasaan terhadap anak-anak malahan tidak mencuba untuk merapati
dan membelai anak-anak tersebut sehingga menyebabkan berlakunya konflik emosi
dalam diri kanak-kanak tersebut.
Fitrah manusia juga terutama bagi kanakkanak, kanak-kanak perempuan akan lebih mudah mendekati ayahnya manakala
kanak-kanak lelaki akan lebih seronok mendampingi ibunya. Hal ini turut disokong
oleh Teori Perkembangan Sosio-Emosi Sigmund Freud, iaitu kanak-kanak lelaki akan
mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya manakala
kanak-kanak perempuan akan mengalami elektra kompleks iaitu tertarik kepada
ayahnya (Zakaria et.al., 2012).
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan,
Norly (2010) menyifatkan keluarga atau ibu bapa dianggap sebagai sosialisasi yang
mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak seharusnya menjadi model ekspresi
emosi kepada kanak-kanak. Hal ini kerana berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Norly (2010), kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam melahirkan
perasaannya mempunyai risiko untuk menunjukkan tingkah laku bermasalah yang
tinggi. Justeru, kajian tersebut menyarankan agar kanak-kanak dan ibu bapa
mempertingkatkan kemahiran emosi sesama mereka.

5.0

PERANAN GURU MENANGANI TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Tekanan emosi yang dialami oleh murid-murid pada masa kini sering dilihat
berpunca dari rumah dan keluarga yang kucar-kacir. Namun begitu, guru
memainkan peranan penting bagi membantu murid-murid menangani masalah
tersebut. Hal ini kerana murid-murid menghabiskan masa hampir 8 jam berada di
sekolah setiap hari dan kadang-kala masa ini melebihi masa mereka bersama-sama
ibu bapa mereka. Chan dan Rodziah (2012) menulis disebabkan murid
menghabiskan banyak masa di sekolah, guru juga menjadi pemangkin kepada
kecerdasan emosi murid. Tambahnya lagi Pusat Perkembangan Kurikulum turut
menggariskan bahawa terdapat beberapa subjek seperti Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral yang boleh memenuhi perkembangan emosi murid walaupun
tiada satu subjek khas bagi pembelajaran emosi dan sosial dalam kurikulum.

Justeru, di sinilah guru perlu mencari ruang bagi membangunkan perkembangan


emosi murid secara tidak langsung dalam kurikulum yang dijalankan.
Mohd
Sahandri et.al. (2011) menggariskan beberapa elemen yang membolehkan guru
membantu murid menangani tekanan emosi yang dihadapi. Antaranya ialah guru
perlu mempamerkan sentuhan peribadi dan menunjukkan perasaan belas kasihan.
Dalam aspek mempamerkan sentuhan peribadi (personal touch), guru-guru perlu
berhubung dengan murid-muridnya secara profesional. Guru-guru akan mendorong
murid-murid untuk berkongsi pengalaman di dalam kelas, mengambil berat dan
memahami setiap muridnya secara personal serta cuba memahami masalah yang
dialami oleh murid-muridnya. Melalui cara ini guru berpeluang untuk mengenali
personaliti murid dengan lebih dekat di samping mengetahui latar belakang
keluarga dan persekitarannya. Pengetahuan yang diperoleh oleh guru dapat
digunakan bagi membantu murid menghadapi tekanan emosi yang yang dilalui.
Sebagai contoh dalam kes Ahmad, guru-guru pasti akan memberi layanan yang
berbeza sekiranya mereka mengetahui latar belakang dan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Ahmad. Layanan yang seakan-akan tidak memahami masalah yang
dihadapi murid akan menyebabkan murid berasa lebih tertekan dan mencari jalan
alternatif bagi memuaskan dirinya.
Dari segi menunjukkan belas kasihan pula, guru akan sentiasa mengambil
berat masalah peribadi yang dihadapi oleh murid. Sikap prihatin yang ditunjukkan
oleh guru memberi peluang kepada murid untuk berkongsi masalah. Murid
sememangnya tidak mengharapkan bantuan yang besar daripada guru seperti
bantuan kewangan, tetapi perkara yang lebih penting ada individu yang sentiasa
cuba memahami mereka. Hal ini kerana perasaan terbiar yang dialami di rumah
membuatkan mereka mencari peluang mendapatkan kasih sayang daripada para
guru pula terutamanya guru-guru wanita. Tambahan lagi guru sememangnya
diibaratkan sebagai ibu dan bapa kepada semua murid ketika berada di sekolah.
Maka, tidak salah bagi seorang guru untuk mempamerkan rasa belas kasihan dan
memberi sedikit kasih sayang kepada murid-murid. Abdul Ghani dan Abd. Rahman
(2009) pula berpendapat bagi menguruskan murid yang menghadapi gangguan
emosi yang menunjukkan masalah tingkah laku, guru perlu menguruskannya dari
aspek kemanusiaan. Hal ini kerana mereka mencatatkan bahawa memperkasa
kecerdasan emosi bagi membentuk tingkah laku murid dan mengurus tingkah laku
murid melalui pemikiran kritis merupakan elemen dalam aspek kemanusiaan. Nilainilai penting dalam aspek kemanusiaan ini ialah keadilan, dorongan, kebebasan,
keyakinan dan kepercayaan. Aspek kemanusiaan ini akan membantu guru
mengurus tingkah laku murid menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan
membentuk sahsiah murid. Oleh itu, dalam hal ini guru merupakan model terbaik
bagi murid dan hubungan baik antara guru dan murid boleh membawa kepada
kecerdasan emosi murid yang lebih baik.
Roslee et.al. (2004) dalam kajiannya pula mencadangkan pendekatan
kaunseling kelompok boleh digunakan bagi menangani masalah emosi dalam
kalangan murid. Kajian yang dijalankan terhadap kelompok anak-anak yatim terpilih
mendapati kaunseling kelompok dapat membawa kepada perubahan sikap yang
positif, mewujudkan kemesraan dan sikap keterbukaan. Hal ini kerana dalam

kaunseling kelompok yang dijalankan, murid akan meluahkan perasaan yang


negatif dan akan mewujudkan kepercayaan dan kebebasan ahli kelompok. May dan
Housley (dlm. Roslee et.al, 2004) menyatakan pendekatan kaunseling kelompok
boleh ditawarkan kepada murid yang memerlukan bantuan emosi secara lebih
berkesan dan bertujuan dengan syarat ia dibuat perancangan secara terperinci.
Dalam kaunseling kelompok tersebut, guru akan menggunakan pelbagai kemahiran
seperti membina perhubungan, menstruktur, memberi maklum balas, berempati,
dan memberi dorongan minima yang dapat membantu melancarkan proses
kaunseling kelompok yang dijalankan.

6.0

KESIMPULAN

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah
dua hingga empat peratus dalam kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus
dalam kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus dalam kalangan dewasa.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati 10.5 peratus daripada pelajar
sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan. Gangguan atau
tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu
diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang
berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa
singkat kerana simptomnya tidak jelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan murung,
menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan
dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh
dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada
peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya
melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.
Berdasarkan isu-isu yang dikemukakan, jelaslah dilihat bahawa isu tekanan emosi
dalam kalangan murid merupakan isu yang acap kali berlaku di sekolah. Tekanan
emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk memerlukan kemahiran dan
pengetahuan guru untuk menanganinya dengan baik. Isu tekanan emosi dalam
kalangan murid turut mendorong Kementerian Kesihatan menjalankan kajian
melalui projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres dalam Kalangan Murid
(Hakimi, Utusan Malaysia 2011). Beberapa buah sekolah menengah di seluruh
Malaysia telah dipilih bagi menjalani projek rintis ini.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada waktu itu, projek rintis
tersebut akan diperluaskan di semua sekolah sebagai satu usaha meningkatkan
kesejahteraan dalam kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan
mengelakkan perkara lebih serius berlaku. Keprihatinan pihak kementerian dalam
memandang serius isu tekanan yang dihadapi oleh murid amat wajar. Hal ini kerana
murid yang berada dalam keadaan tertekan pasti akan mengundang pelbagai
masalah lain di samping tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Oleh itu, seharusnya semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan ahli
masyarakat setempat saling membantu dalam menangani isu ini.

Emosi ialah seperti stress dan kemerungan. Stress tidak boleh dibiarkan
menguasai diri kita kerana implikasinya terlalu besar. Orang yang mengalami
tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika
kita mengalami stress berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu
juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk
membantunya bagi mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah
jalan yang terbaik sebelum Nasi menjadi bubur.

Kemerungan pula adalah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan


perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja,
orang dewasa dan warga emas. Sikap kemurungan jelas mempamerkan sikap rasa
kesedihan, kecewa, putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan
yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Selain itu,
terganggu emosi, individu juga terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya.
PENDAHULUAN
Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang
kerap menghadapi masalah. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan
tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian
mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan
merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress
dalam kalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh
menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Dalam satu
kes, seorang pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah mengeluh
sering sakit kepala, sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca
daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan
akademik itu dengan jayanya.
Dalam satu kes lain pula, seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke
klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalu. Apabila diperiksa,
kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial
keluarganya, didapati bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama
enam bulan dan kanak -kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya
menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi
akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang kawankawannya di tadika.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi
sebagai gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka
menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Khususnya, gangguan emosi
boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karakter

oleh murid-murid. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap
kehidupan seseorang murid dan merupakan satu perkara yang serius pada usia
persekolahan sekaligus menyebabkan stress kepada murid-murid.
Sehubungan dengan itu, seseorang guru perlu memahami emosi pelajar dan
sentiasa saling menerima antara satu sama lain kerana emosi pelajar perlu dikekal
atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru yang lebih bersifat pembimbing di
sisi.

TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI


Perasaan dan emosi seperti sedih, ketawa, dan takut akan mencorakkan
warna kehidupan, membentuk sikap, dan personaliti seseorang. Emosi yang dialami
oleh seseorang akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk tingkahlaku bagi
memenuhi kepuasan seseorang. Emosi seseorang boleh dikembangkan seumur
hidup melalui proses pembelajaran.
Emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir
sehinggalah meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh
keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi
seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.
Kebiasaannya seseorang khususnya seorang murid yang berasa emosinya
terganggu akan menunjukkan tanda-tanda awal seperti :

Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah

Pencapaian akademik yang semakin merosot

Duduk dalam keadaan yang tidak selesa

Suka termenung, berkhayal, dan berkelakuan ganjil

Cepat marah, suka bergaduh, dan kerap berbohong

Konsep kendiri yang lemah

Emosi juga mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin
sukar dilihat dalam kehidupan murid kini iaitu :

Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

Mengungkapkan dan memahami perasaan

Mengendalikan amarah

Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Disukai oleh orang lain

Semangat setiakawan

Keramahan

Sikap hormat-menghormati

Bukan itu sahaja, terdapat dua jenis emosi iaitu positif dan negatif. Emosi yang
tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok,
ghairah, dan bersemangat, manakala emosi yang negatif pula adalah terdiri
daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih,
rasa bersalah, dan sebagainya.

Secara umumnya, gangguan emosi berkisar pada persoalan emosi takut dan
kecemasan. Takut sebagai reaksi terhadap situasi yang berbahaya dan cemas
sebagai terjemahan daripada rasa takut tersebut. Pelbagai jenis fobia merupakan
emosi takut yang berlebihan, misalnya takut akan tempat tinggi, takut kegelapan,
takut air, dan pelbagai rasa takut yang lain lagi. Sementara itu gangguan
kecemasan mencakupi antara lain gangguan panik, fobia social, gangguan obsesifkompulsif, gangguan stress pasca-trauma, dan gangguan kecemasan umum.
Selain daripada itu, gangguan emosi juga boleh dikategorikan kepada tiga
kumpulan iaitu, gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana, dan gangguan
emosi berat. Gangguan Emosi Ringan merupakan gangguan peringkat ringan yang
biasanya tidak terlalu kelihatan ciri-ciri dari luarannya. Pada peringkat ini
berkemungkinan setiap murid dapat mengawal diri masing-masing. Namun begitu,
jika diteliti secara mendalam, biasanya pertumbuhan emosinya tidak sesuai dengan
tahap umur yang seharusnya dialami oleh seorang murid.
Manakala Gangguan Emosi Sederhana merupakan gangguan emosi yang agak lebih
kelihatan jika dibandingkan dengan emosi yang ringan. Pada kebiasaannya
perasaan marah, takut atau pun sedih yang seharusnya menjadi perkara normal jika
terjadi kepada murid.
Sementara itu, Gangguan Emosi Berat biasanya kelihatan jelas sekali dari luar. Ini
kerana tingkahlaku murid yang kelihatan janggal dan tidak seperti tingkahlaku
biasanya. Ketika murid sedang marah, murid itu akan mengamuk, menjerit bahkan
ada yang menyakiti dirinya sendiri.
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daipada pelbagai faktor.
Menurut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait rapat dengan
gangguan emosi dalam kalangan murid, antaranya ialah persekitaran sekolah,

peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan


guru, dan lain-lain lagi.
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah
yang tidak kondusif, sebagai contoh gangguan emosi tersebut mungkin berpunca
daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan
pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor
Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah
perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka.
Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana
persekitaran yang tidak kondusif dan menganggu emosi mereka.

Ini disebabkan oleh keadaan sekolah yang sesak yang membawa kepada fizikal
kelas menjadi padat sekaligus menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan secara langsung menganggu
murid yang ingin belajar seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami
tekanan emosi.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan besar
dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat
positif atau negatif yang melibatkan diri sendiri atau orang tersayang. Contoh
peristiwa hidup yang negatif seperti penderaan, penceraian, kematian, dan lain-lain
manakala peristiwa hidup yang positif seperti perkahwinan, kenaikan pangkat, yang
memberi kesan kepada emosi seseorang murid. Peristiwa sedemikian menyebabkan
emosi murid tertekan dan selalunya menunjukkan tindak balas fizikal, emosi, dan
juga tingkah laku. Dari segi emosi pula, murid akan berasa susah hati, murung,
sedih, dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, pengaruh keluarga juga memberikan kesan dan menjadi punca
gangguan emosi terhadap murid tersebut. Keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh, dan kurang mesra, bercerai akan membawa keadaan gangguan emosi
dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, murid
berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan yang lain
seperti ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga
yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama
lain, demokratik, dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan
meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat
dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,
ketabahan, dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Di samping itu, pada peringkat sekolah rendah, emosi murid juga melibatkan
pengaruh rakan sebaya. Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang sikit jika dibandingkan dengan zaman remaja yang mempunyai
peranan yang besar. Minat mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu
bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan
rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga
akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan
memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Murid yang
diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati manakala
murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan akan berasa kurang
yakin pada diri sendiri, penakut, dan menjauhkan diri dari rakan sebaya. Semua ini
menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam
menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi murid. Tindakan


guru yang tidak memahami masalah murid mungkin akan mengabaikannya begitu
sahaja tanpa memberikan perhatian, sokongan, dan bimbingan. Dalam usaha untuk
mendapatkan perhatian, kanak-kanak ini mungkin menjadi hiperaktif, sering
menganggu kanak-kanak lain, dan merayau-rayau sesuka hatinya. Tingkah laku
tersebut akan menjejaskan program-program yang telah diaturkan. Kanak-kanak
sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri-ciri
kelemahan dan kekuatan yang dimilikinya.
Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa sangat penting bagi guru untuk mengawal
emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses
tersebut. Tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa
menuntutnya di bangku sekolah. Oleh itu, suasana bilik darjah memainkan peranan
terpenting dalam mengawal dan memupuk emosi murid selain suasana keluarga di
rumah.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GANGGUAN EMOSI


Murid yang mengalami gangguan emosi harus dibantu. Mereka tidak
seharusnya dibiarkan mengalami sesuatu masalah secara berterusan yang akhirnya
memberikan kesan kepada perkembangan mental dan menjejaskan pencapaian
akademik mereka. Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap
individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak
menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah
mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskannya dengan baik.
Walaupun kebanyakan daripada masa mereka dihabiskan bersama guru di sekolah,
tetapi ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan
perkembangan emosi murid.

Pengaruh ibu bapa dalam membentuk tingkah laku dan personaliti murid
boleh ditentukan dengan cara didikan semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa seharusnya
boleh memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin dan peribadi anakanak. Peranan berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa di rumah adalah
dengan melakukan sesuatu yang positif untuk keharmonian kekeluargaan. Ibu bapa
seharusnya dapat mengimbangi peranan mereka samada di rumah, tempat kerja,
dan dalam masyarakat. Keseimbangan ini amat perlu supaya segala tekanan akan
dapat diatasi. Ini penting kerana hubungan antara tingkah laku dan personaliti
anak-anak adalah dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa mereka.
Di samping itu, memang tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi
kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Oleh yang demikian, peranan
guru dan pihak sekolah menjadi sangat penting dalam menyusun aktiviti kurikulum
untuk menyemai pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid. Faktor
kawalan, pembentukan, dan gangguan emosi murid dapat dilihat melalui
kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis
kepimpinan guru ialah Gaya Kepimpinan Demokratik, di mana ia bermaksud guru
berkongsi tanggungjawab dengan murid akan sentiasa memberikan galakan
bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Guru seterusnya boleh membantu untuk mengawal emosi murid dengan
membantu mereka berasa sebahagian daripada bilik darjah. Pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa hasrat hati manusia adalah menjadi sebahagian daripada
alam social dan perasaan intelektual. Oleh itu, guru perlu menggerakkan keinginan
murid untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti. Interaksi sekurang-kurangnya
dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran
supaya tidak ada murid yang berasa terpinggir ketika dalam kelas. Melalui cara ini
setiap murid pasti akan dapat mengawal emosi dan sekaligus dapat memberikan
tumpuan kepada pembelajaran yang sedang berlaku.

Selain daripada itu, guru juga dapat mengawal emosi murid dengan menekankan
nilai-nilai murni. Penerapan nilai-nilai murni boleh dilaksanakan ketika memberikan
penekanan kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan social dalam
kalangan murid. Guru perlu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya
terhadap proses interaksi sosial yang melibatkan murid semasa aktiviti
pembelajaran dan memberikan layanan yang saksama terhadap semua murid
tanpa membezakan setiap murid. Sehubungan dengan itu emosi murid tidak akan
terganggu dan apabila emosi terkawal maka kedua-dua pihak iaitu guru dan murid
berpeluang berbual-bual tentang perasaan mereka sekaligus memudahkan lagi
penerimaan terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan.
Apabila guru dapat mengawal emosi murid, maka guru dapat menjelaskan
apa yang perlu dipelajari oleh murid melalui penerangan yang jelas dan terperinci.
Situasi sebegini akan mewujudkan kerjasama antara guru dengan murid, Kebolehan
guru mengawal emosi bilik darjah sangat penting kerana ini akan memberikan
peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan guru. Malah, ini akan

mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti
serta berupaya membentuk emosi yang stabil dalam kalangan murid.
Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan emosi
yang positif dalam kalangan murid memerlukan kemahiran, keupayaan, dan
komitmen yang tinggi daripada guru-guru. Kejayaan memasuki dunia murid dapat
menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya dalam usaha untuk emosi
yang mesra ketika bersama dengan murid dalam sesuatu proses pembelajaran.
Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia untuk berkongsi pengalaman
dan saling bekerjasama untuk menjayakan matlamat pembelajaran di samping
membentuk emosi positif dalam kalangan mereka yang terlibat.

HAK ASASI KANAK-KANAK


Kewujudan undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap
kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa
beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undangundang dan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak
yang didera atau diabaikan seawal abad ke 17 dan 18 sebagai contoh, dapat dilihat
dari kes yang berlaku pada tahun lepas 2014, di mana pasangan ibu bapa Azizul
Rahim Awaluddin dan isterinya Shalwati Nor Shal telah dijatuhkan hukuman kerana
telah memukul anak mereka yang meninggalkan solat. Kejadian ini menunjukkan
bahawa wujudnya undang-undang yang melindungi kanak-kanak di negara luar.
Sektor pendidikan mesti menunjukkan kepimpinan dan keberanian dalam
mempertahankan hak semua kanak-kanak untuk pendidikan, penjagaan, dan
perlindungan. Sekolah-sekolah dan pihak berkuasa pendidikan mesti membenarkan
kanak-kanak dan remaja untuk memberikan respon yang efektif terhadap pelbagai
cabaran yang mereka hadapi di dunia pada hari ini.
Pendidikan menyeluruh adalah satu hak asasi manusia. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan pendidikan yang baik dan
ia akan menghasilkan pertimbangan sosial yang baik kepada semua lapisan
masyarakat, termasuk kanak-kanak. Menurut Hak Asasi Manusia, setiap
warganegara layak mendapat peluang pendidikan di mana :i.
ii.

Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama


Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi

iii.
Orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri
sebagai orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan
pengasingan
iv.
Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada
pendidikan mereka.
Di samping itu, menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai
individu yang berumur di bawah 18. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang
telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention
on the Rights of the Children). Semua kanak-kanak tanpa mengira keupayaan dan
ketidakupayaan, jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik, dan
agama serta taraf kesihatan mereka mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti
pendidikan, penjagaan, dan perlindungan.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak juga telah menggariskan beberapa
panduan yang harus dipatuhi oleh negara-negara di seluruh dunia. Antara hak
kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut
:-

i.

Perkara 2

Negara-negara pihak hendaklah menghormati dan memastikan bahawa hak-hak


yang dinyatakan dalam Konvensyen ini diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam
bidang kuasa mereka tanpa apa jenis diskriminasi, tanpa mengira bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, warganegara, asalusul etnik atau sosial, harta, hilang upaya status kelahiran atau status lain kanakkanak itu ibu bapanya atau penjaganya yang sah.
ii.

Perkara 3

Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada yang diaku janji
oleh institusi kebajikan masyarakat awam atau swasta, mahkamah, pihak berkuasa
pentadbiran atau badan perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu
hendaklah menjadi pertimbangan utama. Negara-negara pihak mengaku janji untuk
memastikan kanak-kanak itu diberi perlindungan dan jagaan yang diperlukan bagi
kesejahteraannya
iii.

Perkara 6

Negara-negara pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak


sedia ada untuk hidup.
iv.

Perkara 13

Negara-negara pihak hendaklah memastikan kanak-kanak setakat yang sebanyak


mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak
hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara, termasuk kebebasan untuk mencari,
menerima dan menyampaikan semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengira

sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan, dalam bentuk lukisan atau
melalui apa-apa media lain yang dipilih oleh kanak-kanak.
v.

Perkara 19

Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah perundangan,


pentadbiran, social dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak
daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan,
pengabaian atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi termasuk penderaan
seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa, penjaga di sisi undang-undang.
vi.

Perkara 23

Negara-negara pihak mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak kurang upaya


secara mental atau fizikal patut menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan
dihormati dalam keadaan yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak
bergantung, dan memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.

vii.

Perkara 28

Negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan dan dengan


tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar
peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya :

Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma


kepada semua

Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam pelbagai bentuk,


termasuk pendidikan umum dan vokasional, mengadakan pendidikan itu terbuka
kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti
memperkenalkan pendidikan percuma
viii.

Perkara 29

Negara-negara pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah


dihalatujukan kepada :

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanakkanak pada tahap potensi yang paling tinggi

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan,


bahasa, dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh
kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang
berbeza daripada tamadunnya sendiri.


Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan
bagi prinsip-prinsip yang termaktub KONVENSYEN mengenai Hak kanak-kanak
dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam


masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi,
kesamaan jantina, dan persahabatan dalam kalangan semua orang, kumpulan
etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asl usulnya penduduk asli

Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semulajadi


ix.

Perkara 30

Dalam Negara di mana wujudnya minoriti etnik, agama, atau linguistik atau orangorang yang asal-usulnya penduduk asli, seseorang kanak-kanak yang tergolong
dalam minoriti sedemikian atau ialah penduduk asli tidaklah boleh dinafikan hak,
dalam komuniti dengan anggota kumpulannya lain, untuk menikmati
kebudayaannya sendiri, untuk menganut dan mengamalkan agamanya sendiri atau
untuk menggunakan bahasanya sendiri.

x.

Perkara 32

Negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada


eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankan apa-apa kerja yang berkemungkinan
berbahaya atau menganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau adalah
mendatangkan keburukan kepada kesihatan kanak-kanak atau perkembangan
fizikal, mental, kerohanian, kemoralan atau soial.
xi.

Perkara 34

Negara-negara pihak mengaku janji untuk melidungi kanak-kanak daripada segala


bentuk pengekspoitasian seks dan penderaan seksual. Bagi maksud ini, negaranegara pihak hendaklah secara khusus mengambil segala langkah kebangsaan, dwi
pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk mencegah :

Dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam apa-apa


aktiviti seks yang menyalahi undang-undang

Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam pelacuran atau


apa-apa amalan seks yang menyalahi undang-undang

Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam persembahan dan


bahan lucah
Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan kesejahteraan kanakkanaknya, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyenkonvensyen yang berikut :

Konvensyen hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995


Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita : 4
Ogos 1995

Konvensyen Penghapusan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk


diambil bekerja) : 1997

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak


yang paling teruk) : 10 November 2000

Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September


2002 (ditandatangani)
Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang
perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk
membentuk Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act 2001) yang menjadikan laporan
penganiayaan kanak-kanak mandatori. Kanak-kanak mudah dipengaruhi,
memerlukan jagaan dan perlindungan khas.
Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada
merekalah segala harapan dan cita-cita Negara disandarkan selaku bakal pemimpin
di masa hadapan.

Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam
keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya
sama ada menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari
hakikat ini, maka pertimbangan utama di dalam segala tindakan, baik dari segi
emosi dan peruntukan undang-undang yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak,
maka adalah tanggungjawab semua pihak untuk memelihara kebajikan dan
kesejahteraan kanak-kanak.
Sebagaimana yang diketahui umum, pihak yang terlibat secara langsung dengan
pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau penjaga
serta guru di sekolah. Ibu bapa atau penjaga dan guru telah diberi tugas serta
tanggungjawab utama untuk membentuk keperibadian kanak-kanak kerana mereka
mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan anak-anak di dalam jagaan
mereka. Ibu bapa atau penjaga dan guru adalah mereka yang saban hari bercampur
gaul dan sentiasa berada di sisi anak-anak. Oleh itu, pasti banyak perkara yang
dipelajari oleh kanak-kanak daripada orang yang menjaganya. Oleh yang demikian,
sebagai guru di sekolah, mereka sepatutnya berupaya memainkan peranan yang
sewajarnya bagi membantu perkembangan emosi kanak-kanak dan memberikan
perlindungan sepenuhnya kepada mereka mengikut peruntukan undang-undang
yang ada.

You might also like