You are on page 1of 8

1.0.

Pengenalan

Institusi kekeluargaan menjadi pendukung utama bagi individu berkeperluan


khas dalam mengharungi kehidupan mereka yang penuh dengan serba
kekurangan disebabkan oleh masalah ketidakupayaan yang dialami oleh
mereka. Tanpa bantuan dan sokongan daripada keluarga, nescaya individu
berkeperluan khas akan terkapai-kapai mengharunginya seorang diri lantas
mereka akan terus berputus asa untuk meneruskan hidup. Menurut Bowlby
(1969) seorang tokoh ilmuan yang menerapkan teori pertautan antara seorang
ibu dan anak menyatakan bahawa pengalaman awal hidup dalam keluarga
adalah penting dan ia amat mempengaruhi corak tingkah laku kanak-kanak.
Oleh itu, bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka perlu diberikan perhatian
yang lebih dan semaksima mungkin dari ahli keluarga kerana mereka amat
memerlukannya bukan sahaja kasih sayang daripada keluarga mereka, tetapi
juga dari segi penjagaan dan perlindungan dari segi sokongan fizikal, emosi dan
psiko-sosial.
Setiap ibu bapa di dunia sudah semestinya berharap supaya anak-anak
mereka dilahirkan dalam keadaan sihat, sempurna sifat dan bebas daripada
sebarang kecacatan fizikal mahupun mental. Namun begitu, terdapat juga ibu
bapa yang diuji oleh Tuhan apabila mereka dikurniakan dengan anak yang tidak
seperti anak-anak normal yang lain. Pelbagai kecacatan boleh dijumpai dalam
diri anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Keadaan sedemikian sudah
semestinya akan menimbulkan perasaan yang sedih, marah, tekanan emosi dan
pelbagai perasaan negatif lain yang wujud dalam diri ibu bapa. Ibu bapa atau
keluarga kanak-kanak khas seringkali berdepan dengan tekanan emosi dan
psikologi apabila membabitkan tentang anak-anak khas mereka. Sebagai
contoh, ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya terdedah kepada
beberapa keadaan berisiko seperti mengalami penyakit yang serius dan
perceraian sama seperti ibu bapa yang mempunyai anak normal namun
perasaan terbeban yang terbuku di hati ibu bapa tersebut menyebabkan mereka
sentiasa merasa terbeban. Menurut Bioyd (2002), beliau telah menyatakan
bahawa ibu bapa yang mempunyai anak yang mempunyai ketidakupayaan yang
pelbagai mengalami tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding ibu bapa yang
tidak mempunyai anak kurang upaya. Perkara ini ditambah lagi apabila mereka
memikirkan penyediaan kewangan yang melebihi kemampuan mereka dari segi
penyediaan kemudahan akses asiliti di rumah, kos rawatan terapi dan pemulihan
dan sebagainya.
Keluarga kanak-kanak khas lebih cenderung untuk mempunyai pelbagai isu
atau masalah dalam menguruskan anak-anak khas mereka. Oleh itu, dalam hal
tersebut, apabila berhadapan dengan keadaan atau situasi yang melibatkan
keluarga kanak-kanak khas, peranan guru Pendidikan Khas sangatlah penting.
Peranan guru tidak terhad pada menjadi seorang guru yang mengajar tulis dan
baca sahaja, akan tetapi guru juga berperanan penting sebagai seorang
kaunselor bagi membimbing keluarga kanak-kanak khas agar mereka dapat
menjalani kehidupan yang lebih terarah dan lebih baik. Justeru itu, pelbagai
teknik serta cara boleh digunakan dalam mengendalikan isu-isu serta masalah-
masalah yang timbul dalam kalangan keluarga kanak-kanak khas. Guru yang
memiliki kemahiran asas dalam proses bimbingan akan lebih memahami
keadaan keluarga kanak-kanak khas berbanding dengan individu-individu lain.
Seterusnya, dalam mengendalikan bimbingan keluarga kanak-kanak khas, guru
perlu bijak dalam menyusun strategi dan pendekatan yang sesuai agar isu-isu
serta permasalahan yang timbul dapat dibantu dengan sewajarnya.

2.0.Maksud Bimbingan

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian


daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur
serta mengandungi maklumat yang sesuai agar sesuatu matlamat tercapai oleh
orang yang menerimanya. Pada lazimnya, penentuan matlamat tersebut
berdasarkan pada kebajikan serta perkembangan individu penerima tersebut.

Suradi Salim (1996) pula berpendapat bahawa bimbingan merupakan suatu


proses yang membantu individu memahami diri mereka dan juga dunia mereka.
Hal ini demikian bermaksud, bimbingan boleh dikatakan sebagai satu proses
untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya
ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan
sepenuhnya. Menurut Gladding (2000), bimbingan merupakan proses
membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang
akan mempengaruhi kehidupannya.

Selain itu, bimbingan juga merupakan satu proses untuk membantu individu
meningkatkan kefahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu, cabaran-
cabaran serta permasalahan secara berkesan. Bimbingan juga boleh dikatakan
sebagai satu perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga
selesai sesuatu kerja atau tugas yang diberikan. Terdapat beberapa konsep
penting dalam bimbingan antaranya ialah bimbingan merupakan suatu proses
iaitu proses untuk menolong dan juga proses untuk memberikan pengajaran.
Fokus utama bimbingan ialah kepada usaha pencegahan sesuatu masalah
sementara ia masih boleh dikawal dan tidak terlalu teruk.

3.0. Bimbingan Keluarga Kanak-kanak Khas

Keluarga yang berfungsi mampu menyumbang kepada perkembangan yang


positif dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Peranan yang
dimainkan oleh setiap ahli keluarga memberi kesan kepada kehidupan kanak-
kanak berkeperluan khas. Suasana persekitaran yang positif dan penerimaan
tanpa syarat oleh ahli keluarga mampu mengurangkan isu-isu atau
permasalahan yang timbul dalam kalangan keluarga kanak-kanak khas. Namun
demikian, kebanyakan keluarga kanak-kanak khas sememangnya sukar untuk
menerima keadaan ketidakupayaan anak-anak khas mereka. Mereka
merasakan bahawa kecacatan serta ketidakupayaan yang dialami oleh anak-
anak khas mereka sebagai beban. Keadaan tersebut menjadi satu cabaran bagi
para guru Pendidikan Khas untuk mengendalikan bimbingan kepada keluarga
kanak-kanak khas.

Secara umunya, bimbingan dikatakan sebagai sebahagian daripada proses


untuk menolong. Dalam proses bimbingan, ia melibatkan usaha memberi arahan
secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai agar sesuatu matlamat
tercapai oleh orang yang menerimanya. Oleh itu, apabila ia dikaitkan dengan
bimbingan keluarga kanak-kanak khas, bimbingan yang dimaksudkan ialah guru
memberikan bantuan, nasihat, sokongan serta pertolongan yang sesuai kepada
keluarga kanak-kanak khas bagi membantu mereka menyelesaikan isu-isu atau
permasalahan yang timbul. Matlamat bimbingan yang diberikan ialah supaya
keluarga kanak-kanak khas saling berfungsi dalam menjalankan tanggungjawab
mereka ke atas anak-anak khas mereka.
4.0. Mengendalikan Bimbingan Keluarga Kanak-kanak Khas

4.1. Contoh Kes 1

Keratan laporan bagi Kes 1

Berdasarkan Kes 1, seorang ibu yang bernama Puan Hannah


(bukan nama sebenar) mempunyai seorang anak yang menghidap
ketidakupayaan Cerebral Palsy. Masalah timbul apabila Puan Hannah
terpaksa mengendalikan tingkah laku anak khasnya yang tidak menentu
(tantrum) seperti mudah merajuk, marah, sering meragam, bersifat
agresif dan juga suka memberontak. Dalam kes ini juga Puan Hannah
juga mengadu bahawa dia berasa sangat susah untuk mengangkat
anaknya daripada kerusi roda untuk memandikan atau melakukan
aktiviti harian yang lain memandangkan keadaan berat badan anaknya
yang kian meningkat. Masalah penjagaan anak khasnya menjadikan
Puan Hannah sukar untuk menguruskan keadaan anak khasnya itu.
Tingkah laku negatif sering diperlihatkan oleh anaknya dan Puan
Hannah menghadapi kesukaran untuk mengawal tingkah laku tersebut
serta keadaan fizikal anaknya juga turut menyukarkan Puan Hannah
untuk menguruskan anaknya.

4.1.1. Cadangan Mengendalikan Bimbingan Keluarga Kanak-kanak

Khas

Menurut Baxter (2000), kanak-kanak yang mempunyai masalah


ketidakupayaan akan bersikap lebih sensitif dan mudah memberontak
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Keadaan ini adalah
disebabkan oleh ketidakupayaan kanak-kanak khas tersebut untuk
berkomunikasi dengan ibu bapa atau orang-orang di sekeliling
mereka. Mereka juga mempunyai masalah untuk menyatakan
kemahuan serta meluahkan hasrat atau keinginan mereka. Situasi
sebegini menjadikan masalah menjadi lebih teruk lagi apabila mereka
tidak dapat menyuarakan kemahuan mereka dan seterusnya
memerlukan ibu bapa atau ahli keluarga untuk melakukan semuanya
untuk mereka termasuklah menguruskan diri mereka sendiri.
Peningkatan berat badan mereka akan menjadikan ibu bapa serta ahli
keluarga lebih sukar untuk mengangkat dan menguruskan keperluan
harian mereka. Oleh itu, disebabkan keadaan tersebut, akan
menimbulkan satu isu dan permasalahan yang sangat penting bagi
Puan Hannah seperti dalam Contoh Kes 1.

Oleh itu, peranan guru sangat penting dalam proses bimbingan


kepada keluarga kanak-kanak khas tersebut untuk memberikan
maklumat serta panduan yang bersesuaian dalam urusan
pengendalian anak khas. Antara cadangan bimbingan yang boleh
diberikan kepada Puan Hannah seperti dalam kes tersebut ialah
dengan cara memberikan pendedahan tentang strategi-strategi serta
teknik-teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan kepada Puan
Hannah. Guru boleh mempraktikkan ilmu serta kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari dengan cara mengadakan satu sesi perkongsian
dengan golongan ibu yang mempunyai anak-anak khas seperti Puan
Hannah. Dalam sesi perkongsian tersebut, golongan ibu akan diajar
dan diberikan pendedahan tentang kemahiran-kemahiran asas
tentang pengurusan diri serta teknik-teknik pengurusan tingkah laku
yang berkesan. Guru boleh berkongsi pengalaman serta tips-tips yang
penting bagi membantu golongan ibu seperti Puan Hannah untuk
menguruskan anak khas mereka yang mempunyai tingkah laku yang
agresif dan tantrum.

Selain itu, guru boleh membimbing golongan ibu atau keluarga


kanak-kanak khas dalam mengendalikan masalah yang dihadapi
tersebut dengan cara menghebahkan seminar atau bengkel yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan kepada golongan
ibu yang mempunyai anak-anak khas. Kebanyakan ibu bapa tidak
tahu dan tidak sedar tentang kewujudan kursus-kursus keibubapaan
yang dianjurkan di sekeliling mereka. Oleh itu, guru Pendidikan Khas
perlulah memainkan peranan penting dalam menghebahkan dan
menyampaikan maklumat tersebut kepada golongan ibu seperti Puan
Hannah agar maklumat tersebut sampai kepada mereka. Golongan
ibu seperti Puan Hannah perlulah digalakkan untuk menyertai
program-program yang telah dianjurkan bagi melatih kemahiran-
kemahiran keibubapaan dan seterusnya diberikan pendedahan
tentang teknik-teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai. Pelbagai
teknik dan kaedah akan diajarkan bagi menjadikan golongan ibu
seperti Puan Hannah lebih bersedia untuk berhadapan dengan anak-
anak khas mereka yang mempunyai pelbagai tingkah laku yang
negatif. Dalam hal tersebut, guru perlulah sentiasa peka dengan
hebahan-hebahan semasa yang dibuat agar maklumat dan informasi-
informasi penting dapat disampaikan kepada golongan ibu dan
keluarga kanak-kanak khas.
4.2. Contoh Kes 2

(Huraian Kes + Isu/permasalahan Kes)

4.2.1. Cadangan Mengendalikan Bimbingan Keluarga Kanak-kanak

Khas

(cadangan-cadangan)
4.3. Contoh Kes 3

4.4. Contoh Kes 4

4.5. Contoh Kes 5

5.0. Kesimpulan

You might also like