You are on page 1of 2

Pengenalan

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud


satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja)
"therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan
yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk
mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan


pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan
tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan
pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu
untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu.

Bilangan murid di sesebuah sekolah adalah berbeza. Disetengah-setengah


sekolah terdapat beberapa puluh orang murid sahaja dan setengah-setengahnya
lebih daripada dua ribu orang. Sekiranya, setiap tugasan bimbingan diserahkan
kepada guru bimbingan, maka kes-kes murid yang memerlukan pekhidmatan
bimbingan akan berhimpun. Oleh itu, setiap guru, sama ada guru biasa atau guru
bimbingan hendaklah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan
kebajikan murid-muridnya.

Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada


dikehendaki atau tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas
memberi bimbingan. Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin
mengemukakan pelbagai masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu
berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut.

Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki situasi


pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu
diperkenalkan dengan system pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan
pelajaran, kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah,
serta kepentingan mata pelajaran terhadap masa depan kerjaya mereka. Program
orientasi merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mencapai matlamat ini.

1
Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang
tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid, di
samping mengembangkan peribadi dan sosial para murid serta memberi BImbingan
dan Kaunseling mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap individu sering
menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalaman diri sendiri, wujud konflik dalam
jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan
pelajaran. Semua ini merupakan gejala-gejala tidak sihat yang memerlukan
bimbingan daripada guru kaunselor.

Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid sekolah menengah perlu
mendapat perhatian dan bantuan daripada guru. Bimbingan ini membantu individu
mengatasi masalah-masalah peribadi akibat kekurangan kemampuan individu untuk
menyesuaikan diri dengan aspek-aspek perkembangan yang begitu cepat. Masalah
kejutan budaya, krisis keluarga, persahabatan jantina, soal kewangan dan kerjaya
adalah antara masalah yang memerlukan bimbingan guru. Guru harus menolong
murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang diamanahkan.
Ini bermakna guru harus membantu murid memupuk tabiat melaksanakan kerja yang
diamanahkan dengan sempurna.

Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama dengan


ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya
dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah
dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Guru haruslah menyediakan kad rekod
himpunan. Tujuan menyediakan kad rekod himpunan ini adalah untuk mengetahui
butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar serta latar belakang mereka. Dalam
rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang
sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad rekod himpunan merupakan suatu system
untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru
mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta
memudahkan guru memberi bimbingan dan kauseling untuk mereka.

You might also like