You are on page 1of 15

BAB 1:

Konsep Asas Bimbingan dan


Kaunseling
1.1 PENGERTIAN BIMBINGAN
 Definisi bimbingan ialah suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan
dunia mereka.

Secara umum bimbingan ialah:


 Bimbingan - perbuatan membimbing, memberi
petunjuk, huraian dan lain-lain
 Sering digunakan secara silih berganti dengan
“penasihatan”
Definisi Bimbingan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bimbingan
merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk
atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam
perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing.

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan


sebahagian daripada proses menolong, melibatkan usaha
memberi arahan secara teratur serta mengandungi
maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat
tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya
Prinsip-prinsip Bimbingan

 Bimbingan adalah untuk perkembangan diri.


 Fokus utama ialah pencegahan masalah sementara masih boleh dikawal.
 Mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
 Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
 Berlaku profesional untuk mengelakkan hubungan tidah sihat.
 merupakan tanggungjawab secara kolektif antara guru, murid, guru
pembimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
 Guru yang dilantik bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti
kaunseling.
 Guru ini tidak digelar kaunselor
1.2 Pengertian kaunseling
Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan


prinsip psikologi.
Dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan
dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.
Pertemuan secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat
berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang
diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung
kepada semua persoalan klien kerana apa yang baik untuk kaunselor
tidak semestinya baik juga untuk klien .
-Khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya
yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan
sumber diri penting dalam menghasilkan perubahan diri.
1.3 Perkembangan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia
-Murid menghadapi masalah

-Kemahiran kaunseling untuk membantu murid


bermasalah iaitu klien.

-KPM telah mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling di sekolah.
Objektif utama perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah ialah:
Memberi perkhidmatan bersifat pembaikan dan
memulihkan atau mengorientasikan murid yang
menghadapi masalah peribadi, kerjaya dan sosial agar
mampu menghadapi atau mengatasi masalah-masalahnya .
Memberi perkhidmatan kaunseling kepada murid yang
memerlukan
Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan
yang meliputi semua aspek perkembangan murid dengan
menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman selaras
dengan kemampuan dan potensi murid
Memberi perkhidmatan pencegahan
Tugas Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
1. Inventori Individu dan Rekod

 Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang


murid
 Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan
butiran-butiran berkaitan dengan penilaian dan
pentafsiran minat murid.
 Mengawas perangkaan dan corak kehadiran murid
yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
 Menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod murid
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat

 Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat


kerjaya, vokasional dan latihan
 Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat
kerjaya, peluang latihan, sosial dan peribadi.
 Memberi maklumat dan penerangan tentang
pentingnya mengisi borang permohonan dengan
tepat.
3. Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling dengan murid secara individu atau kelompok


mengenai:
Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau
orang lain.
Kerjaya, sosial dan peribadi.

4. Perkhidmatan Penempatan
Membantu murid memilih aktiviti kokurikulum
berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan
kemampuan.
5. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan
Inhalen
Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau
kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam
menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai
membenci dadah dan inhalen.

6. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa


Mengadakan hubungan dengan penjaga murid untuk
bersama mengawasi kemajuan murid.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila
kemajuan murid tidak memuaskan
7. Perkhidmatan Penilaian
modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan
di peringkat sekolah

8. Perkhidmatan Penyelarasan Sumber


Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan
kebajikan murid antara sekolah dengan agensi lain.
Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan
dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program
bimbingan di sekolah.
Kod Edmodo:
v8t6zc
Terima kasih!

You might also like