You are on page 1of 4

SOALAN UNTUK PANEL 1 (WAKIL AADK)

Apakah yang dimaksudkan dengan “CEGAH”?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, cegah ialah mencegah mengikhtiarkan supaya
tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah:

Apakah yang dimaksudkan dengan “DADAH”?


Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu
penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rasionalnya
digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi.

Bagaimanakah penyalahgunaan dadah ini boleh berlaku?

Penyalahgunaan dadah ini boleh berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan
diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas
sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah
adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah
disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa
segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.

Apakah kesan terhadap gejala dadah ini kepada negara?

Gejala dadah membawa pelbagai kos dan kesan buruk kepada negara. Kebanyakan penagih dadah
merupakan golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Kumpulan muda ini merupakan
tenaga penggerak yang diperlukan bagi usaha pembangunan negara. Selain itu, masalah
penyalahgunaan dadah mempunyai kaitan dengan kejadian jenayah. Badan-badan bukan kerajaan
yang terlibat menganggarkan kira-kira 50 peratus daripada banduan yang dipenjarakan ada hubung-
kait dengan isu dadah. Gejala dadah ini juga mengenakan kos secara langsung dan tidak langsung
kepada negara, seperti kos pengawasan polis, kos rawatan dan kebajikan para penagih, dan kos
tambahan kepada sistem kesihatan nasional.

Apakah peranan dan langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memerangi ancaman
dadah ini?

Pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi ancaman dadah.
Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan
yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini.
Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan
bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam
masalah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik
yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak
ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama
secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi.
Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.
Walaupun institusi keluarga kini menghadapi pelbagai cabaran getir akibat perubahan-perubahan
ekonomi, sosial dan teknologi yang sedang melanda, namun penglibatan ibu bapa dan lain-lain ahli
keluarga amat diperlukan bagi menangani masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang
berkesan dalam memberi kasih sayang dan penjagaan kepada anak-anak mereka, agar anak-anak
itu tidak terperangkap dalam gejala dadah.

Apakah peranan AADK dalam menangani masalah dadah khususnya kepada murid dan
komuniti setempat?

“yang ni AADK kena cari jawapan….kita kasi keje sikit kt AADK…”

Bagaimanakah orang awam @ komuniti setempat boleh membantu AADK dalam membanteras
dadah?

Masyarakat juga perlu merubah pemikiran mereka tentang dadah. Masalah penyalahgunaan dadah
adalah masalah bersama, dan bukan masalah pihak berkuasa semata- mata. Sesungguhnya,
masalah dadah tidak mengenal batasan politik, agama, bangsa, sosial dan kebudayaan. Ini bermakna
perjuangan memerangi dadah memerlukan penglibatan secara total. Oleh itu, semua pihak perlu
berkongsi tanggungjawab dan kumpulan yang akan berusaha membasmi dadah perlu diperbesarkan.
Antara lain, kita harus lebih melibatkan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha ini, dan
mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama antara pihak berkuasa dan pelbagai badan bukan
kerajaan yang terbabit. Pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain, termasuk ketua-ketua kampung
dan para guru, akan turut bersama – sama di dalam usaha ini.

Kesimpulannya,

Pendekatan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu perlu diambil dalam memerangi dadah.
Semua agensi, badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang lain haruslah bekerjasama dan
menyelaras usaha-usaha mereka. Idea-idea baru perlu difikirkan untuk memberi nafas segar kepada
usaha-usaha kita. Pihak kementerian dalam negeri sendiri sedang berusaha untuk melaksanakan
beberapa program baru, termasuk menjadikan pusat serenti sebagai anak angkat kepada institusi
pengajian tinggi (I.P.T.); menempatkan penagih (yang berada di fasa pra-pembebasan) di sektor
swasta, seperti di kilang-kilang; mengadakan program khidmat masyarakat oleh penghuni pusat
serenti; menerokai modul rawatan yang baru, dan lain-lain lagi. “LEBIH BAIK CEGAH” agar kita
semua dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni.
SOALAN UNTUK PANEL 2 (WAKIL SEKOLAH)

Apakah yang dimaksudkan dengan DARVIH?

DARVIH adalah singkatan untuk Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV.

Dadah : Dadah merupakan sejenis bahan yang merbahaya dan mendatangkan kemudharatan
kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkahlaku pengguna seperti
ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.

Alkohol : Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi
sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif
dan bercelaru.

Rokok : Rokok adalah silinder dari kertas yang mengandungi bahan busa serabut sintetik dannikotin
yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru.

Vape : Vape atau rokok elektrik adalah salah satu jenis dari penghantar nikotin elektronik. Rokok
elektrik dirancang untuk membantu pecandu rokok tembakau mulai berhenti merokok. Rokok elektrik
bekerja dengan cara memanaskan cairan yang ada dalam tabung dan kemudian menghasilkan wap
seperti asap yang umumnya mengandung berbagai zat kimia. Pengguna menghisap zat kimia ini
terus dari corongnya.

Inhalan : Inhalan merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aerosol,
pelekat deodoran, pemetik api, cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal.

HIV : HIV merupakan virus yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan
semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

Bagaimana pula langkah pencegahan penyalahgunaan dadah yang diambil oleh pihak
sekolah?
Di sekolah, Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (PPDa) merupakan langkah awal untuk
membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid – murid. Seandainya tidak dibendung,
masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan
pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan
murig mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak
ingin melihat murid kita terutamanya terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah
dalam membenteras masalah ini amatlah penting. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat
penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini
menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.
Semua orang tahu rokok dan vape itu bahaya. Jadi, sebagai seorang murid bagaimanakah
cara untuk mengelak diri daripada terjebaknya rokok dan vape ini?
Kesedaran diri ini penting pada setiap murid untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa
membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan
tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Murid – murid kini terlalu terdedah dengan
pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah rokok dan
vape ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan yang
baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'.
Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri murid itu sendiri untuk menjadi yang
berkualiti.

Bagaimana pula di pihak sekolah, apakah peranan pihak sekolah dalam usaha menangani
masalah rokok, vape mahupun dadah?

Sebenarnya, pendidikan adalah salah satu mekanisme terbaik dalam menangani masalah ini. Kalau
dilihat daripada profil penagih yang dikesan, 72 peratus daripada mereka hanya mendapat pendidikan
sehingga tingkatan tiga. Sekiranya kita mempertingkatkan pendidikan di kalangan anak-anak muda,
baik dari segi pendidikan khusus mengenai rokok, vape atau dadah mahupun pendidikan am, kita
akan dapat mengawal gejala ini dengan lebih baik lagi. Pada saya, semua pihak perlu melibatkan diri
dalam usaha menangani gejala dadah. Apa yang diperlukan ialah penjagaan yang berterusan dalam
hal ini, atau apa yang disebut sebagai "continuum of care". Sekiranya terdapat kelemahan dalam
mana-mana aspek pencegahan atau rawatan, maka akan lemahlah seluruh usaha kita untuk
membendung dadah.

Kesimpulannya,
Kesimpulannya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu
berganding bahu memerangi gejala merokok, vape dan penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama berusaha memerangi gejala buruk dan tidak sihat ini kerana dadah adalah musuh
utama negara dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai
pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah.
Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita adalah contoh dalam
kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahgunaan dadah ini mencemarkan nama baik
bangsa amnya dan negara khususnya. “LEBIH BAIK CEGAH” sebelum terlambat.

You might also like