You are on page 1of 15

MAKSUD DADAH

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta
tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang
menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan
mereka .
JENIS DADAH
Opiat
Contoh : Candu,morfin,heroin dan kodein
~Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan .
Canabinoid
Contoh : Ganja ,hashish dan manjuana.
~Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus canabis Tetra
Hydrocannibol (THC).

Stimulan
Contoh : Phetamine kokain
~Sejenis daun koko,paste koka,kokain freebase dan crack kokain .

Depreseo
Contoh : Methakualon,traquliser dan rohypnol
~Merupakan bahan perubatan ,ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat .

Halusinogen
Contoh : Lysergic acid,halluceno-genic mushroom,dietthylamide (LSD),trymethyltrp tamine
(DMT) ,phenlyclidine(PCP) dan katamine .
~Merupakan dadah asli dan sintatik
~Mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak ,

Psikotrapik
Contoh : Methamphetamine,amphetamine,Methylene Dioxymetham Phetamine(MDMA),dan pil
ecstasy (XTC) .
~Merupakan dadah yang bertindak balas dengan otak dan merangsang fizikal .

Inhalant
Contoh: Gam,ubat nyamuk ,minyak petrol,cat cair,thinner,cecair pemetik api,spray rambut,krim
pencuci,marker pen,dan lain-lain.
~Tidak ditakrifkan sebagai dadah .
~Walau bagaimanapun, Inhalant mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi
kesannya .

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH
Kurang didikan agama oleh ibu bapa
Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah
terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-
anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan
masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan
agama yang rapuh .
Pengaruh rakan sebaya
Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan
orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling
rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya
adalah sangat kuat.

Pemberontakan diri
Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu
autoriti .Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes
terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .
Gangguan Emosi
Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya
kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian
menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah
yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan
kesan lupa dan euphoria yang lama.

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang
sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan
materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak
bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka
rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.
Bak kata pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya ,bermaksud
ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan
memberikan didikan yang sempurna .




KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
KESAN PADA INDIVIDU
Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih
dadah ,jenayah serta penipu.
~Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan memahami mereka dan
memandang serong terhadap mereka .
~oleh itu, penagih dadah akan mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan
perasaan mereka atau mencari keseronokan dari dadah tersebut .

Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
~Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah
mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada
dalam dunia yang tidak wujud .
Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .
~Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah
menjadi lebih kurus hari demi hari .
~Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah. Bulatan
hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi hari
Berubah menjadi panas baran ,pengsan dan kehilangan tenaga seks.
~Dadah akan mengubah sikap penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah
dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-
perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah.
Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .

KESAN PADA KELUARGA
*Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan pihak
masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan keluarganya.


*Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga
dan wang yang banyak untuk merawatnya.
Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang telah terjerumus
dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang
kekal dan berkesan disebabkan oleh mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada
penagih.


*Rumah tangga menjadi porak peranda.
Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan mencetus
pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi bercerai-berai.Sekiranya,pandangan yang
berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain.


*Menghancurkan harapan ibu bapa.
Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau anggota
keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak mudah mereka bangun.

*Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.
Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan
kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus merana.
KESAN PADA NEGARA
Kesan Kepada Ekonomi
Melibatkan kos penagihan dadah kepada masyarakat
- Kos penagihan
- kos kehilangan produktiviti
- tambahan kos perubatan
- lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah,pencegahan dan lain-lain.

Kesan Kepada Keselamatan
- Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh .
- Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat .
- Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
- Menjejaskan kesopanan.

Kesan Kepada Kesihatan
- Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling .
- Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat .
- Emosi akan terganggu.






LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH
1)Kempen
~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.

2)Gaya hidup yang sihat
~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh
badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3)Pendidikan
~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi

4)Media massa
~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan
di
majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan
jelas







AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
~Merupakan suatu akta bagi membuat peruntukkan yang lebih baik untuk mengawal
pengimportan, pengeksportan, pengilangan dan penggunaan candu.
~Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-
kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.
AKTA PENAGIH DADAH ( RAWATAN DAN PEMULIHAN)1983 PINDAAN 1998
~Digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah
~Selain itu ia merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan terhadap
penagih-penagih bagi memastikan mereka tidak mengulanginya lagi.
AKTA DADAH BERBAHAYA ( LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
~Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai tahanan pencegahan orang-
orang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang terhubung pengedaran dadah yang
berbahaya.
AKTA DADAH BERBAHAYA ( PERLUCUTAN HARTA) 1988
~Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang
berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan serta perlucutan harta yang berkaitan
dengan aktiviti yang mempunyai hubungan dengan kasalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah
Berbahaya 1952.








Pengenalan Dadah
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",
"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan
dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari,
anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya
anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman
dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah
perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna


















Agensi AntiDadah Kebangsaan
Agensi AntiDadah Kebangsaan atau nama singkatanya iaitu AADK telah ditubuhkan secara rasminya
pada 17 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan
Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi
di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).
Sejarah
Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)
dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan
(BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi AntiDadah
Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B.
Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.
[1]

Peranan
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah
dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Bidang Tugas
Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
Melaksanakan program pencegahan
Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan
menilai keberkesanan program anti dadah negara
Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri
adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah
bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.








Jenis-jenis Dadah
OPIAT
Pengenalan
Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.
Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.
OPIAT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Candu Getah Bunga Popi Amerika Selatan
Columbia
Heroin Acetic, Anhydride, Acetone Guatamala
Acetic Acid (glacial) Mexico
Calcium Oxide Asia Tenggara
Potassium Carbonate Burma
Sadium Carbonate Loas
Sadium Hydroxide Thailand
Sadium Hypoclorite
Morfin Opium Alkaloid Afghanistan
Kodein Opium Alkaloid Pakistan

KANABIS
Pengenalan
Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus cannabis. THC(Tetra Hydrocannibol) Dikenali
sebagai ganja, marijuana atau kanabis. Ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga
pokok kanabis yang di jadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau
KANABIS BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Ganja
Marijuana
Pokok Genus Cannabis Bahan
Kimia THC (Tetra
Laos
Thailand
Hashish
Hashish oil
Hydrocannabinol) Cambodia
Filipina
Indonesia

DEPRESEN
Pengenalan
Bahan perubatan ubat penenang, untuk menukarkan system saraf pusat. Depresan dimakan dalam
bentuk tablet/kapsul, kapsul barbiturat dipecah, dilarut ke dalam air dan disuntik, dicampur dengan
heroin, dimakan dalam bentuk/kapsul.
DEPRESEN BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Methaqualone Acetic Anhydride, Acetone,
Antranitic Acid, Ethyl
Ether,
Toluene.
India
Jepun
Benua Eropah
Tranquliser Benzodiazephine
Diazepam,
Chlorochazepoxide,
Aprazolam, Triazolam,
Nimetrazepam,
Flunitrazepam
Amerika Syarikat
Columbia
Mexico
Eremin 5 Triazolam, Nimetrazepam China
Taiwan
Myanmar






PSIKOTRAPIK
Pengenalan
Psikotrapik merupakan dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal. Terdiri daripada
Amphetamine Type Stimulants (ATS).
PSIKOTRAPIK BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
METHAMPHETAMINE
(syabu, ice, batu kristal,
kaca diamond)
Acetic Acid Acate Antiydride
Acetone, Chloroform,
Ephedrine Ethyl Ether
Hydrochloric Acid 1-
Phenyl
2-Propanone
Pseudoephedrine
Sulphuric Acid Toluene
China
Taiwan
Myanmar
AMPHETAMINE Chloroform Acetic Acid
Palladium Hydrogen Gas
Phenylacetic
Jerman
Belanda
MDMA (METHYLENE
DIOXYMETHAMPHE
TAMINE)
PIL ECSTASY (XTC)
(Pink lady, playboy)
Acid Acetic, Acetone,
Choloroform Ethy Ether,
Hydrochlaric Acid, Isosafrole,
Peperonal, Satrole, Sulphuric
Acid, Toluene, 3,4
Methylenedioxyenyl-2-
propanone
Jerman
Belanda
Indonesia









STIMULANT
PENGENALAN
Stimulan merukan dadah jenis Kokain yang juga dikenali sebagai kokain rock adalah nama untuk
sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan powder
yang hasilnya berbentuk granules. Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat
berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.
STIMULAN BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Phentermine Daun Koka Peru,
Bolivia,
Columbia,
Pergunungan Andes,
Amerika Selatan
Kokain Pokok Erythroxylon Campuran
bahan alkohol/benzol Asid
Sulfuric dan Natrium
Karbonat, Acetone.
Ephedra Ephedrine China

HALUSINOGEN
PENGENALAN
Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual susah untuk membezakan yang benar atau
tidak.
HALUSINOGEN BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Lysergic Acid
Diethylamide (LSD)
Lysergie Acid Amerika Syarikat
Mexico
Phenlyclidine (PCP)
Phencyclidine
Phencyclidine
Dimethyltryptamine
(DMT)
Daun Piptadenia Peregrina
Ketamine 2- Chlovophenrl,
2-Methylamine
Cyclohexanonec
INHALANT
PENGENALAN
Inhalant tidak diktiraf sebagai dadah. Walaubagaimanapun kesannya banyak persamaan dengan
dadah.
INHALANT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Petrol
Thinner
Pemetik Api
Hydrocarbon,
Nitrous Oxide

NAMA /
BENTUK
CARA
PENGAMBILAN
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN
PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
Gam, ubat
nyamuk,
minyak
petrol, cat
cair,
thiner,
cecair
pemetik
api, spray
rambut,
krim
pencuci
Dihidu melalui
hidung.
Nota :
Kebanyakan
pengambilan ini
dilakukan oleh
remaja dan belia
Bertindak di atas
sistem saraf pusat,
khayal, halusinasi
Loya,
bersin,
hidung
berdarah,
letih tidak
bertenaga,
hilang
selera
makan,
tubuh
mengeletar,
Susut berat
badan,
pendarahan
dalam otak,
hapetitis B,
sistem saraf
tunjang
rosak,
ganguan
paru-paru
dan saluran
penafasan,
mati.


PREKURSOR

Prekursor ialah mana-mana bahan yang dinyatakan dalam Jadual I dan II,
United Nation Convention Against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and
Psychotropic Substance 1988.
Bahan-bahan ini juga disebut precursor atau bahan-bahan kimia
perlu (essential chemicals) bergantung kepada sifat bahan kimia
termasuk precursor tulin, pelarut, bahan-bahan Oxidising dan lain-
lain bahan yang digunakan dalam pengilangan haram narkotik dan
bahan psikotropik.
Senarai precursor dan bahan kimia yang disenaraikan di bawah
Jadual I dan II United Nation Convention Against Illicit Traffic in
Narcotic Drugs and Psychotropic Substance 1988 seperti berikut :
JADUAL I JADUAL II
Ephedrine
Norepheride
Ergometrine
1-ohenyl-2propanone
Pseudoepherine
Acetic Anhydride
Acetone
Anthranilic Acid
Ethyl Ether
Phenylacetic Acid
N-acetylanthranilic Acid
3-4 Methylenedioxyphenyl 2-
Propanone
Safrole
Isosafrole
Piperonal
Piperidine
Methyl Ethyl Ketone
Toluene
Potassium Permanganate
Sulphuric Acid
Hydrochloric Acid

You might also like