You are on page 1of 11

PENGENALAN DADAH Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan

seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila menggunakan bahan tersebut.. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah seterusnya akan menyebabkan ketagihan. Pelbagai jenis dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah. Pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat. Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. CIRI-CIRI DADAH Dadah adalah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem Saraf pusat ( otak dan saraf tunjang ) Digunakan bukan tujuan perubatan dan Penggunaanya adalah dilarang atau disekat. Diperolehi secara haram atau penyeludupan. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal Meningkatkan daya tahan badan Mendatangkan kesan kesan yang negatif Bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial. ciri -ciri seperti

PENGELASAN DADAH Dadah boleh dikelaskan seperti berikut: 1. Opiat : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina 2. Kanabis : ganja dan hasyis 3. Penekan : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer 4. Perangsang: jenis amfetamin dan kokain 5. Halusinogen: lsd, meskalina dan psilosibina APAKAH PENYALAHGUNAAN DADAH Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulangulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira yang melampau atau ketagih yang bertujuan untuk lari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian. Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun: a) berlaku masalah dalam diri atau masyarakat b) sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah c) meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu. Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah akan timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.

Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabkan penyalahgunaan dadah mengakibatkan pelbagai masalah kepada 2

masyarakat dan negara. Seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat. Malah ada yang menjadi tidak siuman. Penyalahgunaan dadah sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor pertama ialah keinginan mencuba sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan menjadi teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih kerana mereka boleh terpengaruh dan mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah. Selain itu, tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi. Penyalahgunaan juga disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap kesan buruk yang akan menimpa mereka yang ketagih dadah. Sudah pasti kebanyakan remaja yang tercicir dari sekolah atau yang berasal dari luar bandar kurang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan buruk dadah. Oleh itu, apabila mereka telah merasai nikmat dadah, mereka beranggapan tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka. Sekiranya disenaraikan satu persatu, keburukan yang dibawa oleh dadah adalah sangat banyak. Oleh itu, penyalahgunaan dadah harus diatasi. Cara mengatasi yang utama ialah melalui pendidikan mengenai bahaya dadah. Pendidikan ini kelak mengelakkan remaja terjerumus dalam dadah. Pendidikan patut dilakukan oleh ibu bapa dan guru. Kempen kesedaran yang lebih berkesan haruslah diadakan dari masa ke masa oleh pihak kerajaan dan swasta. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen ini berlangung dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Para penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar pula hendaklah dijatuhi hukuman yang setimpal seperti gantung sampai mati. Hukuman yang 3

diterima oleh mereka akan dapat membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan berasa ngeri untuk melakukan perbuatan itu. APAKAH PENAGIHAN DADAH BERBEZA DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya: a) memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini a) mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan c) terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama. Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri. Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling. Peringatan Istilah atau takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut ( gam dan petrol ), alkohol, daun ketom dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesan-kesan dan akibat dari penggunaannya. Sama ada digunakan secara betul, bsalah atau berlebihan.

Firman allah s.w.t. Dalam surah al-baqarah, ayat 195: Maksudnya: dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan berbuat baiklah; kerana sesungguhnya allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki dirinya. REMAJA DAN DADAH Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kerapkali berlaku disebabkan keinginan untuk mencuba. Mereka membayangkan tindakan yang dilakukan kini memberi kesan pada masa depan dan mereka cenderung beranggapan, mereka mempunyai kekuatan untuk mengatasinya dan bebas daripada masalah.

Penggunaan alkohol dan tembakau pada usia muda menambahkan lagi risiko penggunaan dadah pada masa depan. Sesetengah remaja mencuba dadah dan berhenti, sesetengahnya pula akan menggunakan dadah sekali sekala, yang lainnya bergantung kepada dadah dan seterusnya beralih kepada dadah yang lebih berbahaya dan mencederakan diri sendiri dan orang lain. Remaja menggunakan dadah untuk berbagai sebab: Ingin tahu Merasa bagus Mengurangkan ketegangan Merasa lebih dewasa Menyesuaikan diri dalam sesuatu kumpulan TEMPAT REMAJA MENGGUNAKAN DADAH Rumah - Kebanyakan penggunaan dadah berlaku di rumah di mana ibu bapa adalah bertanggungjawab Sekolah - Mereka menggunakan dadah di sekolah hanya apabila tiada lagi tempat lain Rumah Kawan - Kemungkinan juga mereka menggunakan dadah di rumah kawan atau di tempat lain dalam komuniti mereka

REMAJA YANG BERISIKO MENGGUNAKAN DADAH Mempunyai sejarah ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah Berasa murung Mempunyai rasa rendah diri Beranggapan mereka tidak boleh menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan Kesedaran tentang bahayanya penggunaan dadah makin menurun Laporan dari para remaja - Mudah untuk mendapatkan bekalan dadah FAKTOR PENYEBAB YANG MEMUNGKINKAN PENINGKATAN PENGGUNAAN DADAH Generasi belia kini sebagai pelapis generasi terdahulu yang telah melihat, mengalami dan mengetahui kesan-kesan buruk dadah Liputan media yang berkurangan mengenai iklan anti-dadah Ibu bapa hari ini, mungkin pernah terjebak dengan dadah semasa remaja merasa malu untuk menegah anak-anak mereka dari menggunakan dadah Lebih cenderung menerima gejala negatif menerusi rap, rock muzik, dsb. Menghisap rokok merupakan asas untuk mendekati ganja dan bertindak sebagai laluan utama ke lain-lain dadah berbahaya. PENCEGAHAN (RAWATAN DAN PEMULIHAN) Boleh ditahan untuk pengujian urin di bawah Sek. 3(1) Akta ini, jika disyaki penagih dadah. Jika disahkan sebagai penagih, hakim boleh menjatuhkan hukuman di

bawah Sek. 6(1): Menjalani rawatan dan pemulihan untuk 2 tahun disusuli oleh pemerhatian atau. Diletakkan di bawah pengawasan dalam komuniti selama 2-3 tahun. Jika menagih semula - hukuman penjara 5-7 tahun dengan 3 sebatan. 6

Menagih semula sekali lagi hukuman penjara 7-13 tahun dengan 3-6 sebatan.

CARA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA DADAH Katakan Tak Nak kepada tawaran dadah Libatkan diri dalam aktiviti sihat sukan, kumpulan belia Buat kerja sukarelawan membersihkan tempat persekitaran dalam komuniti Berkongsi maklumat dan pengetahuan anda, mempromosikan maklumat bebas dadah Memulakan projek yang menggembirakan bersama rakan-rakan seperti membuat kraftangan. Membaca buku, akhbar dan majalah. Mengunjungi tempat baru muzium, taman, perpustakaan. Mencatit ke dalam diari sesuatu yang diimpikan, perkara-perkara yang membuat anda rasa gembira. Jadilah role model untuk kanak-kanak melatih mereka dalam sukan, membantu mereka melakukan kerja sekolah. Merehatkan diri di tempat yang sunyi dan fikirkan tentang matlamat dan citacita anda di masa hadapan. Strategi mengendalikan pelbagai lapisan masyarakat adalah paling berkesan untuk mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah dan persekitaran Bentukkan perikatan komuniti: galakkan kumpulan belia menceburi Belia dan rekreasi Penjagaan kesihatan Komuniti perniagaan Pertubuhan sivik Bidang perundangan 7

Pemadam telah mensasarkan untuk mengambil 1 daripada 5 juta penuntut di seluruh negara untuk Program Sahabat: Bertujuan mencegah penuntut terjebak dengan dadah serta pengaruhpengaruh negatif. Penuntut m erupakan kumpulan sasaran disebabkan mereka sering terlibat dalam masalah dadah. STATISTIK PENYALAHGUNAAN DADAH Pada tahun 2006 sebanyak 664 kes telah dikesan. Ini terdiri daripada 627 lelaki dan 37 perempuan. Hampir semua daripada kes ini adalah kes baru 97.45% lelaki dan 97.30% perempuan. Sebanyak 253 (49.2%) berpelajaran SRP/LCE/PMR. Jenis dadah yang popular ialah ganja (312 kes atau 46.99%) diikuti oleh metamfetamin (151 kes atau 22.74%) daripada jumlah kes dikesan. Remaja paling banyak dipengaruhi oleh kawan dalam penyalahgunaan dadah (343 kes atau 74.1%). Daripada jumlah ini 338 kes (98.54%) adalah kes berulang. Hampir setengah daripada penagih remaja yang dikesan berumur 18 tahun (351 kes atau 52.86%). Cara penggunaan utama ialah menghisap (312 kes atau 46.98%). Negeri Kelantan mempunyai paling banyak kes yang dikesan (147 atau 22.14%). RAWATAN Masalah penggunaan dadah boleh dikurangkan sekiranya ibu bapa memberi pendedahan tentang bahaya dadah. Ibu bapa boleh membantu dalam: Pendidikan awal tentang dadah. Berkomunikasi secara terbuka.

Menjadi teladan yang baik. Mengenalpasti masalah pada peringkat awal. Mendapat nasihat dan berunding dengan pakar psikiatrik. Melibatkan diri dalam proses pemulihan anak. Satu rawatan sahaja tidak mencukupi. Perlu memadankan keadaan rawatan,

intervensi dan perkhidmatan kepada setiap masalah dan keperluan individu. Beri perhatian kepada pelbagai keperluan individu bukan sahaja penggunaan dadah Beri tumpuan kepada masalah perubatan, psikologikal, sosial dan kognitif. Tetap berada dalam rawatan untuk satu tempoh masa yang mencukupi Kajian menunjukkan, keadaan bertambah baik selepas menjalani 3 bulan rawatan. Kaunseling dan lain-lain terapi tingkahlaku yang kritikal Motivasi. Membina kemahiran untuk menentang penggunaan dadah. Menggantikan tabiat penggunaan dadah dengan aktiviti yang berguna dan bermanfaat. Mahir menyelesaikan masalah. Mudah menjalinkan hubungan antara orang perseorangan dan berkeupayaan untuk berfungsi di rumah dan dalam masyarakat. Detoksifikasi perubatan Membantu menangani gejala tarikan. Detoksifikasi sahaja tidak mencukupi untuk membantu penagih mengekang diri daripada dadah Ia hanyalah petanda untuk rawatan penagihan dadah yang berkesan Rawatan bukanlah secara sukarela sahaja Motivasi yang padu memudahkan rawatan.

Pujukan dari keluarga, sekolah, sistem perundangan juvana membantu meningkatkan bilangan penagih yang menjalani rawatan, kadar pengekalan dan kejayaan intervensi rawatan. Pemulihan adalah proses jangka-panjang dan memerlukan beberapa sesi rawatan Penagihan semula mungkin berlaku. Memerlukan rawatan berterusan untuk jangkamasa yang lama dan beberapa sesi rawatan. Penglibatan dalam program sokongan membantu diri amat baik untuk mengekang diri daripada dadah. Ketahuilah perkhidmatan rawatan aftercare.

10

OBJEKTIF Memberi pendedahan tentang bahaya-bahaya dadah kepada remaja. Untuk melahirkan remaja yang bebas dari dadah sekali gus menjadikan remaja yang bertanggung jawab, bermoral dan berakhlak mulia. Melalui program-program yang dijalan akan membuka kotak fikiran remaja tentang dunia realiti sebenar. Mengukuhkan dan memantapkan pendirian dan jati diri para remaja. Membina bangsa Malaysia yang lebih sihat.

MATLAMAT Matlamat melaksanakan program anti dadah ini adalah untuk memberi pendekatan secara berhemah kepada para remaja terutamanya remaja pada masa kini tentang keburukan dadah. Ia akan dilakukan melaui usaha dan gerakan secara bersama melibatkan semua pihak dan lapisan masyarakat setempat.

11

You might also like