You are on page 1of 3

Terlebih daluhu saya selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia

(UUM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang dapat
mengadakan program kemasyarakatan di Felda Air Tawar 1 pada pagi ini bagi menjayakan ......
(Nama Program Secara Detail)
Ucapan terima kasih juga saya nak sampaikan kepada Jawatankuasa Penduduk dan semua
penduduk Kawasan Rancangan Felda Air Tawar kerana sudi membenarkan sambutan ini
diadakan dalam komuniti ini.

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,


Program Kemasyarakatan Program Anti Dadah (Nama Program Secara Detail)ini
bertujuan untuk memperingati bahawa masalah dadah masih merupakan musuh nombor satu
negara. Justeru, apa jua usaha yang dilakukan sama ada kerajaan, mahupun setiap anggota
masyarakat merupakan satu perjuangan, berjuang untuk menghapuskan dadah sebagai musuh
negara. Dengan erti kata lain, permasalahan dadah ini harus diperangi diperingkat akar umbi dan
seterusnya menghapuskan permintaan dan bekalan dadah di negara ini.
Strategi yang digunakan ialah dengan menggerakkan segenap lapisan masyarakat serta
meningkatkan kerjasama di kalangan pemimpin masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan
agar kita dapat merealisasikan Malaysia Bebas Dadah Tahun 2015.
Untuk makluman semua hadirin, tema program kemasyarakatan kempen anti dadah yang kami
anjurkan ini ialah Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah. Tema ini dipilih dengan harapan dapat
membangkitkan kesedaran semua anggota masyarakat tentang betapa bahayanya ancaman dadah
terhadap masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Sekiranya gejala dadah terus berleluasa, tiada individu, keluarga ataupun masyarakat yang akan
selamat. Ini bersandarkan realiti bahawa dadah mampu menguasai tubuh dan minda penagih,
sindiket dadah pula mampu menjejaskan ekonomi negara, dan penyeludupan dadah akan menjadi
punca kepada gejala jenayah dalam masyarakat. Kempen sebegini diharap dapat memberi
inspirasi dan mengerakkan sokongan padu daripada masyarakat dalam usaha membasmi dadah.

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,


Berdasarkan kepada laporan statistik sistem maklumat dadah kebangsaan (NADI) AADK,
penagih yang dikesan sepanjang tahun 2014 ialah seramai 12,352, iaitu 5,939 PENAGIH BARU
dan 6,413 PENAGIH BERULANG.

Dari perangkaan tersebut menunjukkan bahawa dalam sebulan seramai 514 rakyat Malaysia
terjerumus sebagai PENAGIH BARU dan 556 orang sebagai PENAGIH BERULANG. Dalam
satu hari terdapat 17 orang yang menjadi penagih baru dan 19 orang menjadi penagih berulang.
Di Negeri Johor, didapati seramai 1,828 orang penagih yang dikesan, seramai 564 penagih baru
dan 1,264 orang penagih yang berulang.
Kita semua perlu sedar ini merupakan angka-angka yang dapat dikesan, bagaimana dengan
mereka yang tidak dapat dikesan atau ditangkap? Hal ini merupakan senario yang kritikal dan
merupakan cabaran kepada agensi antidadah kebangsaan yang berfungsi sebagai Agensi Utama
dalam memerangi dadah, musuh nombor satu negara.

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,


Saya juga ingin mangambil kesempatan ini menekankan peranan wanita dalam usaha menangani
masalah penyalahgunaan dadah ini. Perangkaan AADK menunjukkan hanya segelintir golongan
wanita yang terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah.
Maka berlandaskan kepada keyakinan bahawa peranan golongan wanita terlalu penting dalam
usaha untuk mencapai Malaysia bebas dadah 2015, maka pada tahun ini, AADK telah merancang
strategi bagi terus memperkasakan peranan wanita dalam usaha-usaha untuk mencegah
penyalahgunaan dadah melalui program Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH).
Seperti yang kita sedia maklum, golongan wanita mampu memainkan pelbagai peranan dalam
kehidupan mereka. Wanita ini adalah seorang ibu, seorang isteri, seorang guru, seorang teman,
dan seorang pekerja. Golongan wanita ini juga merupakan seorang insan yang mampu untuk
mendidik anak-anak dengan lemah-lembut tetapi tegas dalam membuat keputusan. Mereka
mampu memberikan belaian, kasih-sayang, perhatian dan bersama dengan kerenah anak-anak
walaupun pada masa yang sama mereka terpaksa keluar bekerja untuk menampung kehidupan
keluarga.
Saya amat pasti, jika sesebuah keluarga itu bahagia secara automatik keluarga itu akan terlepas
dari cengkaman penyalahgunaan dadah, dan ianya akan menyumbang kepada menjadikan
Institusi Kekeluargaan, Pendidikan, tempat kerja dan komuniti serta kawasan tempat tinggal kita
bebas dari segala gejala sosial terutamanya penyalahgunaan dadah.
Dengan kata-kata cerdik pandai bahawa tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang
dunia, saya merayu kepada golongan wanita terutama kepada ibu-ibu untuk meluangkan sedikit
masa berqualiti untuk mendengar masalah dan keluhan anak-anak terutama di peringkat remaja
agar mereka merasa bahawa mereka masih disayangi dan diambil berat oleh ibu-ibu mereka.

Jika kita gagal berbuat demikian, maka jangan terperanjat jika anak-anak kita akan mencari
rakan sebaya untuk meluahkan perasaan mereka. Cubalah kita fikirkan jika mereka mendapat
rakan sebaya yang baik, tetapi jika sebaliknya maka kita boleh membayangkan apa yang akan
terjadi.

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,


Selain daripada masyarakat wanita yang berperanan untuk bersama AADK untuk menentang
musuh nombor satu negara, saya juga ingin menyeru kepada semua pihak khususnya Ketuaketua Jabatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan, pemimpin-pemimpin tempatan dan masyarakat
umumnya untuk terus bekerjasama dan membantu AADK serta lain-lain agensi penguatkuasaan
bagi memastikan negara yang kita cintai ini bebas dari ancaman dadah.
Ingin saya tegaskan di sini, bahawa pemimpin masyarakat terutamanya jawatankuasa persatuan
penduduk dan rukun tetangga seharusnya mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan, barulah
akan terhasil kawasan yang lebih aman dan kondusif untuk didiami.
Apa yang penting ialah anggota masyarakat khususnya pemimpin atau ketua komuniti tidak
perlu menunggu sahaja sehingga sesuatu masalah itu menjadi wabak, tetapi perlu bertindak
untuk mengenalpasti permasalahan ini di kawasan masing-masing dan memaklumkan kepada
pihak berkuasa seperti AADK mahupun jabatan jabatan lain yang berkaitan untuk tindakan
yang sewajarnya. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, maka sasaran Malaysia bebas dadah pada
tahun 2015 pasti akan tercapai.

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,


Akhir-nya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JAWATANKUASA PENDUDUK DAN
FELDA AIR TAWAR 1 kerana kesudian untuk menjadi tuan rumah majlis ini.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AADK Negeri Johor, semua Jabatan
dan Agensi Kerajaan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), para pemimpin masyarakat dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari
Anti Dadah Kebangsaan yang bermula sejak semalam hingga ke hari ini.
Saya berharap program seperti ini memberi mesej yang jelas kepada semua masyarakat agar
berganding bahu memerangi ancaman dadah. Saya juga berharap agar apa jua program dan
aktiviti antidadah di masa akan datang memberikan kejayaan kepada semua pihak demi
kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita cintai.
Sekian, terima kasih.

You might also like