You are on page 1of 10

TUGASAN BERASASKAN

MASALAH
(MEROKOK)

NAME PENSYARAH:
PN HAFIZAH BT MOHD YUSOF

NAMA (NO MATRIKS):


BRYAN SEE ZHEN XIANG (09DAK20F1001)
HOO HUI SHAN (09DAK20F1013)
LEE CIA CIA (09DAK20F1008)

0
INDEKS
1.0 Pengenalan 2
1.1 Definisi Merokok
1.2 Tujuan Dan Objektif Kajian 2

2.0 Punca Masalah Merokok 3


2.1 Faktor-Faktor Menyebabkan Merokok

3.0 Cara Mengatasi Masalah Merokok 4

4.0 Cadangan 6

5.0 Kesimpulan 7

6.0 Borang Soal Selidik 8

1
1.0 Pengenalan
1.1 Definisi Merokok

Merokok adalah tabiat yang berbahaya. Peratusan perokok di seluruh dunia meningkat dan ini akan
meningkatkan lagi masalah yang timbul dari tabiat merokok ini. Di Malaysia, statistik menunjukkan
rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar
daripada 18 bilion batang pada 1998. Jumlah perokok pula meningkat dari 3.1 juta pada tahun 2007
kepada 4.7 juta dalam tahun 2011. Penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di
negara ini, yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun. 49
peratus daripada lelaki dewasa di negara ini merokok, melebihi kadar di negara maju seperti di
Britain (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus). Sebilangan besar
perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah
19 tahun. Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18
peratus pada 2000. Satu fenomena membimbangkan ialah lebih ramai gadis mulai merokok. Malah
remaja perempuan yang merokok, didapati bertambah daripada satu kepada lapan peratus,
khususnya di bandar. Dianggarkan setiap hari 50 remaja memulakan tabiat buruk ini. Berdasarkan
kajian, dalam sebatang rokok ada kira-kira 4,000 jenis bahan beracun yang disedut ke dalam tubuh
ketika seseorang itu merokok. Antara kandungan asap rokok yang memudaratkan ialah tar, nikotin
dan karbon monoksida. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana anda akan mengalami
ketagihan dan dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit

1.2 Objektif dan Tujuan Kajian

1.2.1 Sebagai rujukan dan garis panduan kepada pihak berkuasa yang melakukan intervensi kepada
rakyat yang merokok

1.2.2 Untuk memberi pengetahuan dan kesedaran bahaya merokok kepada rakyat

1.2.3 Untuk membolehkan rakyat yang merokok menghentikan tabiat merokok secara teratur dan
terancang

2
2.0 PUNCA MASALAH MEROKOK
Rakan sebaya
Rakan sebaya menjadi tempat untuk interaksi sosial dan mengatasi ketakutan, masalah dan
kekeliruan. Rakan sebaya juga menjadi tempat mencuba sesuatu benda baru dan di luar
daripada batas peraturan.
Mengimitasi atau meniru tabiat orang dewasa dan rakan sebaya supaya diterima oleh
“geng” dan rakan sebaya. Takut diejek atau diperlekeh oleh kawan-kawan menyebabkan
remaja mengambil risiko mencuba. Bermula sebagai perokok sosial akhirnya menjadi
perokok tegar akibat ketagihan nikotin. Dengan turut sama merokok, remaja memperoleh
pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan.

Pengaruh media massa dan idola


Usia remaja merupakan tempoh individu mencari identiti diri. Pengaruh media massa yang
menyiarkan iklan dan cerita yang mengambarkan hero seorang perokok yang hebat
memberi gambaran salah kepada remaja bahawa tabiat merokok itu ‘cool’ dan bergaya
serta lambang kehebatan.
Remaja biasanya akan menjadikan selebriti atau artis sama ada penyanyi, pelakon mahupun
pengacara sebagai idola. Mereka ingin menjadi seperti idola dengan meniru apa yang
digayakan atau apa yang dilakukan oleh idola mereka.

Persekitaran
Merokok telah menjadi sebahagian daripada budaya yang diterima oleh masyarakat
Malaysia. Ini menjadikan merokok tidak disifatkan sebagai suatu perbuatan yang salah bagi
masyarakat. Ini memberi tanggapan kepada remaja bahawa tabiat merokok adalah sesuatu
yang baik dan menjadikan naluri ingin mencuba semakin tinggi dalam diri mereka.
Rokok mudah dibeli dan dibawa sertaboleh didapati di mana-mana kedai atau kios tanpa
mengira tempat.

3
3.0 CARA MENGATASI MASALAH MEROKOK
1. KEMPEN
Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan mahupun
pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok melalui
pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, poster-poster
mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainya.

2. CERAMAH
Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya merokok,
kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau berhenti merokok
seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang terkandung dalam rokok, dapat
melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok, menjadi teladan yang
baik kepada anak-anak, dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat,
meningkatkan deria rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat
mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada
tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

3. KUAT SEMANGAT DAN BERDISIPLIN


Seseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok
seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota peringatan,
katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”, tumpukan pada hari ini jangan dulu fikirkan
hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan daripada orang sekeliling
seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan keinginan atau perasaan untuk
merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai.

4. BERPUASA
Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan
maksiat. Apabila berpuasa seseorang itu tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam
iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada
waktu malam jika selalu berpuasa, seseorang itu tidak hanya dapat menghentikan tabiat
merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah.

4
5. BERSUKAN ATAU AKTIVITI BERFAEDAH
Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan
dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok. Pilih aktiviti
sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan
motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan ini kerana ia dapat
menghindarkan dirinya dari tabiat merokok.

6. SERTAI PROGRAM SUKARELA


Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk
melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan
diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang dilakukannya, dia akan lupa
untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk menghisap rokok. Bagi ibu yang
mengandung pula hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang pentingnya menjaga
bayi yang dikandungnya dan dedahkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan
bayinya mahupun kesiahtan dirinya sendiri.

7. PELAJAR DIKENAKAN DENDA


Manakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang setimpal kepada
mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu akan diadukan kepada
pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah kerana pihak polis
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga
akan dipanggil untuk memberitahu perihal anak mereka yang merokok. Pelajar yang
merokok itu juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk menanyakan kenapa dia
merokok.

8. KUATKUASA UNDANG-UNDANG
Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu tidak
membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti dalam
panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang tertentu.
Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut.
Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah
lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan belas tahun akan
dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga diharap akan dapat
bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini, dengan tidak menjual kepada pembeli
yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan keuntungan saja.

5
4.0 CADANGAN
Merokok merupakan satu kegiatan yang sukar untuk dibanteras. Walaupun bahaya
merokok amat ketara dan besar pengaruhnya terhdap masyarakat, dari segi kesihatan,
ekonomi dan sosial teapi merokok masih tetap menjadi satu amalan masyarakat yang sukar
untuk di atasi. Oleh itu, berbagai-bagai langkah atau cara telah dilakukan untuk mengatasi
masalah merokok ini. Semua pihak diharapkan memberikan kerjasama untuk menjayakan
langkah-langkah yang telah disediakan oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam mengatasi tabiat merokok ini, semua pihak harus berganding bahu agar tabiat ini
dapat dihapuskan dalam generasi yang akan dating. Kesedaran dalam masyarakat untuk
membendung masalah ini berleluasa amat penting supaya generasi yang baru ini tidak
ketagih disebabkan hanya sebatang rokok.
Peranan kerajaan juga amat diperlukan dalam fenomena membendung tabiat merokok yang
semakin berleluasa kini. Usaha meningkatkan lagi harga sekotak rokok dan sekatan dalam
penyeludupan rokok secara haram harus dipertingkatkan lagi supaya masyarakat tidak
mengalami ketagihan tabiat merokok.

6
5.0 Kesimpulan
Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Manakala
instrument yang di gunakan ialah soalselidik bagi mendapat data yang telah di analisis oleh
penyelidik secara manual. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A
merupakan latar belakang responden, manakala bahagian B pula mengandungi lima
komponen iaitu komponen faktor hubungan sosial, komponen faktor
persekitaran,komponen risiko kebergantungan, komponen risiko kesihatan dan
komponen faktor sumbangan terhadap ketagihan bahan yang telah dikenalpasti untuk di
rumuskan di sini. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati terdapatnya punca
hubungan sosial, risiko bergantungan dan risiko kesihatan yang menyebabkan seseorang itu
merokok. Dapatan kajian ini juga menunjukan faktor persekitaran tidak menjadi
punca atau penyebab seseorang itu merokok. Dapatan juga menunjukan tabiat merokok
tidak menyumbang terhadap ketagihan bahan. Oleh itu, tabiat merokok perlu dilihat dari
sudut positif supaya dapat mewujudkan pemikiran yang jelas dalam proses
membendung sesuatu gejala dengan berkesan. Hasil kajian ini juga diharap dapat
memberikan sumbangan kepada yang berkenaan agar dapat memantapkan pengetahuan
dan meningkatkan lagi kempen serta kesedaran masyarakat tentang ancaman dan bahaya
merokok.

7
6.0 BORANG SOAL SELIDIK
Kumpulan kami telah membuat kajian dalam Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi di
Politeknik Ibrahim Sultan dengan menggunakan borang soal selidik. Berikut adalah statistik
yang kami dapat:

Jantina

11

36

Lelaki Perempuan

8
9

You might also like