You are on page 1of 18

KESEDARAN

KESAN BAHAYA
MEROKOK DI
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD KHAIR AIMAN
PENDAHULUAN
 Merokok adalah satu aktiviti yang sangat tidak sihat dan boleh menjejaskan produktiviti
masyarakat di sesuatu kawasan dalam satu tempoh yang lama.
 Terdapat lebih daripada 7,000 bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan rokok,
seperti cat, racun dalam ekzos kereta, kadmium dalam bateri, pelarut toluena, ammonia
yang digunakan untuk membersihkan tandas, naftalena dalam ubat gegat, tar yang
digunakan dalam pembinaan jalan raya, dan pembuatan Asid asetik.
 Dalang kepada ketagihan ini ialah nikotin, salah satu bahan yang terkandung dalam
rokok.
 Dari segi etika dan moral, tabiat merokok tidak pernah dijulang sebagai satu amalan
gaya hidup sihat, atau satu daripada mana-mana amalan yang murni.
 Tabiat merokok juga telah diiktiraf sebagai satu tabiat yang memiliki lebih banyak
kemudaratan kepada kesihatan dan kehidupan serta kewangan, berbanding
kebaikannya.
PERNYATAAN MASALAH

Semakin ramai timbulnya Kesan berbahaya


kes-kes perokok pasif merokok termasuk
kerana menghidu asap masalah jantung.
rokok basi. . Ini adalah Masalah jantung ini
disebabkan kurangnya disebabkan oleh
kesedaran mengenai nikotin yang
kesan bahaya merokok mengakibatkan
dalam kalangan saluran darah menjadi
masyarakat sehingga rosak dan sempit.
dapat mengganggu tahap
kesihatan orang yang
berada di sekeliling
perokok tegar.
OBJEKTIF PENULISAN
1. Mengenal pasti kesedaran masyarakat mengenai rokok itu mampu
menjejaskan kesihatan seseorang dengan mendatangkan penyakit
berbahaya seperti masalah jantung.
2. Mengkaji faktor yang mempengaruhi kesedaran tentang perokok pasif di
Malaysia.
TINJAUAN
LITERATUR
MEROKOK MENYEBABKAN PENYAKIT SEPERTI
MASALAH JANTUNG
 Menurut Dr Edward Nathan (2015), merokok adalah satu aktiviti
menjejaskan gaya hidup sihat yang boleh dicegah. "Boleh dicegah"
merujuk kepada akibat yang boleh dielakkan melalui tindakan tertentu.
 Menurut Al-Khusari et. al. (2020), jadual di bawah menunjukkan bahawa
responden yang menderita penyakit jantung koronari sebanyak 79 orang
(80%) sedangkan responden yang tidak menderita penyakit jantung
koronari sebanyak 10 orang (20%).

Penyakit Jantung Koronari


No Penyakit Jantung Koronari Frekuensi (f) Peratus (%)

1 PJK 79 80
2 Bukan PJK 10 20
JUMLAH 89 100
Kebiasaan Merokok

No Kebiasaan Merokok Frekuensi (f) Peratus (%)

1 Merokok 66 54

2 Tidak Merokok 23 46

JUMLAH 89 100

 Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati bahawa responden yang merokok adalah sebanyak
66 orang (54%) sedangkan responden yang tidak merokok sebanyak 23 orang (46%).
 Berdasarkan statistik yang diperolehi, p.value = 0,003 maka p < α (0.05),
keputusan statistiknya adalah Ho ditolak. Ini menunjukkan bahawa ada
hubungan antara kebiasaan merokok dengan penyakit jantung koronari, hal
ini terbukti dengan nilai OR = 16.7.
 Ertinya responden yang mempunyai kebiasaan merokok, mempunyai
peluang sebanyak 17 kali lebih besar untuk terkena penyakit jantung
koronari dibandingkan dengan responden yang tidak mempunyai kebiasaan
merokok.
 Penelitian ini sejajar dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Taruna
(2013) bahawa ada hubungan yang signifikan merokok dengan
terjadinya penyakit jantung koronari.

 Penelitian yang dilakukan oleh Komaria (2016) juga mengatakan


bahawa ada hubungan antara merokok dengan kejadian penyakit
jantung koronari.

 Penelitian yang dilakukan Fatma (2014) menyatakan bahawa ada


hubungan yang bermakna antara merokok dengan kejadian penyakit
jantung koronari.
FAKTOR KESEDARAN MENGENAI PEROKOK PASIF
DI MALAYSIA
 Berdasarkan Yong & Naidu (2012), terutamanya, golongan muda,
golongan berpendapatan rendah, lelaki, orang yang belum berkahwin,
orang Melayu, orang yang bekerja, penduduk luar bandar dan individu
berpendidikan rendah mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi
untuk merokok.
 Penemuan ini juga dikongsi oleh Yen (2005) dan Aristei & Pieroni
(2008), yang juga mendapati bahawa individu yang lebih tua kurang
berkemungkinan untuk merokok.
 Menurut Lim et. al (2019), lebih separuh daripada responden telah
terdedah kepada secondhand smoke (SHS) ataupun dikenali sebagai
perokok pasif dalam tempoh seminggu yang lalu (56.4%), dan
pendedahan perokok pasif (SHS) adalah lebih tinggi secara signifikan
dalam kalangan responden yang merokok (94.0% berbanding 49.9%,
p <0.001).
PEROKOK DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Menurut NHMS (2017), nisbah remaja yang menghisap rokok adalah 1:10.
Corak perkembangan yang semakin meningkat ini sangat
membimbangkan.
PENJELASAN KEPADA KANDUNGAN
 Berdasarkan tinjauan literatur yang dijalankan oleh pengkaji, jelas menunjukkan
bahawasanya kesedaran masyarakat mengenai bahayanya merokok itu kurang
dalam kalangan masyarakat terutamanya daripada golongan muda.
 Menurut Azmi (2020), Pengarah Urusan Advokasi Jenama Runcit dan Dagangan
Malaysia (RTBA Malaysia), Datuk Fazli Nordin berkata, berdasarkan kaji selidik
oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini juga mendapati
kanak-kanak semuda usia lima hingga tujuh tahun sudah terdedah kepada rokok
apabila diminta oleh bapa mereka untuk membelinya.
 Beliau berkata, tindakan itu mendorong kanak-kanak semuda usia lapan tahun
mencuba-cuba merokok. Peningkatan bilangan golongan remaja merokok di
Malaysia dipercayai berpunca daripada rokok seludup begitu mudah diperoleh
dan boleh dibeli pada harga jauh lebih murah yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
1. Ini juga menunjukkan kesedaran golongan muda berkenaan
dengan merokok itu juga sangat rendah sehingga dapat
menjejaskan kesihatan rakan-rakan mereka yang tidak merokok
(perokok pasif) di sekeliling mereka.

2. Dengan tahap kesedaran masyarakat yang rendah


mengenai bahayanya merokok ini mampu meningkatkan lagi
risiko kepada perokok-perokok pasif atau secondhand smoke
(SHS).

3. Mereka yang ingin menjalankan gaya hidup sihat akan


terjejas akibat perokokperokok yang mempunyai kesedaran
yang rendah ini.
LANGKAH DAN INTERVENSI
 Antaranya ialah program Speakout yang dijalankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap tahun. Program seperti ini mampu
memberi peluang kepada masyarakat yang terdedah (perokok pasif) untuk
memberi nasihat dan peringatan mesra kepada perokok-perokok tegar tentang
kesalahan yang mereka lakukan.
 Menurut Siti Farah Eliani (2020), walaupun tidak merokok, seseorang
sebenarnya terdedah kepada asap rokok basi dan asap rokok tertier, sekali gus
mendedahkan diri kepada pelbagai penyakit seperti seorang perokok.
 Kerajaan juga perlu menguatkuasakan pengharaman jualan rokok secara
berasingan untuk memastikan peruncit tidak menjualnya.
 Selain itu, hapuskan status bebas cukai bagi rokok dan produk tembakau yang
dijual di lapangan terbang dan kedai bebas cukai.
LANGKAH DAN INTERVENSI
 Seterusnya, kerajaan haruslah proaktif melarang mempamerkan rokok di kaunter
pembayaran di setiap tempat, kedai runcit, dan tempat panas utama yang lain.
Sebaliknya, produk ini harus dijauhkan daripada pandangan umum, contohnya di
bawah kaunter pembayaran, dan hanya dikeluarkan untuk jualan atas permintaan
khusus daripada pelanggan.
 Tingkatkan pembiayaan kerajaan untuk pendidikan, kempen anti-merokok dan
langkah-langkah untuk membantu perokok berhenti tabiat merokok bagi
meningkatkan produktiviti dan tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.
 Media juga diperlukan untuk menyokong berhenti merokok-media perlu meningkatkan
laporan mengenai kesan negatif tembakau untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang bahaya merokok dan menggalakkan mereka berhenti.
 Mengurangkan penggunaan tembakau adalah sebab utama rakyat Malaysia boleh
mencegah penyakit, mengurangkan pembuangan masa yang berharga dan mati awal.
LANGKAH DAN INTERVENSI

 Kerajaan haruslah menghentikan konflik dan meletakkan kepentingan rakyat melebihi


kepentingan industri.
 Akhir sekali, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang bahawasanya hanya
boleh merokok di tempat-tempat tertentu sahaja seperti bilik merokok dan sebagainya.
Kawasan yang tidak boleh merokok seperti restoran dan sekolah haruslah
diperketatkan undang-undangnya.
 Menurut Tuan Buqhairah et. al. (2021), perokok tegar didapati semakin berani
melanggar peraturan merokok di kedai makan dan restoran kerana tindakan
penguatkuasaan yang rendah pada ketika ini. Sebanyak 4,329 aduan diterima di
Selangor manakala 2,251 di Kuala Lumpur.
 Semua langkah yang disebutkan di atas adalah bertujuan untuk meningkatkan
produktiviti dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menjalani gaya hidup
sihat tanpa mempunyai sebarang sekatan dan tidak mengganggu keselesaan hidup
masyarakat yang sihat.
KESIMPULAN
 Secara ringkasnya, kajian ini menunjukkan ramai daripada remaja Malaysia memasuki
usia sekolah yang terdedah kepada perokok pasif (SHS) berbanding dengan orang
yang lebih dewasa.
 Penemuan ini menunjukkan pelbagai langkah kesihatan awam yang boleh dilakukan
seperti promosi kesihatan. Aktiviti untuk mencipta dan meningkatkan kesedaran
tentang kesan buruk dan bahayanya merokok terhadap kesihatan adalah sangat
munasabah. Selain itu, pelaksanaaan pelan intervensi berasaskan komuniti juga perlu
diperluas.
 Contohnya, KOSPEN (Komuniti Sihat, Pembina Negara-Komuniti Sihat, Pembina
Negara), Projek Kementerian Kesihatan Malaysia seperti hari tanpa tembakau harus
digalakkan untuk menyediakan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai yang
menghadapi kesukaran dalam melaksanakan larangan merokok di rumah serta tempat
awam.
 Langkah-langkah ini pada akhirnya akan membantu mengurangkan pendedahan
golongan muda kepada asap rokok di rumah.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like