You are on page 1of 10

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA


TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN TAK NAK MEROKOK


DI KLIA

TEMPAT
ANJUNG TINJAU, TINGKAT 5,
BANGUNAN TERMINAL UTAMA,
LAPANGAN TERBANG KLIA

TARIKH
26 APRIL 2014 (MASA : 11.00 PAGI)

1
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Azman Bin Abu Bakar


Pengarah Kesihatan Negeri Selangor

Yang Berbahagia Dato’ Azmi Bin Murad


Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airports Holding Berhad

Yang Berusaha
Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad
Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan

Dr. Zainal Ariffin Bin Omar


Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit

Ketua – ketua Jabatan dan agensi di Lapangan Terbang KLIA dan pegawai
– pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pegawai Kesihatan
Daerah

Ahli-ahli Jawatankuasa Kempen Tak Nak Merokok di KLIA, Tuan-tuan dan


Puan-puan sekelian.

1. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-


Nya, kita telah diberi peluang untuk berkumpul bersama – sama pada
pagi yang berbahagia ini. Pertama–tamanya, saya ingin mengucapkan

2
terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan Majlis Perlancaran Kempen Tak Nak
Merokok Peringkat Negeri Selangor di KLIA - – Ke Arah KLIA
Bebas Asap Rokok pada hari ini.

2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg.


Dato’/Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang berkesempatan hadir bersama
memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Saya Hormati Sekelian,

3. Kempen Anti Merokok adalah senonim dengan Kempen Cara Hidup


Sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kempen Anti Merokok secara komprehensifnya telah dilancarkan pada
tahun 2004 yang dikenali sebagai Kempen Tak Nak. Ianya bertujuan
untuk:-

 meningkatkan kesedaran orang ramai kepada bahaya


merokok.
 Menggalakkan perokok supaya berhenti merokok.
 Menanam hasrat dalam kalangan murid-murid sekolah dan
remaja agar tidak mula merokok.

4. Di Malaysia, antara 10% hingga 12% dari punca kematian adalah


kerana amalan merokok iaitu lebih 10,000 kematian setahun. Pada
tahun 2011, pecahan pengagihan merokok (Smoking Attributable
3
Fraction, SAF) yang merangkumi jumlah kematian di Hospital Kerajaan
adalah 11,056 kematian keseluruhannya. Penggunaan produk
tembakau adalah satu-satunya penyebab yang menyumbang kepada
kematian yang boleh dicegah dan bertanggungjawab membunuh
seorang individu daripada 10 orang dewasa secara global.

5. Wabak Tembakau yang merebak seluruh dunia membunuh hampir 6


juta orang setiap tahun. Lebih 600,000 adalah bukan perokok yang
meninggal dunia akibat menjadi perokok pasif disebabkan oleh
pendedahan kepada asap rokok. Jika kita tidak bertindak sekarang,
epidemik ini akan membunuh lebih 8 juta orang setiap tahun menjelang
2030.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian

4. Masalah merokok merupakan masalah ‘global’. Kajian oleh


Pertubuhan Kesihatan Sedunia Rantau Pasifik Barat (WPRO) dalam
laporan tahunan 2012, menganggarkan prevalen merokok pada tahun
2008, dalam kalangan orang dewasa yang berumur melebihi 15 tahun
adalah 15% hingga 74% lelaki, dan dari 2% hingga 62% wanita.
Laporan ini menganggarkan prevalen lelaki Malaysia yang merokok
adalah 43% dan prevalen wanita adalah 3%.

5. Manakala kajian GATS (GLOBAL ADULT TOBACCO SURVEY) di


Malaysia tahun 2011 mendapati;-

4
 4.7 juta orang dewasa (23.1%) di Malaysia adalah perokok.
 43.9% lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok dan
 1.0% wanita dewasa di Malaysia adalah perokok

6. Kajian ini juga mendapati:-

 4.3 juta orang dewasa (20.9%) di Malaysia merokok setiap hari


 39.9% lelaki dewasa di Malaysia merokok setiap hari
 0.7% wanita dewasa di Malaysia merokok setiap hari

7. Kajian ini juga mendedahkan :-

 2.3 juta orang dewasa (4 dari 10) terdedah kepada asap rokok
basi (pasif) di tempat kerja
 7.6 juta orang dewasa (4 dari 10) terdedah kepada asap rokok
basi (pasif) di rumah
 8.6 juta orang dewasa (7 dari 10) terdedah kepada asap rokok
basi (pasif) di restoran

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian,

8. Menyedari masalah merokok telah menjadi isu kesihatan awam,


Kementerian Kesihatan telah, sedang dan akan terus mengambil
tindakan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat. Program
Anti Merokok Kementerian Kesihatan yang telah dilaksanakan akan
terus diperhebatkan. Antaranya:-

 Menyiarkan mesej anti merokok menerusi media arus


perdana.

5
 Memperhebatkan penggunaan media sosial dalam
mendidik mesyarakat tentang bahaya merokok.
 aktiviti pendidikan di peringkat komuniti oleh anggota
kesihatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
 mewartakan kawasan-kawasan larangan merokok.
 meluaskan kawasan-kawasan larangan merokok
 melaksanakan larangan merokok kepada orang belum
dewasa
 melaksanakan peruntukan pembungkusan dan pelabelan
( atau amaran kesihatan bergambar di kotak rokok)
 melarang iklan, tajaan dan promosi rokok
 menyediakan perkhidmatan membantu perokok berhenti
merokok
 penyediaan perkhidmatan infoline berhenti merokok
 Penerbitan dan pengedaran bahan-bahan pendidikan
 mengadakan inisiatif Negeri / kawasan bebas rokok
(contoh Inisiatif Melaka Bebas Rokok, Johor Bebas Asap
Rokok)
 memberi pengiktirafan kepada institusi / premis kerajaan
dan swasta yang mengambil inisiatif melaksanakan
kawasan bebas rokok

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian,

6
9. Lapangan Terbang KLIA merupakan kawasan larangan merokok di
bawah Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan
hasil pemantauan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan KLIA
didapati masih ramai yang merokok di KLIA.

10. Operasi Penguatkuasaan telah diadakan secara besar-besaran di


KLIA pada tahun 2012 dan 2013 di mana:-

 Tahun 2012
 Pada bulan Disember , sebanyak 494 jumlah notis
dikeluarkan dengan kutipan kompaun berjumlah RM
27,649.00.

 Tahun 2013
 Pada bulan Jun : 695 jumlah notis dikeluarkan dengan
kutipan kompaun berjumlah RM 38,163.00.
 Pada bulan November: 654 jumlah notis dikeluarkan,
dengan kutipan berjumlah RM37,064.60

11. Penguatkuasaan Undang-undang bukanlah cara terbaik untuk


menangani masalah dan gejala merokok di kalangan masyarakat
terutama di KLIA. Kesedaran orang ramai mengenai kesan dan
bahaya merokok kepada setiap individu dan masyarakat sekitar
perlulah dipupuk dan dititikberatkan demi meningkatkan taraf
kesihatan rakyat Malaysia.

7
12, Ke arah mencapai matlamat tersebut Pejabat Kesihatan KLIA dengan
kerjasama Malaysia Airports Holding Berhad dan Jabatan Kesihatan
Negeri Selangor pada hari ini mengadakan Kempen Tak Nak Merokok
yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat terutamanya
wargakerja KLIA di dalam memastikan persekitaran KLIA adalah
bebas dari asap rokok.

13. Saya berharap komitmen yang telah diberi daripada pelbagai agensi
di KLIA dapat diterjemahkan di mana semua agensi dapat
memastikan tanda larangan merokok akan dipamerkan di premis
masing-masing serta mengingatkan semua anggota mereka untuk
tidak merokok di KLIA kecuali di tempat-tempat yang dibenarkan
merokok.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian,

14. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Perkhidmatan


Berhenti Merokok hampir di setiap Daerah di Malaysia.
Perkhidmatan Berhenti Merokok untuk wargakerja KLIA disediakan di
Pusat Kuarantin Kesihatan KLIA pada hari Rabu minggu ke 2 dan
minggu 4 bermula 1 Mei 2014. Diharapkan semua agensi akan
memaklumkan perkhidmatan ini kepada anggota yang merokok untuk
perkhidmatan yang akan disediakan.

8
15. Perkhidmatan Berhenti Merokok ini bermatlamat adalah untuk

 Memberi pengetahuan dan kemahiran untuk perokok berhenti


merokok.
 Memberi rawatan dan pemulihan kepada perokok yang ingin
berhenti merokok.
 Memberi kesedaran kepada perokok tentang bahaya merokok.
 Menggalakkan dan memberi motivasi kepada perokok daripada
kembali merokok serta mengekalkan status tidak merokok.

16. Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan Garis Panduan


Premis Bebas Asap Rokok untuk digunakan oleh mana-mana agensi
kerajaan atau swasta untuk mengambil inisiatif mewujudkan tempat
kerja bebas rokok. Adalah diharapkan Kempen Tak Merokok di KLIA
– ke arah KLIA Bebas Asap Rokok dapat dicontohi oleh lain-lain
tempat di Negara ini supaya lebih banyak lagi premis Bebas Asap
Rokok dapat diwujudkan.

17. Saya berharap Kempen Tak Merokok di KLIA akan mendapat


sokongan sepenuhnya daripada semua agensi di KLIA. Tanpa
kerjasama dari semua pihak agak sukar untuk mencapai hasrat dan
objektif kempen ini.

18. Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan


sekalung perhargaan dan tahniah kepada Malaysia Airport Berhad,
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan KLIA serta
9
Jawatankuasa Penganjur Kempen yang telah bertungkus – lumus
untuk memastikan supaya kempen ini berjalan dengan lancar dan
jayanya. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua
para jemputan yang turut hadir dan memeriahkan majlis pada hari ini.

Saya dengan sukacitanya dengan lafaz

melancarkan Kempen Tak Nak Merokok Peringkat Negeri


Selangor – Ke Arah KLIA Bebas Asap Rokok dengan rasminya.

Y.B. Timbalan Menteri Kesihatan


26 April 2014

10

You might also like