You are on page 1of 10

Penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia

Abstrak

Penggunaan vape telah menjadi norma terkini di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk

menyelidik punca, kesan dan cadangan yang berkesan untuk menyedarkan dan membantu

masyarakat supaya menangani masalah yang disebabkan oleh kemunculan vape. Isu ini juga

dibincangkan dan dihubungkaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara.

Pendahuluan

Pada zaman globalisasi yang mementingkan arus kemajuan dan perkembangan

teknologi ini, negara- negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia berlumba-lumba mencapai

kecanggihan dalam segenap aspek untuk membangunkan negara sendiri supaya mampu

bersaing dengan negara lain. Kecanggihan teknologi tersebut telah berjaya mendorong

kemunculan alat-alat inovatif yang dicipta untuk menyenangkan dan meningkatkan taraf hidup

rakyat. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pihak menyalahgunakan teknologi yang serba

maju ini untuk mencipta barang-barang yang akan memudaratkan kesihatan orang demi

manfaat dan keuntungan mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan bahawa

permintaan terhadap barang tersebut agak tinggi dalam pasaran seperti rokok elektronik atau

vape. Rokok elektronik bermaksud alat yang menyalurkan aerosol atau wap hasil dari

pemanasan suatu cecair untuk dihisap oleh pengguna dengan menggunakan kuasa elektronik.

(Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2016) Vape ialah sebuah inovasi dari bentuk

konvensional menjadi rokok moden. (MOHAMED et al., 2017) Terdapat pelbagai jenis model

vape telah dijual atas talian melalui aplikasi Shopee dan Lazada seperti bentuk USB, pen,

pemetik api dan sebagainya. Harga vape ditentukan mengikut model yang dipilih, antara harga

yang paling murah hanya memerlukan RM 9 manakala harga yang paling mahal pula bernilai
RM300 dan ke atas. Hal ini bermakna sesiapa pun boleh menanggung harga vape dan

membelinya mengikut kemampuan masing-masing. Keadaan ini telah mengakibatkan isu

penggunaan vape makin hari makin menular secara berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengguna rokok elektronik terdiri daripada pelbagai latar belakang umur, pendapatan, status

sosial dan pendidikan di Malaysia. (MOHAMED et al., 2017) Jika menyelusuri dan meninjau

isu ini dengan mendalam, kami boleh mendapati bahawa isu penggunaan vape telah menjadi

topik perbualan yang hangat di khalayak ramai dan juga sebagai liputan berita di media massa.

Hal ini disebabkan kerana peningkatan populariti rokok elektronik bukan sahaja melibatkan

orang yang lebih berusia, tetapi juga anak muda. (Tarmizi, 2020) Oleh itu, kita harus mengesan

punca-punca yang mengakibatkan isu penggunaan vape terus menular dengan segera serta

mencari cara penyelesaian dan strategi yang efektif dan efisien untuk mengatasi masalah ini

agar mengekalkan kedamaian dan kemakmuran negara kita.

Perbincangan

Penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi isu utama yang

dibincangkan dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana isu semasa ini telah menjadi trend dan

juga diterima oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, keadaan ini berlaku telah mendatangkan

impak yang negatif kepada individu, maysarakat dan negara kerana kurang penghayatan rakyat

terhadap falsafah dan secara langsung mengakibatkan rakyat tidak mampu berfikir mengikut

cara yang betul. Jadi, isu ini perlu dikaji berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun

Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani supaya mencapai keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Punca
Antara punca-punca berlakunya isu penggunaan vape adalah keinginan untuk berhenti

merokok. Banyak perokok beranggapan bahawa rokok elektronik boleh membantu mereka

untuk berhenti merokok kerana mereka menganggap vape tidak mempunyai kandungan nikotin

dan bahan kimia yang tinggi berbanding dengan rokok yang sebenarnya. Justeru, perokok yang

berniat untuk berhenti merokok mengaplikasikan inisiatif dengan menggunakan vape sebagai

pengganti rokok supaya amalan merokok mereka boleh dikuasai dan dikurangkan secara

berkesan. Kekurangan informasi terhadap vape juga menyebabkan pengguna vape yakin

bahawa rokok elektronik tidak akan membahayakan kesihatan mereka dan jika elemen bahaya

yang wujud dalam vape pula mempunyai tahap kebahayaan yang rendah terhadap badan

mereka. Fikiran mereka demikian telah menyumbang kepada penambahan penggunaan vape

dalam kalangan masyarakat.

Punca yang seterusnya ialah pengaruh media sosial. Media sosial berperanan sebagai

alat berkomunikasi yang digunakan oleh pengguna atas talian untuk berkongsi pandangan dan

mencipta isi kandungan sendiri. Perkembangan media sosial akan dijalankan pengubahsuaian

dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pengguna. Antara fungsinya

yang disukai oleh para pengguna adalah media sosial boleh memaparkan informasi mengikut

minat pengguna. Sekiranya pengguna media sosial berminat dengan rokok , hal-hal yang

berkaitan dan akan sentiasa dipaparkan dalam media sosial mereka. Apabila pengiklanan

terhadap rokok elektronik selalu diwujudkan dalam media sosial mereka, lama-kelamaan

perokok akan dipengaruhi untuk membeli rokok elektronik. Selain itu, generasi muda juga suka

berkongsi pengalaman sendiri melalui gambar dan rakaman video dalam media sosial.

Segelintir pengguna vape yang muda akan memaparkan gambar mereka yang sedang

menghisap rokok elektronik demi menunjukkan kehebatan dan kekacakan mereka. Hal ini

mengakibatkan rakan-rakan mereka dalam media sosial yang tidak menggunakan vape dan
tidak berfikiran matang akan memuja pengguna vape dan ingin mencontohi tingkah laku

mereka. Oleh itu, pengaruh media sosial manjadi salah satu punca kepada penggunaan vape.

Tambahan pula, punca yang mengakibatkan isu penggunaan vape ialah rasa ingin tahu.

Rasa ingin tahu merupakan sesuatu perangai yang membolehkan manusia mengenali dan

memperlajari semua benda yang wujud di kawasan sekelilingi. Perangai ini telah berjaya

membawa kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Jika ditinjau

dari perspektif yang lain, setiap perkara yang mendatangkan manfaat juga akan membawa

kesan negatif. Para pengguna vape mengakui bahawa mereka mula menyentuhi rokok

elektronik disebabkan rasa ingin tahu apabila mereka mengetahui rokok elektronik melalui

laman web dan media sosial. Mereka tertarik dengan kewujudan vape yang mempunyai

berbagai-bagai perisa, wap yang dikeluarkan berbau wangi, reka bentuk yang menarik dan

ringan serta mesra pengguna. Sementara itu, kenyataan yang mengelirukan dan paling

menggalakkan percubaan mereka adalah vape tidak atau kurang menjejaskan kesihatan badan.

Lantaran itu, keberanian pengguna untuk mencuba vape sekali telah menjadi pencetus

ketagihan mereka terhadapnya. Hal ini menunjukkan rasa ingin tahu seseorang telah

mengakibatkan dirinya terjebak dalam isu penggunaan rokok elektronik.

Kesan

Antara kesan-kesan yang akan dialami oleh individu yang menggunakan vape ialah

menjejaskan kesihatan. Walaupun penjual vape mengatakan bahawa kandungan dalam vape

tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang berbahaya, namun banyak kajian saintifik telah

membuktikan bahan-bahan yang berada dalam rokok elektronik akan memudaratkan kesihatan

pengguna seperti nikotin, propilin glikol, gliserin, bahan perasa dan logam berat. Nikotin

merupakan komponen kimia yang terutama dalam vape. Berdasarkan pembuat rokok
elektronik, satu vape mungkin mangandungi kuantiti nikotin yang bersamaan dengan sebanyak

20 batang rokok biasa. (Almeida-da-Silva et al., 2020) Pengguna akan mengalami ketagihan

terhadap rokok elektronik disebabkan elemen nikotin. Di samping itu, nikotin juga boleh

menyebabkan sawan dan kegagalan pernafasan sekiranya digunakan dalam dos yang lebih

tinggi. (Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2016) Bagi pengguna remaja, penyerapan

nikotin yang terlalu tinggi juga akan membawa impak negatif kepada otak yang masih

menjalani proses perkembangan dan kematangan. (Singh et al., 2020) Oleh itu, pengguna vape

akan menghadapi masalah kesihatan apabila mereka menghisap rokok elektronik dalam jangka

masa yang lama.

Kemudian, kesan negatif yang akan dibawa kepada keluarga pengguna rokok

elektronik adalah mengancam kesihatan keluarga. Hal ini boleh ditunjukkan tatkala pengguna

vape menghisap asap dari cecair yang diproseskan oleh peranti lalu mengeluarkan wap yang

berbau wangi mengikut bahan perisa seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya. Asap yang

dihembus keluar daripada pengguna rokok elektronik juga dikenali sebagai ‘second-hand

smoke’ atau asap yang terpakai akan terhisap oleh ahli keluarga mereka yang tidak menghisap

rokok elektronik. Pengetahuan umum yang kita sedia maklumkan bahawa asap yang terpakai

akan membawa kemudaratan kepada kesihatan secara keseluruhan yang lebih serius

berbanding dengan pengguna vape. Sebagai tamsilannya, mereka yang menghisap asap

terpakai dalam jangka masa yang panjang akan mengalami masalah kesihatan seperti penyakit

jantung, jangkitan pernafasan, asma, barah paru-paru serta kematian. (Almeida-da-Silva et al.,

2020) Bagi keluarga, kesan penggunaan vape yang seterusnya adalah mempengaruhi ahli

keluarga yang muda supaya mengikuti tingkah laku pengguna yang menghisap rokok

elektronik. Hal ini demikian kerana anak- anak atau adik-beradik yang muda akan mencontohi

segala tindakan orang dewasa dalam sesuatu keluarga tidak mengira perkara itu betul atau

sebaliknya. Perangai tersebut akan mengakibatkan mereka terjebak dalam isu penggunaan vape
sejak kecil lagi jika tidak mendapatkan ajaran dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa.

Kadangkala, pengguna vape berperanan sebagai abang atau kakak yang tidak

bertanggungjawab akan memujuk adik mereka supaya menghisap rokok elektronik bersama

mereka dengan memberi percubaan kepada adik-adik. Keadaan yang memalukan dan

membimbangkan masyarakat ini biasanya berlaku di sekeliling tanpa kesedaran kita.

Selain itu, jika isu penggunaan vape dikaji secara terperinci juga mendatangkan impak

yang negatif kepada masyarakat. Impak yang perlu diperhatikan ialah peningkatan pengguna

rokok secara tidak langsung melalui penggunaan rokok elektronik. Kajian yang dijalankan oleh

(Singh et al., 2020) telah menunjukkan bahawa penggunaan terhadap rokok elektronik boleh

berperanan sebagai pintu masuk kepada amalan penggunaan rokok atau bahan yang lain. Hal

ini disebabkan bahawa pengguna vape yang telah tagih terhadap nikotin secara lama-kelamaan

akan merasa kandungan nikotin dalam vape tidak dapat memenuhi keperluan mereka lalu

mereka akan mencari alternatif dengan bermula merokok untuk memuaskan ketagihan mereka.

Justeru, bilangan pengguna rokok akan bertambah dalam kalangan masyarakat. Selanjutnya,

kesan negatif menyumbang kepada masyarakat adalah tahap kesihatan masyarakat menurun.

Tahap kesihatan masyarakat hanya boleh terjamin sekiranya semua lapisan masyarakat

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Namun, peningkatan penggunaan rokok elektronik bukan

sahaja memudaratkan kesihatan mereka sendiri, malahan juga mempengaruhi kesihatan

masyarakat terjejas kerana asap yang dihembus keluar oleh pengguna vape akan disebarkan ke

kawasan sekelilingi apatah lagi kuantiti pengguna vape makin hari makin meningkat.

Daripada perspektif yang lain, kesan-kesan buruk yang tidak dapat dinafikan bagi

negara adalah mengancam keselamatan dan keamanan negara. Oleh demikian kerana pengguna

vape akan sanggup mambazirkan duit atau gaji mereka untuk membeli peranti dan cecair

berdasarkan kegemaran mereka tidak mengira nilai harga vape tersebut. Sebagai contohnya,

pengguna vape akan mencari jalan singkat dan pantas untuk menangani masalah kewangan
yang dihadapi bawah pengaruh ketagihan dengan melakukan kegiatan jenayah seperti

pencurian, perompakan, penculikan dan sebagainya. Tambahan pula, pengguna vape juga

mengalami risiko yang tinggi dengan menghisap dadah. Laporan akhbar mengatakan sejenis

cairan rokok elektronik yang dijual di Malaysia terbukti mengandung ganja. (Indriani, 2015)

Kadangkala, mereka yang tidak sedar bahawa cecair yang dibeli oleh mereka mengandungi

elemen dadah. Walaupun mereka mendapati keadaan sebenar, masa itu pun sudah lewat kerana

dadah merupakan sesuatu yang leceh jika sekali menyentuh, susah untuk melarikan diri

daripadanya. Orang yang menghisap dadah sanggup melakukan apa-apa perihal yang jahat

hingga tahap yang boleh menjejaskan keselamatan negara tanpa kesedaran mereka yang jelas.

Lantaran itu, imej dan kedaulatan negara akan turut terjejas apabila masalah sosial sampingan

yang dilahirkan daripada isu penggunaan rokok elektronik tidak diatasi dengan segera.

Cadangan Cara Menangani Isu

Pihak kerajaan memainkan peranan yang mustahak untuk mengatasi isu penggunaan

vape dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan boleh menggubal undang-undang terhadap

vape di Malaysia seperti menetapkan umur penggunaan rokok elektronik yang sah adalah 21

tahun untuk mengharamkan remaja daripada terjebak dalam isu penggunaan vape kerana

fikiran mereka belum matang dan tidak boleh menanggung akibat yang dibawa oleh rokok

elektronik. Seterusnya, kerajaan perlu senantiasa memantau kualiti rokok elektronik yang

dihasilkan selaras dengan piawaian yang ditetapkan agar tidak membahayakan kesihatan rakyat

malaysia. Cara yang berkesan juga boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah menaikkan

kutipan cukai terhadap vape. Hal ini boleh mengurangkan penggunaan rokok elektronik dalam

kalangan rakyat kerana mereka tidak berupaya untuk membeli vape yang berharga tinggi dalam

jangka masa yang panjang. Kalau segelintir rakyat masih berkemampuan dengan berbelanja
vape, kerajaan pun boleh memanfaatkan keuntungan yang dikenakan daripada cukai tersebut

untuk menyokong pemantauan pihak berkuasa terhadap kegiatan jenayah di negara kita demi

menwujudkan sebuah negara yang aman damai.

Antara langkah yang efektif untuk mengatasi isu ini adalah mengadakan kempen

kesedaran terhadap rokok elektronik kepada khalayak ramai. Kempen tersebut perlu selalu

dilaksanakan di seluruh negara untuk menyebarkan informasi terhadap vape kepada rakyat

supaya mereka sedar bahawa rokok elektronik merupakan sesuatu yang akan membahayakan

kesihatan mereka sendiri dan juga ahli keluarga. Justeru, mereka boleh mengelakkan diri

daripada penggunaan vape setelah memahami keburukan dan impak yang akan dihadapi oleh

mereka. Tambahan pula, kempen kesedaran juga perlu mangajar cara betul yang dapat

dipraktikkan oleh orang awam apabila menemui situasi yang diajak oleh pengguna vape atau

orang yang melanggar peraturan terhadap penggunaan rokok elektronik. Sebagai contoh,

mereka boleh segera menghubungi pihak berkuasa dengan memberi maklumat yang tepat

supaya pelanggar undang-undang dapat insaf akan kesalahan mereka. Kerjasama antara

masyarakat dengan pihak berkuasa amat penting dan berkesan untuk membendung isu

penggunaan vape. Selanjutnya, salah satu cara yang sepatutnya diaplikasikan untuk menangani

isu ini adalah menyiarkan informasi terhadap rokok elektronik melalui media massa seperti

televisyen, radio, media sosial dan lain-lain lagi. Melalui cara ini, kesedaran masyarakat dapat

ditanam dan dikuatkan dalam fikiran dan jiwa mereka dengan efektif dan efisien. Maka, isu

penggunaan vape boleh ditangani dengan lebih mudah sekiranya pengurangan terhadap

penggunaan rokok elektronik berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, cara yang dicadangkan untuk menangani isu penggunaan vape adalah

melalui peranan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, kita perlu menunjukkan suri teladan kepada anak-

anak dengan mengelakkan diri daripada penggunaan vape. Selain menjadi contoh kepada anak,

ibu bapa harus mendidik dan membimbing mereka sejak kecil lagi agar amalan gaya hidup
mereka yang sihat dipupuk dan menghindari diri daripada segala kegiatan yang negatif. Ibu

bapa juga hendaklah melengkapi sendiri dengan ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan

rokok elektronik serta mengetahui kesan buruk jika seseorang anak menghisap vape. (Singh

et al., 2020) Dengan ini, ibu bapa mampu memberitahu anak-anak mengenai rokok elektronik

terlebih dahulu dengan menasihati mereka agar menjauhkan diri sekiranya berdepan dengan

pengguna vape. Antara punca yang menyebabkan remaja terjebak dalam isu penggunaan vape

adalah ingin memperolehi perhatian atau kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Lantaran itu,

walaubagaimanapun ibu bapa sibuk dengan kerja masing-masing, mereka juga perlu

menghulurkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak serta prihatin terhadap

kehidupan seharian mereka dengan menggunakan masa yang terluang untuk menemani anak-

anak. Oleh itu, isu penggunaan vape dalam kalangan rakyat khususnya remaja dapat diatasi

dengan berkesan.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, isu penggunaan vape telah mengakibatkan kesan yang negatif

kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu

untuk mengatasi isu penggunaan vape yang berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patutlah berpegang teguh kepada Rukun Negara dan menjadi

seorang insan yang holistik dan bersepadu untuk mengelakkan diri dari kegiatan negatif dan

menyumbang kepada negara demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.


Reference

Almeida-da-Silva, C. L. C., Matshik Dakafay, H., O’Brien, K., Montierth, D., Xiao, N., &

Ojcius, D. M. (2020). Effects of electronic cigarette aerosol exposure on oral and

systemic health. Biomedical Journal, xxxx. https://doi.org/10.1016/j.bj.2020.07.003

Indriani, R. (2015). Rokok Elektronik Mengandung Ganja Ditemukan di Malaysia.

https://www.suara.com/health/2015/11/17/091034/rokok-elektronik-mengandung-ganja-

ditemukan-di-malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2016). Taklimat dan penjelasan isu rokok

elektronik dan vape. Muzakarah Pakar Isu Kesihatan : Vape.

MOHAMED, M. N., MARICAN, S., ABDUL RAHMAN, A., MD REJAB, Z., OTHMAN,

M. H., ISHAK, N. A., KASA, M. D., MOHD RAZALI, M. S., SHAHADAN, A.,

MEGAT AHMAD, P. H., HUSSAIN, H., & ADEN, E. (2017). Profail Pengguna,

Amalan dan Kesan Menghisap Vape di Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial.

https://doi.org/10.32890/jps.20.2017.11539

Singh, S., Windle, S. B., Filion, K. B., Thombs, B. D., O’Loughlin, J. L., Grad, R., &

Eisenberg, M. J. (2020). E-cigarettes and youth: Patterns of use, potential harms, and

recommendations. Preventive Medicine, 133(January), 106009.

https://doi.org/10.1016/j.ypmed.2020.106009

Tarmizi, A. (2020). Vaping sudah jadi normal baharu.

https://www.sinarharian.com.my/article/99462/ANALISIS-SEMASA/Vaping-sudah-

jadi-normal-baharu

You might also like