You are on page 1of 21

1.

PENDAHULUAN

Trend terkini selalu kita lihat ramai perokok telah bertukar kepada penggunaan vapor/E
Cigarette/rokok elektrik di mana dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan.
Selain baunya yang wangi dan sedap ia dikatakan bebas dari bahan kimia lain selain
hanya perisa makanan, air dan sedikit nikotin berdasarkan keperluan.
Namun adakah hukum menghisap rokok ini adalah berbeza dengan rokok sebenar dan
perkara ini telah diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di
mana beliau telah menfatwakan penggunaan vapor ini adalah haram seperti rokok sebenar.

2.0

DEFINISI ROKOK ELETRONIK

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi
dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga
dikenali sebagai vape atau vapor.

3.0

ROKOK ELEKRONIK MEMUDARATKAN KESIHATAN

Trend terkini masyarakat Malaysia adalah penggunaan vape. Kegilaan masyarakat terutama
remaja kini telah menular ke segenap lapisan masyarakat sehingga menjadi trend terbaharu
pada kanak-kanak. Kawasan kampus telah diwartakan sebagai kawasan bebas rokok.
Pengharaman ini adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu merokok membahayakan kesihatan,
budaya merokok bersalahan dengan budaya kampus dan juga keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan yang bersidang kali ke-37 Mac 1995 bersetuju memutuskan merokok adalah
haram dari pandangan Islam.
Pengarah, Pusat Kesihatan Universiti Usim, Dr Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin, 34
berkata, dari segi risiko kesihatan disebabkan vape, kajian terus dijalankan kerana ia trend
baharu. "Vape mempunyai pelbagai perisa dan setiap perisa mempunyai kandungan campuran
bahan kimia yang berbeza untuk memberikan rasa. Campuran bahan kimia ini tidak dinyatakan
pada bekas cecair vape yang mendedahkan pengguna terhadap bahaya bahan kimia yang
1

tidak terkawal. Penggunaan bateri untuk pembakaran secara dalaman untuk menukarkan cecair
kepada bentuk wasap adalah sangat berbahaya. "Suhu tinggi dan tekanan yang berlaku di
dalam vape jika tidak dapat dikawal akan menyebabkan letupan. Sudah banyak insiden
kecederaan disebabkan berlaku letupan vape. Wasap yang disedut mempunyai saiz partikel
yang lebih halus daripada asap, lebih reaktif dan lebih mudah diserap oleh tubuh manusia
melalui paru-paru. Wasap yang mengandungi campuran bahan kimia berbahaya, radikal bebas
dan logam berat walaupun dalam kandungan sedikit akan memberikan kesan terhadap
kesihatan jika disedut dalam jangka masa panjang," katanya.
Dalam kajian terkini dilakukan ketua peneliti dan profesor University of Rochester
Medical Center, Irfan Rahman, kesan vape terhadap kesihatan adalah lebih tinggi daripada
rokok biasa. Namun masyarakat kita mempunyai hipotesis sendiri untuk menghalalkan
penggunaan vape. Sering kedengaran menghisap vape adalah seperti menyedut wasap air,
namun kenyataan itu salah sama sekali.
Penyakit yang boleh dialami pengguna vape adalah keradangan paru-paru. Ini
disebabkan radikal bebas daripada bahan kimia akan bertindak balas dengan sistem tubuh
yang menyebabkan berlaku gangguan keseimbangan sistem tubuh.
Bahan kimia, radikal bebas dan logam berat dalam campuran cecair vape ini dikhuatiri
akan meningkatkan kesan terhadap risiko kanser, kerosakan buah pinggang dan pelbagai risiko
kesihatan seperti rokok biasa.
Katanya, mahasiswa harus menjauhkan diri daripada budaya negatif. Mereka sebagai
pendokong generasi pelapis negara perlu menunjukkan teladan baik kepada masyarakat agar
mereka dapat membuat penilaian dan turut sama menjalani gaya hidup sihat. Gejala
penggunaan vape dalam masyarakat Malaysia semakin parah. Mahasiswa seharusnya
mengambil peranan memperbetulkan suasana tidak sihat ini daripada terus menjadi barah.
Mereka harus berani memberikan tindak balas bersesuaian untuk menangani isu vape
dengan hasrat membendung gejala negatif dan membudayakan amalan gaya hidup sihat.

4.0

Hukum Menggunakan Rokok Elektrik/ E Cigarette/ Vapor Difatwakan sebagai


Haram Sama seperti Rokok Sebenar

Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu
yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini
begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan.
Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk
ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj.
Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik
dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan
isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.
4.1

Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik,
antaranya:
i. Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam
labelnya. Ia boleh mengandungi antara 68 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang
dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 1618 mg/ml
(berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus
diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk
membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40
batang rokok konvensional.

ii. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration
(USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar
(NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan tobacco-specific
nitrosamines (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama erokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan
nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan
nicotine-free.
Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan:
tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan
3

penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam
untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan
tabiat merokok
4.2

Hukum

Menurut Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan
daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa
penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini kerana seperti yang kami
illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini
bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
i.

Qiyas kepada rokok sebenar itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang
amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah

ii.
iii.
iv.

diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.


Pembaziran
Meniru budaya yang bukan Islam
Dilihat tidak bermaruah

Terdapatnya fatwa ulama yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini.
Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas.
4.3

Fatwa Ulama

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum
rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram.

5.0

KESAN PENYALAHGUNAAN VAPE

Rokok elektrik atau vapor yang menjadi trend moden terkini amat digilai oleh golongan muda
dan pertengahan. Tujuan utama mereka menghisap rokok elektrik atau vape ini adalah untuk
menggantkan rokok biasa yang mengandungi kandungan nikotin yang tinggi. Malangnya,
banyak fakta telah mendedahkan bahawa setiap hisapan rokok elektrik tersebut mengandungi
4

bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan penyakit yang boleh menyebabkan kematian.


Dipetik dari pelbagai sumber yang diperolehi, berikut adalah tiga risiko penyakit yang boleh
menyebabkan kematian disebabkan oleh rokok elektrik atau vapor ini.
i.

Jangkitan paru-paru
Penyelidik mendapati wap dari vapor mengandungi racun. Kesan dari menghirup asap
rokok elektrik boleh mengganggu sistem pernafasan, sehingga menyebabkan jangkitan
paru-paru.

ii.

Melemahkan sistem kekebalan tubuh


Vapor boleh melemahkan respon sistem kekebalan terhadap bakteria dan virus.
Misalnya, pecinta Vapor akan mudah diserang bakteria pneumonia, sinusitis dan virus
flu.

iii.

Kanser
Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida seperti yang
terkandung dalam wap vaporizer. Bahan-bahan ini menjadi pencetus kanser penyebab
kematian.
Secara tidak langsung pengguna rokok elektrik atau vape ini tidak menyedari bahawa

ketagihan mereka menghisap rokok elektrik atau vape ini sama seperti ketagihan
penyalahgunaan dadah. Ini amat merbahaya dan memberi kesan buruk kepada sistem tubuh
kita. Kandungan bahan yang terdapat dalam setiap perisa atau e-liquid yang digunakan
mengandungi

beberapa

bahan

berbahaya

seperti

nikotin

dan

tabocco

yang

tinggi

kandungannya.
Sama seperti ketagihan penyalahgunaan dadah, sekiranya penyalahgunaan vape ini
tidak diatasi dengan bijak dan sistematik, ia akan merosakkan jiwa dan rohani sekaligus boleh
membinasakan organ dan jasad kita.
6.0

PENUTUP

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong
penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai
alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang
5

daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada
bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.
Sehubungan itu, masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam haruslah meninggalkan
penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas.
Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke
tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta
membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan
berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

LUKISAN GRAFIK KANDUNGAN DAN JENIS NIKOTIN DALAM ROKOK

JENIS-JENIS
ROKOK DI
MALAYSIA

PERBEZAAN
ROKOK

VAPE

Menghasilkan asap yang


merupakan hasil
pembakaran tembakau

Menghasilkan wap daripada


cairan wap dan nikotin yang
telah dipanaskan

Rokok diketahui dapat


menyebabkan penyakit
jantung, paru-paru, ganguan
kehamilan dan janin.

Menyebabkan gangguan
kerongkong, hidung dan
pernafasan

Rokok mengandungi nikotin,


tar, arsenik, karbon
monoksida, ammonia dan
pelbagai bahan kimia lain

Tidak menghasilkan sampah

Menghasilkan bau yang larut


dalam cairan dan bau dari
perasa buah

Sekain asasp, rokok juga


meninggalkan asap seperti
abu dan batang rokok.

Menghasilkan harga yang


berpatutan
Asap rokok meninggalkan bau
dan tidak larut dakam cairan.

Tidak ada peraturan untuk


jualan dan peggunaanya

Setiap bungkus rokok dijual


dengan harga yan tinggi

Jimat

BAHAYA
MEROKO
K

KANDUNGAN BAHAN KIMIA YANG


TERDAPAT PADA SEBATANG ROKOK

10

KANDUNGAN NAKOTIN DALAM ROKOK

11

BAHAGIAN DALAM VAPE


12

KESAN TUBUH SEORANG PEROKOK

13

NAMA GURU PELATIH

: MOHD MUSTAFA BIN SAABAN

NO. KAD PENGENALAN

: 730624-02-5121

ANGKA GILIRAN

: 2012082240011
14

KURSUS

: KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyelesaikan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan
sememangnya memberian semangat untuk melakukannya kerana ia berkaitan dengan tugasan
kita pada masa akan datang. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah
berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat memahami dengan lebih jelas lagi
berkaitan dengan isu dadah negara.
Sebelum ini saya tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini berikutan saya
menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan dan ianya mudah tetapi aktiviti dan
isu rokok, vape dan dadah ini merupakan bahagian yang terpenting kerana ia berkaitan dengan
kehidupan seharian kita. Selain itu juga kita perlu memahami dengan jelas dan mendapatkan
sumber yang jelas mengenai sesuatu isu agar murid-murid kita menerima ilmu yang sahih dan
tida terpesong dalam mengamalkannya. Kerja kursus ini memerlukan saya untuk membuat satu
esei berkaitan dengan penyalahgunaan vape yang cenderung terjerumus dengan penggunaan
dadah yang telah diberikan.
Sebagai seorang guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai isu-isu
semasa negara kerana ianya berkaitan dengan perbuatan seharian kita dan menggunakannya
dalam PdP bagi menarik minat dan tumpuan pelajar dan seterusnya menyediakan pedoman
buat pelajar. Kesimpulannya, setiap maklumat yang dikumpul dalam menyiapkan tugasan ini
memberikan pengetahuan baharu kepada saya dan akan membantu saya dalam tugasan
sebagai guru agar menjadi guru yang efektif dan berkesan. Insya Allah.

NAMA GURU PELATIH

: SUHAILA BINTI AB KADIR

NO. KAD PENGENALAN

: 840125-06-5468

NO KAD MATRIK

: D20M-1206-0501
15

KURSUS

: KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012

REFLEKSI
Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian yang telah dilakukan dalam tugasan ini saya telah
mendapati bahawa penyalahgunaan vape dikalangan masyarakat Malaysia terutama remaja
adalah amat sukar untuk dibendung tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu
bapa, sekolah, dan masyarakat. Sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada masa
hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap aspek perkembangan
mereka. Ini kerana kesilapan pada satu aras perkembangan dimana adanya pihak yang tidak
memainkan peranan pada tahap tersebut terutamanya ibu bapa akan menyebabkan kecacatan
pada tingkah laku remaja yang seterusnya mengaruh remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.
Oleh itu, kajian terhadap remaja dari sudut psikologi amat penting dalam mencari
kenapa remaja pada hari ini terlibat dengan penyalahgunaan vape yang akan menjerumuskan
diri mereka ke arah kancah penyalahgunaan dadah, mencari kesan daripada kegiatan tersebut
dan akhirnya mencari cara untuk mengatasi tingkah laku negatif tersebut. Adalah diharapkan
hasil daripada kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi penerangan tentang isu
penyalahgunaan vape dan dadah dikalangan remaja yang tidak diketahui bila kesudahan
akhirnya.

NAMA GURU PELATIH

: NUR UMAIMAH BINTI OTHMAN

NO. KAD PENGENALAN

: 770121-11-5148

NO KAD MATRIK

: D20M-1206-0499
16

KURSUS

: KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012

REFLEKSI

Matapelajaran Pencegahan Dadah merupakan satu subjek yang baru bagi kami. Bagi
peringkat ini, kami telah diberi tugasan kerja kursus dengan menguraikan secara kritikal, sejauh
mana kami melihat penyalahgunaan vape ini boleh membawa kepada aktiviti lebih berbahaya
seperti penyalahgunaan dadah, dan juga menghasilkan lakaran grafik berkaitan jenis rokok
yang digunakan di Negara ini serta kandungan dan jenis nikotin di dalam rokok dan vape.
Objektif kerja kursus pendek ini ialah pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut.
Tugas tersebut ialah menjelaskan secara kritiskesan penyahgunaan dadah berdasarkan
persoalan yang dikemukan dan menganalisis dan menghasilkan lakaran grafik beberapa isu
berkaitan.
Penagih dadah kini dapat menghisap dadah terlarang secara terbuka menggunakan
vape dan masalah ini semakin mengancam keselamatan awam dan menimbulkan
kebimbangan serius di sana.
Menurut Drug Enforcement Agency US (DEA), vape ini merupakan kaedah terbaru
digunakan para penagih utk menyembunyikan dadah terlarang sintetik. Ia sukar dikesan
melainkan ujian dilakukan di makmal forensik. "Mereka boleh menghisap dadah terlarang
secara terang-terangan malah didepan pegawai penguatkuasa dgn bersembunyi disebalik
vape," menurut satu kenyataan dari DEA.
Jabatan Kecemasan di Florida dan daerah2 lain di US kini semakin banyak menerima
kes2 penyalahgunaan dadah sintetik seperti 'Flakka' yang dihisap menggunakan vape. Ini
sebenarnya memberi ancaman keselamatan bagi masyarakat awam. Masyarakat awam kita
berhadapan dengan penagih dadah berbahaya yang bersembunyi sebagai vaper yang
kononnya tidak bahaya. Malah disebabkan baunya boleh diubah kerana kandungannya yang
sintetik, penyalahgunaan ini amat sukar dikesan oleh pihak berkuasa Amerika apatah lagi
Malaysia!
Seperti juga di negara kita, industri vape di Amerika juga sedang membiak luas. Di
mana2 sahaja ada saja vape house baru yang menjual vape ini kepada semua termasuk
remaja, wanita dan kanak2. Malah pasar malam2 juga sudah mula menjual vape dan liquidnya
secara bebas!
17

Kita sewajarnya mencontohi Singapura yang sudahpun mengharamkan penggunaan


vape seawal tahun 2010. Malah sesiapa yang didapati menghisap vape secara terbuka boleh
didenda ribuan dollar di Singapura. Sesiapa yang menyeludup vape dari Malaysia atau luar
negara ke Singapura akan dirampas oleh pihak berkuasa Singapura. Begitu tegas mereka bagi
menangani permasalahan ini.
Walaubagaimanapun, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini dan akan dijadikannya sebagai pengajaran yang amat bermakna Ilmu
ini akan saya pergunakan untuk mendidik pelajar di sekolah nantiSebagai seorang bakal guru,
saya perlu menyiapkan diri saya dengan pengetahuan umum serta sentiasa berusaha
meningkatkan pengetahuan saya dalam semua bidang.

NAMA GURU PELATIH

: NURUL BAHIAH BT MOHD NOR

NO. KAD PENGENALAN

: 861224-29-5392

NO KAD MATRIK

: D20M-1206-0500

KURSUS

: KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012


18

REFLEKSI TUGASAN

Tugasan

PENCEGAHAN DADAH

penyalahgunaan dadah dan vape

merupakan

yang melibatkan persoalan tentang isu


satu cabaran

ilmu baru kepada saya. Ini

disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej tugasan dalam opsyen saya di IPG
Kampus Kota Bharu ini. Walaupun tugasan ini agak mencabar kerana peruntukan masa yang
sangat singkat untuk disiapkan, namun saya hadapinya dengan tenang sehingga dapat
disiapkan dengan jayanya. Tambahan pula dengan kerjasama ahli kumpulan yang sangat
membantu dan bersengkang mata bersama-sama untuk menyelesaikannya. Segala ilmu dan
pengalaman yang diperoleh selama menyiapkan tugasan ini, saya akan praktikkan dan akan
disebarkan kepada murid-murid saya di sekolah nanti.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah memahami kehendak soalan dengan
membacanya berulang kali. Oleh itu , saya membuat pencarian maklumat dengan merujuk
nota-nota serta bahan-bahan rujukan yang dapat membantu melengkapkan tugasan ini. Saya
juga turut merujuk surat khabar dan majalah-majalah yang dibeli dan ada juga dipinjam
daripada kawan-kawan dan saudara-mara terdekat. Namun demikian, nota, buku dan bahanbahan rujukan yang ada masih belum memenuhi keperluan dan kehendak soalan.
Langkah kedua, saya membuat pencarian maklumat daripada internet . Daripada
pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang
diperlukan serta terlalu banyak bahan yang boleh dijadikan rujukan. Namun, bahan-bahan yang
ada di internet belum tepat kesahihannya dan memaksa saya memilih secara terperinci
maklumat yang tepat dan memenuhi kehendak soalan. Saya telah memperoleh maklumat
daripada pelbagai laman web namun semuanya perlu di semak semula. Di samping itu juga,
saya juga merujuk buku-buku rujukan di perpustakaan Tok Kenali di IPG Kampus Kota Bharu
terutamanya pada waktu rehat.

Seterusnya, saya melakukan kerja-kerja menaip maklumat-maklumat yang telah


diperoleh.Segala idea daripada maklumat tersebut disusun dan dicantum secara rapi supaya
mudah difahami. Pelbagai maklumat telah diperoleh sepanjang pencarian tentang maklumat isu
dadah dan vape. Pada hakikatnya, saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah
19

individu yang mengatakan penggunaan vape adalah salah satu alternatif untuk berhenti rokok.
Tambahan pula dengan pengakuan kabinet di Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memutuskan tidak
mengharamkan rokok elektronik(e-rokok) dan vape. Namun sudah terang lagi bersuluh bahawa
cecair rokok elektronik atau dikenali sebagai vape mengandungi bahan nikotin serta bahan
kimia lain yang sangat merbahaya. Bahan kimia tersebut berada di bawah Jadual Racun dan
dikawal mengikut Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Perkara ini sangat kritikal dan
seolah-olah menjadi mainan politik Negara sehingga menjadikan rakyat seolah-olah seperti
mayat hidup yang bergelumang dengan rokok, vape dan dadah. Isu ini juga turut saya kupas
dalam tugasan ini bersama ahli kumpulan.

Selain itu, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya
kelajuan talian internet. Namun saya mencubanya berulang kali tanpa putus asa. Masa untuk
mencari bahan dan maklumat terlalu singkat kerana dibebani dengan tugasan-tugasan lain
yang juga perlu disiapkan segera. Ini merupakan cabaran yang terlalu besar buat saya
sehingga kadang-kadang saya menjadi stres dan hampir putus asa. Perisian word yang tidak
sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dimuat turun daripada internet. Virus
dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan menggunakan
komputer saya.
Dengan siapnya tugasan ini , ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai isu
rokok, vape dan penyalahgunaan dadah. Pelbagai ilmu pengetahuan baru yang saya peroleh
antaranya dapat mengenalpasti jenis rokok, vape, dadah serta kandungan bahan-bahan kimia
berbahaya yang terdapat pada bahan terlarang tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui pendapat
yang saya huraikan dalam penulisan tugasan ini.

Segala ilmu yang diperoleh akan saya

kongsikan kepada pelajar sekolah saya sebagai kesedaran kepada mereka yang merupakan
pewaris negara.

20

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.

http://edition.cnn.com/2015/09/04/us/vaping-abuse/index.html
http://says.com/my/news/fatwa-haram-vape-e-cig-dari-jakim-vapeon
http://www.beritasemasa.com.my/rokok-elektronik-elektrik-malaysia
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-double-standard-dalam-isu-vape-rokok79750

21

You might also like