You are on page 1of 36

CERAMAH

“HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK & VAPE


TARIKH : 13 DISEMBER 2023 (RABU)
TEMPAT : SEKOLAH MASING-MASING
MASA : 8.45 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

SUB BIDANG : PPDa UHEM,


SPMu, JPWPKL
APA ITU ROKOK?
Rokok ialah tembakau
yang dibalut berbentuk
silinder sama ada daripada
kertas mahupun daripada
pelbagai jenis daun
berukuran antara 70mm
hingga 120mm dengan
diameter 10mm (berlainan
mengikut negara).
APA ITU ROKOK
ELEKTRONIK/VAP
E?
Rokok elektronik atau vape menggunakan
pengewap (vaporizer) berkuasa bateri
untuk menghasilkan suatu aerosol
daripada cecair yang berperisa khas yang
disedut penggunanya untuk mendapat
rasa seakan menghisap rokok tanpa
membakar sebarang tembakau. Cecair
khas ini biasanya diperbuat daripada
nikotin atau bahan perisa.
MANAKAH YANG
LEBIH
BAHAYA?
• ROKOK • VAPE
KENAPA?
JAWAPAN...
.
KESAN MEROKOK KEPADA
KESIHATAN (1)
13 Kesan & Bahaya Merokok Pada Tubuh Badan – KKM
1. Kerosakan paru-paru
2. Penyakit jantung
3. Masalah kesuburan
4. Risiko komplikasi kehamilan
5. Risiko diabetes jenis 2
6. Sistem imun yang lemah
KESAN MEROKOK KEPADA
KESIHATAN (2)
7. Masalah penglihatan
8. Kebersihan mulut yang tidak baik
9. Sistem integumen
10. Risiko kanser lain
11. Sistem penghadaman
12. Sistem saraf pusat
13. Sisa Asap Basi (Secondary smoker)
1. Kerosakan paru-paru
Menghisap rokok merosakkan paru-paru kerana
seseorang menyedut nikotin, dan ratusan bahan
kimia lain.

Rokok bertanggungjawab untuk peningkatan


yang ketara dalam risiko mendapat kanser paru-
paru dimana risiko ini 25 kali lebih besar untuk
lelaki dan 25.7 kali untuk wanita
2. Penyakit jantung
Menghisap rokok boleh merosakkan jantung, saluran darah, dan sel
darah.

Bahan kimia dan tar dalam rokok boleh meningkatkan risiko


aterosklerosis seseorang, iaitu pembentukan plak dalam saluran darah.

Pengumpulan ini mengehadkan aliran darah dan boleh menyebabkan


penyumbatan berbahaya.

Merokok juga meningkatkan risiko penyakit arteri periferal (PAD), yang


berlaku apabila arteri ke lengan dan kaki mula menyempit, menyekat
aliran darah.
3. Masalah kesuburan
Menghisap rokok boleh merosakkan sistem pembiakan
wanita dan menjadikannya lebih sukar untuk hamil.
Ini mungkin kerana tembakau dan bahan kimia lain dalam
rokok menjejaskan tahap hormon.

Pada lelaki, risiko disfungsi erektil meningkat lebih banyak


mereka merokok dan tempoh masa mereka merokok.

Merokok juga boleh menjejaskan kualiti sperma dan oleh


itu mengurangkan kesuburan.
4. Risiko komplikasi kehamilan
Merokok boleh menjejaskan kehamilan dan perkembangan janin dalam beberapa cara,
termasuk:

Meningkatkan risiko kehamilan ektopik

Mengurangkan berat lahir bayi

Meningkatkan risiko kelahiran pramatang

Merosakkan paru-paru, otak, dan sistem saraf pusat janin

Meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)

Menyumbang kepada keabnormalan kongenital, seperti sumbing bibir dan sumbing lelangit
5. Risiko diabetes jenis 2
Orang yang kerap merokok mempunyai risiko 30–40%
lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding
mereka yang tidak merokok.

Merokok juga boleh menyukarkan penghidap diabetes


untuk menguruskan keadaan mereka.
6. Sistem imun yang lemah
Antara bahaya merokok adalah boleh melemahkan sistem imun seseorang,
menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit.

Ia juga boleh menyebabkan keradangan tambahan dalam badan.


7. Masalah penglihatan
Menghisap rokok boleh menyebabkan masalah mata, termasuk
risiko yang lebih besar untuk katarak dan degenerasi makula.

Masalah penglihatan lain yang berkaitan dengan merokok


termasuk:
-mata kering
-glaukoma
-retinopati diabetik
8. Kebersihan mulut yang tidak baik
Orang yang merokok mempunyai dua kali ganda risiko penyakit gusi dan risiko
ini meningkat dengan bilangan rokok yang dihisap seseorang.
Gejala penyakit gusi termasuk:
-Gusi bengkak dan lembut
-Berdarah semasa memberus
-Gigi longgar
-Gigi sensitif
Menghisap tembakau boleh mengehadkan keupayaan seseorang untuk merasa
dan menghidu sesuatu dengan betul. Ia juga boleh mengotorkan gigi kuning atau
coklat.
9. Sistem integumen
Sistem integumen terdiri daripada kulit, rambut, dan kuku seseorang.

Menghisap tembakau boleh menjejaskan kulit dan rambut seseorang.

Seseorang yang merokok mungkin mengalami penuaan pramatang, kulit berkedut.

Menurut American Osteopathic College of Dermatology, beberapa kesan jangka panjang


merokok termasuk:

-Mata sembab
-Kedutan muka yang lebih dalam
-Kulit kering
-Garis rahang kendur
-Pigmentasi kulit tidak sekata
10. Risiko kanser
American Cancer Society melaporkan bahawa merokok menyebabkan 20–30% kanser pankreas.
Orang yang merokok juga tiga kali lebih berkemungkinan untuk menghidap kanser pundi kencing
berbanding orang yang tidak merokok.
Rokok juga boleh meningkatkan risiko:
-barah mulut
-kanser laring
-kanser tekak
-kanser buah pinggang
-kanser serviks
-kanser hati
-kanser kolon
-leukemia myeloid akut
Asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada anda yang merokok, mereka yang berada
disekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya.
Bebaskan diri daripada asap rokok untuk mencegah risiko KANSER.
11. Sistem penghadaman
Menghisap rokok adalah faktor risiko utama
seseorang mengalami gangguan usus.

Perokok lebih berkemungkinan mengalami


gastritis — keradangan pada lapisan perut —
berbanding bukan perokok, yang boleh
menyebabkan ulser dalam perut atau usus
mereka.
12. Sistem saraf pusat
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang, yang mengawal
semua aktiviti fizikal dan mental.
Sistem saraf pusat perokok menjadi rosak kerana nikotin menyebabkan
peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, yang menyebabkan
organ-organ ini menjadi lemah dari semasa ke semasa.

Menurut kajian 2021, menghisap tembakau dan nikotin memberi kesan serius
kepada kesihatan saraf.

Kajian itu melaporkan bahawa merokok adalah faktor risiko penyakit Alzheimer
dan multiple sclerosis.
13. Sisa Asap Basi (Secondary smoker)
Asap rokok basi adalah asap rokok yang keluar dari hujung rokok yang dibakar
dan ditambah dengan asap yang dihembus oleh perokok ke persekitaran.

Bahaya merokok bunya hanya terhad kepada si perokok kerana asap rokok
basi juga boleh menjejaskan ahli keluarga, rakan, anak dan rakan sekerja
dengan ketara.
Asap rokok basi juga boleh menyebabkan kanser paru-paru dan kanser lain,
termasuk kanser tekak dan payudara.

Kanak-kanak yang ibu bapanya merokok lebih kerap jatuh sakit, lebih banyak
jangkitan paru-paru dan lebih cenderung mengalami sesak nafas.
KESAN PENGGUNAAN VAPE KEPADA
KESIHATAN
5 Kesan Bahaya Vape, Rokok Elektronik & e-Cigarette – KKM
1. Vape tidak 100% selamat
2. Kesan buruk pada jantung dan paru-paru
3. Menggalakkan anak-anak bawah umur menghisap vape
4. Menyebabkan ketagihan
5. “Gateway” memulakan tabiat merokok
Bahaya Vape, Rokok Elektronik & e-Cigarette –
KKM
• Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape
tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.

• Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa


panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-
Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang
menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi
serius.

• Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat


menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI
agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.
1. Vape tidak 100% selamat
Antara dakwaan popular berkaitan vape adalah ianya 100% selamat berbanding merokok – dakwaan ini
ternyata tidak tepat dan hanyalah helah untuk menggalakkan orang ramai membeli produk berkaitan vape.

Vape memanaskan nikotin (diekstrak daripada tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan
aerosol yang anda sedut.

Rokok tembakau biasa mengandungi 7,000 bahan kimia, kebanyakannya beracun dan walaupun kita tidak tahu
dengan tepat apa bahan kimia dalam vape itu tidak bermakna ianya selamat.

Selain nikotin, cecair vape biasanya mengandungi gliserol (gliserin sayuran) dan propylene glycol (PG), dan
bahan kimia yang digunakan untuk perasa.

Walaupun bahan-bahan ini dianggap selamat untuk digunakan dalam kosmetik dan makanan, risiko jangka
panjang untuk menyedut bahan ini tidak diketahui dan terus dikaji.

Pada Februari 2020, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mengesahkan 2,807
kes kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan e-rokok atau vape dan 68 kematian disebabkan oleh
keadaan itu.
2. Kesan buruk pada jantung dan paru-
paru
Nikotin adalah bahan utama dalam rokok biasa dan rokok elektronik dan ia menyebabkan
ketagihan.

Nikotin menyebabkan anda ketagih terhadapnya dan mengalami gejala penarikan diri jika anda
mengabaikan keinginan tersebut.

Nikotin adalah bahan toksik, ia meningkatkan tekanan darah anda dan memacu adrenalin anda
yang meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan kemungkinan mendapat serangan
jantung.

KKM juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa banyak kes berkaitan rokok elektronik
(Evali) telah dikesan oleh pihaknya seperti yang diterbitkan oleh akhbar Harian Metro ”Vape
tidak selamat, 17 kes Evali dikesan – KKM”
3. Menggalakkan anak-anak bawah umur
menghisap vape
Di awal kemunculan vape, ianya dilihat sebagai sebuah trend sehinggakan ramai
anak muda tanpa segan silu menghisap vape di khalayak ramai.
Malah, ramai yang tidak pernah langsung menghisap rokok terus menghisap vape
kerana mereka merasakan ianya langsung tidak mempunyai kesan buruk dan
bahaya terhadap tubuh badan mereka.

Lebih malang lagi, segelintir daripada mereka adalah kanak-kanak bawah umur
yang merasakan mereka tidak tertakluk kepada undang-undang seperti mana
pengharaman rokok bagi individu di bawah umur.

Kini dengan undang-undang yang diperketatkan, keadaan lebih terkawal.


4. Menyebabkan ketagihan
Kedua-dua rokok elektronik dan rokok biasa mengandungi nikotin, yang
mana kajian mengatakan ketagihan terhadapnya sama seperti ketagihan
terhadap heroin dan kokain.

Lebih buruk lagi, setiap pengeluar cecair vape bebas menentukan kadar
peratusan nikotin yang lebih terdapat dalam produk mereka di mana
segelintir pengeluar didapati meletakkan nikotin yang lebih banyak dalam
cecair vape mereka.

Dengan ketagihan yang disebabkan oleh nikotin ini, maka tabiat vape
bukanlah cara yang berkesan untuk berhenti merokok kerana pengguna
akan ketagih pula menghisp vape.
5. “Gateway” memulakan tabiat
merokok
Menurut kajian, tabiat hisap vape juga merupakan satu
”gateway” untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat
menghisap rokok.

Apabila mereka menyangka vape itu tidak bahaya, lama-


kelamaan akan timbul keingin pula untuk menghisap
rokok.
KESIHATAN DIRI TERJEJAS
JOM AMALKAN
GAYA HIDUP SIHAT
DAN SELAMAT
12 AMALAN HIDUP SIHAT
DAN SELAMAT (1)
1. MENDEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN
2. MASA DENGAN KELUARGA
3. AKTIF DI SEKOLAH DALAM AKADEMIK MAHUPUN
KOKURIKULUM
4. MENGAMALKAN PEMAKANAN SIHAT
5. MENGGUNAKAN KEMUDAHAN MEDIA SOSIAL DENGAN
BETUL
6. MENJADI AGEN POSITIF UNTUK ORANG DI SEKITAR
12 AMALAN HIDUP SIHAT
DAN SELAMAT (2)
7. KEBAIKAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI
8. MENGAMALKAN SIKAP HORMAT MENGHORMATI
9. MENYERTAI KOMUNITI SETEMPAT DENGAN AKTIVITI
BERFAEDAH
10. MEMILIKI HOBI YANG POSITIF DAN MENDATANGKAN
KEBAIKAN
11. MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI KEBAJIKAN
ANJURAN NGO
12. RUTIN HARIAN YANG TERATUR
SEKIAN,
TERIMA KASIH
SUMBER : KKM

You might also like