You are on page 1of 18

BAHAGIAN 3

ROKOK
TAJUK 1
KANDUNGAN ASAP ROKOK

Setiap kali anda sedut asap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan
3 jenis bahan :

1. NIKOTIN

Ialah sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem
saraf. Ia boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung,
mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin
menyebabkan ketagihan perokok kepada rokok.

2. KARBON MONOKSIDA

ialah sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan


keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kurang
nafas dan cepat letih. Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit
jantung.

3. TAR

ialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok


mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi
daripada orang yang tidak merokok.
TAJUK 2
KESAN NEGATIF MEROKOK KE ATAS KESIHATAN

Diantara bahaya-bahaya merokok adalah seperti berikut :-

1. KERONGKONG

Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak,


menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas.

2. CILIA

Ia adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar kuman-


kuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok memusnahkan
Cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan
barah.

3. PARU-PARU

a. Sesak nafas
b. Kurang tenaga
4. JANTUNG

a. Menjerut saluran darah


b. Mengurang pengaliran darah dan oksigen

5. SISTEM PENGHADAMAN

Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut

6. MENYEBABKAN PENYAKIT

a. Enfisema
b. Bronkitis
c. Membahayakan bayi dalam kandungan

7. MENYEBABKAN KANSER

a. Kanser ruang mulut e. Kanser kerongkong


b. Kanser peti suara f. Kanser pundi kencing
c. Kanser buah pinggang g. Kanser paru-paru
d. Kanser pankreas
TAJUK 3

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut :

1. Merasa bangga kerana tidak merokok.

2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api

3. Menentang gian dengan kesibukan

4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok

5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.

6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat

khas.

7. Sediakan bahan gantian.

8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.

9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.

10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok.

Saya percaya ANDA BOLEH lakukannya!


TAJUK 4

TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda?

Tembakau membunuh hampir separuh daripada penggunanya di dunia,

iaitu kira-kira hampir 6 juta orang setiap tahun. Menurut Tinjauan

Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, prevalens merokok

dalam kalangan penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas ialah

sekitar 25 peratus. Prevalens perokok lelaki yang berumur 18-19 tahun

meningkat dari 24.6 peratus pada 2011 kepada 40.1 peratus pada 2015.

Prevalens perokok wanita juga meningkat dari 1.1 peratus pada 2011

kepada 1.4 peratus pada 2015. Selain itu prevalens perokok di kawasan

luar bandar lebih tinggi iaitu sebanyak 29.4 peratus berbanding 22.3 peratus

di kawasan bandar. Sehubungan itu, negara kita sepakat dengan usaha

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengurangkan prevalens

merokok sebanyak 15 peratus menjelang 2025.


Rokok Eletronik Atau Vape

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan

dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair

campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin

menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini

memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos

nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang

dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa

nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah e-rokok,

vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih

menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi memberikan stigma

kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan ‘vapor’ yang

bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima masyarakat.


TAJUK 5

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Bertujuan mendedahkan tentang bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok


dan kesan merokok pada diri dan orang lain.

Kandungan rokok terdiri daripada 3 jenis bahan kimia yang berbahaya


kepada kesihatan iaitu nikotin, karbon monoksida dan tar.
 Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan
strok.
 Perokok adalah 4 kali berisiko mati akibat serangan jantung
berbanding bukan perokok.
 Mereka yang terdedah dengan asap rokok pasif mempunyai risiko
yang lebih tinggi terhadap serangan jantung.
 Merokok menyebabkan anda membawa masuk pelbagai jenis
bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan
seterusnya diserap dalam sistem peredaran darah.
 Gangguan aliran darah ke otak menyebabkan serangan strok.

Kesan merokok kepada :


 Isteri – mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang tinggi
berbanding isteri bukan merokok
 Rakan-rakan sepejabat – mereka yang bekerja dipersekitaran yang
tercemar dengan asap rokok untuk jangkamasa yang lama boleh
mengalami kerosakan paru-paru
 Bayi dan kanak-kanak – asap rokok boleh merencatkan
pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih
mudah terkena serangan jangkitan paru-paru, batuk, lelah, selesema
dan sakit kerongkong.
TAJUK 6
SYAIR SENGSARA ROKOK

Sengsara hidup bangkai bernyawa,


Angkara rokok musuh durjana,
Marilah kita seia sekata,
Bulatkan hati kuatkan jiwa.

Penyakit kronik datang melanda,


Perokok sakit dimamah usia,
Menyedut racun bahan kimia,
Sedap di mulut diri merana.

Rokok,
Tanpamu hidup kami lebih cergas,
Jauh dari penyakit berbahaya,
Gigi bersih nafas pun segar,
Contoh yang baik untuk generasi muda.

Rokok
Tanpamu umur kami mungkin lebih panjang,
Kami juga berselera untuk makan,
Tidak membazir menjimatkan wang.
Tiada habuk tiada pencemaran.
TAJUK 7
LAGU : BAHAYA VAPE

(Rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)

Rokok elektronik
Hisap wap nikotin
Kesannya negatif
Diri sendiri

Bila sudah cuba


Mesti mahu lagi
Rosak gigi kamu
Jantung dan hati

c/o:
Rokok elektronik
Vape nama diberi
Asap kepul-kepul
Buat sakit hati
Hei…

Jangan hampirinya
Nanti kau terseksa
Rokok elektronik
Baik buang saja
TAJUK 8
SAJAK : BAHAYA ROKOK
Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu
Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa
Sedarla wahai perokok
Merokok hanyalah penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu
TANPA rokok..
TAJUK 9

INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK

Berikut merupakan beberapa info nahaya merokok:

 Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah


ramai orang mati kerana merokok.
 Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai
orang yang sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok.
 Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin,
karbon monoksid dan tar.
 Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan
jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan
meninggikan tekanan darah.
 Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan
keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang
membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk.
 Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru,
usus atau mulut.

RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan


merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar
yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah.
TAJUK 10
CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK

Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai

rokok. Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga

bangsaku berwarna hitam. Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai

inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape, shisha, itu semua cucu-cicitku.

Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup secangkir bahagia

dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang

sepatutnya digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa

tubuhku apabila dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah

secangkir bahagia dari tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku maafkan wahai

manusia ketika kau buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan

kasut kulitmu. Sakit, perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat.

Kenapa aku maafkan kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia

membakarku aku dan bangsaku telah berjanji aku merosakkan dirimu.

Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit jantung. Jenis kanser? Tidak

perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu wahai perokok. Jika mahu

selamat, tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah

mencubaku. Tiada erti sihat jika bersamaku.


TAJUK 11
TIPS BERHENTI MEROKOK 12M

1. Melengah-lengahkan - tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.


2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong
kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang
manis.
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap.
10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa
mengantuk.
11. Meditasi.
12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
TAJUK 12
MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STICK

Sisi jahat: Shisha… boleh cuba ni.

Sisi baik : Shisha banyak buruknya. Perlu dielak.

Sisi Jahat : Shisha stick ja.

Sisi Baik : Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick

ada nikotin. Sedut sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai

otak.

Sisi Jahat: Jangan risau la. Shisha ni ada penapis.

Sisi Baik : Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna.

Sisi Jahat: Sekali cuba tak jadi apa.

Sisi Baik : Bila dah kena jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis,

hepes, aspergillosis dan helicobacter baru nak sedar?

Sisi Jahat : Cuba la sikit, kawan nak paying tu.

Sisi Baik : Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan

apa ja penyakit mudah berjangkit semua nak hinggap.

Aku : SHISHA PERGI JAUH-JAUH!


TAJUK 13

LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK

Anak Malaysia warga berbudaya,


Bertatasusila, berimej mulia,
Merokok hanya akan mencemarkannya,
Janganlah kita ketagih dengannya

Tak nak merokok hoi hoi


Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi
Kerana rokok cemarlah budaya

Anak Malaysia warga berupaya


Sihat sejahtera, cergas sentiasa
Merokok hanya melemahkan kita
Itulah bahaya jika menagihnya

Tak nak merokok hoi hoi


Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi

(Menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)


TAJUK 14
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKAITAN MEROKOK

Mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 Pindaan 1997:


Peraturan 10 dan 12

1. Semua Premis Kerajaan.


8. Sekolah, Taman Asuhan,
2. Hospital dan klinik
Tadika, IPT.
3. Kaunter bank, telekom dan
9. Kompleks sukan.
pos.
10. Hentian pengangkutan awam.
4. Kenderaan awam.
11. Lif awam.
5. Kedai berhawa dingin.
12. Stesen minyak.
6. Kompleks membeli belah.
13. Dewan orang ramai.
7. Stadium.

Peraturan 8
Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak jika menjual hasil
tembakau kepada individu di bawah umur 18 tahun.

Peraturan 8A
Mana-mana individu di bawah 18 tahun yang merokok atau mengunyah
apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki samada guna sendiri
atau tidak, apa jua hasil tembakau telah melakukan satu kesalahan.
TAJUK 15
ROKOK ELEKTRONIK DAN KESANNYA

Rokok elektronik adalah satu alat elektronik menyerupai cara merokok


tanpa perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kali
rokok elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh
bateri akan menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan
cecair yang akan menghasilkan wap.

“Penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta


Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984. Mereka yang didapati bersalah menjual dan
mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-
elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak
melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya.” (Sumber:
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Berita Harian: 21
Jan 2013).

Rokok elektronik mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi,


iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang
apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Larutan
nitrosamine menjadi penyebab terjadinya kanser.

You might also like