You are on page 1of 2

Merokok amalan yang tidak baik.

Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia


yang boleh menjejaskan kesihatann badan. Oleh itu, amalan merokok banyak
mendatangkan kesan buruk.
Salah satu kesan buruk itu ialah merokok mengakibatkan penyakit. Antara
penyakit yang diakibatkan oleh merokok ialah kanser paru-paru dan penyakit
jantung. Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada bahan kimia seperti tar,
ammonia, dan arsenik yang terkandung dalam asap rokok. Penyakit ini mat
berbahaya dan boleh membawa maut.
Selain itu , merokok akan menyebabkan ketagihan. Ketagihan berpunca
daripada nikotina dalam asap rokok. Seseorang yang ketagiah rokok akan berasa
letih dna murung jika tidak merokokj. Tangannya akan menggeletar dan degupan
jantung menjadi lebih laju. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
kerja yang dilakukannya.
Di samping itu, merokok juga menjejaskan personaliti perokok.
Nafasnya, rambutnya dan pakaiannya berbau asap rokok. Giginya berwarna
kuning atau perang kerana dikesani oleh nikotina dalam asap rokok. Hal ini
menyebabkan orang lain berasa kurang selesa apabial berdekatan dengannya.
Seterusnya, merokok membazirkan wang. Hal ini kerana harga rokok
sangat mahal dengan sekorak rokok berisi 20 batang rokok berharga RM 10.00.
Jika perokok menghisap dua kotak rokok seharai dia membazirkan RM 20.00
sehari untuk menikmati sesuatu yang bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga
memudaratkan kesihatannya.
Kesimpulannya, amalan merokok tabiat yang buruk. Jauhilah amalan
merokok demi menjaga kesihatan badan.

Merokok merupakan tabiat sia-sia yang banyak mendatangkan keburukan.

Membahayakan kesihatan
Keburukan utama tabiat merokok ialah boleh membahayakan kesihatan
diri.Tabiat merokok mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kronik.
Antara penyakit kronik tersebut ialah barah paru-paru,barah hati,barah
mulut dan penyakit jantung.Sesungguhnya,penyakit-penyakit ini boleh
membawa kematian.
Mengotorkan Alam Sekitar
Disamping itu,tabiat merokok juga boleh mengotorkan alam sekitar,Udara akan menjadi tercemar dengan
asap rokok.Selain itu,terdapat juga perokok yang sengaja membuang punting atau kotak rokok di tempat
awam.Keadaan ini boleh mencemarkan alam sekitar sekali gus boleh merosakkan imej negara pada
pandangan pelancong asing.
Pembaziran Wang
Tabiat merokok juga menyebabakan berlakunya pembaziran wang.Dalam sehari perokok terpaksa
berbelanja puluhan ringgit untuk membeli rokok.Dengan ini perbelanjaan sara hidup perokok akan
bertambah dan apa yang pasti tiada maanfaat yang diperolehi daripada tabiat ini.Jika seseorang tidak
merokok,pasti mereka boleh mennyimpan wang tersebut untuk masa depan.

Ketagihan dadah
Selain daripada itu, merokok boleh menyebabkan ketagihan dan mendorong kepada
penyalahgunaan dadah. Penagih dadah terjebak ke lembah najis dadah apabila mengamalkan
tabiat merokok. Kandungan nikotin dalam rokok adalah punca ketagihan. Apabila rokok tidak
dapat lagi memuaskan ketagihan, dadah akan menjadi pilihan mereka
Boleh Menyebabkan Kebakaran
Tabiat merokok juga boleh menyebabakan berlakunya kebakara.Kebakaran boleh berlaku apabila
perokok membuang punting rokok yang masih berasap di semak atau tampat pembuangan
sampah.Kebakaran yang berlaku akan merosakkan tanaman,harta benda dan mendatangkan kesusahan
kepada anggota bomba.Alam sekitar juga akan tercemar dengan asap tebal dan ia boleh menyebabkan
terjadinya jerebu.

Kesimpulannya, amalan merokok tabiat yang buruk. Jauhilah amalan


merokok demi menjaga kesihatan badan.

You might also like