You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buatlah satu rumusan tentang keburukan

merokok dan langkah-langkah untuk mengatasi budaya merokok. Panjang rumusan anda
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Merokok merupakan amalan yang tidak baik. Asap rokok mengandungi 4000 bahan
kimia yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Oleh itu, amalan merokok banyak
mendatangkan kesan buruk.

Salah satu kesan buruk itu ialah merokok boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.
Antara penyakit yang diakibatkan oleh merokok ialah kanser paru-paru dan penyakit sakit
jantung. Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada bahan kimia seperti tar dan arsenik yang
terkandung dalam asap rokok. Penyakit ini amat berbahaya dan boleh membawa maut.

Selain itu, merokok akan menyebabkan ketagihan dalam kalangan perokok. Ketagihan
ini berpunca daripada nikotin yang terdapat dalam asap rokok. Seseorang yang ketagih akan
rokok tentu berasa letih dan murung jika tidak merokok. Tangannya akan menggeletar dan
degupan jantung menjadi lebih laju. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
kerja yang dilakukannya.

Di samping itu, merokok juga dapat menjejaskan imej dan


personaliti perokok. Nafas, rambut dan pakaiannya berbau asap rokok. Giginya berwarna
kuning atau perang akibat kesan nikotin yang terdapat dalam asap rokok. Hal ini menyebabkan
orang lain berasa kurang selesa apabila berdekatan dengannya.

Tambahan pula, tabiat merokok juga boleh mengotorkan alam sekitar. Udara akan
menjadi tercemar dengan asap rokok. Selain itu, terdapat juga perokok yang sengaja
membuang puntung atau kotak rokok di tempat awam. Keadaan ini boleh mencemarkan alam
sekitar sekali gus boleh merosakkan imej negara pada pandangan pelancong asing.

Seterusnya, merokok membazirkan wang seseorang perokok. Hal ini kerana harga
rokok sangat mahal. Contohnya, sekotak rokok berisi 20 batang rokok berharga RM 12.00.
Jika perokok menghisap dua kotak rokok sehari, dia membazirkan RM 24.00 sehari untuk
menikmati sesuatu yang bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga memudaratkan kesihatannya.

Tabiat merokok juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Kebakaran boleh


berlaku apabila perokok membuang puntung rokok yang masih berasap di semak atau di
tempat pembuangan sampah. Kebakaran yang berlaku akan merosakkan tanaman, harta benda
dan mendatangkan kesusahan kepada anggota bomba. Alam sekitar juga akan tercemar
dengan asap tebal dan ini boleh menyebabkan terjadinya jerebu.

Kesimpulannya, amalan merokok tabiat yang buruk. Jauhilah amalan merokok demi
menjaga kesihatan badan. Jalanilah hidup sihat tanpa rokok dan katakan “tak nak” merokok.

You might also like