You are on page 1of 24

BERHENTI MEROKOK

DENGAN LEBIH MUDAH

“Berhenti Merokok Untuk Kesihatan Anda


Kami Sedia Membantu”
JAWATANKUASA KLINIK BERHENTI MEROKOK (AASCEP)
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Kenapa anda ketagih kepada nikotin?
3. Kandungan berbahaya di dalam rokok
4. Keburukan dan risiko merokok
5. Adakah anda perokok pasif?
6. Faedah berhenti merokok
7. Tanda- tanda kemunduran
8. Tips- tips berhenti merokok
9. Rawatan yang ditawarkan
10. Hadiah Berjaya berhenti merokok di KK JKWPKL &
Putrajaya
1. PENGENALAN
 Lebih daripada 40% lelaki merokok di Malaysia
 4.7 juta perokok dewasa, perokok wanita pula kurang daripada 1%

 14.3% dewasa berniat untuk berhenti merokok dalam tempoh 12 bulan.

 Antara mereka yang merokok setiap hari, hanya 9.5% berjaya berhenti merokok.

 Perokok pasif
 39.8% orang dewasa yang bekerja di pejabat terdedah pada asap rokok pasif
 Dalam masa 30 hari lepas,
o 1 dari 3 orang wanita terdedah pada asap rokok pasif di rumah
o 2 dari 3 orang wanita terdedah pada asap rokok di restoran

Ruj: Global Adult Tobacco Smokers 2011


2. KENAPA ANDA KETAGIH PADA NIKOTIN?
 Nikotin adalah sejenis DADAH yang sangat kuat. Dopamine

 Nikotin yang dihisap atau dihidu akan sampai ke otak dalam masa 6- 10 saat.

 Nikotin dari rokok akan merangsang pengeluaran sejenis bahan kimia di otak Nicotine
(Dopamine) membuat anda merasai keseronokan, seperti ganjaran dari
merokok.

 Apabila anda tidak merokok, bahan kimia yang membekalkan keseronokan


akan menurun lalu anda ketagih pada rokok lagi.

 Ini mengakibatkan anda mudah meradang kerana otak mahukan rangsangan


keseronokan dari nikotin.

 Keinginan untuk merokok semakin bertambah dan akhirnya menjadi


KETAGIHAN yang kuat.
3. KANDUNGAN BERBAHAYA DALAM ROKOK

1 batang rokok mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia,


sekurang-kurangnya 200 jenis adalah racun and 60 jenis boleh
mengakibatkan kanser.
4. KEBURUKAN DAN RISIKO MEROKOK [1]

 Rokok menyebabkan kanser


 Paru- paru (7-15 kali ganda risiko)
 Mulut (3-15 kali ganda risiko)
 Pangkal Rahim (servik)
 Perut (2 kali ganda risiko)
 Oesophagus
 Hati
 Buah pinggang dan pundi kencing
4. KEBURUKAN DAN RISIKO MEROKOK [2]
Rokok menyebabkan penyakit kronik
seperti:
Penyakit paru- paru kronik seperti
emphysema (10-20 kali ganda risiko)
Serangan sakit jantung (1.5-3 kali ganda
risiko)
Kebutaan
Angin ahmar
Kerosakan buah pinggang
5. ADAKAH ANDA PEROKOK PASIF? [1]

Apa itu perokok pasif?

Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok basi

20% asap rokok dihisap oleh perokok manakala 80% akan dilepaskan
ke persekitaran.

Asap rokok pasif adalah SANGAT berbahaya dan tiada tahap


selamat!
5. ADAKAH ANDA PEROKOK PASIF? [2]
RISIKO KESIHATAN PEROKOK PASIF

 30% lebih tinggi mendapat kanser paru- paru


 25% lebih tinggi mendapat sakit jantung
 Asma bertambah teruk
 Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan
 Ibu melahirkan bayi yang kurang berat badan
 Kanak- kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan salur
pernafasan dan jangkitan kuman di telinga.
 Mengganggu pertumbuhan paru- paru kanak- kanak
6. FAEDAH BERHENTI MEROKOK [1]
 KESAN POSITIF PADA FISIOLOGI SELEPAS BERHENTI MEROKOK
6. FAEDAH BERHENTI MEROKOK [2]
6. FAEDAH BERHENTI MEROKOK [3]

• Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik


• Maka suhu badan akan naik semula pada suhu normal.
6. FAEDAH BERHENTI MEROKOK [4]
KESAN PSIKOSOSIAL

Sentiasa ceria
Lebih segak
Matang
Berketerampilan
Keyakinan diri tinggi
Perawakan yang menarik
Lebih disenangi orang lain
Kecemerlangan akademik
Lebih cergas dan berstamina
Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
Menjadi contoh teladan kepada keluarga dan rakan- rakan
6. FAEDAH BERHENTI MEROKOK [5]
KESAN EKONOMI
Banyak wang dapat dijimatkan!!!
Batang rokok 10 20 30 40
Kos rokok sehari 3.40 6.80 10.20 13.60

1 minggu (RM) 23.80 47.60 71.40 95.20

Satu bulan (RM) 95.20 190.40 285.60 380.80

Satu tahun (RM) 1142.40 2284.80 3427.20 4569.60

5 tahun (RM) 5712.00 11424.00 17136.00 22848.00

10 tahun (RM) 11424.00 22848.00 34272.00 45696.00


7. TANDA- TANDA KEMUNDURAN [1]
7. TANDA- TANDA KEMUNDURAN [2]
TANDA- TANDA SEBAB

Pening/ ringan kepala Penurunan paras karbon monoksida (CO) dan paras oksigen (O2)
meningkat dalam darah/ otak
Kebas tangan/ kaki Pengaliran darah lebih baik

Batuk- batuk Membuang lender di saluran pernafasan

Selera makan bertambah Deria bau dan rasa semakin baik

Mulut jadi tawar/ payau, terjadi luka Pertukaran organisma di dalam mulut
kecil
Sembelit Tembakau mempunyai kesan laksatif (melawas buang air besar)

Perasaan gian Paras nikotin ke otak berkurangan

Gelisah, cepat marah, kurang tumpuan Kesan ketiadaan rangsangan nikotin dan pertukaran tabiat
7. TANDA- TANDA KEMUNDURAN [3]

 Semua tanda- tanda yang disebutkan tadi adalah SEMENTARA saja


semasa peringkat awal berhenti merokok.

 Tanda- tanda ini menunjukkan bahawa kesihatan perokok akan


menjadi bertambah baik dan ianya sebagai PROSES PEMULIHAN dan
penyesuaian kepada gaya hidup sihat tanpa rokok.
8. TIPS- TIPS BERHENTI MEROKOK [1]
1) PEMIKIRAN POSITIF
Ingatkan diri bahawa banyak manfaat diperolehi dengan berhenti merokok.

2) DEAD pointer
D – Delay (melengahkan)
• Sengaja melengahkan masa untuk menghisap rokok
E- Escape (melepaskan diri)
• Cth: menghindarkan diri dari kumpulan yang sedang merokok
A- Avoid (mengelak)
• Mengelak dari apa- apa kaitan dengan rokok
D- Distract (mengalihkan fikiran)
• Relaksasi, focus minda, melakukan perkara lain
8. TIPS- TIPS BERHENTI MEROKOK [2]
3) PETUA 12M
i. Melengah-lengahkan- katakana ‘NANTI’ tiap kali ingin merokok
ii. Menarik nafas panjang – Tarik nafas tiga kali secara perlahan- lahan
iii. Minum air – minum banyak air kosong
iv. Menyibukkan diri – buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan melupakan rokok
v. Mengelakkan diri- elak suasana yang mendorong kepada merokok
vi. Menjauhkan diri – dari orang yang merokok
vii. Mengunyah sesuatu – gula getah, buah- buahan (elakkan makanan manis)
viii. Membasuh tangan selalu
ix. Mandi dengan kerap
x. Merenggangkan otot – lakukan senaman renggangan apabila mengantuk
xi. Meditasi
xii. Memohon doa – berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
9. RAWATAN YANG DITAWARKAN [1]
1. TERAPI GANTIAN NIKOTIN

 Tempoh masa rawatan yang dicadangkan: 8 minggu

 Terdapat dalam beberapa bentuk


 Gula- gula getah/ gam: 2mg, 4mg
 Tampalan: 5mg/16jam, 10mg/16 jam, 15mg/16jam
 Alat sedutan ( farmasi swasta)
 Lozenges (farmasi swasta)
9. RAWATAN YANG DITAWARKAN [2]
2. VARENICLINE

Sejenis ubat yang mengurangkan ketagihan merokok, dan mengurangkan kesan


kepuasan semasa merokok.

Tempoh masa rawatan yang dicadangkan: 12 minggu

Varenicline TIDAK boleh diambil oleh:


perokok berumur 18th kebawah
Mengalami masalah buah pinggang

Terapi varenicline biasanya dimulakan seminggu sebelum tarikh berhenti merokok


9. RAWATAN YANG DITAWARKAN [3]
VARENICLINE

Starter Pack
10. HADIAH UNTUK ANDA
JIKA BERJAYA BERHENTI MEROKOK

Hadiah-hadiah seperti Ganjaran seperti


Sijil Berhenti Merokok
Key Ring, Mug Privilege Card
TERIMA KASIH

You might also like