You are on page 1of 33

KESIHATAN DIRI DAN BAHAYA MENGANCAM KESIHATAN

CEGAH DARI MEROKOK


CEGAH DARI DADAH CEGAH DARI ALKOHOL CEGAH DARI PENYAKIT BERJANGKIT

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR MOHAMAD SHAHIR BIN ZOLKEFLEE

MOHD HISYAMUDDIN BIN CHE SIOK


MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMAD SOLIHIN MOHD AZIMAN BIN MOHD KHAIRUDIN JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT MOHD IMRAN BIN IBRAHIM

CEGAH DARI MEROKOK

KENALI ROKOK
Rokok mengandungi pelbagai racun yang berbisa. Perokok dan bukan-perokok yang terdedah kepada asap terpakai atau asap jaluran sisi akan menghadapi risiko mendapat beberapa penyakit.

ALASAN :
Merokok

memberi saya lebih tenaga

Saya suka menyentuh dan memegang rokok


Merokok satu keseronokan Merokok memberi ketenangan pada saya ketika saya cemas dan sedih Saya ketagih rokok Merokok merupakan satu tabiat.

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ROKOK?


Nikotin - meningkatkan denyutan nadi, membuat

jantung bekerja lebih kuat


Karbon monoksida - mengurangkan bekalan oksigen ke jantung untuk meneruskan kerja-kerjanya. Tar - menyumbat paru-paru yang kebanyakannya merupakan bahan penyebab kanser. Fenol - melumpuh dan memusnahkan lapisan saluran udara yang berbulu. Bahan-bahan kimia perengsa menyebabkan "batuk perokok".

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ASAP JALURAN SISI?


3-5 kali ganda gas karbon monoksida dan 4 kali

ganda lebih banyak kandungan bahan tar dan


nikotin berbanding dengan asap bertapis daripada rokok. Lebih dari 100 jenis bahan kimia merbahaya yang boleh membawa kerosakan pada paru-

paru dan bahan fenol boleh menyebabkan kanser. Habuk-habuk halus boleh sampai jauh ke dalam
paru-paru perokok pasif.

KESAN DAN RISIKO MEROKOK

MEROKOK BOLEH MENDATANGKAN BEBERAPA PENYAKIT MERBAHAYA. ANTARANYA: Kanser: 30% dari semua kes kematian akibat kanser adalah disebabkan merokok. Perokok didapati 25% lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

Serangan jantung: Perokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mendapat serangan jantung.

Strok dan nyanyuk: Perokok mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat strok dan 1 kali ganda menjadi nyanyuk berbanding dengan bukan perokok. Bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan merokok, risiko mendapat strok adalah lebih tinggi.

Penyakit paru-paru: Kematian akibat bronkitis dan emfisema adalah 10 kali ganda lebih tinggi

di kalangan perokok.

Mengandung: Merokok dikaitkan dengan kemandulan, kehamilan ektopi dan keguguran. Merokok meningkatkan risiko lahir mati dan kematian bayi sebanyak 33%. Ibu yang merokok berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan.
Osteoporosis: Merokok di kalangan wanita yang telah putus haid menjadikan tulang pinggul mereka lebih mudah patah.

Keseksualan lelaki dan pembiakan: Merokok boleh memandulkan seseorang lelaki kerana ia mengurangkan bekalan darah yang mengalir ke kemaluannya dan mengurangkan ketumpatan air mani (sperma) dan pergerakannya.
Gangguan pada gigi, kulit dan rambut: Perokok lebih mudah mendapat masalah gigi, kelihatan lebih tua, berisiko menjadi botak dan rambut beruban lebih awal.

RISIKO PEROKOK PASIF


Pendedahan kepada asap terpakai (second-hand smoke) hari ini, didapati boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 hingga 91% di kalangan bukan-perokok.

Ibu yang merokok mudah mendapat bayi yang kurang berat badan. Sesetengahnya dilahirkan mati.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap pasif lebih mudah mendapat serangan alahan, selesema, batuk dan bronkitis.

BAGAIMANA CARA BERHENTI MEROKOK???...

PENGGANTIAN NIKOTIN Cara yang berkesan untuk berhenti merokok

TAMPALAN NIKOTIN Dikenali juga sebagai nikotin transdermal (merentasi kulit).

Ditampal pada kulit tengkok atau lengan yang tidak mempunyai bulu roma.

Tampalan ini boleh dipakai selama 24 jam

Lazimnya jangka masa rawatan ialah 3-4 minggu.

Bagi perokok yang banyak merokok, program rawatan biasanya diulang sekali lagi dengan menggunakan tampalan yang lebih kecil.

Ia selalunya menimbulkan sedikit gangguan pada kulit yang lazimnya akan hilang dalam masa 24 jam.

PENGURUSAN SENDIRI
Apabila bertekad untuk berhenti: Biarkan badan dan minda anda sembuh ketika dalam proses penarikan (dari tabiat merokok). Mandi atau cuba tidur apabila merasa ketagih. Bersenamlah apabila datang rasa ketagih untuk merokok, tarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri anda. Minum lebih banyak air, makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran serta makanan yang banyak mengandungi serat untuk menyingkirkan nikotin. Ambillah makanan/diet yang sihat yang kaya dengan vitamin B kompleks, vitamin C, E dan asid folik. Libatkan keluarga dan rakan-rakan anda dalam program berhenti merokok ini supaya mereka dapat sentiasa mengingatkan dan memberi semangat kepada anda. Ubah tabiat harian anda. Lawatilah tempat-tempat awam atau restoran yang dilarang merokok.

Berhenti Merokok buat selamalamanya, Jangan berlengah !!!

CEGAH DARI DADAH

CEGAH DARI DADAH


Jenis Dadah

Heroin, Morphine, cocain, marjuana, ganja, Cannabis


Faktor Masalah keluarga / Pengaruh rakan / Ingin cuba / Kurang pendidikan agama / Tiada keyakinan diri / Gangguan emosi Kesan

Jejas kekeluargaan / Kekeliruan / Jenayah berleluasa / Penyakit

CARA MENGATASI
Pusat pemulihan

Khidmat kaunseling
Pendidikan agama / Pendidikan moral Kempen-kempen pencegahan Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

CEGAH DARI ALKOHOL

CEGAH DARI ALKOHOL


Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ianya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

APAKAH KESAN-KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL ?


Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial termasuk : Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran

Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik


Kelakuan salah laku Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

MASALAH PSIKOSOSIAL
Perubahan personaliti

Kemurungan
Bunuh diri Kelakuan agresif Kurang kesedaran

kurang pertimbangan
kurang konsentrasi hilang upaya menahan perasaan tekanan metal

KESAN FIZIKAL ALKOHOL


Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru). Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk: Kerosakan otak yang kekal Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)

Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)


Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)

Kanser usus
Penurunan naluri seks dan mati pucuk Keguguran spontan Bayi yang tidak normal

Anaemia (kandungan darah rendah)

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHINDARI DARI ALKOHOL?


Mengamalkan gaya hidup sihat

Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi


Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol Isikan masa lapang anda dengan mengambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti Rakan Muda Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja

Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.

CEGAH DARI PENYAKIT BERJANGKIT

PENYAKIT HEPATITIS A
Penyakit ini tersebar melalui makanan, minuman dan amalan kotor.

Punca Penyakit:
Tangan tidak dibasuh sebelum makan Makanan disediakan di tempat kotor Pengendalian makanan yang kotor Pembuangan najis di merata tempat Makanan dan minuman yang terdedah Air yang tidak dimasak Makanan dimasak dengan tidak sempurna Bekas tempat makanan / minuman yang kotor

Tanda dan gejala: Demam ringan , air kencing kuning , bahagian putih mata menjadi kuning, lemah, tidak selera makan, kulit jadi kuning. Akibat Kerosakan hati , maut

Kawalan
Jaga kebersihan diri Jaga kebersihan persekitaran Kebersihan makanan Amalan cara hidup yang bersih

PENYAKIT TAUN
Taun tersebar melalui air yang tercemar

Terdapat kuman dalam air yang menyebabkan taun


Lalat Tanda-tanda Muntah dan cirit-birit

Pencegahan Lapor kes kepada hospital Minum air yang dimasak Tutup semua makanan elak lalat Bubuh ubat klorin 1 sudu besar dalam telaga setiap hari Makan makanan yang dimasak Guna tandas yang bersih

Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas

CEGAH DARI PENYAKIT BERJANGKIT


Cara pencegahan penyakit berjangkit di rumah: Kebersihan rumah Tiada tempat pembiakan serangga

Basuh tangan sebelum makan / ke tandas

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like