You are on page 1of 2

KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI,

PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA

Assalamualaikum. Nama saya Alif Hakimi Bin Aris Zuan. Saya


merupakan anak yang paling sulung dalam 3 beradik. Saya juga baru sahaja
selesai zaman persekolahan saya iaitu di Sekolah Menengah Sains Tuanku
Munawir. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 7A+ dan 2A. Kini, saya
menyambungkan pelajaran saya di Kolej Mara Seremban ( KMS ) dalam bidang
Kejuruteraan A-Level.

Jika diizinkan Allah, saya bercadang untuk menyambungkan pelajaran


saya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Queensland,
Australia. Salah satu sebab saya bercadang untuk menyambung pelajaran di situ
adalah kerana university tersebut merupakan salah satu universiti yang
menyediakan kursus pelajaran yang terbaik dalam bidang kejuruteraan. Saya
juga pernah mengajukan soalan kepada kaunselor KMS saya tentang universiti
yang terbaik untuk menyambungkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan
kimia. Dia memberikan jawapan University of Queensland berdasarkan rujukan
yang beliau lakukan ke atas bekas pelajar KMS. Suasana di sana yang kondusif
dan selesa untuk belajar juga telah menarik perhatian saya untuk
menyambungkan pelajaran di sana.

Dengan izin Allah, selepas peringkat Ijazah Sarjana Muda, saya berhasrat
untuk meneruskan kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Kerjaya ini
adalah salah satu kerjaya yang memerlukan ketelitian, kreatif dan inovatif. Hal
ini selaras dengan bakat dan ciri-ciri yang saya miliki. Pada era globalisasi ini
juga, kerjaya Kejuruteraan Kimia ini adalah salah satu kerjaya yang paling
diperlukan di serata dunia. Oleh itu, saya yakin akan peluang pekerjaan dan
kebarangkalian untuk saya bekerja dalam bidang Kejuruteraan Kimia ini adalah
tinggi. Sekian, terima kasih.

You might also like