You are on page 1of 3

Fareehah : Assalammualaikum dan selamat sejahtera , Cik Aishah dan Cik Hidayah.

Saya
Nur Fareehah binti Ahmad Fahmi dari KVDSAZI yang ingin menemu bual
kalian berdua tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk menyiapkan kerja
kursus saya.

Aishah : Waalaikumusalam, kami akan menjawab sebaik mungkin Cik Fareehah.

Fareehah : Sebelum memulakan temubual kita pada hari ini, saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana kalian sudi meluangkan masa pada hari ini untuk menjadi
responden saya.

Hidayah : Sama-sama Cik Fareehah.

Hidayah : Kami juga berbesar hati kerana Cik Fareehah telah memilih kami untuk menjadi
responden.

Fareehah : Baiklah, izinkan saya untuk memulakan temubual kita pada hari ini.

Fareehah : Cik Aishah, pada tahun berapakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal dan ia
dirasmikan oelh siapa ?

Aishah : Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1971 , ia juga diperakui
melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan dan kongres ini merupakan lanjutan daripada
Kongres Rakyat 1956 iaitu Kongres Kebudayaan Melayu. Seterusnya, kongres ini telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein di Dewan
Tun Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Fareehah : Cik Hidayah, sewaktu merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, apakah


yang ditekankan oleh Tun Abdul Rahman Hussein dalam ucapannya ?

Hidayah : Sewaktu merasmikan Kongres Kebudayaan Kebngsaan, Tun Abdul Rahman


Hussein telah menekankan tentang “ bahawa sudah ketikanya bagi kita menentukan identiti
atau keperibadian kebangsaan sebagai satu bangsa yang mempunyai maruah dan martabat
seperti bangsa-bangsa lain yang merdeka dan berdaulat di dunia “.

Fareehah : Baik , terima kasih Cik Hidayah dan seterusnya, boleh cik terangkan 3 prinsip
utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?

Hidayah : Terdapat 3 prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan


kebudayaan rakyat asal rantau Melayu yang menjadi tunjang utama. Selain itu, terdapat juga

1
unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting. Akhir sekali,
unsur yang paling penting sekali dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah
Islam.

Fareehah : Seterusnya Cik Aishah, apakah matlamat pembentukan Dasar Kebudayaan


Kebangsaan dan apakah agensi yang melaksanakannya ?

Aishah : Matlamat utama pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah mengukuhkan


perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Seterusnya, untuk memperkaya dan
mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomI. Selain itu, ia dilaksanakan oleh Kementerian
Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan.

Fareehah : Baiklah, cik berdua ingin berehat dahulu atau terus menyambung temubual kita ?

Hidayah : Tidak mengapa , teruskan sahaja.

Aishah : Betul, saya setuju dengan Cik Hidayah, lebih baik kita teruskan.

Fareehah : Baiklah cik.

Fareehah : Soalan seterusnya akan ditujukan kepada Cik Hidayah.

Hidayah : Baiklah, silakan.

Fareehah : Apakah yang dimaksudkan dengan Citrawarna Malaysia dan berikan contohnya.

Hidayah : Maksud Citrawarna Malaysia ialah Program Promosi Pelancongan yang mula
dianjurkan pada tahun 1999. Antara program yang dijalankan ialah memperagakan
kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian rakyat Malaysia. Pada setiap tahun di bulan Mei,
program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka dengan melibatkan rakyat pelbagai kaum
dan budaya.

Fareehah :Seterusnya, Cik Aishah, apakah kebaikan yang kita peroleh daripada Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ?

Aishah : Terdapat pelbagai kebaikan yang kita peroleh daripada Dasar Kebudayaan
Kebangsaan seperti, membentuk bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identity
negara. Seterusnya, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang terhasil
daripada Kebudayaan Kebangsaan seperti menjaga nama baik negara dan bangga dengan
keunikan budaya masyarakat Malaysia.

2
Fareehah : Soalan yang akan saya tanya ialah soalan terakhir pada hari ini, sesiapa sahaja
diantara kalian berdua boleh menjawab soalan ini.

Hidayah : Baik cik.

Fareehah : Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat memperkukuhkan


perpaduan negara ?

Hidayah : Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat membentuk identiti negara. Seterusnya, ia


juga dapat memupuk sikap untuk mempertahankan warisan bersama.

Aishah : Perpaduan juga menjadi semakin kukuhdan politik negara juga semakin stabil.
Selain itu, rakyat juga dapat berbangga dengan kekayaan kebudayaan negara dan saling
menghormati kebudayaan bangsa lain.

Fareehah : Baiklah, dengan itu tamatlah sesi temubual kita pada hari ini. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Hidayah dan Cik Aishah kerana memberikan
kerjasama yang baik pada hari ini..

Aishah : Sama – sama Cik Fareehah.

Fareehah : Semoga jawapan kami dapat membantu cik untuk menyiapkan kerja kursus cik.

You might also like