You are on page 1of 2

Mohamad Shazril Bin Mohamad Aziz,

Diploma Ukur Bahan,

Semester 6,

Fakulti Senibina, Perancangan, dan Ukur,

Universiti Teknologi Mara Sarawak.

Pejabat Kolej Kediaman Seri Mulu

Unit Pengurusan Kolej Kediaman

Universiti Teknologi Mara Sarawak 12 NOVEMBER 2013

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya merupakan pelajar semester 6 mengambil jurusan Diploma Ukur Bahan tidak mendapat kemudahan
kolej kediaman pada semester November-April ini.

3 Bagi pengetahuan pihak tuan, saya telah membuat pertanyaan mengenai kegagalan saya menduduki kolej.
Untuk mendapatkan kolej di Pejabat Kolej Kediaman Seri Mulu dan kakitangan di pejabat tersebut menyatakan
bahawa Kad Aktiviti saya pada semester sebelum ini tidak memenuhi cop. Masalah ini dihadapi bukan sahaja oleh
diri saya tetapi turut dihadapi oleh pelajar-pelajar yang sama mengharungi nasib ini. Saya berharap agar masalah
seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada saya pada semester ini.

4. Selain daripada itu, alasan saya merayu untuk menduduki kolej adalah, saya mengalami masalah kenderaan
serta ketiadaan lesen kereta atau motosikal . Lokasi kediaman yang jauh di luar kampus menyebabkan saya
mengalami masalah kenderaan untuk pergi ke kampus ini.

5. Di harapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan permohonan saya ini. Kerjasama yang pihak tuan
berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar

________________

Mohamad Shazril Bin Mohamad Aziz,

Diploma Ukur Bahan,

S.k Prof. Madya Wan Akil Tunku Abdullah

Timbalan Rektor

Hal Ehwal Pelajar

Universiti Teknologi Mara

Sarawak

You might also like