You are on page 1of 2

Karangan Mengenai Perihal Diri, Perancangan Pengajian Dan Kerjaya

Nama diberi Zulaikha binti Zakaria, berumur 22 tahun, dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 2001 di
Hospital Besar Kuala Terengganu. Saya merupakan anak sulung, daripada empat orang adik-
beradik. Saya telah menerima pendidikan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Kempas dan
meneruskan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dari
tingkatan satu hingga empat. Alhamdulillah, saya menerima keputusan yang baik iaitu 10A
dalam PT3, kemudian saya menyambung pengajian tingkatan lima di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tan Sri Mohamed Rahmat bagi menyiapkan diri untuk menduduki SPM. Tamat sesi
persekolahan, saya mula bekerja separuh masa di Parkson, Plaza Angsana selama 3 bulan.
Dengan memperoleh keputusan 9A dalam SPM, saya diberi kesempatan untuk menyambung
pengajian asasi kejuruteraan kimia di Universiti Teknologi Petronas, Perak (UTP). Bagi perihal
latar belakang keluarga pula, ayah saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan ibu saya
seorang suri rumah. Dua orang adik saya masih bersekolah, manakala seorang lagi sedang
menuntut diploma di Politeknik Port Dickson.
Semasa menuntut asasi kejuruteraan di UTP selama setahun, saya merasakan bahawa
bidang kejuruteraan kimia bukanlah pilihan kerjaya yang bagus untuk saya. Ini kerana bidang
kejuruteraan selalu dimomokkan dengan tidak dibayar gaji yang setimpal dengan bidang
kerjaya itu serta subjek-subjek yang dipelajari lebih kepada Fizik yang lebih mendalam dan
bukannya Kimia seperti apa yang orang selalu fikir apabila dengar terma Kejuruteraan Kimia itu
sendiri. Dengan itu, saya membuat keputusan untuk menukar bidang pengajian kepada IT, atau
lebih terperincinya Computer Systems Security di UNIKL Malaysian Institute Of Technology
(MIIT) selama tiga tahun enam bulan. Saya memilih bidang ini kerana ianya masih dikatakan
baru dalam negara ini, dan bidang ini mempunyai potensi yang amat besar dengan pasaran
kerja yang sangat luas. Ini boleh dikatakan agak mengujakan bagi saya. Selain itu, bidang IT
merupakan salah satu bidang di mana boleh bekerja secara jauh (remotely working) yang saya
anggap merupakan perkara yang baik. Di samping itu saya terdorong untuk menuntut jurusan
ini di MIIT kerana penggunaan teknologi telah menjadi pilihan bagi kebanyakan rakyat Malaysia
dalam menyelesaikan urusan mereka, baik dari dalam bidang professional mahupun domestik.
Dengan penguasaan dalam bidang Computer Systems Security yang merangkumi perlindungan
untuk sistem rangkaian dan komputer dari serangan yang boleh menyebabkan kecurian data,
kerosakan pada cakera perisian komputer serta memastikan integriti dan kesediaan maklumat
yang diproses dan disimpan dalam komputer terjamin.
Apabila saya sudah menamatkan pengajian kelak, saya berharap untuk mencari dan
menerima tawaran kerja dari Syarikat Multinasional (MNC) dalam bidang komputer sekuriti,
sesuai dengan bidang yang dituntut. Saya berharap agar saya dapat membuatkan ibubapa saya
gembira dengan pencapaian saya dalam bidang professional nanti. Justeru itu, saya berharap
agar pihak Majlis Amanah Rakyat dapat meluluskan permohonan pinjaman pelajaran saya.
Sekian sahaja mengenai perihal diri, rancangan pengajian dan kerjaya yang akan saya ceburi.
Terima kasih.

You might also like