You are on page 1of 2

Syafiz Bin Omar

17B Kampung Paya, Balai Besar,

23000 Dungun,

Terengganu

Malaysia Rail Link Sdn Bhd

Tingkat 15, Menara 1 Dutamas,

Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1,

50480 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan. 28 Februari 2022

Tuan/Puan

PERMOHONAN MAAF DI ATAS PENARIKAN DIRI DARI MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya Syafiz Bin Omar, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda
Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan di Universiti Teknolologi Mara (UiTM) Cawangan
Terengganu Kampus Dungun tidak dapat menjalani latihan industri di syarikat Malaysia Rail Link
Sdn Bhd pada 1 Mac 2022 hingga 12 Ogos 2022.

3. Untuk pengetahuan Tuan/Puan permohonan penarikan diri ini adalah kerana saya mempunyai
masalah keluarga dan juga masalah penempatan di Kuala Lumpur memandangkan saya berasal
daripada Dungun, Terengganu. Saya dan pihak universiti memohon maaf sekiranya penolakan ini
menimbulkan kesulitan kepada pihak Tuan/Puan.

4. Saya dan pihak universiti amat berterima kasih kepada organisasi Tuan/Puan yang
memandang serius terhadap pemilihan pelajar daripada universiti ini bagi menjalani latihan industri.
Semoga jaringan industri kedua-dua pihak kekal aktif dan memberikan kesan positif dalam
meningkatkan reputasi organisasi dan universiti.
5. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian,

Yang Benar

(Syafiz Bin Omar)

You might also like