You are on page 1of 1

MF TECHNOLOGY SUPPLY & SERVICES (M) SDN.BHD.

(Company No: 1226925-T)


NO 14, JALAN TASIK UTAMA 63, KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMAN TASIK UTAMA,
75450 HANG TUAH JAYA, MELAKA
Tel: 06-2321959 Fax: 06-2321591
Email: mftechss2020@gmail.com

MF TECHNOLOGY SUPPLY & SERVICES (M) SDN.BHD.


NO 14, JALAN TASIK UTAMA 63,
KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMAN TASIK UTAMA
75450 HANG TUAH JAYA, MELAKA

LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI,


BAHAGIAN PEMANTAPAN AKADEMIK
PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
ARAS 3, BAHAGIAN CANSELORI,
KAMPUS ALAM UniMAP, PAUH PUTRA,
02600 ARAU, PERLIS 14 JANUARI 2021

Tuan/Puan,

PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN PELAJAR PRAKTIKAL DI SYARIKAT MF TECHNOLOGY SUPPLY AND


SERVICES (M) SDN.BHD.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa syarikat MF TECHNOLOGY SUPPLY & SERVICES (M) SDN.BHD. ingin membuat
permohonan untuk mendapatkan pelajar-pelajar dari institusi pendidikan tuan/puan yang berminat untuk
menyertai latihan industri/praktikal di syarikat kami.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, MF TECHNOLOGY SUPPLY AND SERVICES (M) SDN.BHD.
menyediakan peluang praktikal kepada pelajar-pelajar yang berminat. Disini, kami nyatakan alamat tempat latihan
untuk pelajar yang berminat iaitu No 14, Jalan Tasik Utama 63, Kawasan Perindustrian Taman Tasik Utama,
75450 Hang Tuah Jaya, Melaka.
3. Antara bidang/jurusan yang diperlukan/berkaitan adalah seperti berikut:-
 Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan
 Teknologi Kejuruteraan
 Pengurusan Pemasaran
4. Oleh itu, kami amatlah berbesar hati jika pihak kami boleh turut serta dalam menyediakan tempat latihan
praktikal. Bukan itu sahaja, pihak tuan/puan boleh menghubungi kami secara terus di talian 017-2139967 untuk
mendapatkan butiran lengkap atau sebarang pertanyaan. Kepada pelajar-pelajar yang berminat, boleh emailkan surat
permohonan, biodata/keputusan transkrip yang terakhir kepada mftechss2020@gmail.com untuk rujukan dan
tindakan daripada pihak kami. Elaun praktikal juga akan diberikan.
5. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan/puan, saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,

____________________________________________________________________
MF TECHNOLOGY SUPPLY & SERVICES (M) SDN.BHD.
(NUR AFIQAH BINTI AB RAHMAN)

You might also like