You are on page 1of 1

Rujukan kami : Tarikh : Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka, 78300 Masjid Tanah, Melaka u.p : En. Azman Bin.

Abd Rahman (Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar) Tuan, MOHON PELEPASAN PELAJAR BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (PKM) PERINGKAT AKHIR BIDANG IT SOFTWARE SOLUTIONS FOR BUSINESS MOHAMAD ZUHAIRI BIN ZAINOL ABIDIN (NO. MATRIK : MS

1311502617)
Perkara di atas adalah dengan hormatnya di rujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pelajar seperti butiran di atas telah terpilih mewakili GIATMARA ke Pertandingan Kemahiran Malaysia yang akan diadakan pada 25 hingga 30 September 2013 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) . 3. Untuk makluman pihak tuan, beliau merupakan antara 12 peserta yang telah terpilih ke peringkat akhir di kalangan 182 orang peserta yang bertanding di peringkat Prakelayakan yang telah diadakan pada 1 4 April 2013 di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Justeru itu, pihak GIATMARA amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan pelepasan selama tiga (3) hari bermula 25 27 September 2013 kepada pelajar terbabit bagi menyertai pertandingan tersebut. 4. Segala urusan perbelanjaan dan kebajikan beliau akan ditanggung oleh pihak GIATMARA dan diletakkan di bawah pengawasan Puan Norasmanina bt Hj. Suib selaku jurulatih yang boleh dihubungi di talian 04-7721303 atau 019-4774931. 5. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Jemputan Pertandingan Kemahiran Malaysia 2013 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk rujukan pihak puan. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Haji Mohammad Sadzilan B. Mohd Saad Pengarah GIATMARA Kedah


s.k. 1) Pengurus, GIATMARA Alor Setar

KEUSAHAWANAN DAN PENDIDIKAN GLOBAL KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

You might also like