You are on page 1of 1

Encik Ahmad Khairuman Md Hasim

Penolong Rektor
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka,
77330 Jasin,
Melaka, 4 DIS 2022

Melalui Dr.Ismail Rakibe


Timbalan Dekan
Hal Ehwal Pelajar
Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi

Tuan,

PERMOHONAN MEMBAWA KENDERAAN MOTOSIKAL KE DALAM KAMPUS BAGI TUJUAN


PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS
.

Saya Muhammad Harith Hazazi bin Hazizi sebagai Ketua Projek bagi Projek Tanaman Jagung
Manis ingin memohon seperti merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa seramai 5 orang pelajar Diploma Pengurusan Ladang


(AT110),Fakulti Perladangan dan Agroteknologi yang akan melaksanakan Projek Tanaman
Jagung Manis di ladang UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada 5 Disember 2022
sehingga 5 Mei 2023 memohon permohonan untuk membawa kenderaan masuk ke
kawasan kampus oleh pelajar yang akan melaksanakan projek tersebut.

3. Justeru itu, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan
pertimbangan yang sewajarnya terhadap permohonan membawa kenderaan masuk ke
kawasan kampus oleh pelajar-pelajar tersebut supaya dapat memudahkan dan membantu
meringankan beban mereka bagi menghadapi segala kekangan sepanjang tempoh projek
berlangsung serta memaklumkan kepada pihak kami bagi memudahkan urusan.

4. Disertakan bersama senarai nama pelajar yang ingin membawa masuk kenderaan
adalah seperti di lampiran 2.Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan berhubungan
permohonan ini amatlah dihargai dan didahui dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

You might also like