You are on page 1of 1

MEMORANDUM

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SELANGOR
KAMPUS DENGKIL

: 5213/5351: 5422

TARIKH : 30 MEI 2019 (KHAMIS)

DARIPADA : TIMBALAN PENGARAH HEP & ICAN

MELALUI : -

KEPADA : PELAJAR BAHARU PUSAT ASASI UiTM

SALINAN KEPADA : -

PERKARA : PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA SESI 1 2019/2020

Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Kewangan Asasi IPTA Sesi 1 2019/2020
telah dibuka. Sehubungan itu, pelajar boleh membuat permohonan Bantuan Kewangan Asasi
IPTA di pautan berikut: http://asid.uitm.edu.my/student/

3. Pelajar juga diwajibkan membawa dokumen berikut semasa Minggu Destini Siswa bagi
proses semakan permohonan bantuan kewangan.
i) Penyata pendapatan bapa/ penjaga yang terkini dan telah disahkan
ii) Penyata pendapatan ibu/ penjaga yang terkini dan telah disahkan

4. Pengesahan dokumen tersebut hendaklah dibuat oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi
JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/
Wakil Rakyat/ Penggawa/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas) KECUALI
Kakitangan Pusat Asasi UiTM.

5. Bagi ibu atau bapa yang tidak bekerja atau tiada penyata pendapatan/gaji, pelajar wajib
kemukakan surat akuan sumpah atau surat pengesahan pendapatan yang boleh didapati di
pautan berikut: https://bit.ly/2Kbl3yl

6. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:


i) Warganegara Malaysia
ii) Pelajar Asasi Universiti Teknologi MARA yang berstatus aktif
iii) Pendapatan kasar Ibu bapa tidak melebihi RM10,000/bulan
iv) Tidak mendapat tajaan lain

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-89245213/5351.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ZAIDI YAACOB
Timbalan Pengarah HEP & ICAN

You might also like