You are on page 1of 26

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

KOLEJ MATRIKULASI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31600 GOPENG
PERAK
Tel:
BUKU
05-3594600
Faks: 05- 3594412

PANDUAN PENDAFTARAN
PELAJAR SESI
2019/2020
TARIKH PENDAFTARAN RASMI
12 MEI 2019 (AHAD)
URUSETIA
PEREMPUAN: KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN
LELAKI : KOLEJ KEDIAMAN SERI IPOH
MASA
8.00 pagi – 1.00 petang

TAKLIMAT WARIS
9.30 pagi
(DEWAN SERI KINTA)

ARAHAN
Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini,
fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

MAKLUMAT AM

PENGENALAN

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak.
Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng.
KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada
tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 Mac
2002.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan


pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Program
Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua semester bagi Jurusan
Sains dan Jurusan Perakaunan. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang
dilaksanakan dalam empat semester bagi jurusan Sains (Aliran Sains Sahaja).
Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik
dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.

KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL


* Semua pelajar akan ditawarkan kemudahan penginapan di kolej kediaman pelajar
di Kolej Matrikulasi Perak. Terdapat 5 buah kolej kediaman iaitu:

Kolej Kediaman Pelajar Perempuan Kolej Kediaman Pelajar Lelaki


i) Kolej Kediaman Seri Kerian i) Kolej Kediaman Seri Iskandar
ii) Kolej Kediaman Seri Intan ii) Kolej Kediaman Seri Ipoh
iii) Kolej Kediaman Seri Teja

* Pindaan bilik pelajar tertakluk kepada pihak Kolej.


* Pihak pengurusan asrama kolej tidak menyediakan bantal dan cadar kepada
para pelajar, justeru itu para pelajar dikehendaki untuk membawa cadar dan
bantal untuk kegunaan sendiri."

JADUAL YURAN PENGAJIAN PELAJAR BARU SESI 2019/2020

Jumlah Yuran
Bil Jurusan
Pendaftaran (RM)
i Pelajar Sains Program Satu Tahun (PST)/
Pelajar Sains Program Dua Tahun (PDT) 496.60
ii Pelajar Perakaunan
446.60
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

MAKLUMAT MPPB 2019/2020

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga pelajar-pelajar baharu sesi 2019/2020

 Keadaan trafik semasa sesi pendaftaran adalah agak tidak memuaskan


semasa hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini disebabkan oleh kekurangan
parkir kereta dan keadaan muka bumi Kolej Matrikulasi Perak yang berbukit
menyebabkan hanya sebuah pintu sahaja yang dibina untuk laluan keluar dan
masuk. Oleh yang demikian, ibubapa/penjaga dinasihatkan untuk
membawa hanya satu kenderaan sahaja semasa sesi pendaftaran bagi
mengurangkan keadaan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran
berlangsung. Kesesakan trafik pada tahun lalu menyebabkan
ibubapa/penjaga terpaksa mengharungi kesesakan selama hampir 4 jam di
atas jalan raya untuk jarak hanya sejauh 4 km.

 Pendaftaran pelajar akan diadakan pada waktu berikut :


8.00 pagi hingga 1.00 petang

Sehubungan dengan itu, ibubapa/penjaga yang telah selesai mendaftar


dimohon memberi kerjasama untuk beredar lebih awal dari kolej bagi
mengelakkan kesesakkan jalan raya semasa pulang dan melancarkan
lalulintas di sekitar pekan Gopeng.

 Para pelajar tidak dibenarkan balik bermalam atau keluar “outing”


selepas hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini adalah kerana pihak kolej
akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk para pelajar sepanjang minggu
tersebut.

 Ibubapa/penjaga diminta untuk bersedia dengan kesesakan trafik


semasa hari pendaftaran berlangsung, sebarang kesulitan amatlah dikesali.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Calon-calon pelajar yang ditawarkan pengajian di peringkat Matrikulasi pada sesi


2019/2020 adalah secara atas talian (online). Sehubungan itu, calon-calon pelajar
baharu Kolej Matrikulasi Perak wajib melaksanakan pendaftaran secara online bagi
melancarkan sesi pendaftaran pada 12 Mei 2019 di KMPk.

Tarikh Pendaftaran Rasmi :

Tarikh Masa Tempat Taklimat Waris

Perempuan:
Kolej kediaman
masing-masing seperti
di Slip ePendaftaran
12 Mei 2019 8.00 pagi – 1.00 petang 9.30 pagi
(AHAD) Lelaki: (Dewan Seri Kinta)
Kolej kediaman
masing-masing seperti
di Slip ePendaftaran
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN RASMI

MULA

Melayari http://www.kmpk.matrik.edu.my

Muat turun e-Buku Panduan Pendaftaran

Membuat pembayaran yuran di Bank


Simpanan Nasional (BSN)

Menyediakan fail gambar (softcopy


berukuran Passport berlatarbelakangkan
warna biru

- Membuat pendaftaran ONLINE


- Muatnaik gambar berukuran Passport

Mendaftar diri ke Kolej Kediaman masing-


masing di Kolej Matrikulasi Perak pada
12 Mei 2019

TAMAT
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN


Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Calon Setelah Mencetak Dokumen
Panduan Pendaftaran

(i) Melengkapkan semua borang.


(ii) Yuran pengajian menggunakan slip pembayaran BSN (bayaran perlu
dibuat di mana-mana Kaunter cawangan BSN) atas nama
PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK dan no akaun
0810029000287661
(iii) Menyediakan fail gambar (softcopy) berukuran passport. Fail gambar
tersebut WAJIB dimuat naik untuk urusan cetakan kad matrik.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM e-Pendaftaran


Calon-calon yang ditawarkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak
perlu melaksanakan pendaftaran secara online. Berikut adalah panduan
penggunaan
e-pendaftaran.

1. Layari Laman Web Kolej matrikulasi Perak di alamat http://www.kmpk.matrik.edu.my.


Pilih MENU PELAJAR<Bakal Pelajar> <Sistem Aplikasi> Pendaftaran (e-Pelajar).

Atau Klik pada butang PELAJAR BAHARU (http://apps.kmpk.matrik.edu.my)


KOLEJ MATRIKULASI PERAK

2. Klik pada butang e-Pendaftaran Pelajar (http://mis.kmpk.matrik.edu.my/online)


KOLEJ MATRIKULASI PERAK

3. Masukkan No. Matrik dan No. Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
Sila pastikan anda telah membuat pembayaran yuran.

4. Sila isikan maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti dalam rajah di bawah. Klik
butang e-pendaftaran Pelajar setelah selesai mengisi kesemua maklumat tersebut.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

5. Slip pendaftaran akan dijanakan. Klik butang cetak untuk mencetak slip pendaftaran.
Sila cetak dua (2) salinan Slip Pendaftaran dan bawa semasa hari pendaftaran pada
12 Mei 2019.

Contoh Slip e-pendaftaran


KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

SENARAI SEMAK KEPERLUAN DAN DOKUMEN DIBAWA


SEMASA PENDAFTARAN
DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK SESI 2019/2020

Bil Perkara Kuantiiti Catatan

1. Slip Asal Pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) 1


warna biru
(Sebagai Bukti Pembayaran Yuran)
2. *Surat Tawaran BMKPM 1
* Borang Perjanjian Yang Lengkap
3. a) Setem Hasil (RM 10 x 2 keping) (Setem
dimatikan)
b) Tandatangan Penjamin dan Saksi 2

*Buku Dokumen Pendaftaran ( Dokumen peribadi


4. yang telah disahkan) Yang lengkap.
1

5. Panduan Pendaftaran 1

6. Gambar Berukuran Pasport


4
7. Peraturan Khusus Kolej Matrikulasi Perak 1

Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi


8. 1
2019/2020

9. Borang Pelekat Kenderaan Pelawat 1

10. Borang Maklumat Pelajar (dilengkapkan) 1

11. Pelan Meletak Kenderaan Semasa pendaftaran 1

12. Carta Alir Proses Pendaftaran Pelajar 1

13. Slip e-Pendaftaran 2


Slip Gaji Ibu dan Bapa (yang bekerja) atau
14.
Borang akuan pendapatan (bagi Ibu Bapa yang tidak
bekerja)
*Borang boleh dimuat turun daripada Laman Web
Bahagian Matrikulasi

Bertanda * adalah maklumat yang perlu di cetak daripada Laman Web Bahagian Matrikulasi.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

CARTA ALIR PENDAFTARAN


(PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR SECARA ON-LINE)

PELAJAR
MULA
MENERIM
A KUNCI
K

PELAJAR MENGAMBIL DAFTAR DI BILIK REHAT


PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN SEPERTI
TEMPAT MENGIKUT
MENERIM YANG TERCATAT DI E-SLIP
SUSUNAN
A PENDAFTARAN PELAJAR
CENDERA
MATA
SILA SERAHKAN :
1. 1 SALINAN SLIP
PENDAFTARAN
PELAJAR MENYERAHKAN (E-SLIP)
DOKUMEN 2. SLIP PEMBAYARAN
YURAN (BSN WARNA
BIRU)

PENGESAHAN PENDAFTARAN SEMAK (NAMA


PELAJAR)DENGAN SLIP
PEMBAYARAN)

PELAJAR MENERIMA KUNCI


BILIK

BILIK SAKIT KOLEJ


KEDIAMAN

PELAJAR MENERIMA
CENDERAMATA

TAMAT
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

BORANG MAKLUMAT PELAJAR

MAKLUMAT PELAJAR
Nama Pelajar : No. KP : _

No. Matrik : Tarikh Lahir :

Agama : Keturunan : __

Alamat :

No. Telefon Rumah : Telefon Bimbit :

No. Akaun BSN :

MAKLUMAT BAPA
Nama Bapa : No. KP Bapa :

No. Telefon Bapa : Keturunan Bapa :

Pekerjaan Bapa : Jumlah Pendapatan : RM

Bilangan Tanggungan :

MAKLUMAT IBU
Nama Ibu : No. KP Ibu :

No. Telefon Ibu : Keturunan Ibu :

Pekerjaan Ibu :
*Hubungan Ibu/Bapa : Suami Isteri/Bercerai/Bercerai Mati

*Potong mana yang tidak berkenaan

*SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN SERAHKAN DI KAUNTER URUSETIA SEMASA


HARI PENDAFTARAN
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

M E P
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG PERMOHONAN PELEKAT KERETA
PELAWAT

SESI 2019/2020

No. Pendaftaran Kereta No. Siri Pelekat


(Kegunaan
Pejabat)

Catatan:
1 Borang ini perlu diisi lengkap dan diserahkan pada Minggu Pengurusan Pelajar (MPPB).
2 Pelajar hanya dibenarkan membeli 1 pelekat kenderaan sahaja .
Satu pelekat kenderaan berharga RM 5.00.

1. Nama Penuh Pelajar (huruf besar) 2. No. Kad Pelajar:


3. No. Matrik:
4. Nama Ibu/bapa/Penjaga:
5. Alamat Rumah Ibu/bapa/Penjaga:
6. No. Telefon Rumah : 7. No. Telefon Bimbit:
8. NAMA PELAWAT(Selain di atas) jika ada HUBUNGAN CATATAN
8.1
8.2
8.3
9. Saya mengaku bahawa butir-butir yang tersebut di atas adalah benar.
(tindakan disiplin akan diambil jika terdapat pemalsuan maklumat)

Tarikh: …………………………………… ……………………………….


( Tandatangan pemohon)

Untuk Kegunaan Pejabat

PENGESAHAN

Jumlah_Bayaran : (1) RM 5.00


NO_resit : …………………… …………………………………..
( )
T.T dan nama Pegawai
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

PELAN LALUAN KENDERAAN DAN PARKIR


HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI PERAK

Seri Teja

PELAN PARKING

Seri Intan

Seri Kerian

DSK
Pintu Masuk
Utama

Padang

Makmal
Komputer
BUKU PROGRAM MPPB

Laluan Berjalan Kaki


Ke Asrama Lelaki
Laluan Kenderaan Pelajar Lelaki

Laluan Kenderaan Pelajar Perempuan

P
Parkir Staff KMPk

Parkir Pelawat

Masjid
Seri Ipoh
DSK
Dewan Sri Kinta

Seri Iskandar
PERATURAN KHUSUS KOLEJ MATRIKULASI PERAK

(UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA DAN PELAJAR)

Peraturan ini hanya sebahagian kecil peraturan kolej yang merupakan peraturan khusus
Kolej Matrikulasi Perak daripada peraturan keseluruhan Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian
Pendidikan berdasarkan buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia sesi 2008/2009.

A. SISTEM CUTI BALIK BERMALAM

1. Kelulusan balik bermalam yang melibatkan waktu kuliah dan aktiviti rasmi
kolej (selain dari masa yang ditetapkan) hanya daripada Penolong Pengarah
Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar.

2. Kelulusan balik bermalam untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat


hanya daripada felo (warden) sahaja.

3. Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan mengambil pelajar untuk dibawa balik


bermalam tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.

4. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di ”scan”


sebelum keluar dan apabila balik ke kolej.

5. Pelajar tidak dibenarkan balik bermalam jika kolej menganjurkan sebarang


aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Penolong Pengarah
Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-
mana felo).

6. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan


daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan balik bermalam.
B. SISTEM KELUAR KE BANDAR (OUTING) HUJUNG MINGGU

1. Pelajar hanya dibenarkan outing pada hujung minggu iaitu hari Jumaat
selepas kuliah, Sabtu dan Ahad (mulai 8.00 pagi hingga 7.00 malam).

2. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di “scan”


sebelum keluar dan apabila balik ke Kolej.

3. Kelulusan (secara bertulis atau on line) dari felo blok berkenaan diperlukan
bagi kes outing kecemasan selepas jam 7.00 malam.

4. Pelajar tidak dibenarkan keluar jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti


rasmi (kecuali mendapat kebenaran dari Penolong Pengarah Hal Ehwal
Pelajar atau mana pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana felo).

5. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan


daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan outing.

C. BALIK BERCUTI YANG DITENTUKAN OLEH KOLEJ / CUTI ANTARA


SEMESTER / CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / CUTI KE LUAR NEGARA

1. Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk


cuti-cuti yang ditentukan oleh kolej, cuti antara semester dan cuti
pertengahan semester.

2. Pelajar hanya dilepaskan balik bercuti pada hari terakhir kuliah sebelum cuti.
Sebarang alasan untuk balik bercuti awal tidak akan dilayan.

3. Permohonan cuti ke Luar Negara hendaklah melalui pihak Kolej 1 bulan


sebelum dari tarikh tempahan tiket. Kelulusan adalah daripada pihak
Bahagian Matrikulasi.

D. PENAMPILAN DIRI PELAJAR

1. Pelajar diwajibkan memakai pakaian kuliah yang lengkap sepanjang masa


ketika waktu kuliah, berurusan dengan pentadbir / pensyarah / lawatan rasmi.
Pakaian kuliah bagi pelajar lelaki adalah baju kemeja tanpa corak dan
berseluar panjang (seluar jeans tidak dibenarkan), memakai tali leher
memakai stoking dan berkasut warna gelap. Pakaian kuliah bagi pelajar
perempuan adalah digalakkan berpakaian baju kurung dan berkasut yang
bertutup.(Rujuk Etika Penampilan Pelajar)

2. Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad


pelajar semasa berada di dalam kolej.

3. Pakaian bagi outing atau balik bermalam bagi pelajar perempuan adalah
sama seperti pakaian kuliah manakala pelajar lelaki dibenarkan memakai
kemeja-t berkolar dan kemas.

4. Semua pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok
mata.

5. Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. Pelajar lelaki tidak
dibenarkan berambut panjang. Mewarnakan rambut adalah dilarang.

E. SISTEM KAWALAN KELUAR MASUK KAWASAN KOLEJ

1. Semua urusan keluar / masuk kawasan kolej oleh pelajar dan ibubapa /
penjaga hanya melalui pintu utama kolej.

2. Ibubapa / penjaga yang hendak masuk atau keluar kawasan kolej


dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan pengawal keselamatan di pintu
masuk kolej. Nombor kenderaan ibubapa / penjaga yang engkar atau tidak
menghormati tugas pengawal keselamatan akan disenarai hitamkan dan
dilarang sama sekali memasuki kawasan kolej pada masa yang lain.

3. Ibu bapa / penjaga yang hendak masuk ke kawasan kolej untuk menemui /
berurusan dengan pelajar dikehendaki meninggalkan kad pengenalan di
pondok pengawal dan memakai pas pelawat sepanjang berada di dalam
kawasan kolej.

F. SISTEM LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA

1. Hari lawatan biasa bagi ibubapa / penjaga ialah pada hari Sabtu, Ahad dan
Cuti Umum, mulai pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam.
2. Ibubapa / penjaga yang membawa anak keluar pada hari lawatan perlu
menghantar semula anak-anak ke asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam.

3. Selepas jam 7.00 malam, kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke
kawasan kolej

4. Pelawat tidak di benarkan masuk ke dalam kawasan kolej pada hari Kuliah
( Kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Kolej )

G. KAFETERIA

1. Semua pelajar dikehendaki makan dan minum di kafeteria yang telah


disediakan.

2. Para pelajar boleh menggunakan mana-mana kafeteria dan kantin pada


waktu siang sehingga selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. Selepas 9.00
malam, kawasan Kafeteria A adalah kawasan larangan bagi pelajar
perempuan manakala Kafeteria B, C dan kantin adalah kawasan larangan
bagi pelajar lelaki.

H. BARANGAN DAN TINGKAH LAKU TERLARANG

1. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan segala


jenis peralatan elektrik seperti televisyen, perakam pita video, peti sejuk,
cerek elektrik, pemanas air, periuk nasi dan lain-lain alatan yang
menggunakan sumber elektrik kolej selain daripada yang disediakan oleh
kolej kecuali alat pencegah nyamuk, pengecas bateri untuk kegunaan radio
kaset kecil, jam loceng dan telefon bimbit.

2. Penyalahgunaan dadah, memiliki atau mengedar ganja, membawa atau


menyimpan senjata berbahaya, membawa atau menyimpan bahan letupan,
menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap, mencabul kehormatan,
melawan / mengancam / memukul / mencederakan pensyarah atau pelajar
lain, memeras ugut, membuli, berkhalwat, menceroboh bilik khas / makmal /
kedai koperasi / pejabat kolej atau asrama / rumah warden, menunjuk
perasaan / mengganggu ketenteraman awam, keluar dari kolej tanpa
kebenaran, mencuri, berjudi dan bertaruh merupakan kesalahan berat yang
akan dilaporkan kepada pihak polis, digantung pengajian atau diberhentikan
daripada program matrikulasi.
I. LARANGAN MEROKOK

Seluruh kawasan kolej adalah kawasan larangan merokok.

Arahan:

PENGARAH

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PELAJAR PEREMPUAN DIGALAKKAN MEMAKAI BAJU KURUNG SEMASA SESI KULIAH
MAKLUMAN PELAJAR

BARANG-BARANG LARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA MASUK

KE KOLEJ KEDIAMAN.

 SETERIKA ELEKTRIK
 DAPUR ELEKTRIK
 PERIUK ELEKTRIK
 CEREK ELKTRIK
 PEMANAS AIR ELEKTRIK (HEATER)
 TELEVISYEN
 KIPAS
 PENDINGIN HAWA (COOLER)
 PETI SEJUK
 GITAR
 ROKOK/ROKOK ELEKTRONIK
 MERCUN/BUNGA API
 BAHAN-BAHAN LUCAH (MAJALAH, GAMBAR, FILEM, DLL)
 SEMUA JENIS SENJATA
 SPEAKER
 RADIO
 DESKTOP/PRINTER
 SEMUA JENIS PERALATAN ELEKTRIK
 SEMUA JENIS BAHAN MEMABUKKAN/MENGKHAYALKAN.

PERHATIAN
BARANG-BARANG LARANGAN YANG BERADA DALAM SIMPANAN PELAJAR AKAN DIRAMPAS DAN
TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

ARAHAN
PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PANDUAN PENYEDIAAN GAMBAR PELAJAR KMPK

1) Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar pasport, dalam format jpg.

2) Gambar hendaklah berlatarbelakangkan warna biru.

3) Gambar dengan posisi mengiring tidak diterima.

4) Sahsiah Rupa Diri Pelajar:

a. Pelajar Lelaki:
i. Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher;
ii. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak
keterlaluan, bersesuaian dan kemas.

b. Pelajar Perempuan:
i. Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing yang
sesuai, kemas dan tidak mencolok mata;
ii. Pelajar Islam digalakkan bertudung

Contoh Gambar Yang


Contoh Gambar Yang Diterima Contoh Kad Pelajar
Tidak Diterima

Catatan:
Bakal Pelajar diingatkan untuk memohon kembali fail gambar softcopy (CD) anda dari kedai kerana gambar
tersebut yang akan digunakan bagi e-pendaftaran dan muat naik gambar untuk kad pelajar.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

(LELAKI)

SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN


SESI 2019/2020
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

(PEREMPUAN)

SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN


SESI 2019/2020

You might also like