You are on page 1of 7

MAKLUMAN KEMASUKAN DAN

PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN


IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI
MALAYA SESI AKADEMIK 2021/2022

0
Lampiran
Ijazah Sarjana Muda
Perdana
01/2021

Sekalung TAHNIAH diucapkan atas kejayaan saudara/saudari diterima masuk mengikuti


Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya bagi sesi 2021/2022. Lampiran yang
disertakan bersama-sama dengan surat tawaran ini adalah MAKLUMAT PENTING yang perlu
diberi perhatian sepenuhnya oleh semua pelajar baharu bagi proses kemasukan dan
pendaftaran.
Tawaran ini akan dianggap sebagai luput dan terbatal sekiranya pihak Universiti Malaya
tidak menerima sebarang maklumbalas pengesahan penerimaan tawaran daripada
saudara/saudari ataupun saudara/saudari gagal melapor diri secara dalam talian (online)
pada tarikh yang ditetapkan. Adalah sebaiknya saudara/saudari dapat melakukan proses
kemasukan dan pendaftaran ini dengan kadar segera.

(1) PENGENALAN PROSES KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN


1. Pihak universiti kini telah memulakan pelaksanan kaedah Pembelajaran Teradun
(Blended Learning). Oleh yang demikian, pelajar hendaklah sekurang-kurangnya
mempunyai kemudahan internet dan aplikasi/peralatan yang lengkap seperti
komputer riba (laptop), komputer peribadi (desktop) atau komputer tablet bagi
mengikuti program pengajian.

2. Satu platform atas talian dikenali sebagai Portal MAYA: https://maya.um.edu.my


telah dibangunkan khusus untuk hal yang berkaitan akademik pelajar. 3 langkah
utama untuk tujuan pengaktifan status tersebut adalah (a) Penerimaan tawaran
kemasukan (Accept Offer Letter) (b) Lapor diri pelajar atas talian (Self- Enroll) dan
(c) Pendaftaran modul (Module Registration).
(2) SENARAI SEMAK PELAJAR
Saudara/Saudari diminta untuk memahami senarai semak di bawah bagi tujuan
pengaktifan status sebagai pelajar :
PERKARA SEMAKAN KETERANGAN
(1) Kalendar Akademik 2021/2022
(Pengajian Ijazah Sarjana Muda)
(2) Maklumat Yuran Pengajian

(3) Maklumat Program Pengajian

(4) Pengaktifan Status sebagai Pelajar


(5) Maklumat Kewangan
(6) Keperluan Laporan Pemeriksaan Kesihatan
Rujukan lanjut seperti
(7) Keperluan menyempurnakan kelayakan Bahasa
di bawah
Inggeris (Syarat Bergraduat)
(8) Kaedah dan Peraturan Pelajar
(9) Pihak Bertanggungjawab
(10) Pautan Telegram Hal Ehwal Pelajar

1
Lampiran
Ijazah Sarjana Muda
Perdana
01/2021

(3) PENGAKTIFAN STATUS SEBAGAI PELAJAR PENTING!


Saudara/saudari perlu memastikan bahawa kesemua langkah-langkah ini telah dibuat dengan
mengikut kepada tarikh seperti yang dinyatakan bagi menyempurnakan status aktif sebagai
pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya

PENGAKTIFAN STATUS SEBAGAI PELAJAR INFOGRAFIK KLIK


SINI

➢ PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN (ACCEPT OFFER LETTER)


1. 16 -25 SEPTEMBER 2021

• Mengisi maklumat berkenaan penerimaan vaksin COVID-19


• Memuat naik gambar bagi tujuan kad matrik
• Membayar yuran kemasukan
• Membuat pengesahan penerimaan tawaran
Nota : Pelajar perlu mengisi maklumat berkenaan penerimaan vaksin sebelum butang
setuju terima dipaparkan di dalam portal MAYA
➢ LAPOR DIRI PELAJAR SECARA ATAS TALIAN (SELF- ENROLL)
2. 20-27 SEPTEMBER 2021
• Mendaftar akaun siswamail
• Memastikan kesemua senarai semak telah dibuat
• Mengesahkan proses Self-Enroll

3. ➢ MENGHADIRI TAKLIMAT PROSES PENDAFTARAN


30 SEPTEMBER -1 OKTOBER 2021
4. ➢ PENGESAHAN MODUL PENDAFTARAN
UMSItS Guide > What’s New >Undergraduate New Student Self-Enrolment &
Module Registration Process Flow
4 -11 OKTOBER 2021

KLIK SINI >>


a) >> INFOGRAFIK KESELURUHAN PENGAKTIFAN SEBAGAI PELAJAR
b) >> INFOGRAFIK GARISMASA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

(4) MAKLUMAT KEWANGAN


1. Saudara/Saudari DIGALAKKAN membuka akaun simpanan Bank Islam (M) Berhad
di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad seluruh Malaysia. Semua
pembayaran wang biasiswa/pinjaman atau pemulangan wang (jika ada) oleh
Universiti akan dibuat melalui akaun bank pelajar.
2. Bayaran yuran kemasukan dan yuran pengajian boleh dibuat menggunakan kaedah
FPX atau Kad Kredit Atas Talian melalui portal MAYA (https://maya.um.edu.my/).
Digalakkan agar suadara/saudari menyimpan slip/dokumen bayaran yuran
sepanjang tempoh pengajian untuk rujukan pada masa hadapan.

2
Lampiran
Ijazah Sarjana Muda
Perdana
01/2021

3. Tiada bayaran TUNAI diterima semasa pendaftaran.


4. Bersedia untuk mengemukakan salinan dokumen-dokumen berikut sekiranya
diperlukan semasa melapor diri ke Kolej Kediaman atau ke Pusat Pengajian yang
ditetapkan :

a) Salinan Slip bank Untuk Pembayaran Yuran Kemasukan dan Yuran


Pengajian (sekiranya berkaitan)
b) Salinan surat tajaan/biasiswa/pinjaman (sekiranya berkaitan)
c) Salinan muka hadapan buku/penyata bank BIMB (sekiranya berkaitan)
5. Saudara/saudari diminta mengambil perhatian bahawa TIADA PENGEMBALIAN
YURAN bagi pelajar yang telah membuat komitmen bayaran tetapi tidak hadir
mendaftar, menarik diri dari Universiti atau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

(5) KEPERLUAN PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK PELAJAR BAHARU


UNIVERSITI MALAYA
Pelajar baharu perlu memenuhi keperluan Laporan Pemeriksaan Perubatan, Berikut
adalah langkah-langkah yang perlu diikuti :

(a) Memuat turun Laporan Pemeriksaan Perubatan pada pautan ini >>(Borang PD1)
(b) Membuat pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di Hospital /Klinik Kerajaan dan
Swasta
(c) Menghantar laporan pemeriksaan kesihatan dengan meletakkan Nombor Kad
Pengenalan dan Nombor Matrik pada tajuk emel dan emel laporan tersebut
dalam format PDF ke : laporankesihatan@um.edu.my
(d) Tarikh akhir penghantaran adalah satu (1) bulan atau 30 hari daripada tarikh
pelajar membuat lapor diri di kampus secara fizikal.

Sebarang maklumbalas atau pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini saudara/saudari boleh
menghubungi Klinik Kesihatan Universiti Malaya (KKUM) seperti butiran berikut:

DR. NADIAH AZIZ


Klinik Kesihatan Universiti Malaya, Bangunan Siswarama
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
03-79676445 atau 03-79676444

3
Lampiran
Ijazah Sarjana Muda
Perdana
01/2021

(6) KEPERLUAN PENYEMPURNAAN KELAYAKAN BAHASA INGGERIS


(MUET) SEBAGAI SYARAT BERGRADUAT
(KEPADA PENERIMA SURAT TAWARAN BERSYARAT SAHAJA)

a) Berikut adalah makluman lanjut mengenai penyempurnaan tawaran


bersyarat, dan ingin diingatkan bahawa penyempurnaan ini adalah bagi
keperluan bergraduat sahaja dan tiada surat tawaran baharu akan
dikeluarkan.
b) Kegagalan memenuhi penyempurnaan ini dalam tempoh yang ditetapkan
boleh menyebabkan tawaran program ini ditarik balik atau penempatan ke
program yang bersesuaian yang lain atau status sebagai pelajar Universiti
Malaya ditamatkan. Bagi memenuhi tawaran bersyarat saudara/saudari
perlu :

• Menduduki dan lulus peperiksaan MUET pada tahap seperti yang


ditetapkan dalam syarat khas program pengajian.
• Slip keputusan MUET perlu diserahkan melalui perakuan oleh pihak
fakulti dengan segera atau dalam tempoh satu (1) sesi pengajian selepas
tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya sebelum berakhir
semester 2 sesi akademik 2021/2022
• Walaubagaimanapun, Senat Universiti pada (22.07.2021) telah
bersetuju bahawa kelonggaran diberikan untuk kelayakan bahasa
inggeris selain MUET turut diterima pakai bagi keperluan memenuhi
syarat bergraduat seperti berikut :

4
Lampiran
Ijazah Sarjana Muda
Perdana
01/2021

(7)KAEDAH DAN PERATURAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA


MUDA UNIVERSITI MALAYA
Semua pelajar adalah tertakluk kepada Kaedah dan Peraturan Program Ijazah Sarjana Muda
Universiti Malaya versi terkini. Mohon klik pada pautan untuk akses (KLIK SINI)

(8) PUSAT TANGGUNGJAWAB


KETERANGAN INFO LANJUT
AKADEMI
Akademi Pengajian Melayu , Akademi Pengajian Islam

FAKULTI
Fakulti Alam Bina, Fakulti Bahasa & Linguistik, Fakulti
Ekonomi & Pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Fakulti
Pergigian, Fakulti Farmasi, Fakulti Perubatan, Fakulti
Sains, Fakulti Sains & Komputer Teknologi Maklumat,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fakulti Undang-Undang,
Fakulti Seni Kreatif
PUSAT
Pusat Sukan dan Sains Eksesais

PUSAT PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN AKADEMIK


UNIVERSITI MALAYA

BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA

PENAFIAN
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pelajar untuk masuk ke Universiti Malaya telah melalui proses
semakan pemilihan secara menyeluruh oleh fakulti yang kemudiannya telah dipersetujui berdasarkan
maklumat dan dokumen yang diberikan oleh pemohon. Penyerahan data atau dokumen yang tidak tepat
atau salah semasa proses permohonan dan pendaftaran akan mengakibatkan tawaran kemasukan ditarik
semula atau ditamatkan oleh Universiti.

5
Lampiran
Ijazah Sarjana Muda
Perdana
01/2021

Pautan Telegram:

You might also like