You are on page 1of 3

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan

dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik berikut di
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.

JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR
MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan


Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

DM45 RM 3,070.00 RM 11,095.00

DM51 RM 5,855.00 RM 12,445.00


DM53
RM 6,162.00 RM 13,235.00
(Prof. Madya)
Profesor
RM 7,190.00 RM 14,587.54
(Gred Khas C) : VK 7

JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA
(GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP

KAMPUS : SAMARAHAN / SAMARAHAN 2 / MUKAH

AKADEMI/ FAKULTI BIDANG


FINANCIAL ACCOUNTING & REPORTING
PERAKAUNAN
SYSTEM AND ASSURANCE
BAHASA ARAB
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
BAHASA INGGERIS

KOLEJ PENGAJIAN STRUCTURES AND MATERIAL


KEJURUTERAAN
Syarat-syarat kelayakan: PENSYARAH UiTM

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45

(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

atau

(ii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
dan
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51

(c) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang


berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

(d) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa


mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang


berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)

(e) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan


(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang
berkenaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun MESTI MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN
KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG TERKINI.
3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN :
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik
Terperinci) *Sila nyatakan sekali tajuk tesis
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri
sampul surat permohonan.
5. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke
atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Sila
sertakan semakan pengiktirafan kelayakan dari MQA kecuali graduan lepasan UiTM)
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan
berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana kampus UiTM.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG
PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Sarawak atau boleh juga diperolehi dengan memuat turun borang permohonan dari
https://drive.google.com/drive/u/3/folders/1zgyhyLlX2wbxhmyQ4wljbqk7blCeSVE6
Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 JUN 2023 (KHAMIS).

BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
082-677200 / 082-677005

You might also like