You are on page 1of 2

TARIKH IKLAN: 29 APRIL 2022

INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan


dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung
Amanah) di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti
Teknologi MARA cawangan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

i. JAWATAN

Gaji
Status Skim Minimum – Tempoh
Bil. Jawatan Gred Cawangan
Jawatan Perkhidmatan Gaji Lantikan
Maksimum
1 Kerani N19 Kontrak Pembantu Kelantan,
RM1,352.00 18 bulan
(Tabung Tadbir/Operasi Terengganu
Amanah - dan Pahang.
iCEPS) RM4,003.00
(ECER)

ii. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,464.80) atau

DAN

d) Kepujian dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred
C, dan lulus empat (4) mata pelajaran lain termasuk lulus Ujian Lisan dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1
TARIKH IKLAN: 29 APRIL 2022

iii. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat


perkeranian dan operasi (termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat,
pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

iv. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau


Badan-badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang


DISAHKAN benar.

i. Salinan Kad Pengenalan


ii. Salinan Sijil Kelahiran
iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah/ PT3/ PMR/ SRP/ LCE/ SPM/ SPMV/
MCE/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
iv. Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk
mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
v. Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang
berkenaan

c. Pemohon hendaklah menyatakan jawatan dan cawangan yang dipohon di


sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.

d. Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temu
duga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

vi. PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan


Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh
dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my atau boleh didapati di
Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional
(iCEPS).

Tarikh tutup permohonan pada: 13 MEI 2022

Sila kemukakan permohonan kepada:-

KETUA
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR

No.Tel: 03 5544 8332/ 8336


Bil.Rujukan:500-iCEPS (19/2)
Bil. Iklan:8/2022
Tarikh: 27/4/2022
2

You might also like